Telok Bakong Online |
Calon Pakatan Rakyat Boleh Menang Di Bota Posted: 08 Nov 2012 05:55 PM PST Pelbagai spekulasi telah dibuat untuk meramalkan suasana politik di Perak Tengah.segala gala ramalan telah dibuat dan menimbulkan tandatanya penduduk setempat.Kawasan DUN Bota telah dilanda seribu persoalan dan pelbagai pertanyaan yang masih belum terjawab.Untuk pengetahuan umum, pengundi dalam Parlimen Parit memang dikenali cukup terbuka dan sentiasa bersedia bukan menukar selera sekiranya ada yang tidak kena kepada mereka atau memcabar maruah diri.Orang daerah ini sangup berkorban apa sahaja jikaianya melibatkan hargadiri dan prinsip diri.Dalam tahun tahun 50 dan 60an,bangsa asing agak khuatir untuk masuk kedaerah ini kerana berlakunya beberapa peristiwa berdarah dalam keadaan dimana penduduk tempatan perlu mempertahankan agama dan keluarga mereka.Mereka telah melalui perbagai jenis penderitaan dan kesusahan.Semuanya ditempuhi dengan sabar dan penuh kerelaan Penduduk Bota boleh berubah dan akan berubah pada PRU 13 ini,berdasarkan beberapa faktor yang logik dan boleh diterima pakai.Antara sebab yang utama ialah perpecahan yang berlaku didalam Umno itu sendiri. Seperti yang kita tahu Umno memang tidak pernah bersatu.Saat perpaduan penuh Umno ialah disaat ianya ditubuhkan dan disaat ianya dibubarkan.Dalam Umno Parit, pemimpin mereka sering berebut rebut untuk memegang jawatan.Sebab itulah semasa PemilihanUmno,politik wang berleluasa.Wang bagai udara yang disedut,ianya bertukartangan begitu mudah. Keadaan ini menerangkan mengapa berlaku pertarungan yang begitu sengit untuk merebut tempat menjadi perwakilan ke Bahagian.Budaya rasuah ini sebenarnya telah bermula dari peringkat cawangan lagi.Ianya kian hebat di Peringkat Bahagian dan seterusnya di peringkat Pusat.Kita akandapati mana mana calon yang mempunyai kuasa wang akan senang memperolehi kemenangan.Kita perhatikan anak cucu Tan Sri Noah sentiasa akan menang dalam setiap pencalonan yang ditandingi oleh mereka.Ini adalah kerana mereka mempunyai peruntukan dana yang besar untukdiberikan pada perwakilan-perwakilan yang telahdi pilih pada peringkat Bahagian. DUN Bota mempunyai Jumlah Pengundi: sebanyak 14,389, Peratusan Kaum: M: 98.79% C: 0.28% I: 0.9% L: 0.03% (Data PRU 12).Untuk Keputusan PRU 12 adalah seperti dibawah:- N 39 Bota Dato Nasarudin Hashim (6556 undi) Tuan Haji Usailli Alias (4488 undi) Majoriti: 2068 Jumlah undi: 11,301 undi rosak: 257 Peratus mengundi:78.54 % Penyandang: Che Ri Daud Majoriti:1729 undi Akan Bersambung dibahagian kedua. Msinc-Belajar dari pengalaman dan ilmu.bagai lampu penyuluh hidup dalam kegelapan. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan