Isnin, 19 November 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Warga Tionghua Sokong Pakatan Rakyat,Sokong Ustaz Zulkifli..

Posted: 19 Nov 2012 08:06 AM PST

Biar Gambar Berkata Kata...



                 Teman dapat ler nyembang dengan kawan kite ni yang berasal dari Pantai Remis.Die dalam perjalanannya membawak sedare nye dari negeri Chine melancung ke serate negeri.Nyembang punye nyembang sambil deme sekeluarge makan mangis dan doyan.Maka terpacul ler dari molot kawan Tionghua kite ni.."Kita di bandar seperti Selangor dan KL sudah tak perlu kempen lagi...teman tanye ape pasal...."tak perlu kempen..pasal semua orang cina di sama sudah sokong Pakatan..saya agak agak dalam 90 persen....sama juga Seremban dan Johor...katenya dengan bersungguh sungguh...

                        Ustaz Zul Beramah Tamah Dengan Kawan Ini

                 Tak Perlu Kempen??...tanya teman lagi.."tak perlu...cuma dikampong kampong melayu sahaja perlu kempen''....tambah beliau lagi..teman congak congak..kalau semua orang cine dah ok..maknanya ada harapan tawan Johor.Alasannya..Komposisi antara kaum disetiap daerah di Johor tidak sama seperti negeri lain.Setiap daerah di Johor mempunyai penduduk bangsa cina sebanyak 30-35 % .Jumlah ini hampir sekata untuk setiap daerah luar bandar.Berbanding dengan negeri lain yang mana peperatusan bangsa cina berubah rubah atau pun terlalu sedikit dikawasan luar bandar.Ini bermakna Pakatan Rakyat memerlukan sikit sahaja swing/perubahan orang Melayu.

Jadi..dengan kate lain..negeri Perak,(Sumber interligent kate PR akan dapat 36 kerusi dan BN dapat 23 ajer,kalau borak interligent tu...borak ler teman) dengan Negara sekali akan ditawan oleh Pakatan Rakyat.Itu ler kesimpulan yang teman tau....jadi teman nak berdoa lah ni supaya Umno lenyap dari muka bumi kerana partai ini telah berjaya menipu dan mengalih umat melayu dari mencapai matlamat sebenar kehidupan nya.Tapi teman ijak ler mendoakan orang orang yang nyokong Umno tu lenyap..jangan silap paham macam media pencacai.Teman doakan mereka mereka ini akan meninggal kan umno, beraleh ke Pakatan Rakyat dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.Betui ker ijak doa teman tu?..kalau tak betui..ajorkan ler...

Majlis Sumbangan Derma Kepada Warga Miskin Oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim Berjaya.

Posted: 18 Nov 2012 08:00 PM PST

                            Ustaz Zul disamping Makcik Mah

                  Pada Ahad 18 hb November ,Ustaz Zulkifli Ibrahim telah menyempurnakan upacara penyampaian derma kepada warga miskin,Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di Kampung Telok Bakong.seramai 20 orang dari penduduk Padang Marhum,Telok Bakong dan Kg Paloh telah disaring dengan teliti sebelum tersenarai dalam calun penerima.Aturcara bermula pada pukul 9.30 pagi.Ustaz Zul telah diiringi oleh wakil wakil dari Parti Keadilan Cabang Telok Bakong dan wakil wakil dari Telok Bakong Online ( TBO ).

                   Ustaz Zul berjumpa kembali rakan sepermainan Encik Shamsuddin

                     Berbincang Mengenai Masalah Negara

                 Aturcara dijalankan merangkumi penyampai derma,penerangan dan pencerahan kepada rakyat dan juga pemerhatian kepada kesihatan dan kediaman warga tersebut.Segala butiran peribadi penerima sumbangan telah mendapat perhatian yang teliti oleh Ustaz Zulkifli.Setelah menganalisa semua keadaan,beberapa aktivi akan dirancang berdasarkan keperluan oleh penduduk ini.Antaranya ialah Kempen Gotong Royong Membaiki Rumah Kediaman dan Kempen Penjagaan Kesihatan.

                Menyantuni Dua Orang Warga Emas Yang Menerima Sumbangan

                  Sesunguhnya acara yang ringkas ini adalah amat penting bagi mengenalpasti kesusahan dan permasalahan rakyat yang tidak begitu dihiraukan oleh kerajaan UMNO/BN.Slogan Pakatan Rakyat iaitu "Negara Berkebajikan" sememangnya bertepatan untuk membantu permaslahan rakyat yang terakibat dari pemerintahan berkroni dan korap  kerajaan UMNO/BN.Pakatan Rakyat sedarlah..masih banyak kerja kerja pemulihan yang perlu dijalankan..bekerjalah bersungguh sungguh dan beramanah...

                                   Warga Emas Yang Sedang Uzur Dipimpin Oleh Tim TBO

Ada Sumur Di Ladang,
Boleh Kami Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Bolehlah Kami Bertandang Lagi.

TEAM TBO MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA USTAZ ZULKIFLI
DIATAS SEGALA SUMBANGAN BELIAU.SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA DENGAN
JUTAAN KERAHMATAN.

Tiada ulasan: