Addin |
- Bongkar!! Gambar Istana Dan Rumah Mewah Kroni Taib Mahmud
- LIVE!! Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang Dari Kerdau, Temerloh
- Kantoi Lagi!! The Star Edit Gambar Program Najib?
- Raja Petra Buat U-Turn Lagi..
- The Star Pembohong, Sebenarnya Tiada Tangkapan Khalwat Ke Atas Bukan Islam Di Kelantan
- Patutlah GERAKAN Pulau Pinang Pertikai Peruntukan Agama Islam Naik 300%.. Ini Sebabnya
- Dr. Asri Belasah Ulama Muda Umno
- Gambar Bendera PAS Berkibar Di Gaza Sempena Ulang Tahun Ke 25 Tahun HAMAS
- Sabah.. Dulu Kubu Kuat BN, Kini Kubur Buat BN
Bongkar!! Gambar Istana Dan Rumah Mewah Kroni Taib Mahmud Posted: 09 Dec 2012 09:01 AM PST Jikalau sebelum ini, kita telah melihat gambar rumah deretan rumah mewah milik pemimpin-pemimpin & VVIP daripada sebelah Semenanjung Malaysia. Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar milik kerabat Taib Mahmud & rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak. Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tidak seorang pun yang harus dibenarkan menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah kerabat Taib Mahmud yang dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana ini hanya rumah rakyat Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah kerabat Taib Mahmud, sebentar sahaja lagi… Memandangkan limpahan kekayaan yang Tuhan telah kurniakan di Sarawak seperti kemewahan emas hitam (petroleum), gas asli, balak dan tanah yang subur bagi penanaman kelapa sawit, mungkin inilah yang dikatakan penanda aras kemajuan & kesemarataan limpahan kekayaan di Sarawak. Dan…..sesuailah juga dengan kekayaan negeri Sarawak kini melihat keadaan dan rupabentuk rumah mewah & istana kalangan pemimpin dan kerabat Ketua Menteri Sarawak. Baca pendedahan seterusnya di SINI. ~berita semasa |
LIVE!! Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang Dari Kerdau, Temerloh Posted: 09 Dec 2012 07:23 AM PST |
Kantoi Lagi!! The Star Edit Gambar Program Najib? Posted: 09 Dec 2012 05:21 AM PST Seakan tidak serik dengan pembohongan yang lalu. Akhbar the star milik mca telah mengeluarkan gambar yang di percayai telah di edit. The star yang bakal berhadapan tindakan saman oleh PAS, seperti mewarisi tindakan bebal media yang dimiliki oleh umno bn. Cuba anda perhatikan pada bulatan di gambar tersebut, kelihatan gambar seperti telah di ubahsuai. Ternyata media pencacai umno bn seperti tidak belajar dari kesilapan yang lepas. Kerja-kerja bodoh ini akan mempercepatkan hayat umno bn untuk ditalkinkan. |
Posted: 09 Dec 2012 04:05 AM PST Aduhai... Nampak sangat blogger dalam buangan di Manchester, United Kingdom, Raja Petra Kamaruddin semakin hilang arah tujuan disebabkan sudah tiada isu terbaru yang hendak dibangkitkan dalam seminggu dua ini. Dalam artikel terbarunya "Always consistently inconsistent" yang diterbitkan semalam jelas menunjukkan kedangkalan pemikirannya yang makin bercelaru memutar isu berkenaan skandal kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) yang dilakukan antara 1992 hingga 1994, atau lebih tepat lagi pada tahun 1993. Dalam tulisannya, Raja Petra menempelak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kununnya tidak mengambil tindakan atau bertanggungjawab di atas kerugian akibat permainan tukaran wang asing kununnya selaku Menteri Kewangan pada masa itu. Tambahnya lagi, apabila soal pertumbuhan ekonomi yang mapan antara 8 hingga 10 peratus dalam tempoh yang sama, perdana menteri, Mahathir Mohamad langsung tidak diberi sebarang kredit atas kapasitinya sebagai orang nombor satu negara pada waktu itu. Saya tidak mahu menjawab satu persatu coretannya yang jelas bercelaru tetapi cukuplah saya sangkal satu fitnah yang sengaja diletakkan bagi mengelirukan pembacanya yang ada di antaranya jelas muak dengan tulisannya lalu meminta supaya tulisan berkaitan dengan pengalaman hidupnya disambung tanpa banyak soal. Tulisan seorang pembacanya sebagai bukti terhadap kenyataan saya di atas: ... Persoalan yang ditimbulkannya adalah, apakah adil menyalahkan Mahathir seorang di atas kerugian yang dialami Bank Negara sedangkan Anwar juga sepatutnya bertanggungjawab di atas kesilapan tersebut, tetapi apabila Malaysia mencatat pertumbuhan baik nama Anwar sahaja yang dijulang? Ini adalah jawapannya. Walaupun Anwar menjadi menteri kewangan dari 1991 hingga 1998, dan dilantik pula menggantikan Ghafar Baba pada 1993 sebagai timbalan perdana menteri selepas pemilihan Umno tahun itu, Mahathir masih merupakan pemegang kuasa eksekutif tertinggi mengatasi Anwar dan jauh sekali Najib Altantuya yang ketika itu hanya menjadi Naib Presiden Umno sahaja. Anwar mengetahui tindakan tersebut tetapi dilarang Mahathir kerana dia melindungi pelakunya yang sebenar, Nor Mohamed Yakcop yang kini merupakan ahli parlimen Tasek Gelugor di Pulau Pinang. Mahathirlah yang mempertahankan Nor Mohamad Yakcop dan tidak membenarkan Menteri Kewangan semasa itu iaitu Anwar untuk mengambil tindakan terhadap Nor Mohamad Yakcop. Jika ditanya kepada Nor Mohamed, dia dengan tangkas sahaja berselindung di bawah ketiak Mahathir dan berkata tindakan beliau itu adalah di atas arahan Perdana Menteri. Parlimen sebenarnya telah bertanya beberapa kali untuk mengetahui berapa jumlah kerugian dalam skandal pertukaran matawang asing itu. Kerugian dari pertukaran wang asing ini merupakan kerugian yang terbesar dalam sejarah negara dan tidak ada sebab Nor Mohammad Yakcop tidak boleh diambil tindakan semasa itu. Mahathir telah memberitahu Anwar supaya jangan mengambil apa-apa tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan dia telah diarah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas ketua jabatan perbendaharaan BNM itu, dia telah dinaikkan pangkat dalam kerajaan dengan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan. Anwar sendiri telah berkali-kali menegaskan bahawa walaupun dia merupakan menteri kewangan tetapi skandal tersebut telah didiamkan Mahathir dengan alasan dia tidak berhak untuk mempersoalkan tindakan Mahathir selain melindungi Nor Mohamed yang jelas manusia yang mesti diheret ke muka pengadilan. Jelas kini Raja Petra kini serupa dengan Najib Altantuya yang dikatakan sedang 'memberinya makan' memfitnah Pakatan Rakyat dengan celoteh tak tentu pasal hingga sanggup memuji diri sendiri kununnya pendedahan yang dibuatnya di Malaysia Today merupakan pendedahan eksklusif yang tidak terdapat dalam mana-mana media dalam talian seperti skandal Deepak dan beg jenama Birkin ratusan ribu yang dimiliki isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor. Kini baru saya faham mengapa bekas rakan karibnya dalam MCLM, Haris Ibrahim bertindak keluar dari pertubuhan NGO itu dan turun bersama anak muda terutamanya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjelajah ke seluruh negara sedang Raja Petra hanya menunggu dokumen sulit yang dibocorkan pemimpin Umno sendiri sampai ke dalam kotak emelnya! ~jalanpulang |
The Star Pembohong, Sebenarnya Tiada Tangkapan Khalwat Ke Atas Bukan Islam Di Kelantan Posted: 09 Dec 2012 12:18 AM PST PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam. Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan. Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai "tidak berasas" dan "penipuan yang jelas" dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya. "Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut," kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily. Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan "yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan", sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan "kejahilan" pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini. Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana "berkhalwat", satu jenayah di bawah undang-undang syariah. PAS juga berkata mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum. Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai "tuduhan tidak bertanggungjawab" kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam. "Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat," Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam. "Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam," kata Dzulkefly. "Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?" soal beliau lagi. Rakannya dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud juga berkongsi pandangan dengan berkata: "Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka. " Beliau menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama. "Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal. "Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan. "Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama," kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu kepada The Malaysian Insider semalam. "Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka," tambah beliau. Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka "untuk menyelesaikan masalah". Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah. Dzulkefly berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah. "Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang. "Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan. "Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum," kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam. Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu. Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan. Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam. ~tmi |
Patutlah GERAKAN Pulau Pinang Pertikai Peruntukan Agama Islam Naik 300%.. Ini Sebabnya Posted: 08 Dec 2012 11:21 PM PST Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang mengutuk pandangan serong pemimpin Gerakan yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang mempertikai langkah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menaikkan peruntukkan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang sebanyak 300 peratus. SAMM juga melihat ada muslihat di sebalik kenyataan Teng Chang. Sekiranya kerajaan campuran Bn yang diketuai Gerakan suatu ketika dulu tidak mengendahkan peruntukkan hal ehwal Islam kerana tidak mendapat nasihat dari Umno, maka tiada sebab untuk Teng Chang cemburu dan iri hati terhadap kepedulian kerajaan PR pilihan rakyat hari ini yang banyak mengambil berat terhadap pembangunan dan perkembangan Islam di Pulau Pinang. SAMM Pulau Pinang berpendapat bahawa Umno sememangnya tidak boleh diharap untuk menjaga perihal Islam tidak kira di Pulau Pinang atau di mana jua. Umno bukan sahaja gagal memimpin dan mendidik parti komponan bersama dalam Barisan Nasional tentang Islam malah Umno tidak berbunyi sepatah haram untuk pertahan Islam apabila hukum menutup aurat dipersenda oleh Tan Keng Liang, juga dari Gerakan tidak lama dulu. Hari ini pula, sekali lagi Umno diam membisu apabila Gerakan pertikai peruntukkan untuk hal ehwal Islam di Pulau Pinang yang meningkat jauh lebih besar dari negeri yang dipimpin Umno. Apakah Umno tidak lagi peduli tentang Islam? Apakah ada komplot antara Umno dan Gerakan? Ternyata parti Gerakan yang retak menanti belah ini seolah-olah telah dipergunakan oleh Umno bagi mencetus suasana tegang antara kaum dan agama. Taktik serampang dua mata ini mungkin digunakan Umno dengan harapan parti Gerakan kembali disokong oleh kaum bukan melayu dan dalam masa yang sama, Umno menadah tangan menanti sokongan sekiranya pergaduhan antara kaum atau agama benar-benar berlaku. Itu adalah kelebihan parti berasaskan kaum atau parti perkauman seperti Umno. Justeru itu, SAMM P.Pinang memberi amaran kepada Umno supaya tidak cuba untuk bermain api dengan menjadikan parti Gerakan sebagai pemetiknya. Sentimen perkauman dan ketegangan agama harus dihindar khususnya di Pulau Pinang. Rakyat negeri Pulau Pinang juga harus sedar perencanaan jahat yang disusun ini setelah Umno dan Gerakan menemui jalan buntu untuk merampas semula P.Pinang secara demokrasi. Akhir sekali SAMM Pulau Pinang percaya kenyataan Teng Chang Yeow tidak akan berlegar di dada akhbar dan media perdana kerana ia pasti akan menyebabkan Barisan Nasional kehilangan lebih banyak sokongan dari masyarakat Islam seluruh negara. Namun begitu, SAMM P.Pinang lebih percaya kenyataan Teng Chang tetap akan menjadi pedoman kepada orang ramai melalui media alternatif dan kerja jahat berbentuk hasutan ini tetap akan mendapat penilaian umum. Aidil Ibrahim Penyelaras SAMM Pulau Pinang |
Dr. Asri Belasah Ulama Muda Umno Posted: 08 Dec 2012 11:09 PM PST Tahniah, ulasan yang penuh ilmiah dari Dr Asri...Ulasan penuh hikmah tanpa melukakan mana-mana pihak...Memang Palestin kini menjadi isu global. Palestin bukan isu terpencil pabila PBB pun sudah mula mengiktiraf kewujudan Palestin. Atas kertas, pertikaian Zionis dan Palestin selama ini memang dilihat berat sebelah. Kalau nak diikutkan kelengkapan persenjataan yang ada pada Hamas memang la agak kekurangan tapi berkat doa orang Islam seluruh dunia, Allah menolong mereka... Walaupun persenjataan yang tak seberapa, dengan izin Allah jua senjata itu boleh memberi kesan yang lebih dahsyat dari kecanggihan yang Zionist miliki... Apa guna kita berdoa kalau tidak berharap Allah akan makbulkan permintaan itu??Doa itu bukankah senjata orang mukmin... ~shalehudin Lihat video di SINI. |
Gambar Bendera PAS Berkibar Di Gaza Sempena Ulang Tahun Ke 25 Tahun HAMAS Posted: 08 Dec 2012 08:05 PM PST |
Sabah.. Dulu Kubu Kuat BN, Kini Kubur Buat BN Posted: 08 Dec 2012 06:00 PM PST Bekas Sarjan Mejar, Eddie Maringking mendahului senarai bekas pemimpin BN menyerahkan 68 borang keahlian menyertai KEADILAN dari penduduk Kampung Togop, di DUN Kuilu, dalam parlimen Tuaran dalam satu majlis ceramah di kampung itu malam tadi. Borang tersebut diserahkan kepada ahli majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ansari Abdullah yang juga merupakan Ketua Cabang Tuaran dan disambut dengan laungan "Ini Kalilah Tukar" oleh ratusan hadirin yang membanjiri tapak ceramah di kampung itu. Eddie dalam ucapannya mewakili kesemua bekas ahli BN menyifatkan gelombang kebangkitan rakyat di negeri ini sudah tidak dapat disekat lagi hingga satu majlis yang serupa bakal diadakan di beberapa kampung sekitar Tuaran dalam masa terdekat. Malah, satu lagi majlis penyertaan beramai-ramai keluar BN dan menyertai KEADILAN akan diadakan hari ini kira-kira jam 4 petang bertempat di Kampung Guakon dalam DUN Tamparuli, juga dalam parlimen Tuaran. Menurut Ansari, kebangkitan rakyat luar biasa negeri ini membuktikan Umno dan BN tidak lagi boleh dipercayai membela nasib rakyat setelah 49 tahun diberi peluang memerintah Sabah yang merdeka dari penjajah British pada 1963. Kesan daripada keputusan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang keluar dari BN awal Julai lalu nampaknya kini memberi kesan teruk kepada BN hinggakan majlis ceramah yang diadakan parti reput itu sejak akhir-akhir ini langsung tidak mendapat sambutan walaupun menyalahgunakan harta kerajaan seperti menggunakan van Jabatan Penerangan untuk mengadakan hebahan kepada penduduk kampung. Bekas timbalan presiden UPKO itu yang kini memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) mesra Pakatan Rakyat dijangka akan dicalonkan bertanding sekali lagi di parlimen Tuaran tetapi akan turun sebagai calon KEADILAN dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam masa yang sama, Umno dan BN masih tercari-cari pemimpin yang sesuai yang boleh menandingi kredibiliti Bumburing yang semakin mendapat sokongan rakyat setelah keluar dari BN, petanda khidmatnya masih diperlukan rakyat di parlimen itu. Tuaran merupakan salah satu daripada 10 kerusi parlimen yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk menang kali ini selain Kota Kinabalu, Tenom, Pensiangan, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Kinabatangan, dan lain-lain. Dengan perkembangan terbaru ini, ketua menteri, Musa Aman kini semakin tertekan dalam misi mempertahankan Sabah dari dirampas Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang mesti diadakan sebelum 28 April tahun depan. Ini kalilah TUKAR! ~jalanpulang |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan