Ahad, 9 Disember 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Permohonan SPRM kepada AG bukti kes RM40juta perlu dibuka semula merupakan satu lagi wayang cakap ajer yang lebih....tindakan habuk pun tarak....!!!!

Posted: 09 Dec 2012 07:07 AM PST

Pengumuman Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar permohonan kepada Peguam Negara (AG) untuk menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40 juta hari ini membuktikan dakwaan  selama ini adalah berasas.

Kita  menyambut baik pengumuman tersebut dan berharap kali ini tiada lagi halangan daripada Gani Patail ataupun campur tangan Perdana Menteri (PM) Najib Razak.

Ini sesuatu yang mengejutkan. Cuma kita harap kali ini tiada lagi halangan daripada mana-mana pihak atasan  terutamanya dari  Abdul Gani dan Najib.

Dalam satu forum anjuran Majlis Peguam hari ini, SPRM menerusi salah seorang pegawainya yang juga ahli panel memberitahu bahawa Panel Semakan Operasi sudah menulis kepada AG untuk mengkaji semula keputusannya.

SPRM telah menulis kepada peguam negara untuk mengkaji semula keputusannya,” jawab Timbalan Pengarah Kanan bahagian Penyiasatan, Han Chee, dipetik dari Malaysiakini.

Kita  juga menggesa PM dan AG supaya tidak lagi menangguhkan kes RM40 juta tersebut.Ia adalah isyarat  jelas kepada Najib dan Gani untuk tidak melengahkan kes ini.

Malahan kita juga mendapat maklumat  sumber dalaman yang mengatakan ada pihak atasan yang akan campur tangan.

Kenyataan SPRM itu  juga  membuktikan mereka sudah memiliki bukti cukup untuk membuat pendakwaan ke atas Michael Chia dan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman 

Ini bukti mereka (SPRM) sudah memiliki bukti, cuma halangan kini adalah AG sendiri yang enggan mengemukakan pertuduhan ke atas dua individu tersebut..

Malahan, kita  memberikan amaran kepada Najib supaya bersikap telus dalam isu ini kerana ia akan memberikan implikasi buruk kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Ia akan memberikan implikasi buruk kepada imej kerajaan terutamanya Umno.Lagipun jika kes ini dibuka di Hong Kong semula, ia pasti akan lebih memburukkan imej pentadbiran beliau (Najib).

Pada 21 November lalu, sekumpulan empat orang delegasi dari PKR terbang ke Hong Kong bagi bertemu dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) untuk menggesa pihak berkuasa tersebut membuka semula kes tersebut.

Semasa di Hong Kong, delegasi PKR tersebut menyerahkan beberapa bukti baru kepada ICAC berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Musa.

Isu dana RM40juta tersebut kembali dipersoalkan selepas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah dalam perkara itu selepas SPRM dan ICAC mendapati bahawa wang itu adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan tidak bermaksud untuk kegunaan peribadi Musa.

Tetapi dalam perbahasan berikutnya mengenai isu itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) menegur Nazri kerana mengisytiharkan Musa tidak bersalah tanpa menyediakan bukti ICAC Hong Kong membersihkan ketua menteri dengan kehendaknya sendiri.

Menurut Nazri, bagaimanapun, ICAC telah menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan bagi kegunaan Musa

TERBONGKAR....insiden di gombak ....UMNO jadi dalang nya....ketua pemuda Gombak import orang luar buat rusuhan pada ceramah PR di situ...!!!!

Posted: 08 Dec 2012 04:51 PM PST

Sekumpulan penduduk tampil dalam satu sidang media kelmarin i bagi memberikan cerita sebenar kejadian yang berlaku semasa kekecohan pada malam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 4 Disember di Gombak, Selangor.

Wakil kumpulan tersebut Said Zakaria, 57, yang juga merupakan ketua Kampung Gombak Utara, mendakwa insiden tersebut didalangi Umno dan menyalahkan parti tersebut kerana menyebabkan nama kampung tercemar.

“Apa yang saya lihat malam kejadian, separuh dari sekumpulan 200 orang Pemuda Umno membuat bising, membaling batu dan menyerang petugas serta penjaja pada malam insiden tersebut,” kata Said dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR.

Said Zakaria (kiri kedua) semasa sidang media hari ini, di iringi oleh (dari kiri) Kamaruddin Mohamad, Adun Batu Caves Amirudin bin Shari, dan Musa Zakaria.

Menurut Said lagi, rata-rata yang membuat kecoh pada malam itu bukan penduduk kampung sebaliknya orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

“Malahan, mereka (pemuda Umno) yang hadir malam itu adalah orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Gombak (Megat) dengan tujuan menghalang ceramah ceramah daripada pimpinan Pakatan.

“Justeru kami menolak dakwaan bahawa kekacauan itu dibuat oleh orang kampung kerana menolak kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain,” tambah beliau.

Selain Said, dua lagi penduduk kampung Kamaruddin Mohamad, 70, dan Musa Zakaria, 61, juga senada dengan ketua kampung mereka itu dan menuduh Umno yang memulakan provokasi.

“Sudahlah bawa orang luar, lepas itu buat kacau hinggakan ada yang cedera dipukul dan ditikam,” kata Kamaruddin yang mengecam tindakan pemuda Umno pada malam itu.

Dalam insiden malam itu, seorang pemuda Md Akasyah Md Yunos, 37, telah ditikam pada bahunya dan telah membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah Gombak selepas kejadian malam itu.

Selain beliau, terdapat lagi beberapa orang mangsa yang cedera dipukul dan khemah penjajah rosak akibat balingan batu daripada kumpulan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Antara mangsa pada malam tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48, yang cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.

“Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh,” kata Haidir berdarah dikepalanya.

“Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya.”

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga secara terbuka mengecam dan menuduh Megat mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah di kampung Gombak Utara itu.

Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di Dataran Sharuddin, Batu 8½.

“Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini,” kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas kekecohan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) pada malam kejadian.

Namun, Megat menafikan pemuda Umno terlibat menyerang ceramah di Gombak tersebut tetapi hanya berdemonstrasi aman di hadapan bilik gerakannya.

Menurut Megat, demonstrasi aman berlangsung di hadapan bilik gerakan Umno Gombak Batu 8½ itu kemudian bertukar ganas apabila sebahagian dari penyokong PR bertindak membaling objek seperti batu-bata, kuali dan tong air ke arah pemuda Umno.

“Kami hanya buat demonstrasi aman di depan bilik gerakan kami, tetapi mereka membaling tong air, kuali, batu-bata sehingga seorang pemuda Umno kena sembilan jahitan akibat terkena batu-bata,” kata Megat 

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan ada hadirin yang tercedera.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.

 

penyapu sial

 

kalau tak togok benda haram ,buat kerja haram dan perangai haramJADAH bukan UMNO namanya...budaya nie dah patut di bawa ke zimbabwe ajer....bersama sama pendokong kafir lahanat UMNO nie...

akhirnya katak katak kurap kembali menjadi anjing tuan UMNO laknatullah....taktik nak membodek najib untuk jadi calon BN di PRU 13 nanti setelah melahap jutaan ringgit dari parti penyamun dan penindas rakyat itu...!!!!

Posted: 08 Dec 2012 04:33 PM PST

Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru  Zahrain Mohamed Hashim dan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat permohonan Zahrain (gambar) dan Aminah bersama 347 bekas anggota PKR dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di sini.

Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.

Aminah yang keluar parti itu pada tahun 2007 berkata beliau kembali menyokong BN kerana yakin hanya parti itu mampu membantu semua kaum di negara ini.

“Sudah sampai masanya saya memilih Umno kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja,” kata Zahrain.

“PKR dan Pas yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan, di sini.

Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Zahrain berkata lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai Umno pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu memberi kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.

“Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno) dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau),” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong Umno jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN. — Bernama

 

 

penyapu sial

 

 

siang malam melalak di tv 3 suku...akhirnya memang di situ lah kesudahannya...masuk UMNO nak jadi calon BN....sambil sapu malaysia dengan projek kroni....kah kah kah

tindakan tepat anda  kena pada masanya....dengan UMNO-BN sekali kita kapankan di PRU 13 ....mudahlah kerja kita nanti...!!!

cubaan menakut nakutkan pengundi bukan islam...akhbar the star jadi barua UMNO ikut jejak utusan meloya bakal kena saman fitnah....!!!!

Posted: 08 Dec 2012 04:18 PM PST

PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.

Akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka  MCA dan UMNO oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Kita  mengecam sekeras kerasnya  laporan dalam The Star semalam sebagai tidak berasas dan penipuan yang jelas dengan tujuan menjadi hamba  tuan politiknya.

Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan kita  percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut.

Khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan”dan laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki semasa menunggu pesawat bersiar-siar dengan pasangan bukan Islam di Kelantan – ditahan kerana “berkhalwat”, satu jenayah di bawah undang-undang syariah.

Kita  juga  tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum.

Sambil  menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai tuduhan tidak bertanggungjawab kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat,” Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam.

Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam .

“Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?” 

Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka.

Kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama.

Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal.

Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan.

Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama.

Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka.

Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka “untuk menyelesaikan masalah”.

Pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah.

Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang.Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan.

Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum.

Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu.

Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan.

Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam.

Tiada ulasan: