Khamis, 8 November 2012

shalehudin

shalehudin


Ni dia dua pertuduhan terhadap Ahmad yang didakwa menghina Sultan Johor

Posted: 08 Nov 2012 07:50 AM PST

Ahmad mengaku tidak bersalah hina Sultan Johor, dibebaskan dengan ikatjamin RM10,000

Penyokong Ahmad Abdul Jalil semasa perhimpunan aman menggesa pembebasannya, yang hari ini didakwa menghina Sultan Johor di Facebook. — Gambar oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Ahmad Abd Jalil didakwa di mahkamah Johor Baru hari ini dengan dua pertduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia di atas dakwaan menghina Sultan Johor di Facebook dan bakal menghadapi denda RM 50,000 dan penjara maksimum setahun atau jika disabitkan kesalahan.

Menurut peguamnya Mohd Radzlan Bin Jalaludin, selepas selesai proses jamin, Ahmad dibawa oleh keluarganya ke Kuala Lumpur.
"Ahmad telah didakwa diatas dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Beliau mengaku tidak bersalah dan diikat jamin dengan RM5,000 bagi setiap pertuduhan," kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider petang tadi.
Pertuduhan pertama berbunyi:
"Bahawa kamu pada 10hb Oktober 2012, jam lebih kurang 6.00 petang di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontigen Johor di dalam Daerah Johor Bahru Selatan, didalam Negeri Johor Darul Takzim, telah memuatnaikkan satu status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama Zul Yahya yang tertera perkataan menghina DYMM Sultan Johor dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama."
Pertuduhan kedua pula berbunyi:
Bahawa kamu pada 21 Oktober 2012 jam lebih kurang 3.00 petang di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Jalan Bacang, Kampung Pasir, Tampoi di dalam Daerah Johor Bahru Utara, di dalam Negeri Johor Darul Takzim telah memuatnaikkan satu status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama Zul Yahya yang tertera perkataan menghina DYMM Sultan Johor, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama.
Beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah.

Seorang lagi peguam Ahmad, Haijan Omar memberitahu The Malaysian Insider bahawa sebutan kes ini akan didengar pada 28 November 2012 di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru.
"Peguam Ahmad, En Radzlan akan membuat bantahan awal terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Tuan Zamri Bin Bakar pada hari tersebut," katanya lagi.
Ahmad, juruukur kuantiti berusia 27 tahun telah ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor kerana didakwa menyiarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Istana Johor di Facebook.

Semalam, Timbalan Pengarah CID Johor Asisten Komisioner Nor Azizan Anan menafikan Ahmad dipaksa untuk membuat pengakuan jenayah semasa berada dalam siasatan polis.


Owhh!! Cantiknya jalanraya Sabah...

Posted: 08 Nov 2012 06:47 AM PST

'AES not suitable for Sabah roads'

Sabah and federal authorities should first ensure that state roads are in good condition before indulging in road-safety campaigns.

KOTA KINABALU: Sabah roads may not be suited for the expensive and controversial Automatic Enforcement System (AES) which the government is planning to install nationwide to reduce road accidents.

A Sabah MP pointed out that the poor infrastructure and conditions of roads in the east Malaysian state should be addressed first before the expensive AES project is implemented.
"It is pointless for the government to spend a huge sum of the taxpayers' money to install such a sophisticated system, when in the first place it can't even provide a good and safer road for the people to drive on," said Kota Kinabalu MP Hiew King Cheu.
"We all know that our roads are bad, unsafe, not up to the required standard and in many places it is a killer.
"A West Malaysian engineer once told me that he can't understand why the Sabah roads are having so many 'Handy-plast' (bitumen patches) and he could not find a road that was level, smooth and built to the correct specifications. This just shows how unsafe and bad the Sabah roads are," he said.
Hiew, a civil engineer himself, cited the numerous road accidents occurring along a major highway here that was poorly designed with multiple turn-offs and where on-going work was taking place.

The busy stretch which is often unlit like many highways in the state, he said, had been the scene of several spectacular accidents with vehicles "flying over to the opposite lane and ramming into on-coming cars".
"Why can't the authorities, the ministry and the minister see this? Don't blame the drivers always. Look into the reason on what caused the accidents.
"Has the ministry ever considered installing a central crush barricade to prevent the cars from crossing over? In Semananjung, this has been installed at many parts of their roads. Why not Sabah roads?" he asked.
Unlit road stretches

Hiew was responding to a statement by Sabah Deputy Chief Minister Joseph Pairin Kitingan who is also the Minister of Infrastructure Development that the state government supported the installation of the AES.

If approved, up to 32 of the units will be installed along highways in the state that have a heavy concentration of fast-moving traffic.

Critics say the state and federal authorities should first ensure that state roads are safe and in good condition before indulging in road-safety campaigns to remind motorists to drive safely.

They point to how long stretches of Sabah's highways even in the state capital are unlit and vehicles left parked with impunity on road verges, dividers, traffic islands and pavements at all times of the day and night posing a danger to traffic and pedestrians.

Motorists have also complained of extraordinary long delays in completing work along highways and how piles of construction materials and machinery are left haphazardly along roadsides by public works contractors with little regard for safety.


YA AMPOOON! Malaysia setanding Maldives?

Posted: 08 Nov 2012 06:00 AM PST

Ranking Harimau Malaya jatuh lagi, tangga 163

SELEPAS tunduk 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan Sabtu lepas, kedudukan skuad bola sepak negara dalam peta dunia terus merosot dan kini berada di tangga ke-163.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) yang dikeluarkan hari ini, skuad Harimau Malaya jatuh satu anak tangga dari 162 bulan lepas dan merupakan kedudukan paling buruk tahun ini.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu berada di tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos) dan 156 pada September.

Berdasarkan kedudukan terkini itu, skuad Harimau Malaya setanding dengan pasukan seperti Maldives (160), Samoa (165) serta Afghanistan dan Fiji yang berkongsi ranking ke-167.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (138), Filipina (143), Thailand (146) dan Myanmar (156).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,564 mata.

Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan 1,421 mata.

Argentina yang sebelum ini menduduki tangga keempat, naik satu anak tangga selepas mengumpul 1,349 mata dan memintas Portugal yang mengumpul 1,178 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi 209 negara. - Bernama


Berkesan jugak lagu nyanyian Anwar neh... hehe...

Posted: 08 Nov 2012 05:26 AM PST

Tanya sama Najib...
Apa sebab goyang...
Nanti jawab Najib...
PKR lagi banyak dipasangggg...!!!

Kahkahkah...

DULU UMNO SEKARANG PR!!!

Begitulah senarionya disebuah flat di Selayang, Selangor. Perang bendera sudah bermula. Penghuni flat tersebut sudah tidak gentar dan cuak menunjukkan parti mana meraka sokong secara terbuka.

Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Dulu kalau dirumah pangsa @ flat, rata-rata hanya bendera Umno/BN ja yang berkibar, namun kini, ianya sudah jauh berubah.

Rakyat sudah maukan perubahan kerajaan berlaku dalam negara kita.

Adakah ini salah satu punca, Najib masih keberatan untuk membubarkan parlimen? Sudah diketahui umum, dulu kebanyakkan penghuni rumah pangsa @ Flat adalah penyokong kuat Umno/BN namun kedudukkan itu sudah berubah.

JOM UBAH... INI KALILAH...

UMNO TUMBANG...
ISLAM DAN MELAYU GEMILANG...
UMNO KECUNDANG...
RAKYAT SENANG...
UMNO TERSUNGKUR...
NEGARA MAKMUR...
UMNO BERKUBUR...
RAKYAT BERSYUKUR...


Patut la Najib meluat sangat kat Anwar... kahkahkah...

Posted: 08 Nov 2012 03:50 AM PST

Peguam Scorpene Ke Parlimen : Najib Altantuya Jangan LARI!!

Sah...
Hanya menunggu masa dan ketika yang sudah ditetapkan...

Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.

Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.

Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.
"Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.
"Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa," jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.

Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.

Najib gelabah, Hindraf demand gila-gila...

Posted: 07 Nov 2012 09:30 PM PST

Uthaya kemuka lima tuntutan sebelum jumpa PM

Pemimpin Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan lima daripada 18 tuntutan Hindraf menjelang 1 Januari 2013 sebelum beliau menerima jemputan untuk bertemu dengan pemimpin BN itu.


Uthayakumar (kiri) berkata, Hindraf menghantar 18 tuntutan kepada kerajaan pada 12 Ogos 2007, tetapi malangnya sehingga hari ini, tiada satu pun telah dilaksanakan.

Katanya, beliau mengalu-alukan keikhlasan kerajaan BN untuk berjumpa Hindraf memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, "tetapi kita telah lama menunggu tindakan atau tuntutan kami dilaksanakan, walaupun lima tahun dan tiga bulan sudah berlalu".

"Hindraf mahu penyelesaian kekal kepada masalah masyarakat India dan bukan pembayaran sementara 'one-off' untuk menyelesaikan masalah masyarakat," kata Uthayakumar kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Oleh itu, jika kerajaan Najib melaksanakan lima tuntutan mereka menjelang 1 Jan 2013, barulah beliau akan berjumpa dengan Najib.

Tuntutan tersebut adalah:
  • Semua 523 buah sekolah Tamil di seluruh negara dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dan geran tanah diberikan kepada pihak sekolah menjelang 1 Januari 2013. Di samping itu, tadika juga akan ditubuhkan di sekolah-sekolah tersebut, kerana kebanyakan kanak-kanak India buta huruf kerana ibu bapa mereka tidak mampu menghantar anak-anak untuk pendidikan awal.
  • Terdapat 150,000 kanak-kanak India tanpa kerakyatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran, di samping kira-kira 300,000 ibu bapa yang juga tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran. Hindraf mahu mereka ini diberkan sijil kelahiran mereka dan kad pengenalan.
  • 10,000 tempat disediakan untuk kaum India di GIATMARA (pusat belia yang dikendalikan oleh kerajaan), untuk belia dalam masyarakat tersebut mendapat kemahiran.
  • 10,000 tempat disediakan untuk pelajar India di Universiti Teknologi Mara.
  • 10,000 kaum India diberikan tanah di pelbagai skim pembangunan tanah persekutuan seperti Felda, Felcra dan Risda untuk memberi mereka peluang untuk menyara hidup.Uthayakumar berkata jika Najib, yang turut mempengerusikan jawatankuasa hal ehwal masyarakat India, gagal memenuhi pra-syarat tersebut, maka Hindraf tidak akan menerima jemputan untuk berjumpa.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz memberitahu media bahawa Najib bersedia untuk bertemu dengan Hindraf bagi membincangkan isu-isu masyarakat India.

Ia ekoran perjumpaan pemimpin Hindraf 'dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen minggu lepas untuk membincangkan kemungkinan mewujud pakatan pilihan raya.

Terdahulu pada bulan Mac, Hindraf berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya mengadu Najib telah mengabaikan permintaan kumpulan tersebut untuk menangani masalah yang suderah melanda masyarakat India.- Malaysiakini


BUTA ja nanti kena maki ngan Rosmah... kahkahkah...

Posted: 07 Nov 2012 08:18 PM PST

MIC KANTOI!!! Minit mesyuarat 29/11/2007 sahkan bukan sahaja Kohilan tapi 3 lagi wakil MIC sokong projek Kondo di Batu Caves

(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)

PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.


Bapak sapa punya kerja neh...

Posted: 07 Nov 2012 06:46 PM PST

Ni bapak sapa punya kerja neh... hehe...

Bangsa Umno punya wayang memang terbaiklah...
Naik lunyai Nurul Izzah depa pakat hantam. Bukan main lagi punya nak tunjuk kata depa tu saja la pembela Islam terulung dalam negara neh...

Habis tuh, kilang arak kat atas tuh sapa yang rasmikan pada 15hb April 1972???
Boleh JAIS tolong cerita sikit???

Kahkahkah...

Nah, ni ha Anwar dah TIBAI balik...
Ni baru orang kata LAWAN TETAP LAWAN...

Umno BN hipokrit pertahan Islam, tapi bisu kilang arak anak Mahathir..

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN hipokrit kononnya bertindak sebagai pembela bangsa Melayu dan Islam dengan memfitnah anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai menggugat status Islam tetapi bisu tentang kelakuan pemimpin mereka sendiri.

Yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (Mohamad) itu, mereka (Umno BN) tak berani nak cakap kenapa?
"Mereka secara lantang melaungkan mana jabatan agama? Kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno BN (didiamkan)?" katanya dipetik Media Selangorku.
Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam tadi.

Isnin lalu, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Lanjutan putar belit akhbar pro-BN tersebut, Naib Presiden KEADILAN itu akan mengambil tindakan undang-undang diwakili peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberikan kenyataan mengelirukan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia secara berulang kali, namun pemimpin utama Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengurnya malah mengambil pendekatan berdiam diri.


Hantu pun pening... kahkahkah...

Posted: 07 Nov 2012 03:18 PM PST


Adoyyaaiii...
Hantu-hantu pun jadi pening ngan kelaku puak-puak berbangsa Umno a.k.a puak-puak hantu neh...

Kahkahkah...


Tiada ulasan: