Muslimeen United |
- Bendera Pas berkibar megah di 25th Anniversary of HAMAS in Palestine
- Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang bermula meriah
- Wartawan TheStar Penipu - Tiada Tangkapan Khalwat Ke Atas Bukan Islam Di Kelantan
- 2 Kamera AES Disembur Cat Merah
- 10,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka
- Kembara Oren lepasi jerat provokasi Umno
- Pesanan dari Penduduk Kampung Gombak Utara buat Ketua Pemuda UMNO Gombak ..
- Najib & UMNO Tiru PAP Singapura Lafaz Ikrar Setia Kepada Parti!
Bendera Pas berkibar megah di 25th Anniversary of HAMAS in Palestine Posted: 09 Dec 2012 02:46 AM PST | ||
Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang bermula meriah Posted: 09 Dec 2012 02:32 AM PST (Orang ramai mula memenuhi Dataran Kerdau untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang) TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang bermula dengan meriah petang ini di Kerdau dengan kira-kira 2,000 hadirin telah mula membanjiri Dataran Kerdau. Pengarah program yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar berkata PAS Pahang terasa teruja dengan kehadiran yang memberangsangkan. "Konvoi bermotor anak muda bersama Pakatan Rakyat, kami jangka hanya 500, tapi kehadiran melebihi 1000," kata beliau. (Nasrudin di atas pentas HKR Pahang) Kunjungan konvoi bermotosikal disambut oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pada 3.30 petang tadi. Nasrudin dalam ucapannya menyeru rakyat Pahang berubah dan menawan negeri Pahang sebagaimana yang berlaku di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor termasuk Perak yang kembali ke pangkuan BN. "Jom kita ubah demi selamatkan Pahang," katanya sambil disambut dengan laungan 'Insha-Allah.' (Pengarah dan Pesurjaya diiring masuk ke pentas utama) Kemuncak program malam ini, kata Dr Hamzah adalah pengisytiharan dua tawaran untuk warga Pahang. "Satu pengisytiharan oleh Pakatan Rakyat peringkat Pahang dan satu pengisytiharan Pakatan Rakyat Pusat untuk rakyat Pahang apabila kita menawan Pahang nanti," kata Dr Hamzah. Dr Hamzah juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Amal yang bertugas siang malam untuk menjaga keamanan dan lalu lintas untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Pahang. Dataran Kerdau yang kini diisi dengan batu-bata disiapkan hasil sumbangan orang ramai. Menurut Dr Hamzah, jumlah RM25,000 berjaya dikumpulkan dalam masa 5 hari. (Persembahan silat juga diberikan sempena perhimpunan) Program petang Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang dimulakan dengan program santai bersama Muslimat PAS. Ia diikuti dengan konvoi motosikal dan tarian singa dan persembahan silat yang disaksikan oleh barisan pimpinan Pakatan Rakyat Pahang yang diketuai Pesuruhjaya PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. -Hrkh (Tarian Singa juga memeriahkan suasana) | ||
Wartawan TheStar Penipu - Tiada Tangkapan Khalwat Ke Atas Bukan Islam Di Kelantan Posted: 09 Dec 2012 02:31 AM PST PAS pertimbangkan tindakan undang-undang atas laporan 'khalwat' PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam. Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan. Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai "tidak berasas" dan "penipuan yang jelas" dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya. "Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut," kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily. Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan "yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan", sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan "kejahilan" pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini. Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana "berkhalwat", satu jenayah di bawah undang-undang syariah. PAS juga berkata mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum. Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai "tuduhan tidak bertanggungjawab" kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam. "Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat," Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam. "Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam," kata Dzulkefly. "Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?" soal beliau lagi. Rakannya dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud juga berkongsi pandangan dengan berkata: "Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka. " Beliau menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama. "Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal. "Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan. "Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama," kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu kepada The Malaysian Insider semalam. "Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka," tambah beliau. Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka "untuk menyelesaikan masalah". Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah. Dzulkefly berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah. "Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang. "Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan. "Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum," kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam. Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu. Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan. Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam. -TMI Non-muslims nabbed for 'khalwat' in Kelantan | ||
2 Kamera AES Disembur Cat Merah Posted: 08 Dec 2012 09:56 PM PST Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan disembur cat merah, dipercayai hari ini. – Foto Sinar Harian oleh Nizam Zain Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera. Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa. Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah. Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi. Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi. "AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi. "Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat," katanya. Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES. "Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut. "Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri. Edytorial: Cat merah?? Apakah ini kerja orang Umno yang turut tidak berpuas hati dengan AES?? Nampaknya kemarahan rakyat tidak lagi dapat dibendung!! Inilah perlawanan rakyat!! -sinar harian | ||
10,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka Posted: 08 Dec 2012 09:51 PM PST MELAKA: Kira-kira 10,000 rakyat negeri Melaka membanjiri perkarangan Pejabat DAP Melaka pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka malam tadi. Kehadiran rakyat seramai itu bukan sahaja rekod kepada negeri Melaka malah memperlihatkan kebangkitan dan semangat peubahan yang ada pada rakyat negeri ini, kerana jarang sekali rakyat akan hadir ke program Pakatan Rakyat dengan jumlah seperti itu. Biarpun himpunan malam Umno BN menganjukan program karnival di tapak asal program iaitu di Kampung Bukit Palah, namun kehadiran orang ramai ke program Pakatan Rakyat boleh dikatakan tidak terjejas. Orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan pejabat DAP Melaka dan ada yang terpaksa berdiri di bahu-bahu jalan dan di pembahagi jalan. Program semalam bermula pada jam 4.00 petang dengan konvoi motosikal dan kereta yang telah mendapat sambutan luar dugaan. Antara pimpinan tertinggi PR Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. Pimpinan PR negeri yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari; Pengerusi PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAP Negeri Melaka, Goh Leong San. Turut hadir wakil-wakil NGO seperti HIshamuddin Rais mewakili Bersih; Singham dari Tindak; Salmi Ibrahim (Royalti Terengganu); Salmi Ibrahim (Royalti Terengganu); Andasura Rabu (Stop Lynas) dan Lee Chee Chern (Himpunan Hijau). Turut hadir bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Kesemua pimpinan parti dan wakil-wakil NGO serta Kadir telah berucap malam tadi. Program tersebut juga turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Blues Gang, Ito yang menyampaikan 3 buah lagu. Turun 12 Januari Mohammad Sabu dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Melaka supaya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil. "Sudah tiga kali kita mengadakan Himpunan Bersih, tetapi kerajaan dan SPR terus membutakan mata dan memekakkan telinga tidak menghiraukan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia". "Kali ini pada 12 Januari 2013 kita akan turun ke Kuala Lumpur untuk sama-sama hadir pada program Himpunan Sejuta rakyat, kalau mereka degil lagi kita sepak mereka" tegas Muhammad dengan serius sambil menyepak angin. Azmin dalam ucapan penuh semangatnya menjelaskan kepada rakyat bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalam keadaan parah di mana hutang negara sudah meningkat lebih RM500 bilion dan ianya sudah sampai tahap kronik. "Adakah kita semua ingin melihat negara kita menjadi Greece yang bangkrap kerana Menteri Kewangan yang sangat 'cekap' sehingga negara hampir muflis" "Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ekonomi negara kita sebagai contoh tahun1994 ialah 9.2 %, 1995 (9.8) dan 1996 (10 %) berbanding Najib yang pencapaiannya 2009 ialah -1.5 %, 2010 (7.2%) dan 2011 (5.1 %) sahaja.. Jadi siapa sebenarnya yang bijak menguruskan kewangan negara Anwar atau Najib" tanya Azmin. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw menegaskan bahawa sudah sampai masanya rakyat negeri Melaka menukar kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal memberikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat. "Ketua Menteri Melaka menganjurkan kenduri kahwin anaknya hingga membelanjakan kira-kira RM1juta, ini duit siapa, sedangkan hutang negeri Melaka sudah hampir RM900 juta, tetapi Melaka hanya bayar hutang kepada pusat hanya RM180,000 tahun lepas". "Manakala kerajaan pusat menzalimi rakyat dengan AES dan pelbagai lagi, mereka mencuri duit rakyat dengan dasar yang benar-benar zalim dan menyiksa rakyat" tegas beliau. Sebelum ini tapak program terpaksa diubah dua kali akibat tuan tanah yang disewa tidak berani membenarkan tanahnya digunakan untuk program tersebut walaupun sudah bersetuju di peringkat awalnya kerana ugutan demi ugutan pihak yang berlagak samseng. -Hrkh | ||
Kembara Oren lepasi jerat provokasi Umno Posted: 08 Dec 2012 09:50 PM PST Khairul Azlam Mohamad, KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat provokasi Umno BN yang berakhir semalam. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN. Katanya, keseluruhan agenda jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit ketegangan. "Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu. "Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen-agen Barisan Nasional," ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam. Menurutnya, kembara oren tersebut disertai sama oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, pimpinan PAS negeri Terengganu serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO). Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda melahirkan rasa dukacita dengan tindakan tidak matang pihak Umno serta agen-agen Barisan Nasional. Katanya, meski pun terdapat tujuh laporan polis yang dibuat bagi menghalang program kembara oren namun tidak berhasil. "Kami rasa sangat dukacita dengan sikap tidak matang pihak Umno dan agen-agen BN yang cuba buat kacau dan cetuskan provokasi kepada para peserta konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda. "Kita bukan hendak buat kacau sebab kami pun orang Felda juga…tapi mereka buat 'sekatan' dengan 'perisai manusia' berkumpul depan pintu masuk ke Felda Selasih, Jabi, Setiu. "Di Felda Selasih, kami hanya mahu singgah untuk solat Asar sekitar jam 5.45 petang dan ikut jadualnya hanya bersolat jemaah sahaja," jelasnya dengan nada kecewa. Namun, kata Noraza, para peserta rombongan dihalang sama sekali dan tidak dibenarkan ke masjid serta dicemuh dengan kata-kata provokasi. Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membuat pelepasan peserta konvoi di Dataran Ketengah Jaya, Kertih dan berakhir di Felda Tenang. Di Felda Tenang, Hulu Besut acara kemuncaknya dengan Ceramah Perdana oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah. | ||
Pesanan dari Penduduk Kampung Gombak Utara buat Ketua Pemuda UMNO Gombak .. Posted: 08 Dec 2012 02:53 PM PST Wakil kumpulan tersebut Said Zakaria, 57, yang juga merupakan ketua Kampung Gombak Utara, mendakwa insiden tersebut didalangi Umno dan menyalahkan parti tersebut kerana menyebabkan nama kampung tercemar. "Apa yang saya lihat malam kejadian, separuh dari sekumpulan 200 orang Pemuda Umno membuat bising, membaling batu dan menyerang petugas serta penjaja pada malam insiden tersebut," kata Said dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi. Menurut Said lagi, rata-rata yang membuat kecoh pada malam itu bukan penduduk kampung sebaliknya orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. "Malahan, mereka (pemuda Umno) yang hadir malam itu adalah orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Gombak (Megat) dengan tujuan menghalang ceramah ceramah daripada pimpinan Pakatan. "Justeru kami menolak dakwaan bahawa kekacauan itu dibuat oleh orang kampung kerana menolak kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain," tambah beliau. Selain Said, dua lagi penduduk kampung Kamaruddin Mohamad, 70, dan Musa Zakaria, 61, juga senada dengan ketua kampung mereka itu dan menuduh Umno yang memulakan provokasi. "Sudahlah bawa orang luar, lepas itu buat kacau hinggakan ada yang cedera dipukul dan ditikam," kata Kamaruddin yang mengecam tindakan pemuda Umno pada malam itu. Dalam insiden malam itu, seorang pemuda Md Akasyah Md Yunos, 37, telah ditikam pada bahunya dan telah membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah Gombak selepas kejadian malam itu. Selain beliau, terdapat lagi beberapa orang mangsa yang cedera dipukul dan khemah penjaja rosak akibat balingan batu daripada kumpulan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Antara mangsa pada malam tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48, yang cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut. "Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh," kata Haidir berdarah dikepalanya. "Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya." Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga secara terbuka mengecam dan menuduh Megat mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah di kampung Gombak Utara itu. Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di Dataran Sharuddin, Batu 8½. "Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini," kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas kekecohan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) pada malam kejadian. Namun, Megat menafikan pemuda Umno terlibat menyerang ceramah di Gombak tersebut tetapi hanya berdemonstrasi aman di hadapan bilik gerakannya. Menurut Megat, demonstrasi aman berlangsung di hadapan bilik gerakan Umno Gombak Batu 8½ itu kemudian bertukar ganas apabila sebahagian dari penyokong PR bertindak membaling objek seperti batu-bata, kuali dan tong air ke arah pemuda Umno. "Kami hanya buat demonstrasi aman di depan bilik gerakan kami, tetapi mereka membaling tong air, kuali, batu-bata sehingga seorang pemuda Umno kena sembilan jahitan akibat terkena batu-bata," kata Megat yang dihubungi . Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan ada hadirin yang tercedera. Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa kali disimbah dengan cat dan dibaling batu. -TMI | ||
Najib & UMNO Tiru PAP Singapura Lafaz Ikrar Setia Kepada Parti! Posted: 08 Dec 2012 02:51 PM PST |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan