Telok Bakong Online |
CERAMAH KELOMPOK BERSAMA USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM SIRI 3 Posted: 14 Dec 2012 08:23 PM PST CERAMAH KELOMPOK BERSAMA USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM Semua Dijemput Hadir Beramai Ramai… TARIKH : 17 HB DISEMBER 2012 ( ISNIN ) TEMPAT : RUMAH USTAZ ZULKIFLI WAHAB (JUN WAHAB) BATU 14 KG TELOK BAKONG MASA : 9.00 MALAM ATURCARA MAJLIS :- 9.00 pm - Bacaan Doa Oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim 9.10 pm - Ucapan Pengerusi Majlis Tuan Haji Ramli 9.45 pm - Ceramah Dan Pertunjukan Slaid Dari Ustaz Zulkifli 10.45 pm - Sessi Beramah Mesra Dan Soal Jawab. 11.20 pm - Pemeriksaan Daftar Undi 11.45 pm - Majlis Bersurai " HIJRAH BOTA… " RAKYAT BANGKIT …BOTA BERUBAH |
Hijrah Bota,Rakyat Bangkit Bota Berubah Sebagai Motto dan Slogan Kempen Pilihanraya Dun Bota Posted: 14 Dec 2012 04:17 PM PST Bertempat di D'Lereng Resort Kg Ulu Chepor Chemor,suatu ketetapan telah diambil oleh Jentera Kempen Piliharaya DUN Bota untuk menjadikan Bota Hijrah sebagai motto kempen.Perkataan Bota Hijrah ini diambil berdasarkan kepentingan untuk rakyat Bota berubah kepada sesuatu yang lebih baik.Kepentingan hijrah ini kepada orang Bota ialah untuk memperbaiki keadaan diri mereka kearah kehidupan yang baik dari segi ketakwaan dan keimanan kepada Allah.Ia juga melibatkan perubahan dari segi ekonomi dan sosial bagi menjamin hidup yang lebih bahagia dan sempurna. Mesyuarat selama dua hari itu telah dianjurkan oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim ini adalah merupakan sessi "Brain Storming" untuk mengembeleng idea idea dan pemikiran yang baik dari setiap peserta.Kerjasama dikalangan peserta adalah begitu baik.Hasil dari curahan idea dan pemikiran ini telah melahirkan suatu momentum yang besar kearah kekuatan jentera parti.Impak nya akan memberi kesan yang mendalam terhadap kekuatan dan kelancaran kempen pilihanraya Dun Bota untuk PRU 13. Msinc-Mula merasakan PR mempunyai potensi yang besar untuk menang di DUN Bota kali ini tanpa berharap adanya sentimen sentimen.Sesungguhnya aura rakyat itu sendiri akan melanda keseluruh Bota dan seterusnya berlakulah perubahan yang dipanggil hijrah itu kerana rakyat sendiri telah sedar dari lena.Mereka mahukan perubahan yang tidak mampu dilakukan oleh Umno selama 55 tahun.Sekira Umno tidak mampu,Rakyat boleh melakukan nya. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan