Khamis, 13 Disember 2012

Addin

Addin


Ali Rustam Jadi Pencacai Rosmah Mansor?

Posted: 13 Dec 2012 09:26 AM PST


Banner ni lah yang Addin terpaksa hadapi seminggu ni sekitar melaka. Sakit hati, sakit mata apabila melihat banner ni. Sepanjang jalan di melaka terpampang banner Rosmah ni. 

Cuba perhatikan betul banner ni, gambar Ali Rustam kecil je tapi gambar Rosmah sebesar-besarnya. Siapa yang PM sebenarnya ni. Najib atau Rosmah.. mungkin betul cakap sesetengah pihak yang mengatakan Najib tidak pandai jaga isteri.

Banner ini sebenarnya sempena Malam Pemantapan Mutiara Mubarak pada 12.12.12 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Di fahamkan Rosmah tidak hadir program tersebut dan teks ucapannya telah di bacakan oleh Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. Kali ni betul-betul kaduk naik junjung, siapa Rosmah Mansor sehingga di arahkan Ali Rustam untuk membaca teks ucapannya.

Baca berita seterusnya..

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan terus menjadi 'jambatan penghubung' antara bekas wakil rakyat dan keluarga mereka dengan kerajaan demi kesinambungan kemajuan bangsa dan negara.

Beliau berkata anggota MUBARAK walaupun telah berpencen daripada menjadi wakil rakyat masih boleh terus setia berkhidmat untuk pembangunan negara selaras dengan moto pertubuhan itu iaitu terus berkhidmat.

Sebagai contoh, katanya, program Motivasi Anak Angkat MUBARAK negeri Melaka selama dua hari bermula semalam dilihat membantu para pelajar yang merupakan ahli keluarga Mubarak mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa depan.

"Ia dapat membina karier mereka dan seterusnya meneruskan kesinambungan legasi keluarga mereka untuk menyumbangkan tenaga dan usaha kepada pembangunan negara sebagaimana dilakukan oleh ayah ataupun ibu mereka yang bergelar wakil rakyat," katanya pada majlis Pemantapan Mutiara MUBARAK di Melaka, semalam.

Teks ucapan beliau dibaca Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Rosmah berkata melalui program seumpama itu, bukan sahaja pemantauan dan latihan dapat dilakukan malah para pelajar tersebut dapat dibimbing dengan pembentukan akhlak dan moral yang baik, ditanam dengan semangat perpaduan, cintakan negara dan nilai patriotisme yang tinggi.

Katanya, jika pendekatan tersebut dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa pelajar berkenaan ia mampu mendorong mereka kembali berkhidmat untuk pembangunan negara.

"Mereka mungkin bekerja dengan kerajaan negeri menjadi pegawai yang cemerlang ataupun sebagai ahli perniagaan yang berjaya mahupun ahli politik yang akan mengharumkan nama negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap program anak angkat tersebut dapat membantu menjadi pendokong dalam mempergiatkan lagi usaha pencapaian matlamat negara dalam melahirkan modal insan bertaraf "minda kelas pertama". ~bernama


Iklan C(ii)


Dalam Diam, Mahathir Perli Rosmah

Posted: 13 Dec 2012 07:17 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis: Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan 'menjawab secara telus' isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.

Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini."Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya," kata Mahathir dipetik.

Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan 'lampu hijau' untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib."Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah," kata Aisyah ketika dihubungi.

"Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir 'membenarkan' Rosmah ke depan," katanya.Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.

"Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM."Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang," ujar Aisyah. ~kd



Iklan C(ii)


Mazidul Akmal Melenting Sakan..

Posted: 13 Dec 2012 03:54 AM PST


Isu dlm hal ni bukan pasal bikers bawak laju or moto beribu CC tp ialah pasal laporan Majalah 3 tu bukan real situation tp adalah direka maybe ade pengarahnya.. So jgn bahaskan isu bawak laju ke merempit guna superbike ker.

Da lari tajuk. Ni isu mazidul tak mau mengaku bahawa 2 bikers tu adalah lakonan saja. Berdasarkan INFO dari sumber2 yg spy Erapasca, rider yg terlibat tu namanya tak silap Azri atau Nazri gitu lah. Kononnya beliau adalah pegawai JPJ. Jadi kepada saudara Nazri or Azri sudilah tampil utk turn up. Dah terang lagi bersuluh.

Susah sangat ke nak tulis "aksi lakonan semula". Mohon pegawai yg buat aksi lakonan semula tampil dan memperbetulkan keadaan...


Dan Mazidul harus MOHON MAAF...to all bikers..

X sudah2 dia ni kan.. Pakai akai la. Mana ada riders nak buat camtu kalau tak staged. Tau2 plak ko ye lokasi & waktu diorg brdua tu nk berlumba.. Ke ko dh plan siap2. Dah tentu 'skrip' tu ko yg tulis.. Cuba aku suruh ko buat aksi skit2 pastu biar aku buat 'skrip'..

Statement xleh blah la Dol ni.. Isu kat sini skrg pasal 2 orang bikers dlm rakaman tu adalah orang upahan atau 'terserempak' masa wat liputan.. Macam tau2 pulak yea bikers tu nak wat aksi.. Ni namanya bodoh sombong.. Mazidul dan M3 samalah....

Jom ramai2 pakat minta depa nie minta.maaf secara terbuka dan mesti masuk dalam buletin utama...Kalau x bikers akan "sentiasa diharimu" membokot TV3 dan menjadi mimpi ngeri buat karier ko.. Skrip ko memang la tuju kat 2 rider tu!

Abeh ko tayang kat TV ape jadahnye tanggapan masyarakat pulak pada bikers2 malaya ni pulak macam mana??? Satu malaysia tengok bukan ko ngan actor2 upahan ko je tengok... Nak bermadah bagai pehal?


Di mana profesional ko sebagai wartawan beretika, sekadar mencipta cerita yg palsu.. Susah sangat ke nak minta maaf? Mazidol dah kantoi pas tu nak cakap pasal seksyen2 pulak. Buat je la statement video tu hanya rakaman semula. Seksyen 506 konon...

Menipu xboleh kena tindakan ke? Jgn ckp ikut sedap mulut saudara. Kelakarlah. Dulu isu dadah, skarang nk jadi penipu plak. Ape punya orang, lemak tepu sampai otak xboleh nk fungsi. Kaki fitnah kat dunia xrasa, akhirat kang mcm mne?

Susah kau ni. Kalau buat cerita palsu sek berapa pulak ekkk.. Kenyataan Mazidul ni pun berunsur ugutan balik pada bikers yg mempertahankan keadaan sebenar. Dol, ko nak cakap ape? Pelesit jugak? Gambar dah terang2 tunjuk... Dol, dah lupa ka apa yg hang buat kat dlm Sanctum Club goyang pale kat JB dulu? Sampai narkotik datang angkut lu? Nak cakap pasal seksyen konon..


Susah sgt ke nk terus terang. Cakap je la. Memang dilakonkan semula sebagai pengajaran ke apa ke.. Suruh Dato Johan Jaafar jawab! Dia pun bikers jugak.. Tambah lagi dia Chairman Media Prima pemilik TV3. Mazidul ada menulis "saya ada bos lain".

Apa maksud itu? Dol.. Dol... Kenapa suka sangat cari musuh. Kita nie hidup di dunia tak lama. Lahir kita disambut, bila meninggal kita berhantar. Team Erapasca cadangkan team team bikers yg berpengaruh buat bantahan secara rasmi..

X cukup dgn provokasi politik kpd pihak Pakatan Rakyat sekarang ni nk provok bikers pulak.. Ini mmg memperlihatkan kelemahan TV3 & MAZIDUL yg hanya tahu menimbulkan kemarahan rakyat.. Sepatutnya mereka perlu membuat program2 yg memBINA, bukan mengHINA...!!! Tindakan TV3 yg berdiam diri dan kedegilan Mazidul ini akn menambahkan lagi jumlah rakyat yg membenci mereka. ~erapasca


Iklan C(ii)


Bancian Transperacy International, Malaysia Juara Dunia Dalam Rasuah

Posted: 13 Dec 2012 12:26 AM PST


Walaupun perang anti-rasuah, berprofil tinggi Malaysia,Separuh daripada eksekutif korporat yang dikaji oleh pemantau rasuah global percaya bahawa pesaing telah diperolehi perniagaan di negara ini melalui sogokan/rasuah.

Transparency International berkata Malaysia adalah negara terburuk dalam pada 2012 . Hampir 3,000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lepas kerana pesaing membayar rasuah, keputusannya,di Malaysia, 50% daripada bancian berkata 'ya'.

Tempat kedua adalah Mexico, yang berada di 48%. Menurut Wall Street Journal, Jepun disenaraikan sebagai tempat kurangnya rasuah di dunia untuk menjalankan perniagaan, dengan hanya 2% daripada responden .

Sebaliknya Singapura berjiran dengan Malaysia adalah kedua paling bersih, yang merupakan 9%. Malah Indonesia, dengan reputasi lama untuk rasuah, meningkat lebih baik daripada dan lebih maju dari Malaysia.

Sebagai perbandingan, 27% daripada responden di China berkata mereka fikir rasuah ialah kos mereka perniagaan, menurut laporan itu.

"Ia menunjukkan sikap syarikat-syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan bahawa rasuah dalam sektor awam boleh sistemik dan dalam erti kata yang diinstitusikan," Paul Low, presiden bab Transparency International Malaysia, katanya.

Baca sini.


Iklan C(ii)


Pencacai Umno Tikam Ahli PAS?

Posted: 13 Dec 2012 12:11 AM PST

Ketua Pas Cawangan Lubuk Durian, Ismail Muhammad, 45, menerima tiga jahitan di punggung, selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai roti canai di Kampung Talak Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, sementara menunggu pesanan roti canai, beliau membantu mengunting nombor bertuah untuk penyokong Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 bertemu dengan Thailand.
Bagaimanapun, beliau dikejutkan dengan bunyi skrin besar yang dipasang Pemuda Pas Dun Wakaf Bharu untuk siaran langsung perlawanan bola tersebut tumbang. Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, beliau segera keluar dari kedai untuk ke lokasi kejadian dan ternampak seorang lelaki sedang memotong tali ikatan skrin.

"Dalam masa sama saya lihat lelaki berkenaan memijak skrin tersebut. "Saya menegur perbuatannya tetapi dia terus melibas pisau ke arah saya dan terkena dibahu, menyebabkan saya mengalami luka kecil," katanya.

Menurutnya, bimbang dirinya diapa-apakan lelaki itu, beliau cuba melarikan diri tetapi dengan tiba-tiba lelaki tersebut menikamnya dari belakang dan terkena di punggung.

"Akibat kejadian itu saya di bawa ke Unit Kecemasan Hospital Tumpat dan menerima tiga jahitan, seterusnya membuat laporan polis di Balai polis Chabang Empat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintandan Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. ~sinar



Iklan C(ii)


Indonesia Bantah Najib

Posted: 12 Dec 2012 11:12 PM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis: Badan perundangan Indonesia – Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) bakal menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan kenyataan bekas Menteri Umno, Zainudin Maidin menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai 'anjing imperialis'.

Menurut laporan akhbar bahasa Inggeris Indonesia, Jakarta Globe semalam, perwakilan MPR mengkritik dan bertegas di atas kenyataan Zainudin yang menurut mereka boleh mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan berkata, bekas Menteri Penerangan itu perlu mengetahui kaedah berkomunikasi dengan baik dan penuh sopan.

Katanya, kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.

"Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya (Zainudin).

"Kita berharap tindakan tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas Menteri Penerangan," katanya dipetik.

Zainudin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan Malaysia Isnin lalu, dengan memanggilnya sebagai 'sombong' dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka 'anjing imperialis'.

"Saya tak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton (di Unisel) untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutama selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya," kata Zainudin pada rencananya di Utusan, menurut Jakarta Globe.

Sama membantah kenyataan Zainudin adalah Pengerusi parti pemerintah Indonesia – Parti Demokratik, Anas Urbaningrum.

"Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan. Dia tidak harus mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya. Ini tidak patut berlaku," kata Anas dipetik.

Menurut akhbar itu lagi, beliau menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainudin kepada Habibie ke atas penghinaannya.

Selasa lalu, Menteri Luar, Marty Natalegawa dilapor berkata, Jakarta tidak melayan tulisan tersebut dan menganggap ia cuma 'perkara remeh'.

Marty dilapor menyifatkan kenyataan Zainudin adalah 'gila' dan tidak berminat untuk membaca rencana tersebut.

Katanya, kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali semalam, mahu Zainudin mohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dan berkata, kenyataannya itu menambah ketegangan Malaysia-Indonesia.

Isu yang ditimbulkan Zainudin ini selepas Habibie memberi syarahan umum di Unisel pada 6 Disember lalu. ~kd




Iklan C(ii)


Sultan Pahang Tempelak MB Terengganu

Posted: 12 Dec 2012 10:08 PM PST

KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah supaya menghormati keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak di Blok PM307 Bertam.

Baginda juga tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana kawasan telaga minyak itu sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang.

"Tak apalah, semuanya sudah diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri dan beta juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada Hari Keputeraan beta baru-baru ini.

"Apa pun, rakyat Pahang perlu bersyukur kepada ALLAH SWT dengan kurniaan itu," titahnya berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengenai status kawasan minyak itu.

Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di UIAM Kampus Kuantan, di sini semalam.

Ahmad Said dalam kenyataannya berkata, kawasan medan minyak di luar pantai semenanjung antara Terengganu dan Pahang itu adalah milik Terengganu.

Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu juga sudah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok tersebut.

Beliau turut menerima surat daripada Syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja carigali di kawasan berkenaan mengesahkan bahawa ia adalah di perairan Terengganu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  pula minta Najib jelaskan kedudukan sebenar kawasan minyak itu. ~sinar



Iklan C(ii)


Musa Aman Makin Pening Kepala Baca Berita Ni..

Posted: 12 Dec 2012 07:29 PM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis: Ketua delegasi KEADILAN ke Hong Kong, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) akan memanggil saksi 'rahsia' yang tampil memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai penglibatan ahli perniagaan Michael Chia dalam kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang membuat akuan bersumpah (SD) menafikan RM40 juta adalah derma politik kepada Umno, juga akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung perkara itu.

Menurut Rafizi, semasa pertemuan dengan empat lagi rakan sejawatnya bersama ICAC pada semalam 13 Disember waktu Hong Kong, bukti-bukti dan dokumen diserahkan kepada pihak tersebut dalam sesi keterangan yang memakan masa sejam itu.

Mereka juga mengadakan pertemuan susulan dengan Ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC, James To.

Delegasi KEADILAN disertai Ahli Parlimen (MP) Selayang, Wiliam Leong, Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan), Chang Lih Kang (Adun Teja) dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ketua Cabang Penampang, Darell Leiking.

"Saya yakin bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

"Begitu juga dengan akuan bersumpah Datuk Lajim yang menafikan wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

"Malah, saya yakin ICAC akan memanggil saksi rahsia yang beri keterangan dan maklumat dalaman mengenai Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Datuk Lajim akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong," kata Rafizi dalam kenyataan pagi ini.

Bagaimanapun, kata Rafizi, ICAC memohon kerjasama rombongan untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan.

Ekoran itu, pihaknya tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan ICAC.

"Saya beranggapan permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi," katanya.

Tambah Rafizi, walaupun ICAC tidak mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberi mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

"Pertemuan dengan YB James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

"James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

"Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia," jelas Rafizi.

Katanya, perkembangan sihat ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini. ~kd


Iklan C(ii)


Shah Rukh Khan Datang Ke Malaysia Semata-Mata Meraikan Majlis Hari Jadi Mahathir

Posted: 12 Dec 2012 06:50 PM PST

Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan menaiki jet peribadi miliknya semata-mata bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.

Bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tidak lama lagi, majlis ulang tahun penuh eksklusif itu bakal dihadiri lebih 200 tetamu dalam sebuah majlis yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air. Menurut sumber kepada portal murai.com.my, Shah Rukh Khan dikhabarkan bakal membawa sekurang-kurangnya 8 pengiring dan akan menghabiskan masa bersama-sama Tun M sebelum berangkat pulang ke negaranya pada hari yang sama.

Malah khabarnya, pihak penganjur berasa sangat berbesar hati dengan kemunculan istimewa Shah Rukh Khan itu kerana bintang berkenaan telah bersetuju untuk bertandang ke negara ini buat kesekian kalinya selepas diundang secara rasmi oleh Tun M.

Sehubungan itu tiada sidang media dan sesi temuramah eksklusif bersama aktor popular global berkenaan diadakan kerana tujuan kehadirannya di sini semata-mata bagi meraikan ulang tahun Tun M yang kita cintai.

Sumber juga menyebut , pelbagai persiapan sudah diadakan bagi meraikan hari istimewa itu termasuk persembahan nyanyian bercitarasa 1 Malaysia daripada barisan penyanyi tersohor negara termasuk penyanyi pujaan Tun M sendiri iaitu Datuk Yusni Hamid.

Dua watak utama yang memegang peranan sebagai Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah dalam Teater Tribute to Tun Siti Hasmah iaitu Esma Daniel dan Eja turut diundang ke majlis berkenaan sebagai penghargaan yang tidak berbelah bagi.

Majlis akan dibuat secara tertutup dan hanya tetamu yang diundang saja dialu-alukan ke majlis berkenan bagi melancarkan perjalanan majlis. ~murai.com




Gempar!! Sambutan Dingin Rakyat Pahang Di Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Dec 2012 06:03 PM PST


Allahu akhbar!! Di anggarkan 30,000 yang hadir kuliah Ustaz Azhar Idrus di Surau Ar Rayyan , Indera Mahkota, Kuantan Pahang.. Ini mungkin petanda BN Pahang bakal tumbang pada PRU13.

Dan ianya juga isyarat buat Dato' Nan.. rakyat Pahang akan potong telinga anda. Habislah BN Pahang..kali ni. Ini yang paling di takuti Umno BN, apabila rakyat celik agama Umno BN akan di tumbangkan kerana rakyat tahu Umno BN makin jauh daripada agama Islam.








Orang Ramai Yang Duduk Dalam Kemah




Golongan OKU Pun Lihat Kuliah UAI









Iklan C(ii)


Speaker Parlimen Letak Jawatan

Posted: 12 Dec 2012 05:44 PM PST


SINGAPURA - Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer, meletak jawatan semalam, selepas mengaku terbabit dalam skandal seks terbaru republik itu.

Palmer, 44, turut melepaskan kerusinya di Parlimen sebagai wakil Punggol East dan keanggotaan dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP), lapor media online, semalam.Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, mengiringi Palmer yang membuat pengumuman itu kepada media.

Perilaku saya tidak wajar dan adalah kesilapan besar. Saya meletak jawatan untuk mengelak daripada terus memalukan PAP dan Parlimen," Michael Palmer, Speaker Parlimen Singapura

Palmer yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, mengangkat sumpah jawatan pada Oktober lalu.

Pikul tanggungjawab

"Saya letak jawatan untuk memikul tanggungjawab penuh kesilapan serius ini. Saya menjalin hubungan dengan seorang pekerja komuniti kawasan Pasir Ris-Punggol GRC. Meskipun individu berkenaan tidak bekerja di bawah saya, Punggol East sebelum ini termasuk dalam kawasan Pasir Ris-Punggol GRC.

"Perilaku saya tidak wajar dan adalah kesilapan besar. Saya meletak jawatan untuk mengelak daripada terus memalukan PAP dan Parlimen," kata Palmer.

Sementara itu Chee Hean berkata, PAP mengetahui perkara itu Sabtu lalu dan Palmer menawarkan diri untuk meletak jawatan pada malamnya.

"Saya kesal kami mengecewakan penduduk Punggol East. Saya mahu beri jaminan bahawa kami akan betulkan keadaan dan terus jaga kebajikan anda," kata Chee Hean.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan mencalonkan Speaker baru apabila Parlimen bersidang seterusnya, lapor media.

Tunggu keputusan Perdana Menteri

"Terpulang kepada Perdana Menteri sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan," kata Chee Hean.

Palmer menang kerusi Punggol East dalam pertandingan tiga penjuru semasa pilihan raya tahun lalu, mengalahkan calon Parti Pekerja dan Pakatan Demokratik Singapura.

Jun lalu, bekas Unit Penguatkuasaan Dadah Singapura dituduh terbabit dalam rasuah selepas meminta khidmat seks sebagai tukaran memberi kontrak, menurut dokumen mahkamah. ~ AFP/Agensi


Iklan C(ii)


Kantoi!! Pencacai Umno Kata TGNA Jadi Wali Apex.. Apa Ke Bodoh Ni??

Posted: 12 Dec 2012 05:02 PM PST


Nak kata dia ni bodoh.. nampak macam tak lah bodoh sangat pasal dia tahu menulis dan membaca.. tapi dari apa yang ditulisnya tu nampak dia bodoh lah pulak..

Sebabnya dari apa yang dia tulis nampak sangat dia tak tahu nak bezakan antara Jurunikah dan juga Wali..

Ada ka patut dia kata Nik Aziz jadi Wali pada Apex pulak..

Lain kali kalau tak tahu.. bertanya jangan main tulis membabi buta macam babi yang buta saja..

Apex tu lelaki jadi dia tak perlukan Wali untuk berkahwin.. yang perlukan Wali ialah Leuniey dan walinya ialah Ayahnya sendiri..

Dalam perkara ini wali kepada Leuniey iaitu ayah kepada Leuniey telah menyerahkan kepada TG Nik Aziz untuk menyempurnakan pernikahan Apek dan anaknya Leuniey..

TG Nik Aziz telah dijemput sebagai jurunikah yang akan menikahkan mereka berdua… bukannya sebagai wali..

Buat malu orang Penang saja Blogger dari Unit Media Baru ni..

Ini laporan berkaitan...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.

Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau.

Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.

Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.

Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri.

Kalaulah Allahyarham Mat Kilau masih hidup, tentu dia akan kata kepada Blogger UMNO tu "Hish!! Hang ni buat malu nama aku saja!!!.. kalau bangang tu janganlah tunjuk kat orang!!"  ~asd




Iklan C(ii)


Umno Sayang Kuil Hindu.. Ini Buktinya

Posted: 12 Dec 2012 04:04 PM PST


Peristiwa perobohan kuil Hindu di Sepang telah dijadikan modal oleh blogger-blogger UMNO. Tiba-tiba sahaja mereka bersemangat untuk membela kuil Hindu di Sepang yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sepang baru-baru ini.

Peristiwa yang sama telah menjemput MIC Negeri Selangor serta beberapa NGO pro BN dari keturunan India untuk membuat demonstrasi di Wisma SUK. Namun, jumlah yang turun berdemo itu kecil dan tidak mewakili semua kaum India di Selangor.

Malahan, blog-blog UMNO menuntut Xavier, yakni Exco yang bertanggungjawab, untuk meminta maaf kepada kaum India di Selangor.

Adakah puak-puak UMNO ini sudah lupa peristiwa mereka mengarak kepala lembu kerana tidak mahu kuil Hindu dibina di Seksyen 23 Shah Alam beberapa tahun yang lepas?

Dahulu punyalah juara benci Kuil, tapi skrg ni nak jadi juara kuil pulak? Inikah dia wajah sebenar UMNO?
Wajah talam dua muka.

Wajah lidah bercabang.
Sekejap cakap lain, sekejap cakap lain?

Yang jelasnya perobohan struktur rumah ibadat itu tidak diketahui oleh pihak Pakatan Rakyat, kerajaan negeri mahupun YDP Majlis Perbandaran Sepang.

Tindakan itu juga berlawanan dengan arahan Kerajaan Negeri yakni semua rumah ibadat yang didirikan sebelum 2008 tidak boleh dirobohkan.

Makanya, jelas ia adalah satu bentuk sabotaj kepada kerajaan negeri. Kalau YDP Majjlis Perbandaran Sepang pun tidak tahu akan tindakan itu, bermakna tindakan itu diambil tanpa kelulusan kerajaan Negeri.

Jelas ia satu sabotaj.


~tulangbesi



Iklan C(ii)



Tiada ulasan: