DIALOG RAKYAT |
- Pakatan: 'Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita'
- Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
- Kos asrama: Siswa KUIS berdemo di rumah ADUN
- Guan Eng: Satu lagi janji monorel dari BN
- Polis Pulau Pinang: Dakwaan wanita Indonesia dirogol fitnah
- LUAS Sahkan Kapasiti Air Di Tujuh Empangan Memuaskan
- Air Percuma Pangsapuri : Syarat SYABAS Sukarkan Penduduk
- Kalau Musa Hassan hendak melakukan kebaikan, apa salahnya?
- Pakatan mahu angkat martabat Melayu-Islam lebih dari Umno – Anwar
- Kaum Cina Mula Terima Lynas? KARUT!!!
- Pasangan kekasih masih bersekolah kena cekup di hotel
- Ustaz Azizan yakin Pakatan kekal di Kedah
- 10,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka
- KSN: KP Kesihatan baru waktu terdekat
- Separuh akhir Piala AFF: Tiket berbaki 35,000
- Piala AFF: 'Kami doakan kemenangan'
- MIC: Undi 'simpanan tetap' kaum India kembali ke BN
- PAS pertimbangkan tindakan undang-undang atas laporan ‘khalwat’
- Insiden Felda Selasih; Umno Menyemai Sikap Primitif 'Katak Di Bawah Tempurung'
- Seminar Antara Budaya Matikan Taktik 'Adu Domba' BN
- Insiden Felda Selasih; Misi Kami Menyelamat Masyarakat...Bukan Khianat!
- 10 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Senyum
- Tubuh s'jaya kebenaran dan rekonsiliasi, gesa Ku Li
- SPR digesa jelaskan pegawai terlibat dalam Umno
- Bekas SB mohon maaf kepada PAS meninggal
Pakatan: 'Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita' Posted: 09 Dec 2012 03:19 PM PST MELAKA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yakin kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari depan di Kuala Lumpur berlangsung dalam suasana aman. Beliau sama sekali menolak andaian bahawa perhimpunan itu akan menjadi seperti Peristiwa 13 Mei kerana penyokong Pakatan Rakyat (PR) juga mahu perhimpunan berjalan aman bagi menyatakan bantahan mereka. "Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita, tidak kira Melayu atau Cina akan bersama-sama berhimpun di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. "Saya tahu semuanya sudah bersemangat tinggi untuk ke Putrajaya tapi kita perlu ke Kuala Lumpur dahulu sebagai kemuncak semua tuntutan PR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya. Program itu bermula pada jam 4 petang dengan konvoi motosikal dan kereta, turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Blues Gang, Ito yang akan menyampaikan tiga buah lagu. Mat Sabu berkata, program dengan sasaran 1 juta kehadiran turut disertai rakyat yang mahukan perubahan kerana beberapa tuntutan sebelum ini tidak dihiraukan kerajaan. "Sudah tiga kali kita mengadakan Himpunan Bersih, tetapi kerajaan dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) terus membutakan mata dan memekakkan telinga tidak menghiraukan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata, jumlah kehadiran yang semakin meningkat di setiap program Himpunan Kebangkitan Rakyat di empat buah negeri sebelum ni memberikan keyakinan bahawa PR boleh mendapat sokongan rakyat. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PR yakin cukup mantap untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurutnya, ini kerana gabungan Pas, DAP dan PKR adalah sebuah keluarga besar yang sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa. "PKR dalam keadaan yang cukup mantap dan kita adalah keluarga besar yang sudah bersedia untuk merempuh Najib, Rosmah, Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya. Azmin turut mencabar Najib membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dengan segera sekiranya kerajaan BN sudah cukup kuat menentang pakatan pembangkang. "Saya cabar Najib, kalau dia sudah kuat, bubarkan Parlimen esok. Kalau dalam bulan ini Najib tidak bubarkan Parlimen, saya yang akan berikan tarikh PRU ke-13," katanya. | |||||||||
Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF! Posted: 09 Dec 2012 02:46 AM PST Inilah gambar kerabat keluarga besar Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri pertamanya dahulu sebelum digantikan dengan Ragad Waleed Al-Kurdi. Jikalau sebelum ini, kita telah melihat gambar rumah deretan rumah mewah milik pemimpin-pemimpin & VVIP daripada sebelah Semenanjung Malaysia DI SINI & DI SINI. Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar milik kerabat Taib Mahmud & rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak. Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tidak seorang pun yang harus dibenarkan menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah kerabat Taib Mahmud yang dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana ini hanya rumah rakyat Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah kerabat Taib Mahmud, sebentar sahaja lagi… Memandangkan limpahan kekayaan yang Tuhan telah kurniakan di Sarawak seperti kemewahan emas hitam (petroleum), gas asli, balak dan tanah yang subur bagi penanaman kelapa sawit, mungkin inilah yang dikatakan penanda aras kemajuan & kesemarataan limpahan kekayaan di Sarawak. Dan…..sesuailah juga dengan kekayaan negeri Sarawak kini melihat keadaan dan rupabentuk rumah mewah & istana kalangan pemimpin dan kerabat Ketua Menteri Sarawak. Antaranya rumah-rumah pemimpin di Sarawak yang berjaya dirakam ialah : Gambar Rumah James Jemut MasingJames Jemut Masing merupakan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS). PRS merupakan parti komponen Barisan Nasional dan James Jemut Masing Adun kawasan Balleh. James Jemut Masing sekeluarga kini tinggal di rumah di atas sebidang harta seluas dua ekar bertentangan dengan Jalan Ong Tiang Sui. Hebat….hebat. Dengan pendapatan sekitar RM8,000 sebulan membolehkannya yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mampu membina dan mendiami kediaman sedemikian yang bernilai RM2 juta? Ya….mungkin inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan. Gambar Rumah Kerabat Taib MahmudGambar Kawasan Rumah George Chan + Padang GolfTan Sri Dr George Chan merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Gambar Rumah Arip Bin Mahmud
Arip Bin Mahmud merupakan pengarah dan pemegang utama saham syarikat hartanah yang berpangkalan di California, Sakti International Corporation. Antara adik-beradik yang paling dipercayai & merupakan rakan kongsi utama.
Gambar Rumah Chris ChungMerupakan rakan kongsi perniaganaan dengan anak lelaki Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib. Gambar Rumah Mohd Tufail Bin Mahmud
Rumah ini ada 27 buah bilik Tufail merupakan pemegang saham utama yang mengawal dan memilki KUmpulan Sanyan yang merupakan salah satu syarikat yang terbesar di Sarawak bernilai USD400 juta yang aktif dalam perniagaan kayu. Beribu pejabat di Wisma Syanyan, Sibu di bangunan yang tertinggi Sarawak. Gambar Rumah Datuk Haji HamdenDatuk Haji Hamden merupakan Pengurus Urusan bagi menerajui Kumpulan Syarikat Sarawak Plantation Berhad yang telah mencatatkan keuntungan sekitar RM105 juta pada tahun 2011. Gambar Rumah Aisah Zainab Mahmud
Adik perempuan Taib Mahmud ini, Zainab, merupakan pengarah di 5 buah syarikat dan pemegang saham di 9 buah syarikat yang lain. Gambar Rumah Ibrahim Mahmud
Adik lelaki Taib Mahmud, Ibrahim Mahmud menjadi pengarah di 16 buah syarikat dan merupakan pemegang saham 6 buah syarikat yang lain. Gambar Rumah Raziah Taib MahmudTarikh Lahir : 24 November 1955No Kad Pengenalan : 551124-13-5080 Pasangan : Robert Geneid Raziah merupakan adik perempuan Taib Mahmud menjadi pengarah di 20 buah syarikat & pemegang saham di 16 buah syarikat yang lain Gambar Rumah Jamilah MahmudAnak perempuan Taib Mahmud dengan isteri pertamanya dahulu, Jamilah merupakan pengarah di 4 buah syarikat dan menjadi pemegang saham di sekurang-kurangnya 86 syarikat yang lain.
Gambar Rumah Hanifah Hajar Taib Mahmud
Anak bongsu Taib Mahmud ini merupakan pengarah di 16 buah syarikat dan pemegang saham di 90 buah syarikat lain di Malaysia. Kalau di Australia, Hanifah Hajar adalah pemegang saham utama Sitehost Pty Ltd yang memiliki hotel bertaraf lima bintang seperti hotel "Adelaide Hilton".
Gambar Rumah Alfred Jabu Anak NumpangGambar Rumah Awang Tengah Ali HassanDatuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar kedua yang juga bertanggungjawab mengenai hal-hal berkaitan tanah di Sarawak. Gambar rumah Awang Tengah ini berjaya dirakam ketika dalam pembinaan lagi. Gambar Rumah Naroodeen MajaisNaroden Majais merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan di Sarawak. Rumah Amar Hajar Fredahanum Mahmud (Fredahanum) + Aziz Hussein
Adik Taib Mahmud ini merupakan pengarah bagi enam buah syarikat dan pemegang saham utama bagi 4 lagi syarikat lain. Antaranya ialah Fredahanum Mahmud merupakan seorang pengarah syarikat Achi Jaya Transportation Sdn. Bhd. (Dahulunya dikenali sebagai Archipelago Shipping and CMS Transportation), yang mengawal eksport perkapalan di negeri Sarawak. Suami Fredahanum Mahmud sekarang ini Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Haji Husain merupakan Setiausaha kerajaan negeri Sarawak dan juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad. Sekarang ini, YB Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Haji Husain merupakan pengarah Eksons Corporation Berhad sejak tahun 2007 dan merupakan pemegang saham utama syarikat itu bersama-sama anak saudara Taib Mahmud. Syarikat Eksons adalah "pengeluar terbesar papan lapis di rantau Asia Pasifik. Abdul Aziz juga pengarah syarikat perisian MLabs Berhad dan Borneo Housing Mortgage Finance Berhad. Gambar Rumah Ali Mahmud
Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud merupakan pemimpin Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Muara Tuang. Mohamad Ali Mahmud telah diberikan 5,000 hektar tanah di Sri Aman atas nama syarikat Tabaruk Abadi Sdn. Bhd. bagi penanaman kelapa sawit atas kelulusan abangnya sendiri. Siapa abangnya? Tan Sri Taib Mahmud. Siapa Taib Mahmud? Ketua Menteri Sarawak. Tahniah! Gambar Rumah Datuk Abdul RahmanDatuk Haji Daud Abdul Rahman merupakan Menteri Muda Hal Ehwal Islam / Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur yang juga merupakan Adun Tupong. Gambar Istana Taib Mahmud Di SarawakDan…akhirnya istana milik pemimpin No.1 di Sarawak. Tan Sri Taib Mahmud. Berjaya memerintah Sarawak selama 30 tahun lamanya.Kadang-kadang kami terfikir sendirian, SPRM sedar atau tidak tidak pelbagai laporan yang keluar mengenai Ketua Menteri Sarawak ini, Tan Sri Taib Mahmud dan kerabat keluarganya yang sering diusahakan kalangan rakyat Sarawak sendiri dan juga melalui laporan berita Sarawak Report selama ini?
Bukan kami minta untuk mengatakan kalangan mereka-mereka ini bersalah atau tidak, kerana yang menentukannya hanya mahkamah, tetapi siasatlah. Tetapi kalau siasatan pun seperti hidup segan mati tidak mahu, bagaimana? Terlalu jelas menampakkan perbezaan siasatan di antara ikan jerung dan ikan bilis. Ini yang rakyat perhatikan sebenarnya. Untuk pemimpin lain di Semenanjung Malaysia kami masih boleh "tahan" lagi, tetapi untuk apa yang berlaku di Sarawak sekarang. Kami sama sekali tidak boleh terima. Minta sekali lagi perhatian daripada pihak SPRM. Apa kata anda terutamanya rakyat Sarawak di sini? | |||||||||
Kos asrama: Siswa KUIS berdemo di rumah ADUN Posted: 09 Dec 2012 02:34 AM PST Sekumpulan mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) hari ini berhimpun di hadapan kediaman seorang wakil rakyat Selangor yang didakwa mendapat kontrak menguruskan asrama kolej mereka. Dalam memorandum mereka, siswa berkenaan menuntut ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak supaya membatalkan kontrak menguruskan asrama tersebut – yang didakwa menyebabkan pelajar menanggung kos "tidak adil dan tidak munasabah". Siswa berkenaan juga menuntut Sulaiman menandatangani kontrak baru dengan kadar sewa asrama yang lebih rendah berbanding kadar sedia ada. Seramai 20 siswa berkenaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Demi Mahasiswa KUIS (DMK) turut meninggalkan memorandum mereka di peti surat kediaman ADUN terbabit. Kumpulan siswa berhimpun selama hampir setengah jam di hadapan kediaman tersebut di Shah Alam. Presiden DMK, Azrul Tahir sewaktu bercakap kepada wartawan mendakwa purata sewa seunit asrama KUIS terlalu tinggi dibandingkan dengan sewa pangsapuri lain yang memuatkan jumlah penghuni hampir sama. Beliau memberi contoh kolej kediaman jenis A, dengan jumlah penghuni enam orang yang mengenakan sewa RM1,980 sebulan berbanding Pangsapuri Vista yang terletak berdekatan dengan sewa sebanyak RM500 sahaja. "Kami minta pada YB Sulaiman Razak batal kontrak ini dan dan buat kontrak baru yang lebih adil dan munasabah," katanya sewaktu bercakap kepada wartawan. Siswa berkenaan tampil di hadapan kediaman ADUN berkenaan susulan saranan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada Mei lalu agar pelajar memberi tekanan politik agar kenaikan yuran itu dibatalkan. Rafizi Ramli berkata, tindakan itu bersesuaian kerana pemilik syarikat pengurus asrama berkenaan merupakan seorang ahli politik yang "faham bahasa politik". | |||||||||
Guan Eng: Satu lagi janji monorel dari BN Posted: 09 Dec 2012 02:31 AM PST Ketua Menteri Pulau Pinang berkata janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membina sistem monorel untuk negeri itu merupakan janji sama yang belum dipenuhi oleh pentadbiran sebelum ini. Lim berkata, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menjanjikan sistem monorel untuk warga Pulau Pinang tetapi ia tidak dipenuhi. "Ini kali kedua perdana menteri membuat janji seperti ini... Saya tidak tahu berapa banyak perdana menteri yang perlu berjanji sehingga Pulau Pinang dapat monorel. "Ia dijanjikan BN tetapi tidak pernah dibina, ini adalah janji yang tidak ditepati," katanya yang merujuk kepada slogan "Janji Ditepai BN" dalam sidang media selepas pembukaan kongress Wanita dan Pemuda DAP di Kuala Lumpur hari ini. Tambahnya, monorel itu sudah lama dijanjikan oleh kerajaan persekutuan dan sepatutnya ditunaikan tanpa dijadikan modal pilihan raya. "Kenapa buat syarat (jika BN menang)? BN menjanjikannya bawah pentadbiran sebelum ini, jadi kenapa perdana menteri kata ia hanya boleh dijalankan jika BN menang?," kata Lim. Katanya lagi, warga Pulau Pinang tidak mungkin termakan janji seperti itu apabila ia tidak ditunaikan sebelum ini. "Anda fikir orang akan percaya dengan janji itu?," soalnyna. | |||||||||
Polis Pulau Pinang: Dakwaan wanita Indonesia dirogol fitnah Posted: 09 Dec 2012 02:28 AM PST SINAR HARIAN BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang hari ini menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, semalam. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian. "Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang," katanya kepada Bernama, di sini. Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang antara lain menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa dirogol dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu. Wanita itu mendakwa teksi yang dinaikinya ditahan sebuah kereta peronda polis dan dia ditahan kerana hanya membawa salinan pasport. Dakwanya lagi, dia turut dipukul sehingga pengsan selama dua jam. Dia kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di Bayan lepas dan memaklumkan dirogol serta dipukul kepada doktor di klinik tersebut sebelum kesnya dirujuk kepada polis. Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan juga mendapati banyak keraguan dalam keterangannya. "Semalam kita bawa dia ke tempat-tempat yang didakwanya berlaku kejadian terbabit dan mendapati beberapa dakwaan dia menimbulkan keraguan dan tidak sama dengan dakwaan awal. "Wanita itu juga memberi keterangan yang meragukan termasuklah lokasi dia dirogol kerana lokasi berkenaan didapati berada di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan itu juga dikawal oleh pasukan Skim Rondaan Sukarela sepanjang masa," katanya. Selain itu katanya, polis turut membuat pemeriksaan terhadap anggota peronda polis yang bertugas pada waktu kejadian dan mendapati tiada yang menepati gambaran yang diberi wanita tersebut selain dia juga gagal mengenal pasti siapa yang merogolnya. Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan juga mendapati wanita itu bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Seberang Jaya, bukan pekerja kilang seperti yang didakwa. "Setakat ini kita dapati wanita berkenaan sengaja mereka-reka cerita kononnya dia dirogol oleh dua anggota polis, bagaimanapun polis tetap menjalankan siasatan dari pelbagai aspek. "Polis juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap wanita itu jika dia didapati sengaja mereka cerita dan membuat tohmahan kepada polis," katanya - Bernama | |||||||||
LUAS Sahkan Kapasiti Air Di Tujuh Empangan Memuaskan Posted: 09 Dec 2012 02:22 AM PST SHAH ALAM, : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan kapasiti air bagi ketujuh-tujuh empangan di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Pengarahnya, Md Khairi Selamat berkata, kapasiti bagi lima empangan iaitu Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu berada pada tahap 100 peratus sehingga semalam. Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh sama berada pada tahap 90.03 peratus, sementara Empangan Sungai Selangor meningkat kepada 83.44 peratus, iaitu sebanyak 191.91 juta meter padu pada ketinggian 214.00 meter. "Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter. "Limpahan air juga dilaporkan berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat dan Empangan Klang Gates," katanya dalam satu kenyataan media. Selain itu, menurutnya, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 8 Disember adalah sebanyak 14,737 juta liter sehari (JLH) dengan peningkatan sebanyak 5416 JLH berbanding bacaan sebelum ini. Beliau berkata, jumlah aliran air sungai juga mampu membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya. Katanya lagi, bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH. Beliau turut menjangkakan kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monsun Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac. "Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013," katanya lagi. | |||||||||
Air Percuma Pangsapuri : Syarat SYABAS Sukarkan Penduduk Posted: 09 Dec 2012 02:20 AM PST KLANG : Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam menetapkan syarat ketat untuk permohonan proses migrasi meter pukal kepada individu merupakan punca utama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk pangsapuri tidak dapat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor. Berkongsi pengalaman dalam menguruskan permohonan itu, Pengerusi JMB Pangsapuri Bukit Kuda, Ahmad Ibrahim berkata Kerajaan Negeri sebenarnya banyak memudahkan urusan migrasi itu namun Syabas tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya selain meletakkan prosedur yang ketat. Katanya, antara syarat yang dikenakan Syabas ialah memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik ia termasuk membuat permohonan baru melalui borang SMP(borang kebenaran tukar meter) bagi setiap individu dan menyediakan RM130 setiap rumah untuk membayar deposit meter air. Selain itu, penduduk juga dikenakan syarat membayar jumlah keseluruhan bil tunggakan dan segala kos pembaikan paip serta pengubahsuaian meter ditanggung pemilik. "Syarat yang ditetapkan itu sangat menyusahkan. Sewajarnya mereka (Syabas) faham, untuk melaksanakan semua syarat itu bukan mudah, banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk dan JMB sendiri. "Pengalaman saya dalam menguruskan permohonan itu memakan masa setahun baru ia selesai itu selepas ditolak beberapa kali oleh Syabas sehinggakan saya terpaksa ke Ibu Pejabat Syabas untuk berusaha mendapatkan air percuma," katanya kepada TV Selangor ketika ditemui. Menceritakan lanjut, Ahmad berkata JMB pangsapurinya terpaksa mengeluarkan wang tabung pengurusan itu sebanyak RM15,000 untuk didahulukan bagi membayar bil tunggakan. Katanya, tidak cukup dengan itu, beliau terpaksa mencari pemilik sebenarnya setiap unit rumah untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka. "Saya hantar sendiri notis kepada sebanyak 450 unit rumah untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka, banyak masalah yang saya hadapi. Itu pun pada mulanya, hanya setengah sahaja yang berjaya saya cari, tetapi akhirnya saya berjaya mengumpulkan semuanya selepas beberapa langkah susulan diambil," katanya. Selain itu, jelasnya, penduduk terpaksa membayar RM45 bagi setiap unit rumah untuk mengubahsuai meter mereka manakala JMB mengeluarkan sebanyak RM5,000 untuk membaiki meter. "Jika dihitung, kos mengubahsuai meter yang ditukar 450 unit rumah itu menelan belanja yang besar iaitu sebanyak RM20,200. Itu kita lakukan sendiri, jika kita memanggil pihak kontraktor sudah tentu harganya dua kali ganda," katanya. Sehubungan itu, katanya, disebabkan syarat yang dikenakan Syabas itu menyebabkan penduduk pangsapuri lain lambat menikmati pemberian air percuma 20 meter padu itu selain mereka tidak mendapat kerjasama dari penduduk sendiri. "Setiap penduduk harus faham, begitu juga dengan JMB, jangan menyalahkan Kerajaan Negeri, mungkin permohonan yang dihantar kepada Syabas itu tidak lengkap," katanya. Sementara itu, penduduk Hartila Md Daud, 42, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa prihatin terhadap rakyatnya. "Saya mengharapkan rakyat Selangor terus menyokong Kerajaan Negeri yang sedia ada untuk mentadbir negeri seterusnya ke Putrajaya kerana apa yang saya lihat dan merasainya sendiri, Kerajaan Negeri banyak meringankan beban keluarga saya," katanya. Penduduk lain, Imran Ismail, 44, berharap Kerajaan Negeri berterusan membela rakyat yang dilihat semakin dibebankan kerana kos hidup yang tinggi. "Dengan adanya, pemberian air percuma dan banyak program bantuan yang lain, sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan beban kami rakyat Selangor," katanya. | |||||||||
Kalau Musa Hassan hendak melakukan kebaikan, apa salahnya? Posted: 09 Dec 2012 02:15 AM PST Oleh Aspan Alias Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh beberapa orang bekas pegawai tinggi Polis yang telah bersara semasa kita sedang menghadapi saat akhir pilihanraya umum kali ini, yang merupakan 'mother of all general elections'. Kenyataan yang banyak di keluarkan oleh bekas IGP, Musa Hassan membuatkan beliau menjadi bahan polimik dan perbincangan di kalangan ramai rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan terakhir sebelum pilihanraya yang amat mendebarkan pihak BN ini. Bagi pembangkang mereka bukan lah pihak yang 'desperate' seperti UMNO dan BN kerana kekalahan sudah menjadi pakaian mereka sejak dari kita mula mencapai kemerdekaan dahulu. Pemimpin-pemimpin pembangkang telah ramai ditahan di bawah ISA bertahun-tahun lamanya. Pengalaman serta tekanan yang terlalu kuat kepada pimpinan parti ini telah membuatkan PAS sebagai satu parti yang mempunyai 'resilience' yang tinggi. Jika PAS dan DAP dituduh pihak yang desperate, itu merupakan tuduhan liar. Begitu juga DAP yang telah menjadi mangsa mainan politik ganas BN sehinggakan Lim Guan Eng pernah ditahan kerana memperjuangkan nasib seorang kanak-kanak perempuan di bawah umur yang di katakan telah di perkosa oleh seorang pemimpin besar UMNO. Anwar Ibrahim tidak payah di ceritakan lagi sekarang kerana duduk didalam tahanan memang sudah menjadi mainan bagi beliau. Dalam isu bekas pegawai polis ini, yang paling menarik ialah isu kenyataan Musa Hassan, seorang IGP, yang sangat 'controversial' semasa menjadi IGP dahulu. Beliau dikatakan telah memainkan peranan penting untuik memperlakukan apa yang di perlukan oleh pimpinan UMNO dan BN yang begitu 'desperate' sehinggakan Musa berserta dengan Peguam Negara telah banyak melepaskan pemimpin-pemimpin durjana dari terperangkap di dalam penjara Sungei Buluh dan penjara-penjara yang lain. Kini Musa membuat kejutan dengan bercakap tentang apa yang berlaku di dalam pasukan polis semasa beliau menjadi IGP dahulu. Kini Musa sedang menceritakan bagaimana pemimpin politik telah masuk campur di dalam hal ehwal dan urusan polis dan pemimpin yang di maksudkan oleh Musa itu termasuklah Perdana Menteri, Najib Tun Razak, dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, sendiri. Banyak pihak yang memberikan reaksi yang tidak menyebelahi Musa kerana Musa lah orangnya yang bermain-main dan tunduk kepada kuasa politik dan membuatkan Polis itu sebagai pasukan yang tidak 'professional' dan berbagai-bagai 'superlatives' yang di hamburkan kepada bekas IGP itu. Bagi saya, ingin pula rasanya untuk memberikan komen sedikit tentang isu ini. Saya mengibaratkan bekas Ketua Polis negara itu dan mana-mana pegawai tertinggi yang lain, mereka hanyalah melakunkan apa yang di arah oleh Pengarah sebuah filem. Ibarat Salleh Kamil, sebenarnya orang baik tetapi beliau selalu melakunkan watak jahat di dalam filem-filem lakunan beliau. Beliau hanya melakunkan apa sahaja yang di arah oleh pengarahnya yang selalunya adalah P Ramlee. Dalam isu Musa ini saya merasakan beliau terpaksa melakunkan watak seperti yang di tuduh oleh setengah pihak. Sebenarnya pengarah kepada lakunan dalam isu Musa ialah Perdana Menteri dulu, Dr Mahathir, selepas itu Pak Lah dan Najib Razak. Begitulah nasib seorang yang telah diperguna oleh pimpinan politik tinggi. Tetapi kini Musa tidak berlakun lagi kerana beliau telah bersara. Apabila seseorang pelakun itu bersara dia akan kembali menjadi diri nya yang sebenar. Kalau baik, maka dia akan jadi orang baik seperti di luar filem lakunannya. Jadi seorang pelakun yang telah bersara tentulah seseorang pelakun itu bercerita tentang semua filem lakunannya dan memberikan komen tentang pengarah yang mengarahkan lakunnya dahulu. Moral kepada andaian ini ialah yang jahatnya ialah pengarah filem yang mengarahkan lakunan itu. Bagi saya komen negatif dari Dato Ramli Yusuf yang telah menjadi korban Musa semasa itu adalah relevan jika di kira dari sudut perlakuan Musa terhadap beliau. Tidak ada siapa yang tahu semasa itu Dato Ramli mungkin tidak di senangi oleh pimpinan besar negara kerana Dato Ramli terkenal sebagai seorang pegawai dan penjawat awam yang baik. Pemimpin politik tidak gemar dengan orang baik kerana orang baik akan menjahanamkan masa depan ahli politik, apa lagi kepada kumpulan ahli politik yang tidak jujur dan melakukan rasuah dan berbagai-bagai jenayah yang lain. Kadangkala penjawat awam tidak naik pangkat kerana mereka baik. Itu sebabnya ramai pegawai yang kotor imejnya sekarang naik pangkat setiap tahun atau dua tiga tahun sekali. Dalam sistem di negara ini yang sangat pelik ialah, yang buruk perangai itu kekal dan naik pangkat dengan cepat. Ini adalah satu 'attribute' yang biasa bagi pimpinan yang kotor dan korap. Bagi saya Musa adalah seperti manusia yang lain juga. Beliau juga berhak untuk menjadi baik dan memberitahu apa yang tidak baik yang berlaku. Siapa yang pelaku sebenarnya atau pengarah kepada lakunan ini bagi saya yang bersalah ada hak di sisi Tuhan untuk menjadi baik. Musa juga seperti ramai yang lain tentulah ada perasaan yang menghantui beliau yang memaksa beliau memberi tahu cerita dan kejadian yang sebenarnya. Dalam hal politik negara kita, yang penting bagi rakyat ingin tahu ialah apa sebenarnya yang berlaku semasa beliau (Musa) menjadi IGP. Sekarang ini Musa sedang menceritakan apa salah laku yang di lakukan oleh pemimpin politik semasa beliau menjadi ketua polis negara dulu. Apa yang telah di ceritakan oleh Musa akhir-akhir ini telah banyak membantu rakyat untuk membuat keputusan semasa pilihanraya nanti. Kesalahan Musa itu lain halnya. Hal yang ingin diketahui rakyat ialah kenapa jenayah besar itu berlaku dan siapa yang melakukannya. Rakyat ingin tahu siapa yang bunuh Altantuya misalnya. Walaupun Musa mungkin kurang kredibilitinya sebagai penjawat awam, tetapi isi yang diceritakan beliau itulah yang paling penting. Sekarang ini banyaklah perkara yang sebenarnya berlaku telah di ketahui umum dan itu lah yang terpenting sebenarnya semasa rakyat sedang membuat pertimbangan politik yang sangat penting tidak lama dahulu. Jika Musa di ambil tindakan jika beliau benar-benar bersalah, ada sistem dan undang-undang yang menyediakan penyelesaiannya. Tetapi Musa telah banyak memberi tahu bagaimana Mahathir menggunakan polis dalam isu Anwar Ibrahim. Begitu juga apa yang di campuri oleh ramai ahli-ahli politik negara. Pengakhir kata, jika Musa bersalah sekali pun, Pengarah yang mengarahkan beliau untuk melakukan kerja bodoh dan busuk itu perlu mendapat hukuman. Dalam sesebuah filem itu Pengarah Filem tersebut lah yang patut di ambil tindakan, kerana 'idea' bodohnya lah yang boleh memudharatkan rakyat dan negara. Bagi saya jika Musa (jika benar) 'jahat' kata-kata dan pendedahan beliau itu menunjukkan beliau ingin membuat kebaikan dan beliau perlu saya terima. Pihak yang bermasalah ialah pihak yang tidak mahu lagi untuk melakukan kebaikan. Musa sudah merasakan yang pentadbiran yang baru nanti merupakan pentadbiran yang lebih baik, beliau tidak akan dapat meletakan diri beliau secocok dengan keadaan sekeliling yang sudah kembali baik. Musa berhak untuk memilih untuk melakukan tindakan untuk pihak yang lebih baik dan itu merupakan tindakan yang terpuji. Jika Musa merasakan tindakan beliau itu boleh membantu untuk kebaikan ramai, kenapa tidak diteruskan sahaja tindakan-tindakan yang beliau sedang lakukan. Dalam sejarah Khalid Al-Walid, dia bermusuh dengan Islam dan ingin membunuh Rasulullah.saw akhirnya dia mendapat hidayah dan berperang, memihak kepada Islam dan mendapat gelaran 'pedang Allah'.Tidak pula ada di kalangan orang Islam semasa itu mengungkit-ngungkit apa yang telah dilakukan oleh Khalid Al-Walid semasa berperang menentang Islam sebelum itu. Sekarang Musa Hassan pula telah menyerang secara terbuka Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Kita belum lagi mendengar reaksi dari pemimpin-pemimpin yang di tuduh oleh Musa itu, baik Dr Mahathir, Najib atau pun Hishamuddin. Mereka seolah-olah tidak dapat menjawab dan menafikan segala apa yang di perkatakan oleh Musa itu. Yang penyokong-penyokong UMNO di tepian hendak sibuk mengecam Musa ini apa hal nya? Biarkan sahaja kebenaran timbul dengan sendirinya. | |||||||||
Pakatan mahu angkat martabat Melayu-Islam lebih dari Umno – Anwar Posted: 08 Dec 2012 09:58 PM PST Nazar Hashim ALOR SETAR : Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengorbankan hak orang Melayu-Islam, bahkan martabat itu akan diangkat lebih tinggi daripada sepanjang Umno memerintah, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tak mungkin KEADILAN dan PAS akan nafi majoriti hak orang Melayu apabila menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Begitu juga DAP. "Kita tidak akan korbankan martabat Islam dan Melayu. Kedudukan ini akan didaulatkan lebih tinggi dari Umno BN semasa mereka memerintah negara selama 56 tahun," katanya. Beliau berkata demikian depan lebih 20,000 hadirin yang membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar 7 Disember lalu. Anwar berkata tiada guna slogan Ketuanan Melayu diheboh sedangkan orang Melayu masih miskin dan tidak terbela sekalipun negara sudah mencapai kemerdekaan begitu lama. Beliau yakin pemimpin Pakatan memiliki berpengalaman dan kelayakan untuk menerajui Kabinet demi memberi pembelaan kepada orang Melayu. "Pemimpin Pakatan tahan lasak. Ramai pemimpin pernah dipenjarakan. Kita ada pengalaman dipenjarakan, menerima makanan yang dibaling seperti anjing oleh penguasa. "Budaya jelek ini mesti disingkir dalam kehidupan penguasa. Pakatan akan tunjuk cara tadbir yang baik pada mereka. Kita mesti menang untuk buktikan kesungguhan membela nasib rakyat," katanya. Anwar juga menempelak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak telus menangani tuntutan melibatkan pengendalian sistem pilihan raya yang adil. Beliau kesal kerana SPR tidak bertanggungjawab apabila cuba bersekongkol dengan parti pemerintah untuk menipu pengundi. "SPR perlu ingat.Mereka juga angkat sumpah memegang jawatan untuk laksanakan tugas dengan adil. Ingat, penyokong Pakatan akan tangkap mereka yang menipu, " katanya. | |||||||||
Kaum Cina Mula Terima Lynas? KARUT!!! Posted: 08 Dec 2012 09:51 PM PST KELAB GREENBOC Aktivis bidas dakwaan MCA kaum Cina menerima loji Lynas KUALA LUMPUR, 8 Dis – Aktivis alam sekitar membidas dakwaan MCA yang mengatakan masyarakat Cina sudah menerima kilang nadir bumi kontroversi Lynas Corp di Kuantan dan menyifakan ia bermotif politik kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir. Pengerusi Gabungan Henti Lynas (SLC), Andansura Rabu menggambarkan kenyataan sedemikian sebagai sebuah kenyataan politik dan "kempen" oleh MCA untuk mendapat undi daripada kaum Cina. "Mereka tidak ada data untuk menyokong kenyataan mereka," kata beliau kepada The Malaysian Insider, sambil mengakui kebanyakkan kumpulan anti-Lynas adalah daripada masyarakat Cina. Malahan Andansura berkata rata-rata peserta yang turun pada Himpunan Hijau di Dataran Merdeka bulan lalu majoritinya daripada masyarakat Cina. Beliau merujuk kepada perhimpunan 25 November lalu semasa peserta berjalan daripada Kuantan ke ibu kota dengan jarak perjalanan 300km selama 13 hari. "Ia bukti kaum Cina menentang Lynas, mereka tidak menerima," kata beliau dan menambah masyarakat Cina tempatan sering bertanya tentang langkah susulan selepas ini. Selain beliau, pengerusi Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas Tan Bun Teet menyuarakan pandangan serupa dengan mendakwa kenyataan tersebut "tidak berasas" sama sekali. "Bagaimana mereka boleh buat kesimpulan begitu? Adakah terdapat referendum, pengundian, inkuiri orang awam yang dijalankan oleh badan bebas?" soal Tan. Beliau berkata MCA sebelum ini menubuhkan satu kumpulan pemantau dalam isu Lynas yang dituduhnya sebagai cubaan memecahkan sokongan kaum Cina terhadap pergerakkan anti-Lynas tetapi mendakwa penduduk tdak akan melupakan "pengabaian" yang dilakukan oleh parti utama kaum Cina tersebut. "Macam mana mereka boleh katakan masyarakat Cina beransur-ansur menyokong Lynas?" soal beliau, sambil menuduh parti MCA tersebut menubuhkan sebuah kumpulan pemantau yang tidak melakukan apa-apa. Selain masyarakat Cina, Tan juga menegaskan bahawa pergerakkan mereka mendapat sokongan daripada segenap masyarakat dengan mengatakan masyarakat bukan Cina juga menentang loji Lynas tersebut. Kedua-dua Andansura dan Tan berkata kumpulan anti-Lynas diterajui oleh penduduk tempatan. "Tapi penduduk tempatan masih peneraju utama dalam perjuangan menentang Lynas...." kata Andansura yang menyatakan bahawa perjuangan tersebut "diusahakan" dan "diketuai" oleh penduduk Kuantan. Beliau juga mendapati isu tersebut sudah menjadi topik nasional dengan banyak warga daripada negeri lain menyertai mereka untuk memberikan kesedaran dan tekanan kepada kerajaan. Tan bersetuju adalah perkara biasa apabila bukan penduduk tempatan menyokong isu nasional dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa kumpulan utama SMSL adalah dari Kuantan. Kenyataan Tan tersebut bertujuan membalas laporan oleh pengerusi MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker yang mendakwa masyarakat Cina telah diperdaya oleh pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang kebanyakkannya bukan berasal dari Kuantan. "Suruh dia beri bukti yang katakan kami perdaya... kami boleh buat penilaian sendiri...." kata Tan, sambil mendakwa mereka yang menentang terdiri daripada golongan berpelajaran dan disokong menerusi kepakaran masing-masing. Selain aktivis, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh turut menyatakan bahawa masyarakat Cina masih lagi menentang loji Lynas tersebut. | |||||||||
Pasangan kekasih masih bersekolah kena cekup di hotel Posted: 08 Dec 2012 09:45 PM PST LUNAS - Hasrat sepasang kekasih berusia 16 tahun dan masih bersekolah untuk melarikan diri dari keluarga masing-masing tidak kesampaian apabila ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sebuah hotel murah di sini kira-kira jam 10.30, malam kelmarin. Suspek seorang remaja lelaki sebelum ini pernah bersikap agresif dengan memecahkan cermin kereta jenis Honda bapanya, kerana tidak berpuas hati dengan keluarga. Bagaimanapun setelah dibaiki, suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan menggunakan kereta itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima maklumat dari orang awam setelah berjaya menemui kereta digunakan suspek untuk melarikan diri. Ia disorok di bahagian belakang hotel. "Polis membuat semakan terhadap resit pembayaran dibuat oleh pelanggan yang menginap di hotel itu dan mendapati, suspek mendaftarkan diri kira-kira jam 9.15 malam. "Polis kemudiannya membuat serbuan disalah sebuah bilik di tingkat satu hotel itu dan mendapati suspek dan kekasihnya berada di dalam. "Sebelum ini waris pelajar perempuan terlibat sudah membuat laporan di Balai Polis Kulim apabila tidak pulang ke rumah dan dipercayai melarikan diri bersama suspek. "Pasangan itu kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut," katanya. | |||||||||
Ustaz Azizan yakin Pakatan kekal di Kedah Posted: 08 Dec 2012 09:38 PM PST
(Tuan Guru Haji Musa memimpin doa dengan diaminkan oleh Datuk Seri Anwar dan juga Ustaz Azizan) ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat akan mengekalkan kuasanya di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang. "Kita yakin di negeri Kedah, kita akan berjaya mempertahankan kerajaan kita dengan kerjasama semua pihak dalam Pakatan Rakyat," kata Azizan sewaktu berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat sini. Azizan menolak sebarang usaha yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) untuk cuba membeli undi rakyat. Ianya disifatkan oleh Azizan sebagai tindakan menggelabah BN dalam membendung kebangkitan rakyat. "Sebelum tahun 2008, bila kita kata kita akan menawan Kedah, mereka ingat kita main-main. "Bila kita berjaya baru mereka sedar," kata Azizan yang berucap panjang lebar menjelaskan isu itu dalam ucapannya. Walaupun sebelum ini beliau dikatakan tidak sihat, tetapi ucapan beliau malam itu meyakinkan lebih 20,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di stadium terbuka itu. (Puluhan ribu rakyat doakan kemenangan untuk Pakatan) Selepas berjaya memerintah, Umno dan BN berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri termasuk cuba membeli wakil rakyat Pakatan. "Pada waktu itu selain berusaha menjaga wakil rakyat kita supaya tidak lari, alhamdulillah dah tak ada sekarang, dalam masa yang sama kita hendak mentadbir negeri. "Semua orang tahu perkara ini tetapi Tuhan tidak memberikan keizinan kepada mereka kerana kekuasaan, harta adalah anugerah Allah," kata Azizan. Menurut Azizan, pelbagai usaha telah dibuat BN bagi menjatuhkan kerajaan negeri termasuk memfitnah, "Dan semua fitnah itu telah balik sendiri kepada mereka." Hari ini, katanya, semua pihak telah lihat kemampuan kerajaan negeri yang ada untuk memtadbir, "Dan insya Allah akan kekal ke hujung penggal iaitu penggal yang paling lama, lagi dua bulan cukup lima tahun kita memerintah," tegas Azizan. Inilah yang merunsingkan BN, lagi banyak mereka buat, lagi meluat rakyat kepada mereka, katanya. Setelah menguasai empat negeri, Azizan yakin, jika mereka berusaha dengan lebih kuat sedikit saja lagi, Pakatan akan menang untuk ke Putrajaya. "Jika kita kerja kuat sikit saja lagi, kekalkan empat negeri yang ada, ambil balik Perak dan Terengganu dan banyak kawasan Parlimen, kita akan ke Putrajaya," kata Azizan. | |||||||||
10,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka Posted: 08 Dec 2012 09:37 PM PST
MELAKA: Kira-kira 10,000 rakyat negeri Melaka membanjiri perkarangan Pejabat DAP Melaka pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka malam tadi. Kehadiran rakyat seramai itu bukan sahaja rekod kepada negeri Melaka malah memperlihatkan kebangkitan dan semangat peubahan yang ada pada rakyat negeri ini, kerana jarang sekali rakyat akan hadir ke program Pakatan Rakyat dengan jumlah seperti itu. Biarpun himpunan malam Umno BN menganjukan program karnival di tapak asal program iaitu di Kampung Bukit Palah, namun kehadiran orang ramai ke program Pakatan Rakyat boleh dikatakan tidak terjejas. Orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan pejabat DAP Melaka dan ada yang terpaksa berdiri di bahu-bahu jalan dan di pembahagi jalan. Program semalam bermula pada jam 4.00 petang dengan konvoi motosikal dan kereta yang telah mendapat sambutan luar dugaan. Antara pimpinan tertinggi PR Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. Pimpinan PR negeri yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari; Pengerusi PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAP Negeri Melaka, Goh Leong San. Turut hadir wakil-wakil NGO seperti HIshamuddin Rais mewakili Bersih; Singham dari Tindak; Salmi Ibrahim (Royalti Terengganu); Salmi Ibrahim (Royalti Terengganu); Andasura Rabu (Stop Lynas) dan Lee Chee Chern (Himpunan Hijau). Turut hadir bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Kesemua pimpinan parti dan wakil-wakil NGO serta Kadir telah berucap malam tadi. Program tersebut juga turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Blues Gang, Ito yang menyampaikan 3 buah lagu. Turun 12 Januari Mohammad Sabu dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Melaka supaya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil. "Sudah tiga kali kita mengadakan Himpunan Bersih, tetapi kerajaan dan SPR terus membutakan mata dan memekakkan telinga tidak menghiraukan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia". "Kali ini pada 12 Januari 2013 kita akan turun ke Kuala Lumpur untuk sama-sama hadir pada program Himpunan Sejuta rakyat, kalau mereka degil lagi kita sepak mereka" tegas Muhammad dengan serius sambil menyepak angin. Azmin dalam ucapan penuh semangatnya menjelaskan kepada rakyat bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalam keadaan parah di mana hutang negara sudah meningkat lebih RM500 bilion dan ianya sudah sampai tahap kronik. "Adakah kita semua ingin melihat negara kita menjadi Greece yang bangkrap kerana Menteri Kewangan yang sangat 'cekap' sehingga negara hampir muflis" "Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ekonomi negara kita sebagai contoh tahun1994 ialah 9.2 %, 1995 (9.8) dan 1996 (10 %) berbanding Najib yang pencapaiannya 2009 ialah -1.5 %, 2010 (7.2%) dan 2011 (5.1 %) sahaja.. Jadi siapa sebenarnya yang bijak menguruskan kewangan negara Anwar atau Najib" tanya Azmin. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw menegaskan bahawa sudah sampai masanya rakyat negeri Melaka menukar kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal memberikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat. "Ketua Menteri Melaka menganjurkan kenduri kahwin anaknya hingga membelanjakan kira-kira RM1juta, ini duit siapa, sedangkan hutang negeri Melaka sudah hampir RM900 juta, tetapi Melaka hanya bayar hutang kepada pusat hanya RM180,000 tahun lepas". "Manakala kerajaan pusat menzalimi rakyat dengan AES dan pelbagai lagi, mereka mencuri duit rakyat dengan dasar yang benar-benar zalim dan menyiksa rakyat" tegas beliau. Sebelum ini tapak program terpaksa diubah dua kali akibat tuan tanah yang disewa tidak berani membenarkan tanahnya digunakan untuk program tersebut walaupun sudah bersetuju di peringkat awalnya kerana ugutan demi ugutan pihak yang berlagak samseng. | |||||||||
KSN: KP Kesihatan baru waktu terdekat Posted: 08 Dec 2012 09:34 PM PST SINAR HARIAN KOTA KINABALU - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata Ketua Pengarah Kesihatan yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Ali berkata prosedur calon pengganti seseorang ketua pengarah yang baru itu dibuat mengikut proses biasa dalam sektor perkhidmatan awam. "Kita tunggu sahajalah kerana ini adalah proses biasa dalam perkhidmatan awam termasuk pemilihan pengganti (ketua pengarah kesihatan). Kita akan umum apabila tiba masanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di Kampung Lindung, Karambunai dekat sini, hari ini. Ali berkata demikian bagi mengulas kekosongan jawatan itu berikutan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam, Rabu lepas bahawa Dr Hasan yang diturunkan satu gred susulan kes itu kini bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan. Mahmood berkata mesyuarat SPA memutuskan Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang dan ia dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pada 14 Nov, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga petugas kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. Terdahulu, Ali yang juga Yang Dipertua MAKSAK berkata program yang dimulakan sejak 2003 itu akan diteruskan berikutan sambutan menggalakkan di mana pegawai dan anggota kerajaan dapat mendekatkan diri dengan rakyat selaras dengan konsep "Merakyatkan Perkhidmatan Awam". Beliau berkata program seumpama itu memberi peluang kepada perkhidmatan awam untuk berkongsi maklumat mengenai usaha-usaha penambahbaikan yang sedang dan bakal dilaksanakan. "Program kali kelapan dan pertama kali diadakan di Sabah ini memberi peluang penjawat awam berada dekat di hati orang kampung terutama di kawasan luar bandar selain memberi sumbangan kecil kepada masyarakat," katanya. Pada majlis itu, Ali turut menyampaikan sumbangan ihsan mesin rumput kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lindung Amin Mendani dan sumbangan hamper kepada penduduk kampung sekitar. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karambunai yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tekonologi Maklumat negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid serta Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman. - Bernama | |||||||||
Separuh akhir Piala AFF: Tiket berbaki 35,000 Posted: 08 Dec 2012 09:32 PM PST Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram berkata, sebanyak 50,000 daripada 85,000 tiket sudah dijual. "Saya nasihatkan orang ramai cepat dapatkan tiket sebab perlawanan mula awal jam 8 malam bukan 8.45 malam," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Beliau berkata, sebanyak 15,000 tiket yang diperuntukkan di Stadium Shah Alam telah habis dijual semalam manakala hari ini, tiket hanya dijual di Bukit Jalil. "Saya menjangka tiket akan habis dijual sekitar jam 6 petang ini, jadi bagi yang ingin menonton di stadium harus datang awal," katanya. Sivasundaram menambah, bagi penyokong Malaysia beliau menyeru agar mereka masuk melalui pintu Merah, Hijau, Kuning dan Ungu manakala pintu Biru untuk penyokong Thailand. "Saya harap semua penyokong tidak membawa benda-benda yang dilarang oleh pihak AFF seperti laser, mercun dan lain-lain bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. "Saya minta semua datang ke stadium awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan saya harap semua akan berjalan lancar," katanya lagi. Harga tiket perlawanan separuh akhir berharga RM40 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM10. | |||||||||
Piala AFF: 'Kami doakan kemenangan' Posted: 08 Dec 2012 09:31 PM PST SELURUH rakyat Malaysia mendoakan skuad Harimau Malaya mampu mengulangi kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki dua tahun lalu, dengan menumpaskan Thailand pada saingan separuh akhir di Bukit Jalil, malam ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skuad kendalian Datuk K Rajagopal perlu menggunakan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri untuk mempamerkan aksi mantap dan bertenaga. "Kemenangan nanti merupakan hadiah paling berharga kepada seluruh rakyat terutamanya untuk Perdana Menteri kita," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berpendapat dalam perlawanan yang berdasarkan keputusan jaringan pada dua perlawanan timbal balik ini, skuad negara perlu mengambil peluang sepenuhnya beraksi di Stadium Bukit Jalil. "Gunalah kesempatan bermain di tempat sendiri di hadapan penonton setia untuk menang dengan jaringan yang mampu menjadi bekalan di tempat lawan, nanti," katanya. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut yakin walau sekuat manapun pasukan Thailand, Harimau Malaya telah membuktikan mampu bangkit daripada prestasi hambar di awal pertandingan, dan mara ke separuh akhir. "Harimau telah mengaum semula dengan sepenuh kekuatan mendaki kepayahan di awal pertandingan, saya yakin atas sokongan semua termasuk Perdana Menteri, Harimau Malaya diyakini akan berada di puncak perlawanan akhir nanti, Insya-ALLAH," katanya. Perlawanan separuh akhir pertama akan berlangsung malam ini, manakala perlawanan timbal balik akan diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember ini. | |||||||||
MIC: Undi 'simpanan tetap' kaum India kembali ke BN Posted: 08 Dec 2012 09:30 PM PST "Saya jamin 'fix deposit' ini sudah kembali. Dulu 'interestnya' tak banyak tapi sekarang masanya untuk tingkatkan 'interest'," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di sini, hari ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN. Seperti Umno dan PPP, MIC mengadakan perhimpunan tahunan parti - yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan sebelum Jun depan. Palanivel, antara penyandang kerusi yang tewas pada pilihan raya umum 2008 berkata, bagi memastikan status simpanan tetap kekal, semua pihak perlu memastikan skim tersebut dikema skini dan diberi sokongan selalu. | |||||||||
PAS pertimbangkan tindakan undang-undang atas laporan ‘khalwat’ Posted: 08 Dec 2012 04:03 PM PST Mustafa (kanan) berkata tanpa sebarang bukti, 'The Star' melaporkan berita itu membuta tuli. – Gambar fail KUALA LUMPUR – PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam. Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan. Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai "tidak berasas" dan "penipuan yang jelas" dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya. "Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut," kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily. Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan "yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan", sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan "kejahilan" pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini. Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki semasa menunggu pesawat bersiar-siar dengan pasangan bukan Islam di Kelantan – ditahan kerana "berkhalwat", satu jenayah di bawah undang-undang syariah. PAS juga berkata mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum. Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai "tuduhan tidak bertanggungjawab" kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam. "Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat," Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam. "Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam," kata Dzulkefly. "Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?" soal beliau lagi. Rakannya dari PAS, Dr Siti Mariah juga berkongsi pandangan dengan berkata: "Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka." Beliau menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama. "Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal. "Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan. "Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama," kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu kepada The Malaysian Insider semalam. "Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka," tambah beliau. Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka "untuk menyelesaikan masalah". Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah. Dzulkefly berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah. "Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang. "Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan. "Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum," kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam. Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu. Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan. Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam. | |||||||||
Insiden Felda Selasih; Umno Menyemai Sikap Primitif 'Katak Di Bawah Tempurung' Posted: 08 Dec 2012 03:53 PM PST Editor BuletinKenyataan Persatuan Anak Peneroka Felda Negeri Terengganu;Merujuk kepada kejadian di Felda Selasih, pihak kami amat kecewa dengan sikap "tutup pintu dunia luar" yang didalangi Umno dan Barisan Nasional (BN). Dengan niat untuk menunaikan solat asar di masjid Felda Selasih pun Konvoi Kembara Oren telah di halang, menunjukan sikap dangkal dan 'fobia oren' ada asasnya. Kami sebagai musafir dan kita sesama anak peneroka felda amat tidak cerdik dan menolok sifat ukhwah dalam Islam. Nilai murni peradapan Islam dengan jelas di perkosa oleh Umno DUN Jabi. Ia bukan soal Mazlan Aliman, tapi sikap mentaliti 'primitif katak bawah tempurung' yang sudah lama diracuni oleh umno telah merosakan minda warga Felda keseluruhanya di sini. ANAK Terengganu mengzahirkan satu sikap kasih kami kepada warga Felda selasih dan kami tidak akan putus asa untuk menjalin semangat kekitaan sesama warga felda. Sekian. Naraza Muda Setiausaha ANAK Terengganu. | |||||||||
Seminar Antara Budaya Matikan Taktik 'Adu Domba' BN Posted: 08 Dec 2012 03:51 PM PST Editor Buletin Seminar Antara Budaya Masyarakat Malaysia adalah satu inisiatif Lajnah Penerangan PAS Pusat untuk memberi penerangan mengenai sensitiviti budaya antara masyarakat bagi mematikan taktik pihak tidak bertanggungjawab, suka melaga-lagakan antara kaum untuk keuntungan politik. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seminar itu adalah medan untuk berterus-terang dan memahami budaya pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia. Turut bersama dalam seminar ini ialah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chow dan timbalan Bala Subramaniam, AJK DHPP negeri-negeri dan wilayah, semua ketua penerangan PAS kawasan, ketua Lajnah Perpaduan Nasional negeri dan kawasan. "Seminar ini adalah bertujuan untuk menghilangkan ketakutan pada 13 Mei. Untuk memahami budaya masyarakat Melayu Islam dan bukan Melayu di dalam negara dan memahami pendekatan berkesan dalam PRU berdasarkan kepelbagaian etnik dan masyarakat di Malaysia," kata Tuan Ibrahim dalam ucapan pembukaan majlis. Tuan Ibrahim juga menyarankan agar isu-isu PRU ditumpukan pada perkara-perkara bersifat kepentingan umum seperti skandal NFC, PKFZ dan penyenaraian Felda Global Venture Holding. Seminar bermula pada jam 9 pagi tadi dengan kehadiran memberangsangkan, dengan hampir 200 hadirin di Hotel Goldcoast Klang. Antara pembentang kertas utama pagi ini Prof UKM Dr Sufian Husein. Beliau membentangkan kertas bertajuk "Memahami budaya masyarakat Melayu Islam dalam konteks pemikiran politik di Malaysia." Kertas kerja kedua bertajuk "Peranan penerangan dalam konteks mendekati Melayu dan bukan Melayu dalam PRU" pula akan dibentangkan Tuan Ibrahim, bekas editor Merdeka Review Lim Hong Siang dan Kaunselor Berdaftar UPM A Rajaretinam. Seminar itu ditutup oleh Exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali pada jam 2 petang. | |||||||||
Insiden Felda Selasih; Misi Kami Menyelamat Masyarakat...Bukan Khianat! Posted: 08 Dec 2012 03:49 PM PST Dr Azman IbrahimPilihanraya Umum ke 12, tahun 2008, daripada 804 majoriti kekalahan di Dun Jabi, 588 undi adalah daripada UPU Tok Dor yang menempatkan Felda Selasih. Satistik ringkas ini bisa difahami dengan mudah bagaimana pentingnya Felda Selasih yang menjadi talian hayat terakhir Umno Dun Jabi ini perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun.Saya tidak melihat segelintir penduduk yang rendah tahap kewarasannya ketika membentuk benteng manusia bagi menghalang peserta 'Kembara Oren - Selamatkan Felda' masuk ke Felda Selasih petang semalam, walaupun hanya sekadar untuk menunaikan solat asar sebagai mewakili suara masayarat felda tetapi lebih kepada menjadi alat Umno/BN. Buktinya mudah… keseluruhan mereka memakai baju dacing dan membawa bendera dacing walaupun dengan dukacita saya menyesali tindakan mereka memperalatkan kanak-kanak sekolah yang belum memahami apa-apa. Telah beberapa kali kita mengunjungi rumah-rumah di Felda Selasih dalam program-program yang diatur sebelum ini. Sedikit sebanyak suara hati masyarakat felda telah berbekas dihati saya. Tidak keterlaluan untuk saya bentangkan fakta, daripada 152 rumah peneroka, 50 daripadanya tidak lagi bersama Umno/BN. Cuma mereka mengambil sikap berdiam diri dan memerhatikan dari jauh apa yang sedang berlaku dan sejauh mana drama umno yang memperalatkan pengurusan felda ini akan berakhir. Saya mengakui bahawa saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam membuat keputusan untuk peserta konvoi berundur secara terhormat setelah mengambil kira beberapa pertimbangan. Yang pertama, pendekatan damai sentiasa kita utamakan dalam apa jua keadaan dengan kekerasan menjadi pilihan paling akhir. Apatah lagi Kembara Oren adalah dengan motto 'Selamatkan Felda'. Misi kita adalah untuk menyelamatkan masyarakat. Dengan jumlah kekuatan yang kita miliki petang semalam, 'kacang' saja sekatan itu boleh dirempuh dengan mudah dan kita meyakini peserta kita mempunyai cukup keberanian, tapi saya lebih mempertimbangkan kesan jangka panjang. Kekerasan dan kekecohan tidak akan mampu menawan hati-hati manusia yang kelihatan semakin jinak untuk didekati. Kita ingin bersahabat, apatah lagi masyarakat Felda Selasih bukanlah orang asing bagi saya. Hasrat kita untuk membentuk komuniti Jabi yang harmoni walaupun pandangan politik mungkin berbeza. Tak salah untuk kita saling bertemu muka, minum bersama-sama, solat berjemaah di masjid yang sama, ziarah menziarahi ketika sakit dan kematian. Semua pendekatan ini telah kita rintis dan sinarnya semakin terang dan jalannya semakin lebar terbuka. Saya tidak mahu lantaran kerana tindakan segelintir manusia yang diupah dan kurang tahap kewarasan, segala yang dibina musnah begitu sahaja. Yang kedua, perlukah kita melayan provokasi yang dicetuskan hanya oleh segelintir kelompok yang berjumlah hanyalah sekitar 100 orang, kebanyakkannya pula adalah kanak-kanak dan remaja, sedangkan fakta yang perlu diketahui, bilangan pengundi Felda Selasih sahaja telah mencecah 1,000 orang. Sementara jumlah keseluruhan penduduk Selasih sekitar 2,500 orang. Di mana nisbah 100 : 2,500? Di manakah lagi baki semua mereka ini? Kenapa tidak turut sama terpekik dan terlolong, memaki dan menyumpah peserta kembara? Kerana itulah saya berhujah bahawa mereka yang menimbulkan kekecohan hanyalah kelompok minoriti. Saya lebih memandang kelompok besar yang perlu kita raikan. Kekecohan juga tentu tidak akan mengembirakan mereka dan menjarakkan jurang komunikasi yang sedang dibina. Bilangan kenderaan konvoi ketika tiba di Felda Selasih pula sekitar 80 buah kenderaan. kalau 4 peserta berada dalam sebuah kenderaan, bermakna angkanya telah melebihi 300 orang ditambah lagi dengan anggota keselamatan Pas setempat dari Dun Jabi. Saya mengira paling sedikit, kita mempunyai 500 kekuatan. Pembaca boleh bayangkan, apa yang akan berlaku kepada wanita, kanak-kanak dan remaja kalau sekatan itu kita rempuh untuk memasuki felda. Yang ketiga, ketika saya menadah tangan mengepalai doa, mendoakan kemenangan Islam dan ummat Islam, ianya turut diaminkan oleh keseluruhan anggota polis, kepala-kepala peneroka malah mereka yang membentuk benteng manusia turut mendiamkan diri dengan segelintir mereka turut menadahkan tangan. Selepas itu, datang beberapa orang kepala masyarakat peneroka, memeluk saya dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Ertinya, ketinggian akhlak kita dihargai dan dihormati. Fenomena 'malu mata' ini sangat perlu dalam masyarakat kampong seperti di Jabi. Walaupun ketika mula turun dari kenderaan saya yang berada di kedudukan paling hadapan, saya terdengan laungan "baliklah Dr Azman!! Orang felda tak sir ko mung!!" Saya hanya sambut dengan senyuman dan bersalaman dengan seramai mungkin mereka yang ada termasuk anggota keselamatan sambil menyatakan hasrat konvoi hanyalah untuk singgah dan solat asar. Hasrat kami pada mulanya diizinkan, tetapi dibantah oleh orang-orang yang saya istilahkan 'tak boleh masuk buku'. Malah pada malamnya, ketika dalam perjalanan untuk menghadiri ceramah umum di Felda Tenang yang menjadi acara terakhir Kembara Oren, saya masih menerima beberapa panggilan telefon dari berapa individu sekitar Felda Selasih, memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengajak untuk terus mengunjungi felda dilain kesempatan. Kesemuanya sangat saya hargai. Akhirnya, maaf saya pohonkan kepada keseluruhan peserta konvoi atas 'ijtihad politik' yang dibuat untuk tidak meneruskan hasrat memasuki felda secara kekerasan. Semoga kesabaran kita membuahkan hasil yang lebih besar sekalipun kelihatan hajat awal kita tidak kesampaian. Saya memahami ramai sahabat-sahabat yang bersemangat tinggi dan memiliki keberanian. Semua itu kita sangat menghargainya. Saya memikul tanggungjawab penuh atas semua kekhilafan yang berlaku. *** Dr Azman Ibrahim adalah Seorang Pengamal Pergigian Persendirian yang berkhidmat sebagai Anggota Perhubungan PAS Terengganu merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi. | |||||||||
10 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Senyum Posted: 08 Dec 2012 03:41 PM PST Kebanyakan daripada kita semua apabila nak berposing dan upload picture ke facebook, perkara pertama yang bermain dibenak kita semestinya adalah senyum. Namun senyum sebenarnya adalah lebih daripada itu. Ia bukan sekadar ekspresi wajah untuk bergambar semata-mata. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 fakta yang kita tidak ketahui tentang senyum. Senyum Elok Untuk Tubuh Setiap kali kita berkerut, kita secara tidak langsung menggerakkan 43 otok muka manakala apabila kita senyum kita hanya menggunakan 17 otot sahaja. Ada kajian mengatakan bahawa selalu senyum dapat mengurangkan tekanan darah. Tambah sedikit dengan gelak akan menyebabkan tubuh badan anda bersenam dengan sendirinya. Ketawa dapat menurunkan kalori sehingga 20%. Senyum Ertinya Manusia Satu perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah senyum. Senyum bukan perkara yang diajar tetapi ia mekanisma semulajadi yang berlaku sewaktu kita lahir. Kajian menunjukkan setiap bayi yang disambut akan senyum ketika 2 atau 3 jam selepas lahir. Wanita Lebih Gemar Senyum Fakta membuktikan bahawa wanita akan senyum 62 kali sehari berbanding lelaki yang hanya akan menunjukkan gigi (senyum) 8 kali sehari. Kajian ini dilakukan terhadap dua jantina yang mempunyai sama kerjaya kerana setiap tempat kerja mempunyai etika tersendiri. Senyum Mempunyai Jenis dan Kelas Gembira bukan satu-satunya perkara yang membuatkan kita tersenyum. Kajian menunjukkan manusia mempunyai 19 jenis senyuman. Ia bergantung kepada situasi dan emosi termasuk kebencian dan marah. Secara umum kita boleh menilai sama ada orang itu senyum ikhlas atau tidak. Kecantikan Lahir Daripada Senyum Apabila ditanya semasa soal-selidik di Scotland University, siapakah pelajar yang paling menarik? Masing-masing menuding jari ke arah mereka yang sedang senyum. Dalam laporan kajian, 69% wanita nampak muda dan menarik apabila senyum berbanding yang hanya menggunakan solekan semata-mata. Senyum Panjangkan Hayat Universiti Illinois telah melakukan sebuah kajian di mana apabila seseorang itu gembira dan selalu senyum hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding yang tidak. Manakala kajian pada atlet pula boleh mencapai 7 tahun lebih. Perkahwinan Yang Bahagia Datang Daripada Senyuman Pengkaji di DePauw Uniersity pula mendapati pasangan yang mengukir senyuman dengan kerap kebiasaannya adalah pasangan yang paling erat. Kerana senyum mampu membuat bukan sahaja keluarga bahagia malah orang disekeliling juga turut tertarik untuk bersama-sama gembira dan membentuk hubungan positif. Senyum Tingkatkan Hormon Gembira Senyum menurut kajian sains akan melepaskan hormon endorphins, hormon yang membuat manusia suka. Bukan itu sahaja malah ia juga meningkatkan bahan kimia dipanggil Serotonin iaitu bahan kimia yang mengurangkan tekanan dalam badan. Lawan Demam Dengan Senyuman Tahukan anda bahawa apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan anti-body dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan. Senyum Itu Wabak Semasa kajian atau eksperimen dijalankan di Sweden, peserta yang terlibat menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk berkerut apabila melihat peserta lain senyum ke arah mereka. Apa yang terjadi tanpa disedari mereka akan senyum kepada mereka semula. Mulalah untuk senyum kerana satu dunia akan seyum kepada anda. http://mydecrescendo. | |||||||||
Tubuh s'jaya kebenaran dan rekonsiliasi, gesa Ku Li Posted: 08 Dec 2012 03:38 PM PST Kerajaan digesa membentuk Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi membantu menangani isu tadbir urus yang baik menerusi penemuan kebenaran berkaitan keadaan semasa rasuah, takat amalan dan cara menghapuskannya sebagai satu cara hidup. Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata badan itu mesti mempunyai status sebuah mahkamah undang-undang dengan kuasa kehakiman yang diperlukan bagi meninggalkan kesan. "Selepas melihat keberkesanan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi di Afrika Selatan dalam menyatupadukan negara itu tanpa wujud sebarang perbuatan salah, banyak pihak di Malaysia berpendapat penubuhan badan itu sememangnya mempunyai merit," katanya dalam ucaptama di Persidangan ke-78 Rotary International District 3300 di Petaling Jaya hari ini. Teks ucaptama beliau diberi kepada Bernama. Tengku Razaleigh juga berkata suruhanjaya itu mesti berupaya memberi pengampunan kepada mereka yang mengamalkan rasuah serta menyalah guna kedudukan ketika berkuasa bagi mengumpul kekayaan. "Apabila berkuat kuasa kelak, suruhanjaya itu boleh, misalnya, mengisytihar tempoh tangguh selama enam atau 12 bulan, atau apa-apa tempoh lain yang munasabah bagi membolehkan mereka ini menebus kesalahan masing-masing. "Semasa moratorium ini, tidak ada sebarang tindakan terhadap mereka. Bagaimanapun, jika didapati kemudian bahawa seorang pembuatakuan tidak berkata benar, maka dia akan berdepan tindakan undang-undang sepenuhnya," katanya. Tengku Razaleigh berkata di bawah langkah pengampunan ini, orang yang terlibat dengan rasuah dikehendaki mengikuti satu program rehabilitasi. "Beliau, dan ini termasuk penerima dan pemberi rasuah, dikehendaki mengisytihar tidak akan mengamalkan rasuah lagi serta menyesal kerana pernah terlibat. "Rehabilitasi dan sumpah ini mungkin kedengaran agak drastik, namun ia tidaklah begitu teruk dalam konteks kesan menghakis rasuah terhadap ekonomi dan keutuhan moral negara. "Memandangkan rasuah bersifat endemik kebelakangan ini, preskripsi untuk menghapuskannya secara kekal adalah wajar," katanya. Tengku Razaleigh berkata kerajaan juga harus berfikir secara serius untuk memansuh atau mengkaji semula Akta Rahsia Rasmi. Beliau berkata orang awam perlu dilindungi oleh suatu akta undang-undang terhadap pendakwaan dalam usaha mendapatkan akses kepada sesuatu maklumat, meskipun ia memalukan kerajaan yang memerintah. "Kita perlu menghentikan amalan menggunakan sesuatu akta, yang bertujuan melindungi rahsia negara daripada didedah, terhadap sesiapa yang menarik perhatian umum kepada satu skandal salah laku," katanya. - Bernama | |||||||||
SPR digesa jelaskan pegawai terlibat dalam Umno Posted: 08 Dec 2012 03:27 PM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung seorang pegawainya yang memegang jawatan dalam Umno. Ketua DPPM, Nasruddin Hassan berkata, Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan mencemarkan ketelusan SPR. "Persoalannya, bagaimana Ketua Penerangan Pemuda Umno boleh bekerja di SPR yang sepatutnya bebas dari mana-mana parti politik. "SPR mesti menjelaskan perkara ini kerana ia boleh menjejaskan ketelusan dan kebebasan SPR di Sabah," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Nasrudin juga berkata, pihaknya bimbang perkara ini turut berlaku di Semenanjung. "Kita bimbang perkara ini turut berlaku dalam SPR di Semenanjung. "Kalau ini berlaku, kita tak boleh harapkan SPR yang telus dan bebas," katanya. Tegas beliau, Aksyah mesti memilih salah satu daripada jawatan yang dipegangnya. "Kalau Aksyah nak terus bekerja dengan SPR, dia mesti tak ada jawatan dalam Umno. "Atau kita minta SPR lucutkan Aksyah dari jawatan dalam SPR supaya dia boleh terus berpolitik," katanya. Turut bersama dalam sidang media ialah Timbalan DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan. | |||||||||
Bekas SB mohon maaf kepada PAS meninggal Posted: 08 Dec 2012 03:25 PM PST
TAIPING: PAS dikejutkan dengan kehilangan seorang pejuang, Abdullah Omar iaitu bekas OCPD Slim River di usia 66 tahun, hari ini. Beliau yang menyertai PAS selepas bersara tahun lalu menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Kg Expo selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Silverstoon, Kemunting, Taping. Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PAS. Katanya, beliau sangat aktif dalam PAS di peringkat kawasan dan giat berceramah diseluruh negara selepas pengisytiharannya menyertai PAS tahun lalu. Kata Fakhruddin, Abdullah tidak pernah jemu memohon maaf kepada ahli PAS atas perbuatannya ketika beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas (SB). "Perjuangan beliau sangat besar walaupun baru beberapa tahun menyertai PAS dan kesungguhannya harus menjadi ikutan kepada semua ahli PAS," katanya yang ternyata sedih dengan kehilangan rakan seperjuangannya itu. Pada Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau telah membahaskan usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara dan di kesempatan itu, beliau memohon maaf kepada semua ahli PAS atas segala perbuatannya ketika berkhidmat. "Dosa apa yang saya tidak buat kepada PAS sepanjang 5 pilihanraya yang lepas, saya tidak mahu sebut disini, biar Allah dan saya sahaja yang tahu. "Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya dalam dalam perbahasannya yang menyentuh hati semua para perwakilan ketika itu. Beliau adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan