Rabu, 19 Disember 2012

Addin

Addin


Inilah Dalang Sebar Fitnah Insiden Sg. Petani

Posted: 19 Dec 2012 08:47 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

"Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain," katanya kepada Keadilan Daily.

"Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini," katanya.Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. 

Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh."Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman," tegas beliau."Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai," serunya. ~kd


Iklan C(ii)

Video Pekerja McDonald Belasah Pelanggan Dengan Batang Besi

Posted: 19 Dec 2012 02:29 AM PST

http://i.imgur.com/YsdRe.jpg

Panas. Hanya kerana pekerja McDonald bertanyakan kepastian mengenai wang kertas 50 kepada dua wanita mabuk, dia hampir diserang oleh mereka kerana tidak puas hati.

Namun dia telah bertindak di luar kawalan apabila memukul pelanggan yang mabuk itu dengan batang besi yang diambil dari dapur..

Lihat video di SINI.



Iklan C(ii)

Australia Denda Air Asia RM600,000 Kerana Sorok Caj

Posted: 18 Dec 2012 10:11 PM PST


MELBOURNE (Australia) – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.

Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 (kira-kira RM600,000) di Mahkamah Persekutuan Melbourne semalam kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press (AAP).

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata, kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan.

Ia termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal. ~mp

Addin :

Inilah bisnes kroni Umno, menipu je yang lebih. Autralia, kalu ko orang nak tau berpuluh syarikat di Malaysia ni ada caj-caj tersembunyi. Sebab tu kroni dan anak beranak kaya cepat. Inilah bisnes Ali Baba.. nak untung cepat auta orang ramai.. padan muka!!


Iklan C(ii)

Akhirnya.. Tembelang Cyber Troppers Umno Terbongkar

Posted: 18 Dec 2012 09:14 PM PST

SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang  menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

"Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.

"Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.

"Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar," katanya.

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.

"Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.

"Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan," katanya.

Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.

"Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.

"Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama," katanya.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.

Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan. ~sinar

Addin :

Propaganda rusuhan perkauman ini adalah rancangan jahat cyber troopers Umno spertimana berlaku kepada kes polis wanita yang di kenakan tindakan bertukar ke Sarawak (rujuk sini).



Iklan C(ii)

Rasuah Di Malaysia Lebih Dahsyat Daripada Indonesia

Posted: 18 Dec 2012 08:45 PM PST



KUALA LUMPUR 19 Dis: Aliran wang haram hampir RM200 bilion mengalir keluar pada 2010 yang meletakkan negara di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global menunjukkan jenayah ini semakin membarah pada era pemerintahan Najib Razak.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kegagalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan kerajaan Umno BN bertindak menangani kepincangan tersebut membuktikan mereka bersekongkol dalam aktiviti itu."Ia disokong aktiviti haram terbaru iaitu kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pemimpin Umno Sabah. Ini belum lagi mengambil kira (pengaliran wang) ketika pembelian kapal selam Scorpene."Malah, jumlah wang keluar itu melebihi jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kerajaan sepatutnya sudah tekan 'butang kecemasan', tapi tidak (berbuat demikian).

Inilah bukti mereka sendiri bersekongkol," katanya ketika dihubungi.Badan pemantau – Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada 2010.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".Laporan GFI – 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010′ -  dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa  (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion dan Mexico, AS$476 bilion.Azan yang juga Pengerusi KEADILAN Terengganu berkata, pimpinan Umno BN tidak perlu mengkritik pemimpin negara serantau lain yang turut korup seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

"Laporan itu menunjukkan pengaliran wang haram di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara. Jadi jangan sibuk kutukpemimpin negara lain, (sebaliknya) cermin diri sendiri dulu," sindirnya.Sementara itu, mengikut kajian badan pemantau rasuah, Transparency International (TI), Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan Wall Street Journal, 11 Disember lalu.

Kata laporan itu, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.Bermakna, rasuah di Malaysia lebih teruk daripada Indonesia. ~kd



Iklan C(ii)

(Kemaskini) Gempar!! Pergaduhan Di Sungai Petani..

Posted: 18 Dec 2012 07:28 PM PST

Oleh kerana posting ini mendapat hits yang tinggi untuk hari ini so aku kemaskini sikit artikel agar lebih ter-susun dan memudahkan pembacaan. Nota penting ; Aku update isu sungai petani tue di blog lain [blog ini]. Lepas tue depa dok bertubi2 minta gambar. Aku ada. Gambar budak tue berdarah2.. tapi aku delete mesej budak yang inbox di kbsb tue. Dengan gambar2 tue sekali aku delete bila aku dah tahu macam mana nak delete mesej ** baru jumpa tadi itupun atas request dia yang minta delete... Kot2 ada admin kbsb lain yang save tue aku tak gerenti lah plak.

Sepertinya dia taknak didedahkan dan mohon admin agar jangan sebarkan gambar tersebut, maka aku hormati je la permintaan dia. Bahkan dengan gambar2 tue sekali aku delete. Aku takmo wujud apa2 konflik. Kot nya aku tetiba hilang sabar dan siarkan gambar budak yang cedera parah tue pula.. hehe bahaya. So better remove je terus dari inbox kbsb.

Tapi time dia inbox di kbsb, dia tak cakap apa2 pasal politik. Dia bagitau dari A sampai Z. Dia bagitau punca kejadian. Oleh kerana yang menjadi mangsa itu kenalan.. maka dia share kepada admin kbsb. Benda neh tak tersiar di berita. Tujuan dia share bukan suruh kutuk mana2 bangsa india just rasa injustice, aik apsal plak kawan dia jadi mangsa eh? Bukan dia kot yang bakar motor budak2 india.. mungkin ini pergaduhan budak2 gangster di sana tetapi budak2 yang tak bersalah dari kedua2 kaum ini pula menjadi mangsa prejudis dan persepsi bahkan sampai ada yang tercedera.. patut kah? Sudah tentu la tak patut.

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang adanya puak2 sebelah sana menjadikan ia isu politik. Tetiba kaitkan ia dengan pr. Itu tak betul tue. PR tiada kaitan dengan citer neh. Citer neh hanyalah mengenai sesetengah bebudak india vs sesetengah bebudak melayu. Dan bebudak2 india serta melayu neh telah menjadikan budak2 india dan budak2 melayu yang lain, dimana tiada kaitan dengan apa2 pergaduhan, perselisihan dan etc2, sebagai mangsa. Itu yang sampai ada motor budak india kena bakar dan budak melayu kena tetak.

Itu apa yang aku diberitahu so aku citer balik je la. Selebihnya aku takmo ulas apa2 sangat pasal apa? Pasal aku malas bercakap atas benda yang aku kurang jelas. Tunggu la bebudak yang jadi mangsa tue sendiri jelaskan keadaan sebenar kat korang oke. Bai.

Petikan dari KBSB.

Kemaskini dari wall PDRM ;



Rujukan : https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Dasat. Dasat. Aku tatau nak cakap apa. Aku baca je la cukup. Ini ada orang share info. Katanya just sharing.

Updated :

Maklumat sebelum ini dipadam kerana telah di ekplotasikan oleh pihak tertentu. Ada pihak yang terlibat dengan mangsa kejadian minta jangan politikkan isu neh kerana ia bukan isu politik dan bagitau dia tak minat dengan tohmahan segilintir penyokong partisan terhadap mangsa2 kejadian. Bahkan minta jangan pandai2 nak jadikan kes neh sebagai kes rusuhan kaum pula. Ini hanyalah isu gangster vs gangster yang telah menjadikan orang awam sebagai mangsa. Harap maklum.


Ini apa yang dinyatakan oleh kenalan kepada mangsa kejadian. Terima kasih, jika anda mahukan gambar dan sebagainya, mungkin ia akan tersebar sedikit lama lagi jika tuan punya badan izinkan. Oke bai.


Pemberitahuan ;

Posting ini telah dikemaskini sebanyak 5 kali.


1. Ada ayat yang terkandung dalam posting ini telah dibuang.

2. Yang mengatakan ditetak itu betul, tetapi kematian itu tidak dapat dipastikan.

3. Ini ialah pergaduhan sesama samseng yang menjadikan orang awam sebagai mangsa.

4. PDRM sedang mengambil langkah berjaga2.

5. PDRM meminta jangan jadikan ia sebagai isu perkauman.

Terima kasih.







Kuala Lumpur - by @tiewnama

pergaduhan budak budak sekolah di sungai petani telah di perbesarkan oleh bloger umno dan Barisan Nasional kononnya sebagai rusuhan kaum sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah kes curi motor.

persoalan kini timbul, siapa yang mencuri motor itu? adakah motor anak india itu yang di curi? atau budak melayu yang cedera ini mencuri motor itu? motor siapakah yang di curi?

siapa berak tengah jalan tidak akan mengaku juga dia akhirnya. ini pepatah lama, adakah ini konspirasi umno dan mic untuk mencetuskan huru hara bagi terus mengekalkan kuasa yang semakin menghilang?

sesuai dengan kata kata ketua wanita umno malaysia bahawa tragedi 13 mei bakal berulang dan putrajaya akan di pertahankan walau dengan apa cara sekalipun dari perdana menteri malaysia Najib Razak.

secara logik kes ini memang dah semakin besar melainkan dengan kehendak Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 2 jam dari tadi seorang lagi india di dakwa ditemui mati dibunuh di Taman Bandar Perdana Sungai Petani .

Polis ramai di kawasan terbabit. jadi minta tolong maklumkan perkembangan semasa. jumlah kematian setakat ini sebagaimana yang dirisik 3 orang kesemuanya lelaki India,

hasil risikan lain pula memberitahu bahawa kes ini sebenarnya pergaduhan di antara kumpulan samseng india dengan samseng india yang lain






So Diminta semua bertenang, Jangan layan sebarang Provokasi dan ikot nasihat polis.tq



Sumber di sini .



Iklan C(ii)

Panas!! Individu Tikam Penyokong PR Di Jelajah Merdeka Rakyat Gombak Di Kenal Pasti?

Posted: 18 Dec 2012 04:45 PM PST


Berikutan gambar serangan samseng umno, kami sudah mengenal pasti individu ini, serangan di Jelajah Merdeka Rakyat Gombak

 #TumbangBN sehingga kini polis di raja malaysia masih lagi belum mampu menangkap individu yang menggunakan kerambit dalam mencederakan seorang lelaki yang datang ke siri Jelajah Merdeka Rakyat di gombak tempoh hari.

Di sini kami menyediakan secara umum tubuh ahli umno ini siap dengan agak detail untuk pihak polis mengesannya dan seterusnya membawa ahli umno ini ke muka Hishamuddin Hussien atau Musa Hassan atau Ghani Patail untuk di bolehlandkan.

Mencetuskan huru hara adalah 1 tabiat yang buruk lagi di kutuk oleh seluruh rakyat malaysia tetapi bagi umno dan Barisan Nasional ianya adalah salah satu kewajipan bagi mengekalkan kuasa dan memberikan ketakutan kepada orang melayu supaya datang berlindung kepada puak puak perompak harta negara ini.

Ada nilailah sendiri apabila Polis Di Raja Malaysia di campuri urusannya oleh menteri dalam negeri dari ahli umno maka segalanya boleh di tutup dan di kunci rapi, ketidakkadilan telah berlaku dalam sistem polis yang mana mereka berkerja bukan untuk kerajaan Barisan Nasional mahupun Kerajaan Pakatan Rakyat jika PR berkuasa.



Pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, megat zulkarnain omardin.

Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan.

Admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Sebarkan perkara ini! biar satu malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya.


Sumber


Iklan C(ii)

Tiada ulasan: