Anak Sungai Derhaka |
- Tak cukup dengan TV3, UMNO edar risalah di Masjid pula untuk burukkan Nurul Izzah..
- Pencacai UMNO kata ini kerja penyokong PAS.. boleh percaya ke?
- Najib tentu bangga.. Fitnah Media UMNO melangkah kepersada antarabangsa ..
- Ketua Pemuda UMNO Perlis letak jawatan dalam UMNO..
- Kamera-kamera AES kesayangan UMNO kena selimut...
Tak cukup dengan TV3, UMNO edar risalah di Masjid pula untuk burukkan Nurul Izzah.. Posted: 16 Nov 2012 08:46 AM PST Meskipun mereka menguasai media elektronik dan kebanyakkan media cetak ianya seolah-olah masih tidak cukup bagi UMNO dan Pencacainya untuk menyerang dan memburuk-burukkan Nurul Izzah. Dengan menggunakan risalah yang bertajuk 'Penerangan Isu Hangat: Dakwaan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai sokong Melayu dibenarkan murtad".. sekali lagi UMNO cuba memperbodohkan Melayu yang berugama Islam. Kali ini dengan berselindung disebalik nama sebuah NGO atau pertubuhan iaitu Jemaah Professional islami yang entah dari mana datangnya risalah diedarkan di Masjid pula. Risalah lapan muka surat ini telah ditemui di tangga sebuah Masjid di Pantai Dalam dan dipercayai ianya juga telah diedarkan ke beberapa buah Masjid di sekitar Pantai Dalam. Namun begitu ianya dilihat gagal untuk menarik minat ummat Islam yang menunaikan Solat Jumaat, kerana dilihat masih bertimbun seolah-olah tidak disentuh oleh jemaah. Yang mengambilnya pula dilihat membelek-belek kemudiannya menyerahkan pula kepada parit di sekitar Masjid.. Sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas... Terima kasih buat sahabat yang sudi mengirimkan info pasal ni... |
Pencacai UMNO kata ini kerja penyokong PAS.. boleh percaya ke? Posted: 16 Nov 2012 04:01 AM PST Percayakah anda jika dikatakan vandalisma yang dilakukan terhadap sebuah perhentian bas di Jalan Rahang, Seremban ini adalah kerja penyokong PAS? Malanglah jika anda mempercayainya.. ini kerana umum mengetahui bahawa selama ini vandalisma yang berbaur politik ini biasanya dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO. Contohnya baling cat ke arah bas, mengoyak poster, membakar bendera, menganggu ceramah-ceramah yang diadakan oleh pihak lawan, melastik pendengar ceramah malah cuba menumbuk penceramah ini semua dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO dengan upah RM30. Mereka melakukan semua vandalisma ini kerana merasakan diri mereka dilindungi oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa sendiri atau dalam lain ayat mereka dikecualikan dari undang-undang. Menariknya dalam hal vandalisma yang dilakukan terhadap pondok menunggu bas ini, pencacai UMNO mendakwa ianya adalah kerja-kerja penyokong PAS. Ini sebahagian dari kata-katanya.. Kalau guru kencing berdiri apatah lagi murid-muridnya. Kelakuan juak-juak PAS melakukan vandalisme di sekitar Jalan Rahang, Seremban amat tidak boleh diterima akal. Nampak gayanya perangai syaitan yang diperolehi dari rakan-rakan di dalam PGayR mula dipraktikkan. Budaya samseng dan merosakkan harta awam sudah menjadi darah daging golongan Anwarisme dan juak-juak PGayR. Perlukah juak-juak PAS menjadikannya sebagai ikutan?Ni lagi sikit gambar dari blog pencacai UMNO tu.. Aku tak pernah jumpa lagilah penyokong PAS buat kerja bodoh macam ni.. Pencacai UMNO tu adalah.. |
Najib tentu bangga.. Fitnah Media UMNO melangkah kepersada antarabangsa .. Posted: 16 Nov 2012 12:02 AM PST Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times atas penyiaran berita palsu mengenainya yang disifatkan sebagai "keji lagi menjijikkan". Dalam laporan tersebut, Xenophon meminta polis menyiasat laporan akhbar berkenaan Seksyen 499 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa merupakan fitnah jenayah ke atasnya. Ia dibuat terhadap berita dengan tajuk "Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0" yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 1 Mei dalam edisi cetak dan dalam talian. Utusan dalam laporan itu mendakwa Xenophon menyifatkan Islam bukan sebagai pertubuhan keagamaan tetapi organisasi jenayah yang berselindung di sebalik agama. New Straits Times pula pada 2 Mei melaporkan berita yang sama dalam akhbar mereka dengan tajuk Observer under scrutiny (Pemantau diperhatikan). Bagaimana pun, laporan itu kemudian ditarik balik selepas kedua-dua akhbar itu didapati mengubah suai konteks ucapan Xenophon yang merujuk kepada Scientology dengan perkataan 'Islam'. "Isu ini begitu serius kerana dengan melaporkan apa yang saya tidak sebut tentang Islam, ia boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan. "Secara peribadi saya dapati tuduhan itu sangat keji. "Saya langsung tidak tergamak mengulangi berita (palsu) itu di sini kerana ia sangat mendukacitakan," katanya kepada pemberita di luar balai polis Travers pagi tadi. New Straits Times memohon maaf kepada Xenophon pada 4 Mei dan menurunkan berita itu dari laman dalam talian mereka. Bagaimanapun, Utusan yang terlebih dahulu menerbitkan berita itu daripada New Straits Times hanya berbuat demikian pada 12 Mei - 12 hari selepas berita itu tersiar. "Saya terima hakikat bahawa permohonan maaf dibuat tetapi perkara ini melangkaui permohonan maaf berkenaan. "Kadang-kala permohonan maaf tidak cukup dan ia tidak menafikan hak saya untuk meneruskan perkara ini. "Perkara yang disebutkan tentang saya sangat keji dan menjijikkan dan jika ia melanggar Kanun Acara Jenayah Malaysia, maka tindakan perlu diambil. "Saya mahu nama saya dibersihkan sepenuhnya," kata Xenophon tegas. Peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Xenophone berkata pihaknya akan membuat susulan laporan dalam masa 14 hari daripada hari ini. "Berdasarkan undang-undang polis dikehendaki memberi maklum balas bertulis tentang sebarang laporan dalam masa 14 hari. "Jika tiada tindakan, kita akan menulis kepada Peguam Negara," katanya. Beliau juga menggesa agar laporan itu tidak dipolitikkan mana-mana pihak demi menjaga hubungan baik kerajaan Australia dan Malaysia. ~ Malaysiakini |
Ketua Pemuda UMNO Perlis letak jawatan dalam UMNO.. Posted: 15 Nov 2012 08:12 PM PST Alasannya dia kata dia dah penat.. tapi nampak macam langkah menyelamatkan diri dari karam bersama UMNO saja ni.. Yalah.. lebih baik dia terjun dulu menyelamatkan diri dari menunggu untuk karam bersama UMNO.. jadi ahli biasa lebih baik dari jadi pemimpin.. Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.Pencacai UMNO bagaimana? kalau yang ada jawatanpun sanggup melepaskan.. korang yang tak ada apa tu tunggu apa lagi?? |
Kamera-kamera AES kesayangan UMNO kena selimut... Posted: 15 Nov 2012 05:13 PM PST Gambar di atas ialah gambar sebuah kamera AES di Jalan Persekutuan Tapah-Kampar berhampiran Temoh, Perak yang telah di selimut. Manakala di bawah pula ialah sebuah lagi Kamera AES yang digunakan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk merompak rakyat yang berkenderaan, juga telah di selimut. Kamera terletak di jalan Teluk Intan - Bidor, juga di Perak. Ianya membuktikan perancangan UMNO/BN untuk menghirup darah rakyat dengan menganiaya rakyat yang memandu kenderaan sememangnya tidak boleh diterima. Meskipun ada Pemimpin-pemimpin UMNO/BN juga menolak perlaksanaan pemasangan kamera ini, perlu kita ketahui bahawa ianya adalah sekadar retorik semata-mata. Ini perlu diperlihatkan kepada rakyat kononnya mereka juga bersama rakyat dalam hal ini kerana PRU13 yang bakal tiba. Jika mereka benar-benar menolak perlaksanaan kamera AES ini, mereka sepatutnya menolaknya ketika di awal perancangan lagi dan adalah mustahil jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengetahuinya. Berbalik kepada tindakan menyelimut Kamera AES ini, ini lebih baik dari tindakan menyembur cat sebenarnya... rehatkan ia sehingga perlaksanaan dikaji sepenuhnya... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan