Selasa, 6 November 2012

Addin

Addin


Nah!! Ini Bukti Bergambar Ribuan Warga Myanmar Terima Kerakyatan Di Stadium KLFA

Posted: 06 Nov 2012 08:00 AM PST


Berikut adalah pendedahan berani mati oleh blog King Jason. Blog ni mendedahkan bukti bergambar susulan pendedahan di fb Shirley Gabriella (baca sini). Lihatlah bukti bergambar yang di dedahkan blog King Jason...

Skandal IC kepada PATI Burma di stadium Cheras?

Benarkah pendatang asing Burma di beri IC dalam projek memberi kerakyatan dan IC di Stadium KLFA Cheras? Berselindung di sebalik status pelarian United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) ? Jangan korang tanya bagaimana gua tau skandal projek MEMBURMAKAN negara kita,Tapi tanya kenapa semua ni berlaku dan mengapa pemimpin PR tak peduli isue nih?


Bolehka gua percaya skandal ni tidak mempunyai kaitan dengan PRU13 yang akan datang?Sepanjang gua berada di sana,dan menemuramah Burma2 ini,soalan gua berkisar kepada apa yang sedang mereka tunggu..jawapan mereka adalah sedang menunggu proses pendaftaran IC !! what the fuck !!!dalam hati gua rasa marah bila mengetahui projek kementerian BN nih..

So rakaman sulit video selama 10 minit adegan gua temuramah dan di halau apabila cubaan masuk ke dalam stadium ada dalam simpanan gua. Muka muka petualang Melayu yang menjadi pencacai regim BN tersimpan rapi dalam simpanan gua untuk backup gua sekiranya terjadi apa apa pada gua..

Isu ini gua dah tahu 1 hb lagi.. operasi ini melibatkan hampir 10 ribu PATI,sebab itulah proses ini memakan masa selama seminggu!!!
Burma burma... Burmalah!!!ha ha ha

mampus Melayu mcm nih...



Burma yang menanti untuk mendapat IC




Siapa BN untuk menang PRU sanggup
gadai kedaulatan negara !
Burma akan mengundi~ Tahniah
p/s : Wah.. best.. gua nampak kelibat ketua bahagian umno der!!siapa dia? biarlah jadi rahsia gua!!

Lagi Bukti Beserta Video : SINI 




Iklan



Dr. Asri Sokong Nurul Izzah.. Ini Buktinya

Posted: 06 Nov 2012 05:59 AM PST


Dah semakin panas.Syabas dr asri, nyatakan lah pendapat anda.Kita yang di bawah ni mahukan pelbagai sumber pendapat dan komen.

Golongan yang zalim dan penipu akan jatuh tersungkur.Tolak umno, agama dan negara akan selamat.Allahuakhbar!



Iklan



'Saya Bukan Diktator' - Tuan Guru Hj. Hadi

Posted: 06 Nov 2012 04:03 AM PST

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan sama ada beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan terletak sepenuhnya pada keputusan parti kelak.Sehubungan itu kata Hadi, nasibnya terserah kepada pimpinan tertinggi parti itu dan apabila mengatakan bersedia tanding di Pekan minggu lalu, beliau hanya menyampaikan mesej bahawa beliau bukan seorang "diktator.""Kenyataan itu adalah mesej kepada ahli-ahli parti. Saya bukan diktator.

"Kalau parti kata tak bertanding, tak bertandinglah. Kalau parti kata bertanding di Pekan, bertandinglah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat yang membincangkan muktamar tahunan dan persiapan menjelang pilihan raya umum.Hadi sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengejut apabila berkata beliau sedia bertanding di kubu kuat Umno-BN itu jika diarah berbuat demikian.

Kerusi Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 1979.Najib ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Hadi berkata, beliau tidak fikir pemimpin itu akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya itu dalam pilihan raya umum akan datang."Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional semalam."Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Hadi berkata, Pas sudah sedia lebih 90 peratus untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang."Alhamdulillah, persediaan awal kita sudah sedia," katanya.Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberitahu muktamar tahunan parti itu akan diadakan pada 14 hingga 18 November depan yang diadakan di Pengkalan Chepa, Kelantan."Perasmian oleh Dewan Muslimat Pas sementara mesyuarat penuh akan diadakan pada 15 November," ujar beliau.Muktamar tahunan Pas akan diadakan bermula 14 hingga 18 November. ~sinar


Iklan



Kantoi!! Kenyataan Nazri Aziz Bercanggah Dengan SPRM..

Posted: 06 Nov 2012 02:56 AM PST

KUALA LUMPUR 6 November: Datuk Seri Nazri Aziz dicabar dedahkan hasil siasatan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berhubung kes penyeludupan RM40 juta oleh usahawan balak dari Sabah, Michael Chia.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia ekoran Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilihat bermati-matian mempertahan isu tersebut dalam jawapan bertulis di Parlimen, 11 Oktober lalu.

Nazri juga menyatakan ICAC tidak mengambil tindakan lanjut terhadap dakwaan itu berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan tiada elemen rasuah dalam kes tersebut.

"Nazri harus dedahkan keputusan ICAC dan SPRM tersebut, bukan hanya membaca dan memberi jawapan begitu di Parlimen," kata Shamsul ketika dihubungi.

Pada 2008, Chia ditahan di Hong Kong bersama wang Singapura bernilai RM40 juta atas tuduhan pengubahan wang haram.

Chia kemudian memberitahu ICAC bahawa wang itu untuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun, Nazri pada 22 Oktober lalu menyatakan Chia tidak pernah ditangkap ICAC dan wang itu adalah untuk kegunaan Umno Sabah.

"Kenyataan Nazri bercanggah dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull yang mengatakan siasatan ICAC sedang berjalan," kata Pengerusi KEADILAN Melaka itu lagi.

Shamsul turut mengaitkan skandal tersebut dengan pendedahan berhubung kehidupan mewah anak Nazri, Nedim yang mendapat manfaat terus dari Chia.

"Ia menimbulkan keresahan di hati rakyat, apakah Nazri komited pertahan kepentingan negara atau kepentingan peribadi?" tegasnya.

"Justeru kita juga mencabar Nazri agar bawa ejen ICAC ke Malaysia dan jelaskan kepada umum bahawa kes itu memang tidak boleh dibuktikan," cabar beliau. ~kd



Iklan



Media Pencacai Putar Alam.. Ini Penjelasan Nurul Izzah

Posted: 06 Nov 2012 12:42 AM PST

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012



Iklan



Had Laju 90 Km, Kena Saman 80 Km.. Bukti Kepincangan AES

Posted: 06 Nov 2012 12:03 AM PST

KUALA LUMPUR 6 November: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

"Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

"Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j," katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem 'speed limit buffer' (lonjakan had laju).

"Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

"Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju," kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

"Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

"Kompaun tidak wajib bayar. Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. ~kd


Iklan



Akhirnya.. Presiden UPKO Mengakui Ada Agenda Keluar BN

Posted: 05 Nov 2012 10:28 PM PST

Pendedahan ahli parlimen Tuaran yang juga bekas timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO), Wilfred Bumburing yang mengatakan bahawa parti itu akan keluar dari komponen Barisan Nasional (BN) akhirnya terpaksa diakui presidennya, Bernard Dompok!

Dompok mengaku perkara tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti itu akhir Jun lalu setelah didesak oleh pemimpin kanan parti itu termasuk Bumburing sendiri.

Bagaimanapun, Dompok memberitahu bahawa keputusan majoriti majlis tertinggi menolak usul tersebut dengan alasan yang paling mudah.

Isunya, apa lagi kalau tuntutan suruhanjaya diraja bebas (RCI) menyiasat pendatang tanpa izin yang sebelum itu masih belum dimuktamadkan perdana menteri, Najib Altantuya.

Inilah punca sebenar mengapa Bumburing tidak bersetuju lalu keluar daripada parti itu dengan disusuli naib presidennya yang juga seorang senator, Maijol Mahap.

Bahkan Dompok sendiri meminta Bumburing supaya menangguhkan hasrat untuk keluar UPKO tetapi Bumburing tetap dengan pendiriannya bahawa jika BN masih terus berkuasa di Sabah dan persekutuan, masalah pendatang tanpa izin ini tidak akan selesai sampai kiamat.

Dan akhirnya Bumburing keluar awal Julai lalu dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS), sebuah gerakan mesra-Pakatan Rakyat yang dilancarkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Tuaran dalam tempoh dua minggu selepas perletakan jawatannya.

Nampaknya, Dompok bakal kena main lagi dengan Najib Altantuya walaupun ditentang sebilangan besar ahli parti itu sendiri yang mahukan UPKO keluar dari BN kerana sejak 1995 gagal menunaikan janjinya hingga pendatang Filipina dan Indonesia kini nisbahnya 1:3!

Walaupun Najib Altantuya melancarkan penubuhan RCI pada 11 Ogos tahun ini, UPKO secara dasarnya kini berpecah dua dengan satu menyokong Dompok manakala penyokong Bumburing kini ada yang menyertai APS malah menyertai gabungan parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN.

Buktinya, sejak awal Julai lalu, lebih 4,000 permohonan baru diterima cabang KEADILAN seluruh Sabah termasuk dari dua kubu kuat BN iaitu di Kota Belud dan Tenom.

Bendahari parti itu pula, Marcus Mojigoh yang mahu mempertahankan Dompok akhirnya termalu sendiri apabila Dompok sendiri mengesahkannya sekaligus memberi tamparan hebat bagi persediaan parti itu menghadapi pilihanraya umum akan datang. ~jalanpulang



Iklan



Zaid Ibrahim Mahu Sertai PKR Semula

Posted: 05 Nov 2012 08:50 PM PST

Hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihanraya umum atas tiket Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan, mengejutkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin juga tidak faham dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun.

Zaid tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding atas nama Pakatan Rakyat, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang itu.

"Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden.

"Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang.

Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding atas tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden.

Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KEADILAN dan DAP.

PAS diwakili oleh Presidennya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, KEADILAN oleh Ketua Umum yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim manakala DAP menerusi Penasihat Kebangsaannya, Lim Kit Siang.

Akhbar berbahasa Inggeris kawalan MCA, The Star semalam melaporkan bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KITA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihanraya umum akan datang menggunakan tiket Pakatan Rakyat dan mungkin bertanding di Pekan.

Abdul Hadi juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan.

Bagaimanapun, kenyataan Zaid lebih bersifat provokatif susulan cadangan Abdul Hadi mahu mencabar presiden Umno, Najib Altantuya dan Zaid hanya dilihat sebagai membuat 'test market' atau puak pengacau sahaja.

Mana mungkin Zaid boleh bertanding atas tiket Pakatan Rakyat sedangkan Abdul Hadi sudah mendapat restu Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk menentang Najib Altantuya.

Lewat petang semalam, Najib Altantuya mengulas hasrat Abdul Hadi untuk bertanding di kerusi parlimen yang diwakilinya sejak 1976 dan difahamkan sudah mula mengatur strategi khas sekiranya niat ahli parlimen Marang itu mahu mencabarnya diluluskan Majlis Syura PAS nanti. ~kd




Iklan



BN Kaut Hasil Cukai Judi RM9.3 Bilion

Posted: 05 Nov 2012 07:36 PM PST

KUALA LUMPUR 6 November: Rupa-rupanya Kerajaan Umno BN mengaut hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan 2011 (RM2,486,975,543.29).

Daripada hasil tersebut, sebanyak 1,818 lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Nasir dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai. ~kd


Iklan



Gambar Najib Bawak 'Rombongan Che Kiah' Ke Laos

Posted: 05 Nov 2012 07:02 PM PST


Gambar ni bukan superimpose, gambar ni bukan edit.. gambar ni gambar real. Gambar yang di keluarkan oleh media fitnah no. 1 negara Utusan Malaysia. Anda semua lihat gambar di bulatan, itu adalah anak Najib, Nashman.

Bawa anak untuk lawatan rasmi kerajaan adalah bukan isu sekiranya, anaknya guna perbelanjaan sendiri, penginapan sendiri dan makan minum sendiri.

Tapi ianya menjadi isu sekiranya anak di bawa bersama menggunakan kemudahan kerajaan dan wang rakyat.

Ini merupakan salah guna kuasa, walaupun kelihatan kecil pada pandangan Umno tapi besar di mata rakyat.

Agak-agaknya berapa perbelanjaan untuk seorang bagi lawatan yang eksklusif sebegini.

Dan berapa pula peruntukan  untuk sebesar 'rombongan Che Kiah' ke persidangan ASEM di Laos ni.




Iklan








Panas!! Ribuan Warga Myanmar Terima Kerakyatan Malaysia Di Stadium KLFA?

Posted: 05 Nov 2012 04:22 PM PST


Salah seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di atas adalah mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.

Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

Barangkali pendedahan ini akan merungkai kisah penempatan orang-orang Myanmar yang telah diberi kerakyatan di kawasan Parlimen Pekan, Pahang untuk menyelamatkan karier politik Najib Razak.

Penduduk kampung ini dipercayai telah diberikan hak kerakyatan dan diarah untuk mengundi Barisan Nasional di parlimen tempat Najib Razak bertanding rujuk sini [Pemuda Sarawak]





~milosuam



Iklan






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I love reading a post that will make men and women think.

Also, thank you for allowing me to comment!
Also visit my web page - perfumes baratos