Ahad, 9 Disember 2012

shalehudin

shalehudin


Berita panas yang tak akan keluar kat TV3...

Posted: 09 Dec 2012 08:25 AM PST

KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.
"Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti.
Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini. "Padahal kami sekian lama menanti kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini," kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.
"Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.
"Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa," kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.
"Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama," katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno. ~ Keadilandaily

BODOH piang punya ostad. Jom kita DISLIKE video neh ramai-ramai

Posted: 09 Dec 2012 07:43 AM PST

Ustaz mana la yang bodoh sangat neh...
Ada ka sesapa yang kata Islam tuh PAS...

Seumur hidup aku, tak pernah pun aku dengar ada orang kata Islam tu PAS ataupun PAS itu Islam... Ustaz kepala hotak hang kalau dah Islam ngan parti siasah pun nak kena cerita sambil tutup muka, TONGONG betoi ustaz malaon neh...

JOM kita ramai-ramai dislike video dia neh...


Tiada jihad di Palestin: Ini ulasan Dr Asri...

Posted: 08 Dec 2012 09:17 PM PST

Tahniah, ulasan yang penuh ilmiah dari Dr Asri...
Ulasan penuh hikmah tanpa melukakan mana-mana pihak...

Memang Palestin kini menjadi isu global. Palestin bukan isu terpencil pabila PBB pun sudah mula mengiktiraf kewujudan Palestin. Atas kertas, pertikaian Zionis dan Palestin selama ini memang dilihat berat sebelah. Kalau nak diikutkan kelengkapan persenjataan yang ada pada Hamas memang la agak kekurangan tapi berkat doa orang Islam seluruh dunia, Allah menolong mereka...

Walaupun persenjataan yang tak seberapa, dengan izin Allah jua senjata itu boleh memberi kesan yang lebih dahsyat dari kecanggihan yang Zionist miliki... Apa guna kita berdoa kalau tidak berharap Allah akan makbulkan permintaan itu??

Doa itu bukankah senjata orang mukmin...


Tiada ulasan: