shalehudin |
- TERKINI! Seorang cedera terkena pisau di Jelajah Merdeka Gombak [Gambar]
- Syok ka kerja usung TILAM neh...
- Bukan nak sabotaj boss... kahkahkah...
- Punah!! Mr Clean dah sapu keliling... kahkahkah...
- Allahuakbar, ni semua kerja buat DIA...
- Ini sebabnya berkali-kali Najib kena minta maaf...
- Kebodohan Pencacai Ameno Tersebar Lagi...!!!
- Buta ja Musa ngan Hishamudin kena... kahkahkah...
- Jangan harap Rosmah nak bagi Najib jawab... kahkahkah...
- Masyaallah!! Ulamak Menangis Kerana...
TERKINI! Seorang cedera terkena pisau di Jelajah Merdeka Gombak [Gambar] Posted: 04 Dec 2012 09:02 AM PST |
Syok ka kerja usung TILAM neh... Posted: 04 Dec 2012 07:53 AM PST Dulu lu suruh SB ikut orang, sekarang lu sendiri yang kena ikut... Mungkin inilah balasan terhadap lu yang suka sangat usung tilam suatu ketika dulu... Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan menyatakan bahawa Polis Bahagian Cawangan Khas (SB) yang mengekorinya membazirkan duit rakyat. Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam kenyataannya kepada Portal Free Malaysia Today (FMT) memberitahu bahawa sejak beliau mengeluarkan kenyataan campurtangan Menteri Dalam Negeri dalam urusan Polis baru-baru ini, beliau terus diekori oleh Pegawai dari Cawangan Khas (SB).
"Saya hendak beri nasihat pada mereka jangan ekori saya lagi, saya tidak akan menghancurkan negara, itu yang pertama, yang kediua anda mempunyai kerja lain yang lebih penting untuk dilakukan, seperti menyiasat penjenayah, yang sememangnya mengancam keselamatan awam" ujarnya.Beliau juga berkata ianya suatu tindakan bodoh mengekori beliau, membazirkan wang rakyat. "Kalau anda perlukan apa sahaja, boleh telefon saya dan saya akan beritahu semua sekali" tambah Musa.Ditanya bagaimana beliau mengetahui dirinya diekori, Musa berkata sudah tentu beliau mengetahui mereka tetapi saya tidak mahu bergaduh dengan mereka. Tidak mahu malukan mereka. "Sudah tentu mereka lari bila saya melihat mereka" tambah Musa.Rupanya baru sekarang Musa Hassan sedar SB membazirkan duit rakyat dengan menjalankan kegiatan pemantauan kepada ahli-ahli politik dan parti-parti politik. Selama puluhan tahun dahulu semasa bertugas dialah orang yang mengarahkan SB melakukan kerja-kerja terkutuk itu. Kini baru kau sedar setelah kau tiada kuasa dan kau jadi mangsa kerajaan zalim dan 'wak yek' suruhan mereka. |
Bukan nak sabotaj boss... kahkahkah... Posted: 04 Dec 2012 06:55 AM PST Boss!! Gua bukan nak sabotaj boss... Tapi gua ada sikit-sikit nak tunjuk rasa tak puas hati ja... Mana patut boss... Bini gua tak dapat rambut sekembang lu punya bini boss... Mana boleh boss... Lu dapat permit itu, permit ini... Bini lu dapat lesen itu, lesen ini... Anak lu dapat projek itu, projek ini... Untung bilion-bilion... Gua yang siang malam tungging langgang, pagi petang bersengkang mata nak penaikkan lu dan kroni... Apa yang gua dapat??? Minyak kereta pun tak lepas boss... ***************************************** Sabotaj ahli Umno boleh jadi duri dalam daging IKRAR TAAT SETIA... Perwakilan bersama-sama melafazkan ikrar taat setia pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno, kelmarin. - Foto Bernama BANDARAYA MELAKA - Usaha membanteras gejala sabotaj dalam Umno perlu dijalankan secara tuntas dan berterusan bagi memastikan ianya tidak terus menjadi duri dalam daging yang boleh merosakkan parti. Setiausaha Kerja Umno Melaka, Datuk Akbar Ali berkata, sebagaimana mana-mana parti politik, gejala sabotaj sememangnya sudah menjadi antara isu penting yang dihadapi Umno sejak sekian lama. Sehubungan itu, katanya, sebarang usaha menangani masalah itu perlu disertai kesedaran ahli di peringkat akar umbi kerana tanpa perubahan dalam kalangan mereka, mustahil masalah ini dapat dibanteras sepenuhnya. "Gejala sabotaj ini umpama musuh dalam selimut. Kalau kita berhadapan musuh dari luar, kita boleh rancang pelbagai pendekatan untuk tewaskan mereka. Tetapi masalah sabotaj ini tidak semudah itu. "Kita boleh ambil pelbagai langkah untuk kukuhkan jentera pilihan raya kita. Kita boleh tambah ahli atau daftar pemilih dengan ramai. Semua itu mudah dilakukan. Tetapi untuk menangani masalah sabotaj ini memerlukan kesedaran dalam kalangan semua ahli. "Saya yakin kita boleh mengurangkan masalah sabotaj ini sebelum pilihan raya umum ini. Tetapi untuk menghapuskannya secara total akan mengambil satu jangka masa lama," katanya. |
Punah!! Mr Clean dah sapu keliling... kahkahkah... Posted: 04 Dec 2012 04:46 AM PST Dolah Badawi dikatakan alim Dolah Badawi dikatakan sembahyang tak tinggal Dolah Badawi dikatakan telah ke mekah Dolah Badawi dikatakan mister clean Dolah Badawi dikatakan anak cucu alim ulamak Dolah Badawi dikatakan imam sembahyang Jelas dalam rancangan mengkayakan kaum keluarga Jelas dalam rancangan mengkayakan para kroni Agama Budi bahasa Alim ulamak Bangsa keturunan Rokok dan sujud Kening hitam legam Semua tak masuk kira Kerana dalam sistem kapitalis Yang menjadi kemudi ialah harta kekayaan Yang menjadi kemudi ialah keuntungan Maka rokok dan sujud lah pada wang ringgit Dengan ringgit kita menyembah...- TT KUALA LUMPUR, 3 Dis — PKR hari ini mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB. Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun. "Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250. "Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion. "Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion. "Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun. |
Allahuakbar, ni semua kerja buat DIA... Posted: 04 Dec 2012 12:36 AM PST Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza. Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang. Pada tahun 2003 semasa Intifada kedua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri. Kementerian Pertahanan sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana merasa malu atas laporan itu. Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut. Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya. Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri. Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin. Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009. Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri. Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang. Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri. Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera. Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh. Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.- Harakahdaily |
Ini sebabnya berkali-kali Najib kena minta maaf... Posted: 04 Dec 2012 12:18 AM PST Najib dan semua puak Umno bangang mohon maaf sebab mereka tahu mereka telah buat kesalahan yang amat besar. Persoalannya adakah boleh kesalahan itu dimaafkan begitu sahaja. Umno wajib pulangkan 1.7 juta hektar tanah rizab melayu yang hilang... Pulangkan berbilion duit rakyat yang diboros dan disalah guna, bayar balik berbilion US dollar hutang negara. Pulangkan berbilion ringgit duit royalti rakyat Kelantan, bla bla bla bla bla... Mungkin tak ramai yang tahu atau buat-buat tak tahu, especially puak-puak gerombolan yang berkepentingan dan meletakkan perut mengatasi segalanya... Inilah sebabnya sampai berkali-kali Najib punya mintak maaf kat rakyat Malaysia terutama sekali umat Melayu... Amacam? Ada macai Umno yang tak puas hati ka? |
Kebodohan Pencacai Ameno Tersebar Lagi...!!! Posted: 03 Dec 2012 07:02 PM PST Malu weh!! Pencacai UMNO Kantoi lagi akibat kebodohan diri sendiri!! - ASD Perhatikan betul-betul apa yang tertulis pada banner di hadapan DS Anwar Ibrahim pada gambar di atas.. apa yang tertera ialah "Pelancauan Skuad Adil Kedah". Adakah ahli-ahli PKR Kedah juga bodoh seperti ahli-ahli UMNO sehingga perkara sebegitu remeh tidak disedari oleh mereka? Oh tidak.. tidak sama sekali... Ahli-ahli PKR walau dimana sekalipun berada tidaklah sebodoh Ahli-ahli UMNO.. Gambar di atas sebenarnya telah diedit oleh Blogger pencacai UMNO yang ketiadaan isu untuk dijadikan senjata bagi menyerang PKR dan juga Pakatan Rakyat.. Ini apa yang disiarkannya... Dan ini apa yang telah ditulisnya.. Hahahaha aakj hampir terguling dalam jamban..kah kah kah kah..mamposss.. Dalam ghairah nak lancarkan skuad lama yang entah berapakali tukar nama supaya nampak gah..akhirnya Allah tunjukkan..kena LANCAU sendiri hahaha boleh depa tak perasan atau memang d sengajakan..nak malukan kaki langgan pelacur...tuihHH !! UMNO ada SKUAD SAYANG dari Pergerakan Wanita UMNO Malaysia..depa pun nak guna juga nama "skuad" hehe berat nanang natang ni... Itulah yang terjadi bila hendak menulis tiada isu.. kalau tak menulis pula miss soru.. jadi tulislah apapun meskipun terpaksa edit gambar untuk dijadikan modal menabur fitnah.. Yang menghairankan aku ialah fitnah sebegitu bodoh pun ada yang percaya sehingga menyebarkannya di facebook pula.. Sebenarnyajika diperhatikan betul-betul pada gambar-gambar di atas perkataan PELANCARAN telah diubah dengan memadamkan huruf "R" dan digantikan dengan huruf "U". Pada huruf "U" nampak jelas akan bezanya warna merah dengan lain-lain perkataan yang terdapat pada banner tersebut. Berikut adalah gambar asal... DS Anwar Ibrahim bersalaman dengan anggota 'Skuad Adil Kedah' DS Anwar Ibrahim melancarkan 'Skuad Adil Kedah' Betul kata Tun Mahathir.. hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO.. dan pencacai-pencacai UMNO di atas telah membuktikannya..... Foto dirakam oleh Ihsan Sidiqin Omar dari Suara Keadilan pada 2 September 2012 dalam Siri Jelajah Merdeka Rakyat Di Bakar Bata, Alor Star. |
Buta ja Musa ngan Hishamudin kena... kahkahkah... Posted: 03 Dec 2012 06:00 PM PST MUSA DAN HISHAM SAMA SAHAJA : DATUK RAMLI KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff. Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis. "JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006. "Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan. "Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan," kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes "polis RM27 juta". "Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka," kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata "Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar." Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya. "Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan. "Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut," kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis. "Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang."Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama. "Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya," kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa. |
Jangan harap Rosmah nak bagi Najib jawab... kahkahkah... Posted: 03 Dec 2012 05:05 PM PST Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia AMK Mendesak PM Najib Razak Jawab 10 Soalan Sebelum PRU13 Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk menjawab segera 10 soalan penting sebelum PRU13 diadakan. Sebenarnya Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri yang sarat dengan paling banyak skandal dalam sejarah Malaysia serta ada keperluan untuk beliau tampil ke depan dan bersihkan nama. AMK berpendapat kegagalan Perhimpunan Agung UMNO dalam mengemukakan sebarang pandangan dan halatuju negara dalam mencapai perubahan yang baik kepada rakyat. PM Najib Razak langsung tidak menyentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam UMNO, tetapi memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat. Perbuatan Najib Razak bukan sekadar menunjukkan bahawa UMNO telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU13. Sekiranya beliau ada keikhlasan untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh UMNO/BN sejak dulu, maka 10 soalan yang dikemukakan oleh AMK perlu dijawab dengan serius agar rakyat dalam menilai dengan informasi yang mencukupi dan gambar yang sebenar. SOALAN 1: Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi? SOALAN 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah Najib Razak menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh UMNO/BN dalam PRU13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat? SOALAN 3: Jikalau Najib Razak ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama yang merangkap Menteri Wanita? Adakah UMNO/BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredible. SOALAN 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan UMNO/BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah di Perancis? SOALAN 5: Apakah pandangan Najib Razak terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan UMNO/BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan? SOALAN 6: Kenapa Najib Razak masih mengambil sikap bisu ke atas pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM100 juta pada tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan UMNO/BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat? SOALAN 7: Bekas Ketua Polis Musa Hassan telah menuduh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn yang campur tangan dalam pentadbiran PDRM, bagaimanakah Najib Razak menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh parti UMNO/BN? SOALAN 8: Kenapa kerajaan UMNO/BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung? SOALAN 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah Najib Razak lebih suka membuat public relation exercise tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang? SOALAN 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat terletak pada tangan Perdana Menteri, adakah Najib Razak akan mencontohi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada bulan Mac 2013? Kenapa Najib Razak masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh dengan lebih awal? Oleh itu, AMK mendesak Najib Razak untuk menjawab kesemua 10 soalan tersebut dengan ikhlas. Jangan lari daripada permintaan rakyat serta menjalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta melaksanakan urus tadbir yang telus dan baik sebelum PRU13. LEE KHAI LOON Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia |
Masyaallah!! Ulamak Menangis Kerana... Posted: 03 Dec 2012 03:35 PM PST risau melihat anak-anak muda yang semakin hanyut dalam buaian hedonisme yang melampau... Beliau menitiskan air mata kerana, semakin ramai para alim ulamak kembali ke rahmatullah... Beliau menitiskan air mata kerana, tak sanggup melihat kejatuhan Islam di serata dunia... Beliau menitiskan air mata kerana, |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan