Jumaat, 16 November 2012

PERAKITE

PERAKITE


Senator Australia saman Utusan Malaysia dan NST kerana fitnah

Posted: 15 Nov 2012 10:51 PM PST


Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers hari ini ekoran laporan palsu oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.
Beliau ditemani peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Xenophon berkata, laporan itu palsu sepenuhnya, fitnah dan akan ambil tindakan.
Xenophon yang berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: "Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)".
Xenophon bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati himpunan itu.
NST melaporkan, Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya, dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.
Beliau mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.
"Media perdana memihak dan tidak adil," katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: "Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah."
NST kemudian mendakwa sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan itu dan membuang berita berkenaan dari laman web.
Utusan Malaysia milik Umno pula yang menerbitkan berita yang sama dan memutar belitkan kenyataan Xenophon, telah mengeluarkan laporan itu di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon merupakan sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

Guna duit zakat untuk melancong..Perlis

Posted: 15 Nov 2012 10:31 PM PST

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya
Cerita ni kira kes berat membabitkan pemimpin negeri Indera Kayangan yang dilapor kononnya sukahati je guna duit zakat Baitulmal Perlis.
Minta depa nafikan jika tak betul..
Dulu kisah seumpama ini juga dikatakan berlaku di Pulau Pinang.
 Namun yang ini dikatakan berlaku sehingga Mufti Perlis Dr Juanda Jaya meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis mendakwa Juanda Jaya telah meletakkan jawatan berkenaan berkuatkuasa Jumaat lepas kerana salah guna pengurusan atau pentadbiran agensi berkenaan.
Dr Juanda dipercayai berbuat demikian ekoran sikap pemimpin negeri yang didakwa membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.
Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil, berkata selain itu, perbelanjaan wang zakat Baitulmal Perlis juga tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan - asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.
Juanda dilaporkan Sinar Harian enggan mengulas perkara itu.


Tiada ulasan: