Muslimeen United |
- Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN
- Artis Ini Menangis Apabila Bertemu TG Nik Aziz..
- Himpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama Anwar
- GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo
Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN Posted: 28 Dec 2012 03:19 AM PST Sebat Isa Samad, Selamatkan FELDAKUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini. ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak. Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut. Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan "Undur Isa Samad", "Hancur Isa Samad", dan "Felda Bebas, bebas Felda"./~TMI |
Artis Ini Menangis Apabila Bertemu TG Nik Aziz.. Posted: 28 Dec 2012 03:14 AM PST Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi. Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara. Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah. "Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…" ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat. Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini. "Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua," ujarnya. Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah. Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz. "Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut," ujarnya. Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian. Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik. "Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari," ujarnya ketika ditemui. Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot. Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak 'kasar'. Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan 'penghijrahan' kini. |
Himpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama Anwar Posted: 28 Dec 2012 03:12 AM PST Sebahagian dari pemandu teksi yang hadir PETALING JAYA 28 DISEMBER: Pemandu teksi memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik di negara ini berikutan merekalah antara kelompok yang paling dekat dengan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sebab itu saya 'salute' pemandu teksi. Mereka inilah yang menyampaikan derita rakyat," katanya sambil 'tabik' kepada 400 pemandu teksi pada Himpunan Raksasa Pemandu Teksi bersama Pakatan Rakyat di Dewan Svik, Petaling Jaya, malam tadi. "Saya tahu orang teksi benci kezaliman. Dari 1998 sampai sekarang, ketika TV3, Utusan tutup berita tentang kita (pembangkang), pemandu teksilah yang sebar cerita sebenar," katanya yang menyifatkan isu berkaitan pemandu teksi bukan perkara kecil walaupun selalu dipandang enteng oleh pemimpin Umno BN.. "Sebab ini isu 'human dignity', soal maruah manusia. Untuk pemimpin BN, pemandu teksi seolah-olah tidak ada harga. Mereka (BN) bermati-matian pertahan kontrak berbilion. "Pemandu teksi tak minta balak, IPP, kontrak. Hanya mahu permit. Permit pun mahu disapu pemimpin Umno-BN!" katanya disambut teriakan Reformasi. Beliau juga mengulangi hasrat Pakatan untuk mengembalikan hak pemandu teksi dengan pemberian permit individu sebaik sahaja menawan Putrajaya. "Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi," katanya. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, peranan pemandu teksi, meskipun bukan ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat tetap besar dalam perjuangan. "Kalau tak boleh edar risalah, tak mengapa. Mungkin bahaya sebab nanti polis periksa kereta. Tapi boleh gunakankan suara. "Pemandu teksi orang yang paling bijak dan sabar. Berpuluh-puluh penumpang setiap hari. Sebab itu kita hormat mereka kerana menjadi ejen perubahan," katanya. -KD |
GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo Posted: 28 Dec 2012 03:03 AM PST "Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin. Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan. "Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum. "Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan. Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor. 3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum. (Gambar: Beberapa pemimpin himpunan dibenar masuk menyerahan memorandum) Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut. Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar. Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut. 2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak. Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'. Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir. Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda. "Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda. "Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih. "Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta. 2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar. (Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta) Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum. Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis. 2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda. Kira-kira 100 orang penyokong yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda. Kedua-dua himpunan GSF dan penyokong Umno itu dipisahkan dengan sekatan pihak polis ditengah-tengah di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda. 2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas. "Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda. "Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin. Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap "Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda. "Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan. 2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini. Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad. Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad. Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan