WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- APA CER NAJIB? ZAID TOLONG JAWAB? ADA KIRA PA....
- SD PI Bala yang asal mengaitkan Najib dan Rosmah
- AHMAD MASLAN...NI LAPORAN PENEROKA MENANG DI MAHKAMAH, APA CER
- Memisahkan kuasa dari UMNO seperti memisahkan kulit dengan daging
- PERCAYA CAKAP NAJIB?
- Deepak lakukan perkara yang betul – PI Bala
- BERITA TERKINI
- Naib Ketua Wanita Umno Sabah keluar parti, bakal sertai KEADILAN
APA CER NAJIB? ZAID TOLONG JAWAB? ADA KIRA PA.... Posted: 30 Nov 2012 08:31 PM PST
|
SD PI Bala yang asal mengaitkan Najib dan Rosmah Posted: 30 Nov 2012 06:56 PM PST Pengakuan peniaga karpet Deepak menarik balik sokongan terhadap Akuan Bersumpah kedua PI Balasubramaniam (Deepak: Bala kerana terlibat kes Bala) telah menjadikan isu pembunuhan warga Mongolia 'hidup semula'. Oleh itu, elok rasanya kita terbitkan semula Akuan Bersumpah (SD) pertama yang telah diikrarkan oleh PI Balasubramaniam ini untuk mengembalikan semula ingatan kita terhadap isu yang kembali menjadi panas ini. |
AHMAD MASLAN...NI LAPORAN PENEROKA MENANG DI MAHKAMAH, APA CER Posted: 30 Nov 2012 02:29 AM PST
|
Memisahkan kuasa dari UMNO seperti memisahkan kulit dengan daging Posted: 30 Nov 2012 02:21 AM PST Memisahkan kuasa dari UMNO seperti memisahkan kulit dengan daging-ASPAN ALIASPerhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan perhimpunan yang paling penting bagi UMNO kerana perhimpunan itu adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya ini. Perhimpunan kali ini menampakkan yang UMNO begitu tertekan dengan ucapan yang bergegar-gegar yang melambangkan perasaan kurang kepastian untuk mempertahankan kuasa yang ada kepada mereka itu.. Berbagai isu yang dilemparkan kepada pembangkang dengan kuat tetapi isu-isu itu jugalah isu yang pembangkang lemparkan kepada BN khususnya UMNO selama ini. UMNO nampaknya tidak tenang menghadapi cabaran demokrasi. UMNO membidas pembangkang seolah-olah penawaran pimpinan gantian di Putrajaya itu seperti melakukan jenayah, sedangkan negara ini memberikan peluang kepada mana-mana parti untuk menjadi kerajaan.Itu sebab diadakan pilihanraya setiap lima tahun sekali. Seperti biasa UMNO menekankan yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu ditukar kerana UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Bagi UMNO apabila negara itu maju maka rakyat tidak payah menukar kerajaan lagi kerana kononnya rakyat akan menghadapi risiko yang tinggi jika kerajaan gantian itu tidak mampu melakukan apa yang BN telah lakukan. Tetapi dalam pada itu Najib menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh tetapi hanya mengambil kemenangan Obama yang kekal menjadi Presiden buat penggal kedua itu sahaja. Najib patut mengambil iktibar dan rakyat mesti memahami yang politik ini adalah berdasarkan kepada keadaan sekarang dan masa depan rakyat dan negara. Rakyat AS telah menukar kerajaan puluhan kali walaupun negara itu adalah negara maju. Jika inilah alasan Najib untuk rakyat negara ini tidak boleh menukar kerajaan dan elok di batalkan sahaja pendaftaran parti-parti yang lain dari BN di negara ini. Dalam pada itu kita telah nampak sikap ahli-ahli Parlimen BN pada hari ini kerana tidak hadir dalam persidangan hari ini kerana menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Mereka (ahli-ahli Parlimen BN) tidak bertanggungjawab kerana perhimpunan agung UMNO itu sepatutnya di hadiri oleh mereka yang menjadi perwakilan sahaja sedangkan ramai dari MP-MP BN itu bukan pun ahli-ahli UMNO atau perwakilan ke perhimpunan itu. Berbalik kepada Perhimpunan Agung UMNO yang kita jelas terlihat ialah perasaan gusar dan takut jika rakyat mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang. Apa yang Najib gagal memahami ialah orang Melayu sekarang mahukan perpaduan Melayu dan kali ini berpadu di luar UMNO. Tetapi apa yang Najib mahukan orang Melayu ini tunduk dan menjadi bangsa yang 'subservient' kepada parti. Sepatutnya parti-parti politik lah yang patut 'subservient' kepada rakyat dan ahli-ahlinya. Najib masih memaparkan politik memenjara pemikiran orang Melayu seolah-olah orang Melayu tidak boleh memandang parti lain dan apa yang orang Melayu patut lakukan ialah untuk sentiasa mengangguk dan mengikut sahaja apa yang UMNO mahukan walaupun rasuah yang terlampau yang pimpinan UMNO itu sudah tidak terkawal lagi. Negara kita adalah sebuah negara yang terlalu deras menuju kehancuran kerana rasuah yang sudah tidak terkawal kerana hampir kesemua pimpinan, terutamanya dalam kerajaan itu terlibat dalam kegiatan hina itu. Pengakhir kata Najib dalam ucapan beliau tadi, beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan pimpinannya telah lakukan. Tidak pula beliau mengulas apa kesalahan-kesalahan yang UMNO dan beliau lakukan. Beliau meminta rakyat memaafkan UMNO dan kepimpinan parti di atas segala kesalahan. Najib tidak pula meminta maaf di atas semua salah laku rasuah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan. Jika rasuah adalah salah satu dari kesalahannya dan meminta rakyat memaafkannya ia sepatutnya pimpinan UMNO melakukan tindakan yang berani dan berjanji memulangkan kembali wang rakyat yang telah di bawa lari dari perbendahaaraan negara secara sistematik selama ini. Sementara memulangkan kembali harta rakyat yang di larikan itu UMNO sepatutnya berehat dan melakukan 'soul searching' yang intensif terhadap diri mereka. Kalaulah ini dilakukan ia boleh menyejukkan hati rakyat yang sayangkan negara. Misalnya jika keluarga Dr Mahathir boleh memulangkan kembali wang rakyat yang hampir RM2 billion yang digunakan oleh anaknya untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dahulu ada juga lah nampak keinginan untuk bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat. Semasa Lemahn Bros di AS menggunakan wang kerajaan semasa kejatuhan ekonomi dunia dahulu, sekarang syarikat gergasi itu sedang beransur-ansur memulangkan kembali semua wang rakyat yang di gunakan untuk 'bailout' syarikat itu dahulu. Sudah sampai masanya Mirzan Mahathir mengembalikan kembali wang rakyat yang di gunakan itu seperti apa yang dilakukan oleh Lemahn Bros itu. Apa lagi kesalahan yang dimaksudkan oleh Najib yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO itu. Adakah isu komisyen Scorpene yang melibatkan ratusan juta itu salah satu dari kesalahan yang Najib memohon maaf? Bolehlah rakyat maafkan, tetapi pulangkanlah balik wang sejumlah itu kepada rakyat. Boleh kah Najib menggunakan pengaruh beliau untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan untuk melayakkan beliau mendapat kemaafan? Ada lebih dari RM 7 billion wang royalti yang sepatutnya di bayar kepada rakyat Kelantan. Itu merupakan kesalahan yang sangat besar terhadap rakyat negeri Kelantan yang mana 98% rakyat terdiri dari orang Melayu. Inilah di antara ratusan isu yang sengaja dilakukan oleh pimpinan kita dan jika mereka mahukan kemaafan adalah elok UMNO duduk di kerusi pembangkang dan memperbaiki diri dan kembali mendapatkan mandat dalam pilihanraya yang akan datang jika rakyat bersetuju. Kalau lah BN mendapat kemaafan dengan segala kejahatan rasuah yang mereka lakukan, maka BN akan terus melakukannya setelah mendapat kuasa nanti. UMNO akan kembali meminta maaf dalam pilihan raya yang selepas PRU ini dan rakyat memberikan kemaafan lagi. Jika ini keadaannya maka BN akan lebih bebas melakukan kerja hina yang sudah menjadi kerja biasa dan 'normal' bagi parti yang sudah lusuh ini. Belum kita lihat sikap UMNO yang percaya kuasa hanya untuk mereka sedangkan itu adalah kuasa rakyat yang akan memberikan ketentuan siapa yang patut mentadbir kali ini. Tetapi pimpinan UMNO ini tidak mahu menerima yang partinya sudah lemah. Usaha UMNO untuk bertahan sudah terlalu kotor perlakuannya. Untuk memisahkan kuasa dari mereka (UMNO) tidak ubah seperti memisahkan daging dengan kulit. Apabila mereka (UMNO) terfikir sahaja tentang kehilangan kuasa mereka menjadi separuh gila, sedangkan peralihan dan giliran kuasa itu adalah perkara lazim dalam demokrasi. Sesungguhnya UMNO lah yang gila kuasa sehinggakan mereka dan pimpinannya berkata mereka akan bertahan walau dengan cara apa sekali pun. Padahal kita bukan hendak memisahkan nyawa dari tubuh mereka. Kita hanya hendak melaksanakan demokrasi mengikut sistemnya yang ada dengan cara terbuka. Kepada Najib beliau tidak payah bercakap seperti halilintar memecah bumi kerana berucap secara itu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang rakyat mahu melihat 'content' bukannya gaya berucap. Ia akan hanya menampakkan kelemahannya lebih jelas dari yang sudah jelas kita lihat selama ini. Kata perpatah, 'patah tumbuh hilang berganti' Rakyat bukan saja-saja hendak mematahkan, tetapi rakyat mahu mematah atau mencatas pokok itu untuk ia bercambah dan rimbun daunnya serta lebat buahnya. Kalau hendak sangat berucap bergegar-gegar itu, eloklah berbahas secara terbuka dengan Ketua Pembangkang. Ini tidak…bercakap bergegar-gegar seorang diri. Kalau bercakap bergegar-gegar tetapi tidak memberi mana-mana pihak menjawabnya orang itu adalah pemimpin yang lemah dan tidak berketerampilan sebagai pemimpin sebenar. |
Posted: 30 Nov 2012 01:59 AM PST Timbunan hutang negara RM456b zaman Najib, RM89b era Anwar(Oleh Aisha Geoffrey)PETALING JAYA 30 November: Hutang negara semasa pentadbiran Najib Razak kini cecah RM456 bilion dan ia melonjak lima kali ganda berbanding RM89 bilion di era Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. "Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehingga tahun 1997. "Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Anwar. "Hutang negara yang diterajui Datuk Seri Najib kini mencecah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Beliau membidas ucapan Perdana Menteri yang mendakwa kononnya Ketua Pembangkang bukan 'pengurus ekonomi yang cekap' sewaktu menjadi Menteri Kewangan dari 1992 hingga 1998. Azmin berkata, sepanjang pentadbiran Anwar, defisit belanjawan negara hanya sekitar 0.8 peratus sehingga 2.4 peratus. "Manakala pada era Najib, ia meningkat sekitar 4.1 peratus sehingga 6.7 peratus. Ini sumber dari Kementerian Kewangan sendiri," jelas Ahli Parlimen Gombak itu. Tambahnya, tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Najib. Menurut Azmin, kegilaan berhutang dan berbelanja boros Najib memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar paling tinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM30 bilion. "Sewaktu Anwar jadi Menteri Kewangan, kadar dividen yang perlu dibayar Petronas hanya RM3.1 bilion setiap tahun, manakala apabila Najib memegang jawatan itu, kadar dividen melonjak sehingga RM30 bilion setahun," katanya. Beliau berkata, rakyat tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9 hingga 10 peratus semasa Anwar mentadbir ekonomi negara, berbanding 4 hingga 5 peratus di bawah Najib, di samping kos sara hidup semakin tinggi. "Pencapaian Najib tidak pernah pun mengatasi Anwar. Jadi usah gunakan taktik yang sama menjelang pilihan raya hanya untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan," kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu. |
Deepak lakukan perkara yang betul – PI Bala Posted: 30 Nov 2012 01:44 AM PST KUALA LUMPUR 30 November: Lelaki yang mendakwa telah dipaksa untuk mengubah akuan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu berkata, beliau gembira apabila kebenaran akhirnya terserlah. Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) berkata, ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang terlibat untuk mendapatkannya mengubah akuan berkanun (SD) itu, telah melakukan 'perkara yang betul'. Dalam responnya kepada Malaysiakini, Balasubramaniam menggesa Deepak supaya mendedahkan segala-galanya yang diketahui mengenai perkara itu. Katanya, beliau mahu Deepak mengesahkan siapa sebenarnya individu yang terlibat dari awal hingga akhir. Balasubramaniam kini hidup dalam buangan bersama keluarganya di India selama tiga tahun sejak beliau melarikan diri ke negara itu selepas menandatangani SD kedua. Deepak, dalam wawancara Malaysiakini awal minggu ini, berkata pembabitannya dalam konspirasi itu adalah ekoran permintaan dari seorang "rakan wanita" yang dikaitkan dengan pihak-pihak yang akan terjejas oleh SD pertama Balasubramaniam. Sementara itu, Balasubramaniam berkata, beliau mahu tahu siapa peguam yang didakwa merangka SD kedua, yang menurutnya, telah disediakan tanpa "pengetahuan atau input" daripadanya. "Persoalannya ialah siapa yang melakukannya? Tiada siapa yang interviu saya sebelum menyediakan SD kedua. "Ia disediakan tanpa pengetahuan atau input saya. Saya ingin mengetahui siapa peguam ini," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40387 |
Posted: 30 Nov 2012 01:06 AM PST AJK Himpunan Hijau Dr Phua dan Seet Ping di panggil polis untuk memberi keterangan di bawah akta Perhimpunan Aman pada 1 Dis di IPD Kuantan,Berilah sokongan anda. |
Naib Ketua Wanita Umno Sabah keluar parti, bakal sertai KEADILAN Posted: 30 Nov 2012 12:47 AM PST Habih la Umno-Jerit la kuat-kuat Najib,ajak debat, hang tak mau.Naib Ketua Wanita Umno Sabah keluar parti, bakal sertai KEADILANPETALING JAYA 30 November: Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta. Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno. "Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal. "Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna," katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali. Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani. "Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang tercorot di Sabah," jelasnya. "Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan tanggungjawabnya memajukan Semporna," tegas Kalasahan yang sedang mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN. "Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat," kata Azmin. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40382 |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan