Telok Bakong Online |
Faktor Faktor Panas #%#!! Penyebab Kemenangan Pakatan Rakyat Di Bota Part 3 Posted: 15 Nov 2012 11:00 PM PST Blogger musti Key Poh Chi...kene molot besor...lobang idong pun kene besor jugek.. Blogger Ibarat Peniup Whisel Yang Menyampaikan Maklumat Kepada Rakyat.Mesti Tabah dan sedikit kepohh chi..hi..hi i. Perkembangan teknologi perkomputeran dan internet Perkembangan teknologi perkomputeran dan internet juga memberikan suatu momentum kepada perkembangan pemikiran rakyat.Dengan adanya kewujudan blog dan facebook telah menyebabkan segala maklumat yang dulunya tidak tercapai oleh rakyat dapat dinikmati pada bila bila masa. Perak Tengah telah melahirkan beberapa Blog.Antara blog yang terawal dan terkenal ialah Blog SanggahTok Sagoryang telah dikendalikan oleh Dato Termizi Mohd Jam yang berasal dari Lambor Kanan .Beliau sekarang adalah Editor kepada Akhbar Harakah.Kemunculan blog ini telah berjaya memberi maklumat yang sebenar tentang perkembangan semasa politik.Blog Telok Bakong Online menyusul kemudian dan diikuti dengan Blog Pas Pasir Salak dan Botaonline.Kemunculan blog blog ini berjaya memfokuskan lagi senario politik setempat serta mempunyai pengunjung pengunjung tempatan.Tujuan penubuhan TBO ialah untuk menyalur maklumat sebaik mungkin kepada masyarakat.Oleh itu banyak berita berita adalah berkisar kepada isu isu tempatan bertujuan untuk menarik lebih banyak pengunjung daripada DUN Bota itu sendiri.Ia juga diharap memberi kelainan dan kepelbagaian berbanding blog blog yang sedia ada.Sebenarnya peranan blog adalah tersangat penting kerana ianya dapat mengantikan peranan akhbar yang rata ratanya menjadi pengampu dan pencacai Umno. Namun begitu Umno tidak berdiam diri.Mereka juga menyertai perang melalui alam maya ini.Ketua ketua kampong dan JKK telah dibekalkan dengan lap top 1 Malaysia yang bertujuan untuk memperkuatkan propaganda Umno.Setiap dewan Umno (Dewan Orang Ramai) sekarang telah dilengkapi dengan kemudahan wi-fi yang bertujuan antara lain untuk membenarkan lebih ramai penyokong Umno untuk asses ke internet.Turut ditubuhkan ialah pasukan gempur alam maya yang lebih dikenali sebagai "cybertrooper" yang diupah untuk mengempur blog blog dan juga Facebook pro Pakatan Rakyat .Biasanya mereka ini cuba menyanggah dan menimbulkan kekeliruan tanpa mengunakan identiti yang sebenar.Namun secara kasarnya pihak penyokong Pakatan Rakyat lebih menguasai alam siber berbanding cybertrooper Umno.Ini boleh dibuktikan melalui undian undian yang dijalankan di media media cyber yang mana setiap undian banyak memihak kepada Pakatan Rakyat.Rating "Dislike" didalam akaun Hang Out Dato Najib Tun Razak juga membuktikan perkara tersebut.Blog blog pro Umno ini kebanyakannya tidak aktif seperti Blog PemudaUmno Parit,Blog Umno Parit.(Cuba klik link untuk menentukan kebenarannya).Udah tak ber update-update ate..umno ni koje semue main duit..tak de duit tak jalan beb. Dun Bota turut terkena tempiasnya.Seperti sedia maklum, negeri Perak mempunyai paling ramai blogger dan sebahagian besarnya bernaung dibawah Media Perak.Penyatuan blogger bloger ini penting untuk rangkaian berita yang lebih effektif.Terdapat juga para blogger yang berpusat di luar negeri Perak tetapi berasal dari negeri ini seperti Yong Suka Kuning,Mom Of Three Mohd, dan sebagainya yang memberi input input yang berwarna warni.Ramainya blogger yang berpusat di negeri Perak telah mengakibatkan rakyat lebih terdedah terhadap segala kepincangan yang dilakukan oleh Umno itu. Msinc- Aku menulis bukan kerana nama…tapi kerna kasih pada sesama insan yang diperkotak katikkan oleh partai gerombolan… |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan