Isnin, 19 November 2012

Addin

Addin


Akhirnya Tembelang Ketua Setiausaha Negara Terbongkar..

Posted: 19 Nov 2012 08:00 AM PST

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan bahawa beliau mengeluarkan arahan berhubung penamatan kontrak perkhidmatan Datuk Zainal Abidin A'ala sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Beliau sebaliknya berkata cadangan dikemukakan adalah untuk memilih bakal Datuk Bandar dan Yang Dipertua di negeri ini mengikut kehendaknya dan tiada kaitan dengan penamatan tugas Zainal Abidin. "Saya hanya bercakap dengan pegawai perjawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan, bahawa kerajaan negeri ingin tentukan siapa yang akan jadi Datuk Bandar.

Saya minta mereka senaraikan nama-nama yang boleh dicadangkan untuk jadi Datuk Bandar.

"Saya sendiri tidak tahu sama ada cadangan saya itu diluluskan atau tidak sehinggalah pengumuman (penamatan tugas Zainal Abidin) di buat oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa," katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Ditanya pemberita sama ada beliau mengeluarkan surat penamatan berkenaan, Abdul Khalid menafikan perkara itu.

Malah beliau menjelaskan beberapa cadangan nama untuk pemilihan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Negeri dilakukan sebelum timbulnya kontroversi pembinaan projek kondominium, Dolomite Park Avenue setinggi 29 tingkat di Batu Caves.

"Saya tidak pernah menulis surat kepada KSN supaya memberhentikan YDP. Sebagai Menteri Besar saya juga mesti melihat apa yang dipanggil 'succession planning' (rancangan penggantian) dapat dilakukan.

"Jika Datuk Bandar tinggal setahun (kerja) lepas itu pencen…saya tak nak tunggu hingga sehingga dia berpencen baru saya nak cari pengganti," jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Ali Hamsa berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 15 Okt lepas memaklumkan bahawa Abdul Khalid memutuskan untuk menggantikan Zainal Abidin dengan pegawai lain.

Pertukaran Zainal Abidin ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebelum ini menimbulkan beberapa kontroversi termasuk tuduhan yang mengatakan beliau ditukarkan dalam tempoh 24 jam atas kenyataannya berhubung pembinaan projek kondominium setinggi 29 tingkat itu.

Ali berkata kekeliruan itu timbul mungkin kerana pihak yang mengeluarkan kenyataan itu sebelum ini tidak dimaklumkan mengenai permohonan kerajaan negeri untuk menggantikan Zainal Abidin.~themalaysianinisder



Iklan



78 Ahli PBS Sertai PKR, Bosan ADUN Suka 'Main Wayang'

Posted: 19 Nov 2012 05:12 AM PST


Bertempat di Kampung Marais Lama, Tenom, Sabah, seramai 78 orang ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) secara inblock keluar dari parti itu lalu memilih Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebagai wadah perjuangan politik mereka kerana sudah bosan dengan 'Main Wayang' Rubin Balang.

Kini sudah tujuh penggal menjadi ADUN tapi yang nyata dan yang nampak di mata rakyat, beliau cuma memperkayakan diri sendiri dan kroni-kroninya sahaja, menurut Andarias Amukul, salah seorang pengikut tegar Barisan Nasional (BN) suatu ketika dulu.



Halik Zaman selaku Ketua Cabang KEADILAN Tenom ketika mengalu-alukan penyertaan 78 orang ahli PBS, beliau dengan senang hati mengalu-alukan mereka menyertai KEADILAN Tenom. 

Menurutnya, rakyat jangan lagi percaya yang kononnya perdana menteri Najib Altantuya turun padang berjumpa rakyat untuk menunaikan janji BN setelah 49 tahun diberi mandat untuk memerintah negara.



"Umno, PBS, UPKO (Parti Kadazandusun Murut Bersatu), PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) dalam komponan BN kini dalam keadaan sakit tenat berjangkit. Walaupun satu karung antibiotik diberi namun penyakit berjangkit pastinya akan membawa maut kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang dan ia pasti berlaku."


Beliau turut menyindir kelemahan pentadbiran Kerajaan BN pimpinan Najib Altantuya yang penuh dengan rasuah dan fitnah.


Halik semasa mengadakan sidang media di pejabatnya menolak berita fitnah dalam akhbar Daily Express baru-baru ini dan tulisan Ronneie Charles Klassen di blog miliknya yang penuh dengan taktik kotornya memfitnah kononnya KEADILAN Cabang Tenom sudah bercelaru dan haru biru.

Tapi hakikatnya jelas dibuktikan secara telus betapa kuatnya AJK cabang berkerja keras turun padang dan berkempen dari rumah ke rumah.


Bila diajukan soalan dari pemberita sudah berapa bekas ahli BN menganggotai KEADILAN Tenom semenjak beliau mengetuai cabang tersebut, beliau enggan menjawab soalan dengan alasan itu hal dalaman parti.

Turut memberi ucapan ialah Masdin Tumas selaku Timbalan Ketua Cabang Tenom dan Sapiang Keluhu, AJK Biro Kebajikan.

Disusun semula dari Facebook Halik Zaman, Ketua KEADILAN Tenom, Sabah.












~ FB Halik Zaman, Ketua KEADILAN Tenom, Sabah





Iklan



Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Gambar Kontroversi Beliau..

Posted: 19 Nov 2012 04:07 AM PST


Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan gambar kontroversi beliau yang di sebarkan oleh pencacai Umno.

Tujuannya tidak lain tidak bukan hanya untuk menjatuhkan kredebiliti Ustaz yang 'mesra' PAS ini.

Gambar yang dimuat turun oleh pencacai Umno untuk menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus yang kononnya sedang makan di McD bersama keluarga.

Moga Ustaz Azhar terus tabah mengharungi perjuangan ini..




Iklan



Hasil Bancian Sinar Harian, Anwar Ibrahim Layak Jadi PM

Posted: 19 Nov 2012 12:00 AM PST


Bagi Addin siapa perdana menteri tidak penting.. yang penting ialah kita harus menumbangkan Umno BN terlebih dahulu. Memang jauh di lubuk hati, teringin melihat Tuan Guru Presiden menjadi PM jikalau Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 nanti.

Namun, sebagai pendokong dan penyokong PAS kita harus bijak. Yang mana lebih aula? Bertelagah dalam isu memilih siapa lebih layak menjadi  PM sebelum mencapai kemenangan sebenarnya hanya merugikan Pakatan Rakyat.  Rakyat akan melihat pemimpin Pakatan rakyat tamak kuasa dan jawatan.

Yang penting, kita jangan hilang fokus dengan isu ini, jangan kita sama-sama menari ikut rentak Umno BN. Umno BN memang seronok melihat PAS dan PKR bertelagah dalam isu ini.

Apa faedahnya  perwakilan dari dewan ulamak membangkitkan isu yang telah disepakati oleh kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat. Lagi pun Tuan Guru Haji Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim sama-sama layak untuk menjadi PM. Biar rakyat yang memilihnya jikalau Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya..
 
Bancian : Anwar Layak Jadi PM
Sementara polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Pusat berterusan, bancian 'online' menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai.

Seramai 55 peratus daripada 1,876 pengunjung yang menyertai bancian 'online' kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri.

Ia disusuli dengan 33 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berdasarkan perkembangan semalam, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.

"Memang betullah. Boleh bincanglah," kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58 petang semalam.

Hadi ditanya pandangan beliau berhubung kenyataan Anwar pagi semalam, yang berkata, isu jawatan Perdana Menteri bukan "satu masalah."

"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," katanya selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor.

Idea supaya Hadi layak menjadi Perdana Menteri dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama kelmarin. Ia sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama semalam dan turut mendapat sokongan Dewan Muslimat semalam ~sinar


Iklan








Punca Musa Hitam Cabut Lari Dari Sime Darby Terbongkar..

Posted: 18 Nov 2012 10:31 PM PST

Musa Hitam membuat keputusan mengejut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Sime Darby sedang sebelumnya dia dikatakan bersedia untuk dicalonkan semula apabila penggal perkhidmatannya itu tamat?Musa adalah seorang dari sedikit pemimpin politik Umno yang dikira bermaruah. Apabila dia memutuskan untuk bersara dari politik, maka dilihat benar-benar tidak mencampuri urusan semasa politik parti dan negara.Dia dirasakan berpuas hati dengan penghormatan sebagai pengerusi Sime Darby, sesbuah syarikat gergasi yang kerajaan ada kepentingan yang banyak.

Mengapa dia tiba-tiba mahu bersara?Dari luar tidak nampak dia ada masalah di gedung itu dan dia juga tidak diketahui ada masalah dengan pemian-pemain politik domistik.Oleh kerana Musa dari mula mencebur diri dalam politik sudah dilihat betul-betul seorang yang "political animal", malah lebih licin dari Mahathir Mohamad, maka apa jua tindakannya dirasakan tidak terlepas dari sebab-sebab politik.

Mngkin dia menjadi masalah politik kepada perkembangan politik yang ada, tetapi mungkin juga dia mahu terlepas dari kesan sebarang gelombang politik.Tidakkah mungkin keenggannya menyambung khidmat di Sime Darby sama seperti tidak tidak mahu menyambung khidmatnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dulu?Dia tidak berminat untuk menjadi Pengerusi Suhakam bila ia dibentuk dulu, tetapi Perdana Menteri Mahathir melantiknya juga tanpa persetujuannya.

Dia dikira seorang yang telah memberi khidmat yang baik. Walaupun ada Umno yang tidak senang dengan keadilan dan pendirian bebasnya menjalankan tugas, tetapi dia tetap dikira orang paling berwibawa dengan tugasnya itu dan eloklah lama dia di situ.Dia menolak dari diangkat semula apabila kontrak khidmatnya tamat. Mengapa? Dipercayai dia yang sudah bersara dari politik itu mahu mengelak dari politik penyokong-penyokong yang harap  ada percaya tidak atas kewujudan Suhakam itu.

Suhakam itu ada kerana Bangsa-Bangsa Bersatu mahukannya tetapi ia bukanlah suatu diingini kerajaan semasa.Kerana dia sudah bersara dari politik, maka dia tidak seronok dibabitkan dengan politik lagi. Ada justifikasinya dia bersara dari Suhakam.Tetapi bagaimana dengan Sime Darby?Tidakkah mungkin sikapnya itu ada kaitan dengan gelombang politik negara yang panas sekarang?

Belum pernah kerajaan BN sejak tahun 1955 menghadapi cabaran seperti yang ada sekarang dan belum pernah BN menghadapi Pilihanraya Umum yang begitu getir seperti menghadapi PRU13 ini.Sime Darby tidak ada apa-apa peranan dalam PRU13. Ia bukanlah seperti SPR, SPRM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pendaftaran dan lain-lain.Ia badan ekonomi dan perdagangan saja.

Jika badan itu hendak digunakan untuk kepentingan politik parti kerajaan pun, tidaklah sesenang itu orang hendak mendekati Musa. Tidaklah boleh orang berbuat itu dan ini kepadanya seperti yang orang buat kepada Peguam Negara dan Pengerusi SPR misalnya. Bukan anak Pak Hitamlah untuk dibuat begitu.Tetapi Sime Darby itu adalah syarikat yang begitu dekat dengan kerajaan, mungkin dekat hampir macam dekatnya Allah dengan urat lihir setiap insan.

Maka orang yang hendak jadi ketua di situ mestilah orang yang disenangi oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri.Tidaklah Musa itu orang Najib Altantuya tetapi dia tidak akan menyusahkan Najib Altantuya.Dengan PRU13 ini begitu mencabar kerajaan, akan ada malu alahnya bagi peneraju Sime Darby itu jika Putrajaya berubah tangan. Tidaklah perubahan itu mengubah semuanya.

Tetapi Musa tentu tidak mahu  ada apa-apa obligasi apabila ada Perdana Menteri baru nanti.Kalau kerajaan baru mahu menghormatnya bukan sebagai pemimpin Sime Darby, tetapi biarlah yang lain seperti Speaker Dewan Rakyat misalnya. Jika dia jadi Speaker lainlah dari yang ada itu. ~jalanpulang



Iklan






Boikot Berjaya!! McDonald Lengang.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 18 Nov 2012 06:52 PM PST


Kata orang, jika sudah berselindung di sebalik tabir bersekongkol dengan kejahatan pastinya ia akan dibalas dengan balasan setimpal yang tidak pernah kita duga!


Walaupun diwar-warkan dengan gimik pemberian burger percuma sebanyak 200 ribu biji esok semasa sarapan, ternyata sambutan boikot yang dilakukan secara meluas di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter mula menampakkan kesan positif.


Tinjauan pengguna dan pemerhati ke beberapa buah cawangan rangkaian McDonalds dan Starbucks Coffee di Lembah Klang mendapati kaunter dibuka seperti biasa tetapi jumlah pengunjung terutama orang Islam merosot teruk dengan ketara.

Gambar-gambar yang diambli petang tadi jelas membuktikan bahawa kempen boikot yang dijalankan ekoran serangan ketenteraan tentera rejim Israel laknatullah ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sungguh menggalakkan.

Beberapa pengunjung yang ditemui rata-rata mengetahui kempen boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel dan memberitahu mereka akan meneruskannya jika tiada sebarang penjelasan kukuh diberikan pihak pengurusan rangkaian makanan segera itu ke manakah bayaran francais tahunan yang dibayar untuk terus menggunakan label produk mereka disalurkan.


Tidak cukup dengan itu, pengurusan mereka juga gagal menjelaskan bagaimana hubungan antara francais rangkaian di Malaysia tidak berkait dengan pemilik asal francais di Amerika Syarikat yang diketahui antara penyalur utama kepada pembunuhan rakyat Palestin yang kini sudah mencecah lebih 50 orang sejak serangan tentera rejim dilancarkan lima hari lalu.

Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada umat Islam yang memboikot sumber utama Yahudi membunuh saudara seagama kita sendiri dan sebarkan kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahuinya.

Teruskan berdoa moga Palestin diberi kekuatan tambahan ke atas usaha kecil kita ini, ameenn. ~jalanpulang



Iklan



Gempar!! Noh Omar Meracau Di Sampuk 'Hantu Jadian'

Posted: 18 Nov 2012 05:58 PM PST

Menteri Pertanian, Noh Omar sekali lagi memperlihatkan bagaimana beliau kekeringan isu dan berhati busuk bagi seorang yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor.

Setelah beberapa isu yang telah beliau 'dedahkan' memakan diri sendiri, kini Noh mereka cipta satu lagi isu 'sensasi' yang kononnya diharapkan dapat menekan PKNS dan sekaligus menyerang Pakatan Rakyat.

Noh mendakwa kononnya anak syarikat PKNS, Worldwide Holdings, merancang menjual kepentingannya bernilai RM150 juta kepada Bukan Bumiputra.

Menggunakan senjata media tidak bermaruah seperti Utusan Malaysia dan Bernama, Noh serta UMNO menjaja isu ini ke seluruh negara kononnya Pakatan dan PKNS menjual hak Melayu.

Isu-isu tanpa asas yang dikokok oleh Noh turut dipaparkan dalam portal berita alternatif yang tidak berusaha mendapat ulasan PKNS.

Tidak cukup dengan itu, sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat turut terpengaruh dengan hasutan fitnah Noh dan menyerang PKNS tanpa usul periksa.

Worldwide adalah sebuah anak syarikat milik penuh PKNS dan tidak pernah timbul sebarang persoalan untuk menjual saham Worldwide kepada mana-mana pihak pun.

Dengan bantuan juak-juak UMNO di dalam PKNS, Noh ingin menggagalkan usaha PKNS untuk meningkatkan daya saing serta keuntungan organisasi yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Fakta sebenar yang dikaburi oleh Noh ialah PKNS mendapat tawaran daripada syarikat luar negara untuk membeli bangunan milik Worldwide (Menara Worldwide) bernilai RM350 juta tetapi PKNS tidak berhasrat menjual bangunan tersebut.

Sebaliknya, Worldwide akan memindahkan milikan bangunan tersebut kepada sebuah lagi anak syarikat milik penuh PKNS dengan nilai RM250 juta sahaja; RM150 juta dalam bentuk pinjaman dan RM100 juta dalam bentuk tunai.

Ini bermaksud PKNS dan Worldwide melepaskan peluang untuk membuat keuntungan tambahan sebanyak RM100 juta dan bertindak menguruskan sendiri bangunan tersebut.

Seperti urusniaga biasa untuk mendaftar sebuah anak syarikat, PKNS membeli sebuah syarikat 'shell/dormant' bernilai RM2 yang akan ditukar milikan saham serta barisan pengarah syarikat tersebut kepada PKNS.

Hanya disebabkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Setiausaha Syarikat mengambil masa untuk menukar nama pengarah dan milikan saham syarikat 'dormant' tersebut, Noh berkokok riuh sekampung.

Sedangkan urusniaga korporat ini menurut nasihat badan profesional PriceWaterhouseCoopers (PwC) menurut best practice urusniaga kotporat.

PKNS kini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk daripada Transparency International dan SPRM dalam perlaksanaan tender terbuka, tadbir urus dan integriti korporat.

Keuntungan tertinggi yang dicatat oleh PKNS sebanyak RM420 juta pada 2011, telah membolehkan PKNS mengagihkan keuntungan menerusi bonus kepada warga kerja PKNS, 98% adalah di kalangan orang Melayu.

Keuntungan ini juga membolehkan PKNS kini sedang membina 2,761 unit rumah mampu milik dan merancang membina tambahan 9,241 unit rumah mampu milik dalam masa 8 tahun ke hadapan.

Oleh itu, tidak timbul langsung isu PKNS atau Worldwide menjual saham kepada sesiapapun, Melayu atau Bukan Melayu.

Yang nyata ialah, kerja-kerja propaganda Noh dan Utusan tidak bersandarkan fakta tetapi merupakan ilusi dan fitnah untuk mencalarkan imej PKNS dan Pakatan Rakyat.

Wajar untuk kita renungi firman Allah S.W.T. : "Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan" (Al-Hujurat:6)

artikel ini di e-mel oleh ~KLdaily


 


Iklan



Muktamar Serlahkan Kehebatan Tuan Guru Presiden.. Ini Buktinya

Posted: 18 Nov 2012 05:03 PM PST

Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 November hingga 15 Novermber.

Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir 2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain jemputan kenamaan.

Menambahkan kemeriahan dan 'kesumringahan'  muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi petanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan.

Saya tidak hadir ke muktamar kali ini dan mengikuti menerusi internet dari jauh. Ramai menduga muktamar kali menjadi perhatian umum memandangkan ia adalah muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Orang ramai khasnya dari kalangan ahli dan pendokong Pas dan Pakatan Rakyat mahu menyaksikan apakah aura yang ada dalam muktamar berkenaan. Pihak musuh pula menanti untuk mengkritik muktamar itu seboleh-bolehnya. Sekiranya maktamar itu lembab dan kurang bermaya maka ia akan digunakan untuk memperlecehkan Pas. Ia akan dijadikan isu kononnya orang Melayu sudah minggat dari Pas. Ada seorang kawan saya yang sinis dan sudah terpesong akidah dengan Pas memberi gambar muktamar Pas kali ini kurang bermaya?

Entah dari sudut mana diperhatikannya. Kalau perhatian itu untuk memberi muka dan satu laporan buat Umno Kelantan ternyata ia adalah satu kesilapan. Mungkin apa yang saya hendak sebut ini perkara kecil saja, tetapi ia salah hakikat. Tanpa sesiapa sedar muktamar itu juga turut diperhati oleh dua rakan saya bergelar sastera dan penyair hebat di Kelantan. Sebelum ini mereka tidak pernah menjejak kaki ke halaman Pas. Manakala dari segi realiti sebenarnya pemandangan kawan saya itu (yang mengatakan muktamar kali ini kurang bermaya) sudah kurang jelas akibat mungkin dibaham kencing manis sampai 25 mmHg ke atas.

Sesuatu yang dicari dan mahu disaksikan dari muktamar itu, ialah sejauh mana kesediaan ahli Pas dalam menghadapi pilihan raya. Mahu melihat sehebat manakah ahli dan penyokong Pas menitiskan peluh untuk memastikan UBN gugur. Justeru ianya mengharap pandangan dan juga idea-idea yang dilontar untuk diguna pakai oleh semua pihak dalam pilihan raya nanti.

Bagaimana pun berlainan pula dengan pihak musuh mereka menanti muktamar itu dengan harapan dapat mencuri sesuatu isu bagi mengocak Pas dan meretakkan kepaduan Pakatan Rakyat. Ada beberapa isu yang diharap dibahas di dalam muktamar itu kemudian akan dikutip menjadi isu sampah, seperti kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, isu hudud, isu pemecatan Hasan Akidah dan kenyataan-kenyataan 'sumbang berduit' oleh bekas timbalan presiden Pas. Namun isu-isu itu nampaknya tidak terjamah dan terhidu oleh perwakilan muktamar. Tidak ada seorang pun daripada hampir 2,000 yang menjadi perwakilan simpati kepada Hasan Akidah dan juga bekas timbalan presiden Pas. Nampaknya para muktamirin tidak termakan hasutan dan terkena lesetan cenua pangan.

Alhamdulilah
nampak para perwakilan muktamar khasnya mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan semuanya matang, dan dapat menghidu apa yang diingini oleh musuh. Perwakilan nampaknya membuat home work dan dapat membaca mesej presiden. Perwakilan lebih merasakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya dengan tidak menimbulkan soal-soal furu' lebih penting dari membincang isu untuk menumbangkan kerajaan UBN yang merupakan isu pokok.
Di sidang mutamar baik dari ketiga dewan dan sidang muktamar penuh tidak ada apa yang menjadi kontroversi dan dapat dicuri oleh pihak musuh khasnya media PB. Semuanya berjalan dengan lendik dan nampak para perwakilan waspada.

Sidang dewan Pemuda yang sangat-sangat diharapkan dapat memberi sesuatu cetusan untuk meretakkan hubungan dengan Pakatan ternyata tidak menjadi.  Ada pihak tertentu dan media tertentu mengharapkan sesuatu kejutan berlaku dalam sidang dewan pemuda. Namun malang harapan itu tidak menjadi kenyataan. Bayangan mereka sebelum muktamar menjadi jauh panggang dari api.

Semua isu-isu yang dibahas atau diperkatakan di dalam Pemuda adalah isu yang bersifat untuk memperbaiki dan memperkuatkan dewan berkenaan dan juga Pas keseluruhannya. Begitu juga dengan sidang dewan muslimat. Muslimat juga berhati-hati dalam melontarkan idea dan juga mengkritik pihak lawan. Muslimat tidak mudah dicokek pinggang dan latah dengan mengeluarkan kata-kata penuh emosi yang boleh memberi bahan kepada media. Syabas dan tahniah untuk kedua sidang berkenaan kerana dapat mengharmonikan sidang dan memanfaatkan sidang selama sehari itu demi kepentingan parti.

Kalau pun boleh dianggap kontroveri sedikit ialah dalam sidang dewan ulamak menyentuh hudud. Namun kalau difahami betul-betul apa ditegaskan ketua dewan ulamak Harun Taib mengenai hudud ialah satu kewajiban. Sentuhan itu masih relevan. Satu pengesahan bahawa Pas masih belum melencong atau tergelecah ril seperti tanggapan orang-orang yang kecewa kini berada di luar Pas.

Namun dalam masa sama dewan ulamak mengendorcekan bahawa Pas masih bersih dan masih sihat. Pas masih Pas seperti mana termaktub dalam perlembagaan dan tidak berubah. Dewan ulamak membuka mata mereka yang termasuk habuk yang nampak Pas sudah menyeleweng setelah mereka mulai merasai enak makan di hotel lima bintang dan tahu mengandar duit dari komisyen 3% daripada kontrak diluluskan semasa mereka berkedudukan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Begitu juga dengan sidang dalam muktamar penuh selama tiga hari bermula 16 hingga 18 November. Tidak ada perwakilan yang degil atau pun menimbulkan apa-apa keributan. Nampaknya semua perwakilan sporting memahami mesej dan juga semangat muktamar kali ini. Boleh dikatakan kesemua pembahas memahami dan menjaga tata adab masing-masing. Apakah ini wujud selepas tiadanya beberapa pengacau dalam Pas yang bersifat parasit sebelum ini? Mungkin!

Adapun kritikan kecil atau isu mengenai golongan profesional yang cuba hendak mengubah dasar dan prisnip Pas, itu hanya imaginasi atau naluri pembahas yang mungkin termakan teh tarik golongan oportunis. Ia bersifat peringatan dari pembahas itu mungkin kerana beluam sedar hakikat yang berlaku di dalam Pas. Mungkin pembahas itu masih merasakan dia berdiri dalam muktamar semasa dua atau tiga tahun lepas atau pun obses yang dia lebih Islamik?

Namun isu masih wujud konon golongan profesional itu dijelaskan dengan tuntas oleh timbalan presiden Mohamad Sabu dan ketiga-tiga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Penjelasan itu diterima apabila tidak ada lagi ungkitan selepas itu.

Saya merumuskan, muktamar Pas kali ke-58 ini adalah muktamar terbaik dan penuh bermutu yang jarang dapat disaksikan sebelum ini. Misalnya kemunculan empat muslimat yang mengambil bahagian dalam perbahasan, Siti Zailah Yusuf, Atirah Al Jundi, Cikgu Mala dan wakil dari Temerloh menyerlahkan akan kehebatan dan kepetahan muslimat Pas. Bukan saja daya cakap, tetapi daya fikir mereka juga hebat, bersemangat dan penuh komitmen.
Entah mengapa tatkala mendengar keempat  muslimat itu berbahas tiba-tiba ingatan saya melayang kepada arwah Dr Lo' Lo' Ghazali yang telah pergi meninggalkan kita semua. Tercetus di hati saya apakah mereka adalah pokok-pokok yang dibajai oleh Dr Lo' Lo' sebelum ini? Al fatihah untuk serikadi Pas yang hilang di mata namun masih kejap di hati, Allahyarham Dr Lo' Lo'.

Bila berbicara mengenai muktamar kali ini pujian tertinggi tentulah untuk presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Entah kenapa kali ini kehebatan Abdul Hadi terserlah. Paling menonjol ialah isi ucapannya yang padat dan bernas. Seperti saya katakan sebelum ini, isi ucapan Abdul Hadi kali ini sangat berilmu dan sekaligus menjadi matan-matan yang akan menjelaskan sikap, pendirian dan iltizam Pas untuk menang dalam pilihan raya.

Pandangan yang dilontarkan berlandaskan sejarah, sirah, al-Qur'an, al-Hadith. Bukan tidak pernah digunakan sumbr-sumber itu sebelum ini, tetapi kali ini ia mempunyai jiwa dan roh yang berpadu apabila ia dikombinasikan dengan penyampaian yang menarik. Ikhlas saya katakan ucapan Abdul Hadi kali ini menjadikan saya ralik, terhibur dan mempunyai azam yang tinggi.

Kali ini saya tidak mengantuk dan merasakan ucapannya seperti khutbah di masjid. Ia adalah ucapan penuh bersemangat dan bertanggungjawab laksana di medan perang yang mana pendengarnya sedang siapa dengan segala macam senjata untuk meraduk musuh, hanya menunggu peliut perang dari presiden itu saja. Saya tertanya-tanya dari mana Abdul Hadi memperolehi kelebihan sebegitu kali ini.

Beliau yang sebelum ini agak kaku dan kekok untuk berdepan dengan media massa yang meminta ulasan dan jawaban spontan, nampaknya menjadi sangat yakin. Tenguk jawaban beliau berhubung cadangan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Kesudiannya hanya sanggup menjadi khadam adalah jawaban yang tepat dalam situsi sebegitu. Kemudian jawaban dan huraian lanjut ke atas pertanyaan itu disimpul dengan 'kemah kemin' semasa ucapan penangguhan yang berbunyi; "cita-cita saya ialah mahu lihat Islam menang, lepas itu kalau saya mati pun tidak apa."

Itulah luahan rasa dari sanubari seorang bernama Tok Guru. Kebendaan bukan cita-cita, pangkat bukan menjadi buruan, tetapi keredhaaan Allah dan kejayaan Islam yang ditagih dan diharapkan. Apa yang ditunjukkan Abdul Hadi sepanjang muktamar ini adalah satu keistimewaan dan keluarbiasaan yang beliau perolehi. Apakah semua kelebihan itu dipacu oleh sebuah keyakinan (khsyafah) yang Islam akan menang sedikit masa nanti? ~mso



Iklan




(Video) Doa Pendokong Dan Penyokong PAS Yang Membuatkan 'Syaitan Di Kenali' Menggeletar Ketakutan..

Posted: 18 Nov 2012 04:04 PM PST


Dulu semasa Aruah Nenek aku masih hidup dia selalu berkata kalau nak menghalau jin atau syaitan bacakan ayat Al-Quran.

Katanya jin atau Syaitan itu akan mengelupur kepanasan bila diperdengarkan ayat Al-Quran, antara ayatnya ialah dari surah Ruqyah .. dengar di ( SINI )

Baru-baru ini pencacai-pencacai UMNO kelihatan mengelupur bila PAS mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Hairan juga aku kenapa pencacai UMNO nak mengelupur pulak bila didoakan sebegitu... hmm.. mungkin depa sama specis kot?

Ini doanya...
Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami.

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami. Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini.

Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat. Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.

Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu. Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.

Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami. Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti.

Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.

Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk

Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah,

Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN..

Lihat video di sini.




Iklan




Tiada ulasan: