Ahad, 9 Disember 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Benci tapi rindu seorang Sultan....

Posted: 09 Dec 2012 01:03 AM PST

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata beliau sangat benci apabila mendengar tuduhan bahawa beliau merupakan orang Umno – seperti yang dikesannya dalam tulisan di blog tertentu.

Dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Sultan Sharafuddin berkata tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu di sini.

Apakah baginda baru sekarang mulai sedar betapa hapraknya Umno itu dan baru kali ini mahu beritahu rakyat bahawa baginda bukan orang Umno?

Tidakkah baginda berasa pelik, kenapa selama ini rakyat tidak pernah kaitkan baginda sebagai orang PAS atau PKR?

Ini kerana rakyat melihat suara baginda saling tidak tumpah macam bunyi Umno.Karektor Baginda dilihat sebagai seorang Raja kepada orang-orang  Umno sahaja.

Lihat sahaja dengan penganugerahan bintang-bintang kebesaran diraja Selangor khususnya. Berapa kerat orang PAS? Hasan  Ali? ha! ha! ha! Itulah satu-satunya...

Kesian kat Khalid Samad,Dr Abdul Rani Osman , Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Dzulkefly Ahmad.....

Tidak hairan kalau Sultan Selangor berasa benci kalau dituduh sebagai orang Umno. Papagomo , blogger jahat itu pun tidak mahu mengaku blog Papagomo itu blog dia ....Hairannya tidak pulak sesiapa yang benci dengan ini atau yang ini

Apa-apa pun Jom layan ini dulu:

Tiada ulasan: