Sabtu, 15 Disember 2012

Addin

Addin


Kemasukan Tokoh Ini Dalam PAS, Tamparan Hebat Buat Umno Terengganu

Posted: 15 Dec 2012 09:23 AM PST

DUNGUN - Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini, Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat. "Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.

"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah, tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.

Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.

"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS. "Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.

"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.

Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi. ~harakahdaily



Iklan C(ii)


Karpal Bual Laporan Polis Ke Atas Deepak

Posted: 15 Dec 2012 07:27 AM PST

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa ahli DAP membuat laporan polis terhadap Deepak Jaikishan yang mendakwa mempunyai maklumat baru mengenai kontroversi melibatkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau mendakwa Deepak melakukan kesalahan kerana menyembunyikan maklumat berkaitan pembunuhan itu selama ini."Sesiapa sahaja yang ada maklumat mengenai arahan melakukan pembunuhan perlu membuat laporan polis.

"Deepak belum buat sebarang laporan polis. Beliau sudah melakukan kesalahan," kata Karpal. Tambahnya, laporan itu membolehkan polis membuka siasatan baru
terhadap kes tersebut.

"Apa yang penting di sini bukanlah Deepak, tetapi pendedahan yang dibuatnya membolehkan polis melakukan siasatan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Deepak dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini mendakwa adik perdana menteri membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam bagi menandatangani akuan bersumpah kedua berkaitan kes pembunuhan Altantuya.

Dua anggota polis dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah dan kini sedang merayu hukuman mereka.

Karpal kemudian membuat sendiri laporan polis berkenaan pada waktu rehat makan tengah hari kongres di balai polis Bayan Baru.

Dalam laporannya Karpal memetik wawancara Deepak dengan Malaysiakini bertarikh 27 November 2012 dengan bertaju "Deepak regrets getting involved in Bala's SD".

Karpal menggesa polis menyiasat Deepak mengikut Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah yang menetapkan mana-mana individu dengan maklumat tentang jenayah bunuh berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan perlu melaporkannya kepada balai polis terdekat.

"Saya membuat laporan ini agar siasatan menyeluruh polis boleh dilancarkan terhadap perkara dituturkan Deepak yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," katanya.

Mengikut Seksyen 202 Kanun Keseksaan mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian jenayah tetapi merahsiakannya boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya. ~mkini



Iklan C(ii)


LIVE!! Siri PAS Ganti Umno (PGU 6.0) Peringkat Terengganu

Posted: 15 Dec 2012 07:03 AM PST


Live!! Ceramah Siri PAS Ganti Umno(PGU 6.0) peringkat negeri Terengganu.. Selamat menonton..




Live video by Ustream




Iklan C(ii)


14,700 Penjawat Awam Selalu Ponteng Kerja

Posted: 15 Dec 2012 05:43 AM PST

KANGAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan kira-kira 14,700 penjawat awam muda yang berusia 30 tahun ke bawah kerap mengambil cuti sakit walaupun mereka sebenarnya sihat.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius gejala tersebut walaupun jumlah itu membabitkan sekitar tiga peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam iaitu seramai 1.4 juta orang.Malaysia kini mempunyai kakitangan awam seramai 1.4 juta orang dan daripada jumlah itu, 490,000 orang atau 35 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 30 tahun ke bawah.

"Mereka sepatutnya ambil sijil cuti sakit jika betul-betul tidak mampu bekerja atau jika bekerja penyakitnya itu akan berjangkit kepada rakan sekerja."Kalau sekadar selesema, cukuplah dengan pelepasan masa bekerja satu atau dua jam, tidak perlu beri cuti sakit walaupun diminta," katanya kepada pemberita di sini semalam. ~mp


Iklan C(ii)


Umno BN Sembunyi Penemuan Telaga Minyak Terbesar Di Pahang

Posted: 15 Dec 2012 03:48 AM PST


TEMERLOH – Gabungan Profesional Menuntut Royalti Minyak atau 'R' Pahang, mendedahkan pihaknya mempunyai bukti sebuah telaga minyak baru lebih besar berbanding telaga minyak di Bertam yang ditemui di perairan negeri ini.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu, Nordin Majid berkata, pihaknya mempunyai bukti telaga minyak di medan 'Rhu' Blok PM-308 di dalam sempadan Pahang adalah enam kali lebih besar berbanding telaga minyak di Blok 307 Bertam, dalam perairan Terengganu.

(Gambar : Peta penemuan minyak di Blok PM-308 medan Rhu dalam kawasan perairan Pahang seperti didakwa 'R' Pahang semalam.)

Malang sekali katanya, Kerajaan Pusat tidak mendedahkan penemuan blok itu kepada umum hingga menimbulkan persoalan, khususnya kepada mereka yang mengetahui mengenai perkara tersebut.

"Pahang sebenarnya mempunyai blok telaga minyak enam kali lebih besar daripada Bertam, tetapi tidak didedahkan.

"Kami harap Kerajaan Pusat dapat menjawab persoalan, mengapa Kerajaan Pusat tidak mendedahkan kepada umum penemuan telaga minyak di Blok 308 Rhu ini?" katanya.

Nordin berkata, pihaknya juga mahukan Kerajaan Pusat memberikan royalti lima peratus kepada Kerajaan Negeri dan bukannya wang ihsan bagi setiap penemuan minyak di perairan negeri ditemui.

Beliau berkata, sumber mengenai penemuan minyak di Blok PM-308 'Rhu' berkeluasan 5,500 dan 8,600 kilometer persegi itu diperoleh hasil kajian dibuat 'R' Malaysia serta 'R' Pahang.

Menurutnya, rakyat Pahang secara umumnya perlu tahu sekiranya wujud blok lain selain Blok 307 Bertam yang diumumkan Kerajaan Pusat sebelum ini.

"Kerajaan Pusat juga perlu mengumumkan jumlah hasil Blok PM-308 Medan Rhu dan tarikh pengeluarannya bermula seperti mana pernah diumumkan kepada rakyat Pahang mengenai Blok PM-307 Bertam.

"Apabila medan minyak Rhu yang berada di dalam perairan Pahang mengeluarkan hasil, adakah rakyat Pahang akan dibayar royalti atau wang ihsan?" katanya.

Nordin berkata, 'R' Pahang adalah sebuah NGO gabungan 100 NGO profesional lain bertindak bagi mencapai tujuan berkaitan tuntutan royalti mengikut perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 serta Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Pahang. ~sinar



Iklan C(ii)


Kenyataan Karpal Ni Pasti Menyakitkan Hati Pemimpin Dan Pencacai Umno..

Posted: 15 Dec 2012 12:24 AM PST


Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.

Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini. ~mkini



Iklan C(ii)


Panas!! Anggota Polis Sokong Pakatan Rakyat Di Ugut?

Posted: 14 Dec 2012 10:40 PM PST


Wah, kes berat nih.. Bende ni sebelum ni hanya dengar dengar camtu je tanpa sesiapa anggota polis yg kedepan dan bersuara.

 TETAPI kini, seorang polis wanita dengan BERANI bersuara lantang dan menulis di fesbuk miliknya tentang ugutan pihak atasan PDRM kepadanya hanya semata mata dia menyokong Pakatan Rakyat.



Pn Norhashimah Mohammad, seorang pegawai Polis DiRaja Malaysia berumur 30 tahun dan bertugas sebagai pegawai polis meluahkan segalanya di fb dengan berani. Ini kerana beliau sedar dan tahu undang undang. Ini bedasarkan Artikel 10 yg mengungkai bahawa rakyat Malaysia BEBAS memilih dan menyokong mana mana PART POLITIK yg mereka suka.



Kerana KEDEGILAN BELIAU menuruti amaran pihak atasan PDRM, beliau akan ditukarkan ke Sarawak pada Januari 2013 nanti.

Wah, sesiapa pegawai PDRM yg x ikut cakap atasan yg menyokong UMNO-BN, maka mereka akan DITRANSFER ke tempat lain dan kemungkinan di kawasan2 yg hulu dan jauh dari bandar.

Pegawai Polis pun rakyat Malaysia, bebas menyokong parti mana mereka suka. Adalah satu jenayah jika menyekat kebebasan rakyat menyokong mana mana parti politik yg mereka suka.

Lebih jenayah lagi bila MENGUGUT... Tahniah puan, semoga lebih ramai POLIS buka mata dan berani tegakkan hak sebagai RAKYAT NEGARA DEMOKRASI.. ~erapasca



Iklan C(ii)


Deepak Lari Ke Myanmar, Tulis Buku Dedah Penglibatan Rosmah Dalam Kes Pembunuhan Altantuya

Posted: 14 Dec 2012 10:32 PM PST

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.Buku itu katanya, akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita semalam.

SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya."(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini – semua kebenaran, semua fakta.

Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya dipetik Malaysiakini.Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.

Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan baik wanita itu sebelum ini."Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi (semalam) saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya.

Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu.Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi masa lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi. ~kd


Iklan C(ii)


'Anak' Dato' Harun Din Di Tahan Polis Kerana Menipu

Posted: 14 Dec 2012 09:22 PM PST

SHAH ALAM: Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis.

Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000.

Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan 'batu petir'. ~beritaharian



Iklan C(ii)


Bongkar!! Rupanya Najib Kerap Pergi Ke Sabah Secara Senyap-Senyap

Posted: 14 Dec 2012 07:12 PM PST

Perdana Menteri, Najib Altantuya dijadualkan melawat Sabah dua kali bulan ini, dalam apa yang dianggap sebagai usaha semakin terdesak untuk mengekalkan cengkaman kerajaan campuran itu yang kelihatan seperti negeri pertempuran utama menentukan hidup atau mati karier politiknya.

Najib dijangka tiba di Sandakan esok (15 Disember) untuk merasmikan kongres tahunan rakan kongsi Barisan Nasional (BN) Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), pada hari berikutnya.

Pada 28 Disember pula, Najib Altantuya dijangka melawat parlimen luar bandar di Pensiangan di mana satu lagi komponen BN kecil, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mengadakan mesyuarat agung tahunannya sendiri.

Najib Altantuya yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, dijangka bertemu dengan masyarakat Kristian di Sandakan semasa lawatan hujung minggu beliau, dalam usaha untuk memantapkan kedudukan BN di kalangan masyarakat yang terpinggir menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember.

Beliau juga dijangka akan diraikan pada perhimpunan yang sama apabila dia melawat Pensiangan pada 28 Disember mana PBRS presiden, Joseph Kurup, juga dikatakan akan menghadapi satu tugas yang sukar untuk mengekalkan kerusi itu untuk BN.

Pada tahun 2008, Kurup memenangi kerusi Pensiangan tanpa bertanding apabila pencabar beliau dari KEADILAN, Danny Andipai, gagal dalam keputusan kontroversi telah dinafikan peluang untuk memfailkan kertas pencalonannya.

Kurup dan isteri beliau Melinda hampir tidak boleh melarikan diri dari orang ramai yang marah di pusat penamaan calon di mana beliau telah sedia untuk ditumbuk pengundi yang marah dengan keputusan berat sebelah pengurus pilihanraya parlimen itu.

Beberapa penganalisis menyedari lawatan Perdana Menteri kali ini seolah-olah tiada publisiti mengenainya begitu jauh sama ada oleh media tempatan atau-organ kerajaan rasmi, Jabatan Penerangan, dan ramai ahli politik dalam parti pemerintah berkata mereka menyedari Najib Altantuya akan terbang ke negeri ini.

Sekiranya sah, ia merupakan perjalanan ketujuh Najib Altantuya ke Sabah tahun ini.

Kali terakhir perdana menteri melawat negeri ini adalah pada bulan Oktober semasa lawatan ke Penampang dan Ranau.

Tidak pernah seorang perdana menteri dalam sejarah melawat Sabah banyak kali selain Najib Altantuya dalam satu tahun, hatta perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun, Mahathir Mohamad.

Begitulah penguasaan campuran pimpinan Umno dan BN pada satu masa bahawa Mahathir telah pun diketepikan perkaitan bilangan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dalam pengiraan beliau untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Semua ini berubah apabila undi Melayu di Semenanjung akhirnya dibahagikan separuh antara BN dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 2008. ~jalanpulang


Iklan C(ii)


(Gambar) Sambutan Hangat Rakyat Terengganu Di Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 14 Dec 2012 05:04 PM PST


DUNGUN - Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.

"Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu.PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN," tegasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.

"Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka," ujarnya.

Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.

Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang.

Himpunan kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang.

Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan di tapak yang sama.

Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, kira 50,000 rakyat sudah hadir untuk mendengar amanat pimpinan.

Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu).

Turut akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Umno makin angkuh dengan rakyat, bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk sekolah agama al Bayan di Paka, tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka.

"Mereka pecahkan kepada 5 lot banglow untuk JKKK, pejabat tanah maklumkan ia diluluskan melalui campur tangan orang Umno," kata Muhyidin dalam ucapannya lagi.

Di Setiu pula, katanya, 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar.

"Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah," katanya. ~harakahdaily

Berikut adalah gambar-gambar awal perhimpunan ini.









Iklan C(ii)


Tiada ulasan: