Selasa, 6 November 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Panas Hati,Projek TBO Di Sabotaj Oleh Gerombolan.

Posted: 05 Nov 2012 04:11 PM PST

                  Projek Sumbangan Yang Dijalankan Pada Tahun 2009

            Seperti amalan setiap tahun tahun yang lalu,Projek Amal Sumbangan Telok Bakong bakal mengisi slot aktiviti untuk tahun ini.TBO telah menyenaraikan lebih kurang 20 orang  penduduk yang tidak berkemampuan dan Orang Kurang Upaya untuk diberikan sumbangan.Pada tahun ini bakal penyumbang ialah Ustaz Zulkifli Ibrahim,iaitu calun yang bakal menandingi kerusi DUN Bota dari Parti Keadilan Rakyat.Beliau secara lisannya telah bersetuju membekalkan 20 hamper untuk diserahkan kepada warga Telok Bakong yang terpilih.Sebenarnya projek sumbangan ini telah dijalankan beberapa kali semenjak lahirnya blog Telok Bakong Online.Sambutan dari masyarakat adalah begitu mengalakkan,sehingga ada yang bertandang ke rumah bertanyakan jikalau ada sumbangan di keluarkan oleh TBO.(Tahun tersebut TBO tidak menjalankan aktiviti ini)
                                                    Part 2

               Berita tentang tujuan Ketua Penerangan PKR Perak ini telah tersiar dalam posting Kami Mahu Pemimpin Macam Ini.Rupa rupanya berita ini telah diselia dengan begitu teliti oleh puak gerombolan.Mereka merasakan ini adalah suatu ancaman kepada partai mereka.Sebagai tindakan susulan,mereka telah menghantar komrad komrad ke setiap rumah penerima sumbangan TBO.Dari siasatan yang dilakukan oleh pihak TBO,kedatangan gerombolan adalah untuk memberi amaran supaya warga kurang kemampuan ini  tidak menerima sumbangan tersebut dengan alasan ianya di sumbangankan oleh PKR iaitu parti  ORANG JAHAT.Orang kampung digesa menolaknya dan disertai dengan ugutan bahawa mereka akan disenarai-hitamkan dari mendapat apa apa bantuan dari partai gerombolan.Beberapa orang penerima telah terpengaruh lantas membuat penolakan terhadap sumbangan ikhlas Ustaz Zulkifli itu.Tindakan TBO selanjutnya ialah mengantikan nama nama mereka dengan nama penduduk lain yang sudi menerima.Barang harus diingat pemilihan penerima yang dilakukan oleh TBO bukan lah berdasarkan pegangan politik,TBO tidak mengira samada ianya penyokong Umno atau PR.Kateria utama ialah kesusahan penduduk.

                 Mengapa tindakan sedemikian diambil oleh puak gerombolan?.Kalau penulis menjadi mereka..(sekadar beri idea..)Penulis tidak akan bertindak melarang penduduk mengambil sumbangan.Malah penulis akan mengalakkan lagi.Kemudian penulis akan mengadakan projek yang sama tetapi dalam bentuk yang lebih besar dari anjuran TBO..senang citer,kalau TBO beri sumbangan sebanyak RM 200,pihak gerombolan berilah RM 400..rakyat akan rasa gembira...dan kemungkinan besar akan mengundi partai gerombolan.Perlakuan gerombolan seperti ini akan mengakibatankan warga emas akan beralih menyokong PR.Mereka bukan lah golongan yang boleh diijak-ijak.Mereka hidup secara bermaruah dan berperinsip dan partai gerobolan telah memperlekehkan nilai diri mereka.Mereka akan ajar partai gerombolan pada PRU 13 dan PRU,PRU yang seterusnya..


Msinc-Gambar diatas menunjukkan salah seorang Tim TBO menghulurkan sumbangan kepada salah seorang warga Telok Bakong.Kira-kira 3 minggu lepas ,balu  ini telah pun menyahut panggilan Illahi.Nama anak anak beliau yang yatim piatu tersebut ada dalam senarai TBO untuk diberi sumbangan.Sanggupkah puak gerombolan menghalang nya???.Mungkin gerombolan tidak akan menghalang..pasal anak anak ini tidak bisa mengundi lagi....

Tujuan penulis memaparkan isu dan video klip bukan lah untuk tujuan menunjuk-nunjuk,tetapi untuk mengalakkan rakyat Malaysia berbuat kebajikan sesama insan.Paling penting ialah kita harus insaf bahawa Allah,Tuhan yang maha kaya yang memberikan rezeki kepada insan seluruh alam, bukan nya partai gerombolan.

Cerita Majikan Yang ' Mengerjakan ' Amahnya

Posted: 02 Nov 2012 07:00 PM PDT


Dari Face Book..sapa punya idea nie..tak taw laa..
Samad, berumur 10 tawun, bertanya pada Ayah Nya, "Apa Itu POLITIK?"

Ayah pun menerangkan, "Samad, Dalam Kluarga Kita, Ayah sorang yg Mencari rezeki, Ayah di panggil "KAPITALISME"

Ibu, menguruskan wang gaji ayah, bertanggunjawab mengadakan keperluan kita, Jadi ibu di panggil "KERAJAAN"

Bibik atau Orang Gaji di panggil Golongan PEKERJA


Saifool, Adik kau, Kita panggil "MASA DEPAN"


"Jadi, Samad fikir2kan apa yang ayah terangkan tadi logik atau tidak?"


Samad pun terus pergi tidur, sambil memikirkan apa yang ayah Nya terangkan tadi. Sedang Dia berfikir, Samad terdengar Saifool menangis. Samad pun pergi melihat Saifool yg menangis kerana pampers nya penuh dgn najis.

Samad terus ke bilik org tua nya, Ibu Nya Sedang Tidur Dgn Lena.
Samad langsung ke bilik Bibik, Bilik Bibik berkunci, lalu Samad intip
Melalui Lubang kunci, Samad ternampak Ayah Nya sedang "mengerjakan" Bibik.
Samad putus asa langsung kembali ke bilik Dan terus tidur.
 
Pagi esok Nya, Samad berkata pada Ayah Nya, "Ayah, saya dah faham apa itu Politik dan konsep nya sekali".
Si Ayah pun berkata, "Bagus2, Cuba Samad terangkan pada Ayah, menggunakan cara Samad yang tersendiri apa yang Samad Faham Tentang POLITIK".
Dengan Penuh keyakinan, Samad menerangkan pada Ayah Nya, "Sedang Golongan Kapitalisme "mengerjakan" Golongan PEKERJA,
KERAJAAN lena tidur, Tidak menghiraukan Nasib rakyat yang MASA DEPAN Nya penuh dengan Najis....
Msinc-macam pernah dengar jer citer majikan dengan amah ni...ha..ha..ha..

Tiada ulasan: