pemuda cheh |
Sebab Apa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri? Posted: 18 Nov 2012 07:36 PM PST Dalam hadis disebutkan "janganlah kamu minum sambil berdiri". Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada 'pos-pos' penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk." Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum. Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk. Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum. Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari) |
Tak salah doa jatuhkan Umno-BN Posted: 18 Nov 2012 04:06 PM PST Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam. Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah. Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya. "Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak. "Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun," katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin. Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan kononnya isu orang Melayu murtad disebabkan oleh paderi Kristian adalah tidak benar kerana ia adalah perbuatan umatnya sendiri yang menolak Islam. Menurutnya, sekiranya seseorang itu seseorang itu menolak Islam atau orang itu jahil maka ia boleh jadi murtad. "Bila Umno tolak Islam daripada dasarnya, agama apa Umno pakai? Agama Islam berpandukan al-Quran. Jadi dia Kristian ke Buddha ke atau tiada agama? "Timbulnya isu murtad kononnya paderi Kristian tapi saya nak kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam maka dia memperlekehkan Isla," katanya. Ketika ditanya pemberita sama ada beliau menganggap Umno murtad kerana mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata, soal murtad tidak kira siapa, sebaliknya sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad. "Tak kira siapa pun... tak kira tok guru sekalipun, kalau murtad, maka murtadlah. Usahkan Umno, kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan cara hati dia mengatakan Islam tak guna maka dia murtad walaupun tiada mufti beritahu," katanya. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan