Selasa, 6 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Propaganda bodoh UMNO tersebar!! Saksikan!!

Posted: 06 Nov 2012 05:29 AM PST


Bodohnya propaganda UMNO/BN ni.. Mamat yang jadi hero videoclip propaganda bodoh UMNO ni kata Barisan Nasional mengambil masa 55 tahun untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang maju.


Jika Pakatan Rakyat berkuasa dan mengambil alih negara kita MEREKA akan menjahanamkan Malaysia dalam masa 100 hari pertama pentabiran.


Orang kata nama dia Afzan , berlakon dalam cerita "Alia Kasih"


Sehingga kesaat ini jumlah 'Dislike' yang diterima oleh visdeo ini ialah 2279 dan hanya 32 'Like' yang diterimanya.. mana pergi habis Cybertrooper upahan UMNO nie?

Tak nak tolong 'Like' ke?..

Kalau nak tolong sila klik di ( SINI )

Nurul Izzah saman Utusan dan Berita Harian kerana putar-belit kenyataannya..

Posted: 06 Nov 2012 03:38 AM PST


Berikutan dengan tersiarnya laporan dari Utusan @ Lidah Rasmi UMNO d atas pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan aktivis Islam mengecam kenyataan Nurul Izzah Anwar itu.

Antara yang bangkit bersuara ialah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Jalur Tiga, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Lembaga Penasihat Pelajaran Islam, Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), aktivis Pas dan bekas aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia.

Mereka juga meminta pihak berkuasa agama Islam bertindak kerana kenyataan sedemikian telah menjadi isu dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Oleh kerana Utusan telah memutarbelikan kenyataannya maka hari ini...

KENYATAAN MEDIA 

6 November 2012 
UNTUK SEBARAN SEGERA 

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.


Nurul Izzah Anwar 
Ahli Parlimen Lembah Pantai, 
merangkap Naib Presiden KEADILAN 

Dah jadi lubuk duit kepada pemimpin Pakatan Rakyat pula Lidah Rasmi UMNO ni..

PANAS!! "Saya bawa duit dalam tong ikan, hantar ke rumah MB..." kata saksi

Posted: 06 Nov 2012 12:52 AM PST


Seorang pengusaha udang harimau, Lim Teo Huat mengakui bahawa beliau yang membawa duit tunai dalam tong ikan sebanyak RM2 juta (sebahagian dari keuntungan jualan udang) ke rumah Menteri Besar Mahdzir Khalid.

Peristiwa itu berlaku sewaktu hampir dengan PRU12 lalu.

Lim terbabit dengan syarikat yang disubkan kerja penternakan udang oleh Kedah Agro Industrial Marketing Sdn Bhd (KAIMSB).

Beliau sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis atau SPRM jika disiasat berhubung isu kehilangan duit keuntungan projek udang Kerpan pada tahun 2007.

"Saya mesti cerita betoi-betoi punya, buat apa saya mau bohong untuk selamatkan orang lain... tak pasai-pasai saya 'masuk dalam' depa (penyonglap) dok syok kat luaq..." kata Lim penuh keberanian ~ Kedahkini

Hmmm.. kalau laporan SPRM dibuatpun bukannya X-MB Kedah tu yang akan disiasat tapi Towkay udang itu yang akan disiasat..

Biasalah.. kan di negara kita ini pemimpin UMNO dikecualikan dari tindakan undang-undang..

UMNO kaut hasil cukai judi RM9.3 bilion..

Posted: 05 Nov 2012 09:00 PM PST


Rupa-rupanya Kerajaan Umno BN mengaut hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan 2011 (RM2,486,975,543.29).

Daripada hasil tersebut, sebanyak 1,818 lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Nasir dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai ~ KeadilanDaily

UMNO beri ribuan warga Myanmar IC..

Posted: 05 Nov 2012 07:16 PM PST


SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.

Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook].

Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing?

Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

 Sumber : MiLo SuaM

Tiada ulasan: