Selasa, 4 Disember 2012

Addin

Addin


Panas!! Gambar Samseng Umno Bikin Ganas Di Jelajah Merdeka Rakyat Gombak Tersebar

Posted: 04 Dec 2012 09:00 AM PST


Panas!! sekumpulan pemuda samseng yang memakai baju Barisan Nasional serta membawa bendera BN telah mencetuskan ketengangan di Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak.

Dari maklumat seorang rakyat yang mahu hadir di Jelajah Merdeka Rakyat ini telah di rodok dengan pisau oleh mereka hanya kerana mahu datang menyokong Pakatan Rakyat, dan kini dalam perjalanan ke hospital.

Saksikan beberapa gambar serta tindakan ganas mereka yang menyerang majlis rakyat yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat di Gombak, Selangor.


















Foto ~pemudagombak.com


Iklan C(ii)






LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Di Gombak

Posted: 04 Dec 2012 07:07 AM PST


Siri Jelajah Merdeka Rakyat oleh Pakatan Rakyat di seluruh negara, malam ini 4 Dis 2012 giliran Parlimen Gombak. Selamat menonton secara langsung..





Iklan C(ii)





Gempar!! 6 Ahli Parlimen BN Bakal Di Tendang Oleh Najib Pada PRU13

Posted: 04 Dec 2012 05:49 AM PST


Sekurang kurangnya enam ahli parlimen muda umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. mereka ialah Khairy Jamaluddin MP Rembau, Azalina Othman Saad MP Pengerang, Saifuddin Abdullah MP Temerloh, Noraini Ahmad MP Parit Sulung dan Fuad Zarkasi MP Batu Pahat dan Bung Mokhtar MP Kinabatangan.

Menurut sumber wisma putra yang rapat dengan presiden umno, mereka digugurkan atas sikap politik mereka yang liberal dan gentleman yang tidak bertempat, telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya tidak setuju dengan dasar diputuskan dan kuat membangkang dasar kerajaan pusat.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib Razak melakukan transformasi politik tetapi memberi kerugian kepada Barisan Nasional untuk terus mengumpul harta individu sebanyak mungkin. 
"mereka juga degil dan hendak menunjuk pandai," kata sumber wisma putra.
Manakala dua bekas ketua umno iaitu Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, pengguguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor.

Menurut sumber dari wisma putra, keenam enam MP Barisan Nasional ini akan di gantikantempat mereka dengan calon calon baru yang lebih matang dan berkaliber dan sedia berkhidmat demi tranformasi Najib Razak dalam memajukan hutang negara supaya melebihi RM 500 billion tahun hadapan.
Menurut sumber dalaman wisma putra punca utama kepada pengguguran pencalonan mereka adalah kerana mereka telah menolak sistem AES jpj, menerima idea pro mahasiswa, membuat demonstrasi jalanan, mengakui kelemahan umno pada pembangkang, meminta royalti minyak kelantan di kembalikan, menolak sumpah munafik pemimpin umno dan sebagainya.
Berikut senarai sulit yang di serahkan kepada era pasca mengenai calon calon pilihan winnable candidate bagi menggantikan calon calon keras kepala ini.

1. Mohd Saiful Bukhari Azlan - Calon MP Rembau, Khairy Jamaluddin Gugur.


 2. Ezam Mohd Nor - Calon MP Kinabatangan, Bung Mokhtar Gugur.


3. Jins Samsudin - Calon MP Temerloh, Saifuddin Abdullah Gugur.




4. Lokman Adam - Calon MP Parit Sulong, Noraini Gugur.


5. Hassan Ali - Calon MP Batu Pahat, Puad Zarkasi Gugur.




6. Ummi Hafilda - Calon MP Pengerang, Azalina Othman Gugur.

Ada beberapa lagi senarai calon MP bakal menyusul dalam siri pendedahan panas ini.terima kasih pada sumber dalaman wisma putra yang memberikan kepada kami beberapamaklumat sulit lagi OSA ini.

1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Muhyiddin ganti Najib..kikiki..

 ~erapasca

Addin :

Sindiran tajam buat Umno BN yang bakal pupus..



Iklan C(ii)



Umno Pasang Spy Dalam SPR

Posted: 04 Dec 2012 01:00 AM PST

KOTA KINABALU - Dewan Pemuda PAS negeri Sabah mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tampil memberikan penjelasan berhubung isu salah seorang kakitangan kanan mereka di SPR cawangan negeri Sabah dikatakan turut mempunyai jawatan yang penting di peringkat pemuda UMNO bahagian Kinabatangan.

Hal ini disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah oleh beberapa orang rakyat negeri ini yang prihatin apabila mereka mendapati bahawa beberapa kenyataan pegawai SPR tersebut di media sosial kelihatan jelas menampakkan beliau mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam Umno.

Justeru pemuda PAS Sabah menuntut agar respon yang segera daripada SPR. Demikian kata Lahirul Latigu (gambar), Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemuda PAS Sabah menginggatkan bahawa ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini.

"Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak Dewan Pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini," kata Lahirul.

Dewan Pemuda PAS, katanya, akan memastikan hal ini mendapat jawapan yang jelas dari pihak SPR kerana mereka tetap dengan komitmen untuk bersama dengan inspirasi rakyat Sabah untuk melihat proses pilihanraya dinegeri ini berjalan secara adil dan bersih. ~harakahdaily



Iklan C(ii)



Bongkar!! Keluarga Pak Lah Terlibat Pembekalan Meter TNB

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

PETALING JAYA 4 Dis: KEADILAN hari mendedahkan keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Biro Pelaburannya, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Menurutnya, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

"Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang dan harga purata setiap meter adalah RM250.

"Justeru, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion. Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion," katanya pada sidang di ibu pejabat parti, di sini hari ini.

"Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.

"Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu," jelas Wong Chen dipetik Malaysian Insider. ~kd




Iklan C(ii)



Ali Rustam Bacul, Pengecut.. Ini Buktinya

Posted: 03 Dec 2012 10:32 PM PST


Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari menyelar sikap tindakan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam yang mengarahkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Bukit Palah menganjurkan karnival disebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di Bukit Palah.

"Tindakan Ali Rustam ini suatu tindakan bacul dan pengecut" kata Adly dipetik dari blognya adlyzahari.blogspot.com.

"Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan dikalangan rakyat, UMNO akar umbi pun resah". ujar Adly.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap kerajaan dan agensi kerajaan negeri yang tidak melayan permintaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah.

"Oleh kerana permohonan kami tidak dilayan maka kami bersetuju untuk menjalankan program tersebut di tanah persendirian, di Kampung Bukit Palah yang di kejar oleh Ali Rustam.

"Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatang kemenangan kepada UMNO Melaka." tambah Adly.

Menurut Adly, sekarang ini tahun 2012 dah nak masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini.

"Apakah Ali berhajat rakyat "bertembung" 8hb. ini?" soal Adly. "Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8hb. ini, ayuh orang melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati". tambahnya lagi.

Beliau menyeru seluruh rakyat Melaka berhimpun pada 8hb. ini di Bukit Palah Melaka. "Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam." katanya.

Roadshow Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara telah mendapatkan sambutan yang sangat luar biasa. Terbaru kira-kira 30,000 rakyat berkumpul di Batu Pahat pada program tersebut. Pada 8 Disember, Pakatan Rakyat Melaka akan menganjurkan program ini peringkat negeri Melaka. Dijangkakan sekali lagi rakyat akan menzahirkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri lain.

Beberapa pemimpin utama PR Pusat akan berkumpul di Melaka antaranya Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha PKR, Dato' Saifuddin Nasution Ismail. ~mutaligat

Addin :

Sebagai anak jantan.. kita mesti tolak pemimpin bacul seperti Ali Rustam. Kepada rakyat Melaka yang cintakan keadilan jom kita ramaikan Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada Sabtu ini..


Iklan C(ii)




Kenapa Rais Yatim Gelabah Semacam Ni??..

Posted: 03 Dec 2012 08:21 PM PST

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini supaya melupakan hasrat untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, beliau menyeru mereka yang ingin melakukan transformasi, agar melaksanakannya bersama-sama dengan kerajaan yang telah dan sedang berbuat demikian.

"Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua.

"Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilihat sependapat mengenai bahayanya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa pertimbangan adil dan teliti.

Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan segelintir rakyat bereksperimen menukar kerajaan itu dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang yang hanya akan mengakibatkan kerugian dalam jangkamasa panjang. ~bernama




Iklan C(ii)



Kantoi!! Fitnah Blogger Umno Tak Menjadi..

Posted: 03 Dec 2012 06:32 PM PST


Itulah yang terjadi bila hendak menulis tiada isu.. kalau tak menulis pula miss soru.. jadi tulislah apapun meskipun terpaksa edit gambar untuk dijadikan modal menabur fitnah..

Yang menghairankan aku ialah fitnah sebegitu bodoh pun ada yang percaya sehingga menyebarkannya di facebook pula..



Sebenarnyajika diperhatikan betul-betul pada gambar-gambar di atas perkataan PELANCARAN telah diubah dengan memadamkan huruf "R" dan digantikan dengan huruf "U".

Pada huruf "U" nampak jelas akan bezanya warna merah dengan lain-lain perkataan yang terdapat pada banner tersebut.

Berikut adalah gambar asal...


DS Anwar Ibrahim bersalaman dengan anggota 'Skuad Adil Kedah' - Foto dirakam oleh Sidiqin Omar dari Suara Keadilan pada 2 September 2012 dalam Siri Jelajah Merdeka Rakyat Di Bakar Bata,Alor Star.

Betul kata Tun Mahathir.. hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO.. dan pencacai-pencacai UMNO di atas telah membuktikannya..... ~kedahla




Iklan C(ii)



Leman Raja Lawak Anak As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya?

Posted: 03 Dec 2012 05:52 PM PST



Agak kecoh juga ruang wall FB Leman Raja Lawak Original apabila dipostingkan sebuah gambar dari FB Geng Artis PAS yang dikatakan keluarga Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya ada gambar Leman Raja Lawak atau nama sebenar Sulaiman Bin Ibrahim.


- Cuma inginkan kepastian dari sahabat semua,betulkah khabar angin yg mengatakan Leman Raja Lawak Original atau nama sebenar ( SULAIMAN BIN IBRAHIM ) ini adalah anak kpd AL-SHAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA..boleh tak tolong sapa2 jelaskan? please.ana dah tanya abg leman sendiri dia kata bukan,tapi pic ni ?????????- FB Geng Artis PAS.
Gambar hitam putih (gambar lama) tersebut terdapat empat individu dan salah seorang (Kanak-kanak pakai kopiah) dikatakan Leman Raja Lawak.

Leman ketika aku menghubungi beliau menafikan dakwaan tersebut. Bagaimana pun Leman terharu dengan perkara tersebut.

Nama dan wajah dalam gambar tersebut mungkin hanya kebetulan sahaja.memang nama saya Sulaiman Bin Ibrahim, tapi bukanlah Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya bapa saya. Bapa saya masih sihat tinggal dikampung kata Leman

Leman menyatakan lagi Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah tokoh pejuang Islam yang ditersohor dan memang menjadi idola dalam perjuangan-nya.

Memang jauh ketokohan beliau dengan diri saya,namun semangat perjuangan Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya wajar dijadikan contoh kepada semua orang melayu dinegara ini demi menegakan Islam berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir ujar Leman Raja Lawak.


** Al-Fathihah buat Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para syuhada yang terkorban dalam kejadian tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman. ~mae

Addin :

Pendokong dan penyokong PAS tidak akan lupa sampai bila-bila DOSA BESAR Umno dalam peristiwa pembunuhan As-Syahid Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya..




Iklan C(ii)



Tiada ulasan: