Rabu, 12 Disember 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gempar 3: Orang UMNO Akui Dana Palestin Belum disalur

Posted: 12 Dec 2012 07:46 AM PST

Orang dalaman UMNO mengaku bahawa dana untuk anak-anak Palestin masih lagi tidak disalurkan dengan betul ke Palestin dan duit itu dikatakan masih dalam simpanan. Betulkah dalam simpanan atau menaja belia UMNO ke Palestin menggunakan dana tersebut.

Bermula awal penubuhan pada Januari 2009 hingga April 2011 dan sehingga hari ini 2012 seperti yang dinyatakan oleh pencacai UMNO, duit dana Palestin masih tidak disalurkan sebaliknya belia-belia mereka telah berseronok di Palestin.

Mereka berseronok menggunakan wang dana sumbangan orang ramai untuk ke Palestin? Sehingga ke hari ini masih belum dijawab oleh Ketua Menteri rasuah. Ke mana dana Palestin wahai puak-puak BN? Nyatakan dan buat penafian bahawa BN adalah telus. Kalau duit zakat pun boleh makan, inikan duit dana Palestin.

Apa BN tahu halal haram seperti UMNO?

... duit itu ada cuma belum disalurkan dengan jumlah sebanyak itu, bukan kehilangan..di ulang lagi bukan kehilangan. Kerajaan Melaka jujur menguruskan duit ini,...
... lihatlah berapa ramai belia melaka ke plestin..


Gambar belia-belia tajaan UMNO ke Palestin menggunakan dana Palestin? klik di sini

Gempar 2: BN Guna Dana Palestin Untuk Melancong?

Posted: 12 Dec 2012 02:30 AM PST

Malam semalam admin ada buat posting ke mana perginya duit anak-anak Palestin yang dipungut dari hasil agensi dan kerajaan di Melaka. Duit yang dipungut semenjak ditubuhkan pada Januari 2009 dan sehingga April 2011 masih belum disalurkan. Bilakah mahu disalurkan?

Akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestin telah ditubuhkan pada Januari 2009 di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara 1957 dengan menerima segala bayaran masuk dari sumbangan Jabatan dan Agensi Kerajaan dan orang awam untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Berikut ialah gambar blogger UMNO yang pernah membaling cat terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah datang ke Melaka tempoh hari. Inilah wajah blogger yang terkenal dengan blog Jiwa Paradox. Blogger jambu yang cuba berbuat baik dengan misi ke Gaza tapi pada masa sama mereka sokong Israel.



Sumber Audit di sini

Nombor Plate E-1 Harga RM1.7 juta

Posted: 11 Dec 2012 06:30 PM PST



FUJAIRAH: Majlis lelongan khas nombor pendaftaran kenderaan di Emiriyah Arab Bersatu Sabtu lalu berjaya menjual satu nombor plat bernilai RM1.7 juta.

Jurucakap polis berkata, lelongan itu diadakan di Hotel al-Diar Siji dan menarik minat ramai pembida. Katanya, antara yang ditawarkan, 41 nombor tunggal dan berganda.

Menurut jurucakap itu, menjelang petang, RM4.5 juta dipungut hasil lelongan berkenaan. "Nombor termahal dibida ialah E-1 yang mencatat harga Dh2 juta (RM1.7 juta), diikuti nombor E-8 (RM499,466)," katanya. Lelongan itu dianjurkan setiap dua bulan dan pengendalinya bercadang menggunakan bidaan elektronik tidak lama lagi. - GN

Kenapa Umur Perempuan US Lebih Lama?

Posted: 11 Dec 2012 05:30 PM PST


WASHINGTON: Wanita memang diketahui sejak sekian lama hidup lebih lama berbanding lelaki, tetapi apabila perbandingan dibuat ke atas mereka yang berjaya mencapai umur satu abad, perbezaan itu memang sangat ketara.

Kajian terbaru menunjukkan hanya dua daripada 10 warga Amerika Syarikat (AS) yang hidup lebih 100 tahun adalah lelaki.

Biro Bancian AS menyatakan, daripada 53,364 penduduk negara itu yang mencapai usia sekurang-kurangnya seabad, lebih 80 peratus adalah wanita. Data itu yang diperoleh daripada bancian pada 2010 - juga menunjukkan individu berusia lebih 100 tahun kemungkinan besar penduduk bandar berkulit putih di Timur Laut dan Barat Tengah. "Ekoran perbezaan jantina dalam jangka hayat, jumlah wanita dalam populasi itu meningkat bersama usia. 

"Keadaan ini sangat benar dalam isu usia paling tua apabila peratusan wanita meningkat ketara," kata laporan itu. Pengkaji juga mendapati bagi setiap 100 wanita berusia sekurang-kurangnya 100 tahun, hanya ada 20.7 lelaki.

Walaupun keinginan mencapai usia 100 tahun tidak menarik perhatian seperti beberapa dekad lalu, pengkaji berkata, orang awam masih takjub melihat individu yang hidup mencapai tahap itu.

Buku Rekod Guiness yang mengiktiraf manusia paling tua di dunia berkata, status itu kini dimiliki wanita AS yang meninggal dunia minggu lalu ketika berusia 116 tahun, Besse Cooper. - Reuters

Akibat Terpengaruh Dengan Filem 2012, Ini Jadinya

Posted: 11 Dec 2012 04:15 PM PST


BEIJING: Berdasarkan kalendar Mayan, kiamat akan berlaku 10 hari lagi.

Berikutan itu, sesetengah pihak yang percaya kepada ramalan itu cuba mencari jalan untuk menghadapi bencana berkenaan. Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka selepas membina tujuh 'bola gergasi' yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar 'Bahtera Noh' menggunakan gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood, 2012.


Kata Liu, dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan rangka besi.

"Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan," katanya.

Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung. Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.

Kata Liu, Kapal Noh itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di atas air. "Saya harap ciptaan ini dipelajari pihak yang berkenaan, termasuk jabatan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa supaya boleh digunakan ketika sesuatu tempat dilanda tsunami atau gempa bumi," katanya. Walaupun boleh terapung, ciptaan Liu itu agak berat dan empat lelaki dewasa diperlukan untuk menggerakkannya.

Awal tahun ini, seorang ahli perniagaan China, Yang Zongfu mendedahkan alat keselamatannya bagi menghadapi bencana alam bernilai hampir RM740,000.

Menurut Yang, alat bulat berwarna oren itu mempunyai 'simpanan dan penyambung hidup' mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan. - DM

Tiada ulasan: