Jumaat, 9 November 2012

Addin

Addin


Gambar Sambutan 'Sepi' Rakyat Terengganu Terhadap Anwar Ibrahim..

Posted: 09 Nov 2012 08:21 AM PST


Di Syahbandar, Kuala Terengganu jam 5 petang. Panas terik tapi rakyat berduyun-duyun datang menyambut bakal PM.

Walaupun berlaku provokasi dari pencacai Umno di Kerteh, Terengganu tapi rakyat tetap turun untuk mendengar amanat Anwar Ibrahim..





Kat atas ni gambar pencacai-pencacai Umno buat kacau di Kerteh, Terengganu..




Iklan



Anwar Di Serang Di Kerteh, Terengganu

Posted: 09 Nov 2012 06:11 AM PST


Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi!Kali ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama rombongannya dihalang lebih 20 ahli Perkasa dan Umno sejurus sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu.

Kehadiran ahli Perkasa itu bermula apabila mengetahui rombongan bas dua tingkat jelajah itu singgah di masjid tersebut kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Anwar dilindungi skuad keselamatan yang sudah bersedia sebaik mendapat maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menyebabkan kawalan keselamatan sekitar masjid itu dipertingkat setengah jam sebelum ketibaan bas yang membawa Anwar dan rombongannya.

Kejadian ini adalah kali kedua dilakukan Perkasa setelah insiden yang sama menimpa Anwar ketika bersolat Maghrib dan menyampaikan tazkriah di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 2 September lalu.

Polis dilihat belum tiba ketika Anwar dan rombongannya menyebabkan ahli Perkasa yang berada berhampiran tempat kejadian terlompat-lompat umpama beruk manakala kertas besar bertulisan provokasi dinaikkan kunun sebagai tanda protes terhadap rombongan Anwar yang mahu singgah menunaikan solat Jumaat.

Menurut jadual, Anwar dijangka singgah di Kampung Gelugor, Kerteh kira-kira jam 2.30 petang nanti.Menurut saksi kejadian, ahli Perkasa yang berdemonstrasi itu bukan penduduk tempatan kerana mereka dipercayai tiba dari Kuala Terengganu.

Selain menjerit ketika azan berkumandang, ahli Perkasa biadap apabila dalam masa yang sama menghamburkan kata-kata kesat kira-kira 50 meter dari pintu masuk masjid sambil penduduk tempatan dilihat tidak menghiraukan gelagat bodoh ketika memasuki perkarangan masjid.

Dipercayai juga, satu lagi demonstrasi menunggu Anwar yang kini dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bertempat di Dataran Syahbandar jam 4.45 petang ini.~jalanpulang

Lihat video di SINI.



Iklan




Bukti Sahih Umno BN Lindungi Kroni..

Posted: 09 Nov 2012 02:00 AM PST

Pegawai penyiasat India semalam berkata berkemungkinan gagal meneruskan pendakwaan ke atas skandal kes rasuah Aircel-Maxis selepas kerajaan Malaysia menolak permintaan untuk memberikan butiran perbankan melibatkan jutawan telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan (gambar).

Biro Pusat Penyiasatan India (CBI) yang duduk dalam Mahkamah Agung di New Delhi serta memantau siasatan mengakui bahawa mereka memerlukan bukti kukuh ke atas pihak berkenaan yang didakwa, serta memberi isyarat bahawa agensi tersebut mungkin terpaksa menutup kes kontroversi melibatkan pemgambilan syarikat telekomunikasi India, Aircel oleh Maxis Berhad yang didakwa melibatkan RM351 juta wang sogokan kepada bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran dan adiknya.

Kemudiannya, mahkamah meminta Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia melanjutkan kerjasama penuh dengan agensi penyiasatan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan menurut laporan akhbar di India hari ini.

Menurut laporan akhbar di India, CBI memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah melengkapkan siasatan domestik ke atas urusniaga tersebut tetapi siasatan luar negara tergendala memandangkan jutawan Malaysia terbabit memiliki "pengaruh politik kuat".

Difahamkan pengawai penyiasat telah menghantar satu surat tuntutan maklumat lain kepada kerajaan Malaysia yang kemudiaan dibalas dengan memberi jaminan akan mencari bukti terhadap Krishnan.

Maran dan Krishnan berada dibawah pemantauan CBI selepas disyaki memaksa pemilik Aircel, C Sivasankaran menjual pegangannya kepada Maxis.

CBI memberitahu sebuah panel kerusi khas, Hakim GS Singhvi dan Hakim K Radhakrishnan walaupun mereka telah menyiapkan siasatan di India dan Mauritius, maklumat yang penting dari Malaysia masih belum lagi diperoleh.

Dalam laporan itu turut menyatakan sebab ia tertangguh adalah kerana pengaruh politik pemilik Maxis tersebut.

Menurut laporan akhbar di India lagi, pada Rabu lalu peguam CBI, K K Venugopal memberitahu Mahkamah Agung India di New Delhi bahawa pemilik Maxis tersebut menggunakan kuasanya untuk menyekat siasatan di negara asing melibatkan kes Aircel-Maxis.

Beliau turut berkata pihak agensi telah melengkapkan siasatan domestik, manakala surat telah dihantar ke Malaysia dan Mauritius untuk mewujudkan hubungkait dengan pelaburan di Sun Direct TV yang dilakukan oleh kumpulan Maxis dan pemberian lesen kepada Aircel.

CBI telah memfailkan kes rasuah pada 10 Oktober tahun lepas ke atas Ananda, yang mengawal Maxis, syarikat multimedia dan telekomunikasi terbesar di Asia Tenggara.

Ralph Marshall adalah merupakan pengarah bukan eksekutif di Maxis dan Marans.

Mereka mendakwa syarikat satelit Ananda, Astro All Asia Networks telah "menaikkan dengan tinggi" pembelian saham dalam Sun Direct TV mengakibatkan penyaluran RM351 juta suapan haram kepada Marans yang menjadi punca Aircel tidak mendapat tujuh lesen dan kemudahan lain serta memaksa C. Sivasankaran menjual 74 peratus pegangan kepada Maxis.

Kedua-dua Dayanidhi dan Maxis menafikan melakukan sebarang kesalahan serta mendakwa pembelian pegangan RM2.5 bilion ke ata Aircel daripada Sivasankaran dilakukan secara pembelian sukarela, penjualan sukarela dan usahawan India tersebut masih kekal memegang 26 peratus pegangan ke atas "faedah terbalik" sekiranya syarikat itu diapungkan.

Syrikat telekomunikasi tersebut berkata Sivasankaran hanya membuat aduan kepada CBI selepas dakwaan dia telah ditolak penimbangtara antarabangsa awal tahun ini, lebih lima tahun selepas perjanjian dimerterai pada 30 Disember 2005.

Astro juga memberitahu CBI yang pembelian 20 peratus ke atas Sun TV merupakan transaksi sah antara dua rakan kongsi niaga lama yang telah melakukan urusniaga sejak 1996.

Siasatan terdahulu terarah ke Malaysia dan Mauritius melibatkan dengan penyaluran dana bagi pengambilalihan Aircel tetapi jejak wang kemudian membawa CBI ke negara-negara lain termasuk United Kingdom dan Bermuda.

Empat negara yang telah dihantar surat tuntutan daripada India yang meminta memberikan butiran kewangan melibatkan urusniaga Maxis-Aircel. ~ themalaysianinsider




Iklan



(Gambar) Siapa Ulamak Di Sebelah Kanan Dan Kiri Najib Ni?

Posted: 09 Nov 2012 12:40 AM PST


Malam tadi TV3 dalam berita asyik duk tunjuk Najib bersama -sama Tok guru pondok, dengan penuh bangga Najib berucap isu Islam Pluralisme dan entah apa apa bala lagi..

Cuma aku duk terfikir, siapalah yang bodoh sangat duk karang skrip itu semua suruh Najib berucap, seolah-olah memperdayakan diri nya seniri. Nasib baik Rosmah tak ikut bersama-sama Najib.. rasanya Rosmah pun tak sanggup nak ikut.. bertemu dengan ulama-ulama pondok...

Cuba lihat siapa disebelah kiri Najib tu,, Othman Muhammdi janggut inai tu.. he he.. tokoh penentang Wahabi no 1, selain Zamihan alGari, no dua di sebelah kanan Najib, berserban dan ketayap merah.. rasa-rasanya Abu Syafiq yang baru-baru ini mengkafirkan Ustaz Zahazan... orang-orang macam ini yang duk keliling Najib..dan aku yakin.. geng-geng ini memang tak akan sokong PAS...


Aku duk ingat Najib akan jadi imam..alahai.. sembahyang asar.. bukannya sembahyang magrib atau Isya...
Tengok sendirilah.. belakang imam pun tak boleh beb..

Janggut inai duk belakang tok imam.. dan kenapa ye, takut nanti imam terkentut Najib kena ganti... macamana tu.. bolehke.. Najis Mughalazah pun tak boleh jawab... ~manjungmari

Baca berita berkaitan di sini.




Iklan



Selangor Tak Benarkan Sama Sekali Penguatkuasaan AES

Posted: 08 Nov 2012 06:22 PM PST

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam.

Kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini.

Dari pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, Kerajaan Negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan kepada kementerian menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi.

Kerajaan Negeri merasakan perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan.

Kerajaan Negeri juga dimaklumkan bahawa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan 17% di mana kerajaan negeri berpendapat jumlah keuntungan itu tidak wajar.

Kerajaan Negeri juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam Akaun Amanah berbanding Akaun Yang Disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan raya.

Dengan cara ini, rakyat yang membayar saman akan menyumbang kepada negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga.

Menerusi Akaun Amanah ini, syarikat konsesi hanya dibenarkan mengutip keuntungan wajar bagi menampung kos pemasangan kamera AES.

Dengan cara ini juga, syarikat konsesi lebih berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang tinggi.

Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar selangor



Iklan



Obama, Romney dan Politik Kita - Dr. Asri

Posted: 08 Nov 2012 05:56 PM PST


Saya  mengikuti perkembangan US Presidential Election antara Barack Obama dan Mitt Romney dari awal termasuk siri Presidential Debates yang diadakan sebelum pilihan raya.

Saya menjadi tertarik untuk ikuti disebabkan saya gusar jika Mitt Romney menang. Saya bimbang beliau akan menjadi 'Bush baru' dari segi pentadbiran, terutamanya dasar luar Amerika. Pendiriannya tentang Israel dan pergolakan Timur Tengah membimbangkan. Di samping beliau sebenarnya adalah bayangan golongan elit kaya Amerika, sementara Barack Obama lebih kepada mewakili golongan pertengahan.

Kurang bahaya

Saya bimbang jika Romney menang, dunia akan bergolak lagi. Peperangan akan makin membara. Penjualan senjata akan makin pesat. Sementara Obama agak tenang dari segi dasar luarnya. Kuasa besar itu agak kurang mengganas di bawah kepimpinannya dibandingkan zaman Bush dulu. Dalam agama, jika kita mempunyai dua pilihan yang bahaya, kita disuruh memilih yang kurang bahaya yang disebut akhaf ad-dararain iaitu mudarat yang lebih ringan.

Saya pernah menulis hal ini semasa awal Obama menjadi Presiden Amerika pada tahun 2008. Semasa beliau menang ketika itu banyak harapan diletakkan. Walaupun beliau tidak berjaya memenuhi semua impian, namun sekurang-kurangnya beliau tidak menambah gawat krisis keganasan dunia yang sedia ada.

Ada orang bertanya, untuk apa saya suka Obama menang? Mereka semua itu bukannya Muslim. Obama pula katanya menyokong LGBT! Inilah cara fikir sempit sebahagian orang kita. Apakah kita mahu supaya Obama itu jadi 'pemimpin soleh' seperti yang al-Quran dan Sunnah nyatakan?!! Lagikan yang Muslim dan memerintah negara Islam pun gagal menjadi manusia soleh, penuh dengan korupsi dan penyelewengan, bahkan kezaliman, inikan pula dia yang memerintah Amerika. Cara pemikiran yang sempit seperti itu tidak diajar oleh Islam. ALLAH dan RasulNya sentiasa mengajar kita melihat setiap perkara dalam kerangka yang luas.

Dalam al-Quran, terdapat Surah ar-Rum. Surah ini menceritakan kegembiraan umat Islam pada zaman Nabi apabila Rom dapat menewaskan Parsi. Sekali gus ia menggambarkan dukacita para sahabat apabila Parsi menang di peringkat awalnya mengalahkan Rom. Kemudian apabila Rom kembali menang, Nabi dan sahabat bergembira. Walaupun Parsi dan Rom, keduanya empayar yang bukan Islam, tetapi Parsi lebih zalim dan kejam dari Rom. Di samping Rom pula Kristian yang termasuk dalam Ahlul Kitab (People of the Book) sementara Parsi adalah Majusi (zoroastrianism) yang menyembah api. Al-Quran menyebut: (maksudnya) Alif, Laam, Miim. Rom telah dikalahkan -Di bumi (tempat peperangan) yang paling rendah; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan dapat mengalahkan (menang kembali). Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun.

Kepada ALLAH jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira". (Surah ar-Rum:1-4).

Saya pernah sebutkan dalam beberapa tulisan, bahawa minda yang seperti ini diperlukan oleh seorang Muslim. Minda yang bukan hanya berfikir dalam kotak tetapi juga di luar kotak. Minda yang tidak jumud seperti golongan literalis sempit yang menganggap semua bukan Muslim itu sama. Bahkan kelompok literalis itu menganggap segala kebaikan penguasa bukan Muslim tidak diiktiraf dan segala kezaliman pemerintah Muslim tetap dihormati dan jangan dipertikaikan. Mereka itu tidak memahami ajaran al-Quran yang sebenarnya.

Puas Hati

Saya juga tertarik dengan sikap Obama dan Romney selepas keputusan pilihan raya diperoleh. Setelah Barack Obama diistiharkan kembali dipilih sebagai Presiden Amerika, beliau antaranya menyebut dalam ucapannya: "I just spoke with Governor Romney and I congratulated him and Paul Ryan on a hard-fought campaign…we may have battled fiercely, but it's only because we love this country deeply and we care so strongly about its future."

Saya rasa ini satu ucapan yang baik. Ucapan ini patut ditiru oleh para pemimpin yang menang, menghormati pihak yang kalah. Tidak menggambarkan kesombongan tetapi hormat kepada pesaing yang juga ingin menyumbang kepada negara. Bukan bersorak 'padan muka' macam budak-budak kepada pihak yang tewas. Sebaliknya hormat dan cuba bersikap baik.

Begitu juga Mid Romney dalam ucapannya dengan penghormatan menyebut: "This is a time of great challenges for America and I pray that the president will be successful in guiding our nation..his supporters and his campaign also deserve congratulations..I wish all of them well but particularly the president, the first lady and their daughters..I believe in America. I believe in the people of America. And I ran for office because I'm concerned about America. This election is over but our principles endure and I believe that the principles upon which this nation was founded are the only sure guide to a resurgent economy and renewed greatness..I so wish that I had been able to fulfill your hopes to lead the country in another direction, but the nation chose another leader and so Ann and I join with you to earnestly pray for him and for this great nation."

Beliau bukan sahaja menerima kekalahan, tetapi mengucap tahniah dan mendoakan lawannya yang menang. Lebih dari itu beliau menghormati pilihan rakyat serta bersama mereka menerima kepimpinan Obama seperti dalam katanya di atas "I so wish that I had been able to fulfill your hopes to lead the country in another direction, but the nation chose another leader and so Ann and I join with you to earnestly pray for him and for this great nation".

Nilai

Saya bertanya para pelajar peringkat ijazah tinggi saya, mengapa nilai seperti itu ada pada mereka, walaupun kita sering tidak puas hati dengan dasar luar mereka, tetapi tinggi nilai dalaman negara mereka? Mereka diam. Saya beritahu mereka sebab proses pilihan raya mereka berlaku dengan adil. Semua pihak terima kekalahan dengan hati yang puas bahawa mereka memang kalah. Tiada penipuan, tiada berat sebelah dan tiada ruang yang tidak adil yang diberikan kepada setiap calon. Presiden dan calon presiden berdebat terbuka di hadapan rakyat. Ruang media diberikan kebebasan. Tiada gula-gula politik yang menggunakan harta negara, tiada ugutan dan pelbagai nilai buruk yang berlaku dalam pilihan raya negara-negara yang tidak adil.

Maka tidak hairan jika sahabat Nabi,  'Amr bin al-'As memuji bangsa Rom ataupun Eropah ini dalam riwayat Muslim yang pernah saya nukil sebelum ini. Kata 'Amr: "Sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja".

Ertinya, mereka begitu pentingkan keadilan dan kebaikan untuk masyarakat mereka, walaupun Amerika sering kali menindas dan mengabaikan hak pihak yang dimusuhinya.

Apabila saya memuji beberapa perkara yang ada pada mereka, bukan bererti kita menjadi pengikut mereka seperti yang difahami oleh kelompok jumud. Islam mengiktiraf yang baik dan mengenali serta menentang yang buruk dan zalim. Maka kita mengiktiraf kelebihan pihak lain sekalipun kita berbeza dengan mereka. Kita juga mengakui kelemahan pihak kita sekali pun kita bersahabat. ~sinar



Iklan



Bumi Akan Bergelap 23,24 Dan 25 Disember Ini?

Posted: 08 Nov 2012 05:37 PM PST


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah "Penyejajaran Alam Semesta", di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya.

Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa.

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti.

Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu 'alam.

Addin:

Nak percaya atau tidak ??...kita yakin dan kuatkan saja iman kita pada Allah... kerana Allah saja Maha Mengetahui...



Iklan



Najib Meludah Ke Langit..

Posted: 08 Nov 2012 03:57 PM PST


Kenyataan Najib ni boleh di ibaratkan seperti ludah ke langit, paku dulang paku serpih.. dan bermaca-macam peribahasa kepada Najib yang tak reti bahasa.

Apa yang di ucapkan, apa yang di katakan adalah terkena batang tubuh beliau sendiri. Siapa yang mengamalkan pluralisme?

Siapa yang mengamalkan liberallisme dalam agama sekarang? Jikalau bukan Umno anak didik penjajah.. Jadi jangan nak tuduh orang pulak, muhasabah diri dulu ye..


Najib : Tiada kompromi dalam soal akidah
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan soal akidah Islam mesti dipertahankan tanpa kompromi walaupun negara berkongsi nilai sejagat dengan pelbagai bangsa dan masyarakat.

Serentak dengan itu, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman liberalisme dan pluralisme yang dihadapi umat Islam di negara ini.

Menurutnya, fahaman yang sedang menular itu mengancam keharmonian dan kestabilan kehidupan beragama dan bermasyarakat, berikutan silap tafsir mengenai konsep kemajmukan.

Ada pihak tertentu yang ternyata silap mengenai konsep kemajmukan, dan ini menjurus kepada mereka melihat semua agama mempunyai nilai yang sama, katanya pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, hari  ini.

Najib berkata: "Sungguh malang kerana ada golongan yang mengamalkan fahaman ini, disokong pula oleh pihak berkepentingan yang bersekongkol dengan golongan yang berfahaman demikian."

Dalam pada itu, Najib berkata mutakhir ini, banyak tuduhan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dibuat pihak tertentu mengenai agama Islam yang tidak berdasarkan ilmu, sebaliknya bagi memenuhi agenda atau kepentingan tertentu.

"Apa yang lebih malang, pengikut mereka pula mudah mempercayai dan mengulangi apa yang didengar tanpa memahami konsep sebenar serta tidak mampu membuat penilaian objektif.

"Disebabkan kurang pengetahuan, salah tafsir tentang konsep atau istilah, atau sengaja diselewengkan, maka ini boleh membawa kepada ketegangan antara kaum dan penganut agama berlainan," katanya.

Justeru itu, Najib mahu semua pemimpin masyarakat bersikap bijaksana dan berhikmah dalam membicarakan sesuatu isu yang boleh menyentuh perasaan kaum atau penganut agama lain.

Perkara itu elok dibawa berbincang menggunakan saluran yang betul dan forum yang terkawal tanpa melibatkan perasaan marah dan prasangka, katanya.

"Sesungguhnya isu agama merupakan isu yang sensitif. Begitu juga isu berkenaan soal bahasa, pendidikan dan tempat beribadat.

"Janganlah terbawa-bawa dengan sikap liberal dan demokrasi melampau, yang tidak mengambil kira perasaan atau sensitiviti dan ketegangan kaum ketika membicarakan sesuatu isu secara terbuka dan bebas," katanya.

Najib berkata dalam situasi masa kini, "kita perlu kuatkan bidang ekonomi, pendidikan dan sosial dengan mengenepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman." ~bernama




Iklan



Tiada ulasan: