Tukar Tiub |
- PETANG DAN LAMA INI DI BATU PAHAT
- MACAM MACAM GILA - SEMUA NAK TIPU MELAYU
- KAPAL BANI MELAYU TELAH PECAH DI SABAH
- BANI MELAYU DI NASEHATKAN JANGAN JADI IBRAHIM ALI
- BERITA YANG MENYAKITKAN HATI BANI MELAYU
- MARI KITA KAH KAH KAH DI PETANG JUMAAT
- DARI MINAH CUN DAN SLIM KEPADA MINAH OBES YANG MONTOK
- PEGUMUMAN TERBUKA UNTUK SEMUA
- BANI MELAYU HILANG AKAL - BANI MELAYU TAK TAHU APA NAK BUAT
PETANG DAN LAMA INI DI BATU PAHAT Posted: 30 Nov 2012 07:30 PM PST | |
MACAM MACAM GILA - SEMUA NAK TIPU MELAYU Posted: 30 Nov 2012 06:00 PM PST Renung pengertian di sebalik falsafah K.A.T.A.K KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan hari ini megajak semua ahli UMNO supaya menghayati dan merenungkan pengertian di sebalik enam falsafah K.A.T.A.K bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Wakil UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus, berkata tiga falsafah K.A.T.A.K yang tidak baik dan perlu dihindarkan ialah "Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan; Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa; Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang". Beliau berkta, semua ahli parti berkenaan harus melihat PRU13 dari segenap sudut dan demensi. "Perhatian harus diberikan pada setiap arah dan inci. Depan dan belakang, atas dan bawah, kanan dan kiri. Bak kata bidalan jangan lagi jadi katak bawah tempurung, gelap dan terkurung. "Pendirian juga harus tetap, jangan jadi seperti katak yang melompat-lompat jika tidak mendapat tempat. Kalau tak mendengar nasihat dan cakap, mati kataklah jawabnya. "Oleh kerana kita banyak bercakap pasal katak, saya ingin terjemahkan falsafah K.A.T.A.K untuk renungan kita bersama," katanya KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... MACAM MACAM JENIS GILA .... kah kah kah... kah kah kah... YANG INI GILA IBRAHIM ALI.... kah kah kah... kah kah kah...PASAL APA GUNAKAN IBRAHIM ALI?.... kah kah kah kah kah kah....INI MACAM NAK PERLI AJE.... kah kah kah.. kah kah kah... MACAM TAK NAK BERI KERUSI PADA BRAHENG... kah kah kah.. K.A.T.A. K = KAMI AKAN TOLAK AHLI KATAK. NOTA: ibrahim senyap sunyi pasal nak tunggu dapat kerusi ke? ------------- | |
KAPAL BANI MELAYU TELAH PECAH DI SABAH Posted: 30 Nov 2012 05:00 PM PST Jangan terpengaruh propaganda pembangkang KUALA LUMPUR 30 Nov. - Rakyat Sabah dinasihatkan jangan terpengaruh dengan propaganda pakatan pembangkang kononnya mereka mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan propaganda yang sering dicanangkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu sebagai taktik murahan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kelemahan mereka. "Berdasarkan pemerhatian saya, kedudukan UMNO Sabah ketika ini adalah mantap, perpaduan ahli-ahlinya dalam keadaan baik dan mereka tahu cabaran yang dihadapi. "Walau apa pun yang diumumkan pembangkang, insya-Allah, saya percaya BN akan mencapai kejayaan cemerlang di Sabah," kata Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika melawat bilik operasi media pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN MELOYA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... APA MAKNA NYA INI BAAA?.... kah kah kah.. kah kah kah...MAKNANYA BAAA...ORANG RAMAI TELAH MULA DAPAT DI PENGARUHI...kah kah kah.. kah kah kah.... BUKAN SAHAJA DI SABAH BAAAA... TAPI SELURUH MALAYSIA...kah kah kah... kah kah kah... MAKNA NYA KAPAL BANI MELAYU DI SABAH AKAN TENGGELAM... kah kah kah.. NOTA: orang sabah marah kerana penduduk asal semakin jadi menoriti PETANG INI KITA BERHIMPUN DI BATU PAHAT INI LATIHAN UNTUK SATU SATU DUA -------- | |
BANI MELAYU DI NASEHATKAN JANGAN JADI IBRAHIM ALI Posted: 30 Nov 2012 05:00 AM PST PERMINTAAN KEPADA SEMUA sila jangan hina masyarakat katak suila jangan gunakan bangsa kami sebagai bandingan sila jangan samakan masyrakat dan kaum kerabat kami dengan datuk ibrahim ali tolong hentikan penghinaan keatas kaum keluarga kami wahai bani melayu tidak kah kamum tahu bahawa kaum keluraga kami telah menyelamatkan banyak kaum kerabat kamu dari mati diserang oleh nyamukl aedes sup daging kami bersama peria pahit kami adalah paling mujarab untuk menaikan pelet darah yang turun akibat serangan nyamuk aedes berterima kasehlah kepada kami Ahli Umno Jangan Jadi Seperti 'Katak' – Wakil Selangor Ahli Umno disaran agar menetapkan pendirian mereka dan tidak menjadi seperti katak yang suka melompat sekiranya tidak mendapat tempat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Perwakilan Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, sebagai ahli Umno mereka harus melaksanakan arahan dan mendengar nasihat daripada pucuk pimpinan. "Kalau kita tak mendengar nasihat dan cakap, mati katak. Ada beberapa falsafah `katak' yang boleh menjadi ikutan dan larangan yang saya ingin perkenalkan di sini, agar ia menjadi renungan semua pihak,' katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Jumaat. Abdul Shukur berkata, falsafah larangan itu adalah; Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan; Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa dan Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang. "Falsafah yang menjadi ikutan adalah Kena Akur Tunjuk Ajar Ketua; Kita Amalkan Toleransi Amanah Kesederhaan dan Kejayaan Akan Tercapai Apabila Kerjasama. "Seandainya kita tidak mempunyai idea bagi menjana kecemerlangan pilihan raya kali ini, kita harus mencontohi cara Perdana Menteri bekerja," katanya. Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor berkata cara yang dibawa oleh Najib, yang membawa pelbagai perubahan akhirnya berjaya mengembalikan sokongan golongan muda kembali menyokong Barisan Nasional (BN). Jelasnya, ahli parti seharusnya berjanji untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam pelbagai sudut dan dimensi agar Umno tidak kecundang serta berjaya merampas semula negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. "Saya mahu menyeru semua perwakilan Selangor yang ada dalam dewan ini supaya tanamkan azam dan tekad berjuang habis-habisan. Sebagai menghargai jasa presiden kita, kita akan hadiahkan kerajaan Selangor pada PRU13. "Umno Selangor akan bantu BN rampas semula Selangor dari tangan pembangkang," katanya. ------- | |
BERITA YANG MENYAKITKAN HATI BANI MELAYU Posted: 30 Nov 2012 04:00 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB satu lagi langkah tersususn satu lagi streteji di pasang memang dirancang memang di atur untuk himpunan bani melayu ---- | |
MARI KITA KAH KAH KAH DI PETANG JUMAAT Posted: 30 Nov 2012 12:30 AM PST INI ADALAH CONTOH CONTOH KERJA SENI COUNTER CULTURE KERJA SENI MELAWAN KERJA SENI YANG AKAN TERSIMPAN DALAM SEJARAH PERJUANGAN MENUMBANGKAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION PANTUN TIGA KERAT: makan buah rambutan sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna petang hari tangkap ikan sepat sepandai-pandai anak tupai melompat jatuh ke tanah jugak udang galah bawah karpet tak selesa dah tidur atas karpet malam tidur terigau-igau pukol rebana ketok gong berani buat beranilah tanggung mudin jadi PM baru on GAMBAR YANG PALING DITAKUTI OLEH NAJIB YANG LEMBU dan YANG DILEMBUKAN ------- | |
DARI MINAH CUN DAN SLIM KEPADA MINAH OBES YANG MONTOK Posted: 29 Nov 2012 09:30 PM PST Puteri Umno ini masa perlaksanaan bukan perancangan Merujuk kepada ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia yang telah menggariskan beberapa perkara dan agenda untuk Pergerakan itu mendekati golongan muda dilihat sebagai sesuatu yang baik namun ada beberapa perkara pokok yang dilihat tempang dan menimbulkan persoalan dikalangan pemerhati politik yang majoritinya ialah generasi muda itu sendiri. Meneliti antara intipati ucapan beliau saya melihat ia adalah sebagai satu ucapan bersifat kelentong politik semata-mata yang dilafazkan bagi membeli hati generasi muda khususnya wanita muda Malaysia. Persoalan nya ialah apakah Dato Rosnah lupa yang beliau kini berada di dalam kepimpinan kerajaan yang sepatutnya bicara soal perlaksanaan serta memperincikan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin dan membantu golongan muda khususnya wanita muda dalam menaik tarafkan kehidupan mereka,yang kebanyakkan nya terbeban dengan kancah politik ekonomi yang sukar hasil pemerintahan kerajaan yang ada kini. Sebaliknya didalam ucapan beliau itu hanya penggunaan ayat perancangan yang acapkali diulang menunjukkan seolah-olah suara Pergerakkan ini yang dipimpim oleh seorang yang bergelar timbalan menteri tidak lansung memberikan implikasi terbaik untuk generasi wanita muda Malaysia yang seharusnya diperjuangkan sejak dahulu lagi. Kesal dengan kelemahan puteri umno yang hanya bicara soal generasi wanita muda apabila menjelang pilihanraya semata-mata tetapi yang memimpinnya langsung tidak tegas memperjuangkannya didalam Parlimen. Berbeza dengan Kepimpinan wanita muda Pakatan Rakyat yang kini tampil selangkah kehadapan apabila berjaya melancarkan agenda Wanita Muda Malaysia yang digarapkan bersama dengan Agenda Wanita Malaysia.Antara 5 tumpu utama yang digariskan itu ialah focus isu yang dekat dan melibatkan generasi wanita muda itu sendiri. Kita bicara soal perancangan pelupusan jurang dan kestabilan economi yang lebih baik untuk mereka serta penyusunan program penghidupan yang melibatkan soal ekonomi,kerjaya dan persekitaran serta menyentuh aspek keselamatan wanita muda. Untuk itu saya menyambut baik saranan beliau untuk membina politik bersih dikalangan generasi muda tetapi harus diingatkan bahawa ia harus bermula dengan kepimpinan yang sedia ada. Tidak guna kalau ia hanya ditegaskan dikalangan kelompok mereka tetapi beliau tidak tegas memperingatkan kepimpinan utama beliau yang masih mengamalkan budaya politik kotor dan fitnah.Generasi wanita muda kini merupakan kelompok penilai politik yang baik dan saya yakin budaya politik gula-gula,politik bermusim serta politik dangkal tidak akan diterima sama sekali. Kepada Pergerakkan puteri umno setelah 55 tahun ini masa untuk perlaksanaan bukan masa untuk merancang,saya yakin generasi muda akan buat keputusan yang bijak dalam menentukan kepimpinan negara untuk masa hadapan. Untuk itu saya mewakili Srikandi KEADILAN bersedia untuk berhujah,berdiskusi dan berdebat dengan kepimpinan puteri umno bagi meraikan politik baru,politik idea dan politik nilai demi bicara serta menambah baik masa depan generasi muda Malaysia,khususnya wanita muda Malaysia. Siti Aishah bt Shaik Ismail Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia BIRO KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT A-1-09, Merchant Square No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1 47410 Petaling Jaya JANGAN MAKAN MEK DOGAL JADI GEMOK MACAM PUTERI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ------ | |
Posted: 29 Nov 2012 08:51 PM PST PEGUMUMAN UNTUK SEMUA himpunan kebangkitan rakyat sedang dirancang satu juta rakyat akan turun ke kuala lumpurr pada 12 januari 2013 pada ketika ini gegaran telah dijalankan di negeri sembilan di kelantan di sabah esok himpunan ini akan memgegarkan batu pahat TUJUAN tujuan himpunan ini adalah untuk menggegarkan united malays national organisation dan kuncu-kuncunya untuk memaparkan pelbagai tuntutan dari rakyat selama ini tuntutan demi tuntutan tidak diambil peduli maka 1 juta turun megajukan tututan mereka NGO MENJADI PEMANDU himpunan kebangkitan rakyat ini di pandu oleh pelbagi ngo ajenda rakyat anak - selamatkan felda gmi - bebaskan tahan politik tanah - jangan remabt tanah orang kampong jerit - jaritan rakyat tertindas samm - silidariti ank muda malaysia smm - solidariti mahasiswa malaysia dema - mahasiswa demokratik universiti bangsar utama - pusat menghasut radio bangsar utama - radio resmi mufakat - selamatkan kampong/kota warisan dewan himpunan china - selamatkan jalan sultan himpunan hijau timur- tutup lynas, himpuan hijau selatan - jangan rembat tanah pengerang himpuan hijau tengah - tutup kilang sinide bukit koman bersih - pilihan raya bersih dan adil anti ppsmi - nobat bahasa ibuanda dan dan dan....... semua ngo ini akan membawa tuntutan semua ngo ini akan mengajukan tuntutan pada 12 januari 2013 diminta semua bersedia dengan itu diminta tempah tiket bas dengan itu diminta tempah tiket kapal terbang dengan itu diminta tempah tiket kereta apai dengan itu tempah bilik penginapan KHUSUS UNTUK ANAK MUDA sila sebar di face book sila buat iklan sila masuk tweeter sila jadikan himpunan ini viral sila jadikan himpunan ini pertama dalam dunia tweeter #kl112 - sila jadi kawan di face book desin poster yang cool dan counter culture desin flyer yang chic dan gempaq BUKAN klise poster ceramah yang penting ialah RAKYAT dan KEBANGKITAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT menyokong gerakan ini parti parti politik ini terlibat secara langsung dam usaha untuk mengerakkan satu juta ke kuala lumpur MARI BERSAMA mari bersama membuat sejarah mari bersama buat ramai KHUSUS UNTUK ANAK MUDA anak muda dunia ini akhirnya adalah milik kamu! NOTA: flyer yang poyo flyer yang tidak cool flyer yang membodek lahir dari anak muda berbaju batik berlengan panjang kah kah kah | |
BANI MELAYU HILANG AKAL - BANI MELAYU TAK TAHU APA NAK BUAT Posted: 29 Nov 2012 07:49 PM PST lihat dan baca ketiga-tiga berita ini berita ini lahir dar mulut ketuan gerombolan bani melayu yang sedang bersidang apa makna berita ini? berita ini memberi makna bahawa pakatan rakyat telah sampai ke tahap untuk mengambil alih kerajaaan kalau dulu pakatan rakyat hanya dilekeh dan dikutu dalam perhimpunan bani melayu tetapi kali ini semuanya berubah ucapan ketua gerombolan bani melayu ucapan ini dari satu sudut ditujukan pada ahli bani melayu tetapi dari strateji media isi ucapan ketuan gerombolan ini adalah untuk semua melayu warga malaysia tetapi bukan dari bani melayu BERWASPADA! semua rancangan untuk menipu undi telah dipasang semua rancangan untuk memastikan bani melayu terus berkuasa telah siap ombak rakyat kian jelas semuanya memihak kepada pakatan rakyat bani melayu semakin di pencil bani melayu semakin diketepikan tetapi mereka akan menang dalam pru13 ini walau pun undi datang untuk pakatajn rakyat ini kerana suruhan jaya pilihan raya adalah barua bani melayu spr ini telah mengatur spr ini telah menyusun pelbagai bentuk peraturan pelbagain bentuk undang kecil hinggakan pilihan raya ini menjadi satu sistem yang kebal adalah di maklumkan bahawa bani melayu secara resmi telah lama nazak justeru yang di lawan oleh pakatan rakyat dalam pru13 ini BUKAN bani melayu BUKAN united malays national organisation dan kuncu kuncunya TETAPI satu sistem yang diwujudkan khusus untuk menipu khusus untuk memastikan pakatan rakyat akan gagal untuk mengambil alih pentabiran akan digagalkan ke purtajaya MAKA anak anak muda semua warga anak segala bangsa kita turun ke kuala lumpur pada 12 januari 2013 menuntut 8 tuntutan bersih di tunaikan sejuta kita berhimpun sejuta kita menuntut Rakyat Malaysia Mesti Berhati-hati Buat Pilihan KUALA LUMPUR: Peringatan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Malaysia supaya tidak menggantikan kerajaan Barisan Nasional dengan entiti lain yang belum tentu kemampuannya, turut mendorong penduduksebuah negara jiran menasihatkan rakan-rakan Malaysia mereka supaya berhati-hatidalam menentukan masa depan mereka. Beberapa profesional ini menggunakan Facebook untuk berkongsi pandangan mereka mengenai perkembangan politik di Malaysia, berdasarkan tindakan pakatan pembangkang yang berusaha menumbangkan kerajaan yang ada pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan bila-bila masa. Pesanan itu berbunyi: "Hati-hati buat pilihan, jangan menyesal dan terasakesusahannya macam kami sebagai minoriti di sini, nak praktikkan (amalkan) agamasendiri pun banyak batasnya." ----- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan