Khamis, 8 November 2012

Addin

Addin


Gambar 'Menarik' Muhyiddin Yasin..

Posted: 08 Nov 2012 09:20 AM PST


Gambar ni di ambil ketika Muhyiddin Yasin meredah banjir untuk melawat mangsa banjir di Parit Sulong, Johor. Inilah Umno, baru je redah banjir dengan pakai kasut but abih satu Malaya di canang Muhyiddin pemimpin berjiwa rakyat.

Itu memang kewajipan seorang pemimpin untuk melawat rakyatnya apabila kesusahan.. Janganlah pulak di canang sebagai satu perkara yang pelik.. 

Malam-malam ni Addin malas nak ulas.. Ko orang bacalah sendiri artikel di bawah..



Umno dah kekeringan modal untuk meraih populariti pilihanraya..




Iklan



Rupanya Ini Muslihat Nazri Aziz Larang Guna Ruang Sidang Media Parlimen

Posted: 08 Nov 2012 07:34 AM PST

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa larangan menggunakan ruang sidang akhbar di Parlimen oleh bukan anggota parlimen yang berkuatkuasa serta merta sengaja dibuat untuk menghadkan pergerakannya.

"Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.

"Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini. Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tegas beliau, "tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.

"Pada fikiran saya, Nazri sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan "conflict of interest" kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.

"Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen," jelas Rafizi.

Malah katanya, ketika isu NFC dibongkarkan dan bekas rakan kabinet beliau Dato' Seri Shahrizat Jalil menjadi topik hangat sidang media, beliau langsung tidak membantah terhadap sidang-sidang media di Parlimen.

"Beliau juga dipetik berkali-kali melalui sidang media di Parlimen turut sama mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.

"Hanya apabila beliau yang menjadi bahan sasaran sidang-sidang media kebelakangan ini ekoran persoalan mengenai hubungan beliau dengan Michael Chia, barulah timbul soal hak menggunakan Parlimen untuk sidang media.

"Sebab itu saya terus mengulangi saranan saya supaya Nazri mengambil sikap yang lebih terbuka dan tenang seperti Shahrizat dalam menghadapi persoalan mengenai integriti dan perhubungan beliau dengan ahli perniagaan yang disiasat.

"Keputusan terbaru Parlimen ini sedikit pun tidak merencatkan rancangan PKR untuk menumpukan perhatian kepada kes Nazri. Sidang media akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pihak media akan dimaklumkan lebih awal," ujar Rafizi.

Bernama melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional mahupun pembangkang. ~fmt



Iklan



Akhirnya.. Rais Yatim Mengakui Tanda Putera Bukan Sejarah

Posted: 08 Nov 2012 06:26 AM PST

Keputusan untuk menangguhkan tayangan filem Tanda Putera ke tahun hadapan diputuskan oleh jemaah menteri, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah jemaah menteri mendapati terdapat unsur yang "kurang sesuai" untuk ditayangkan."Jemaah menteri telah memutuskan demi kebaikan antara kaum, penayangan wajar ditangguhkan sebab mengandungi babak yang mungkin menimbulkan konflik keras."Sebab ia memaparkan tragedi 13 Mei yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak," kata Rais.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas merasmikan  Himpunan Kasih Sayang peringat Wilayah Persekutuan di Kampung Puah Lembah petang ini.

Filem kontroversi Tanda Putera ditangguh bagi kali kedua ke tahun hadapan.  Tanda Putera, yang kontroversi dengan adegan 13 Mei, pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi.Filem sejarah itu memaparkan kisah perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Menelan belanja RM4.8 juta, ia diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS.Sehubungan itu, Rais berkata lagi filem tersebut wajar ditangguhkan kerana terdapat babak yang berat sebelah dalam adegan tertentu terutamanya mengenai 13 Mei.

Menurut Rais, babak tersebut tidak mencerminkan babak sejarah sebenar. "Jemaah menteri yang anggotanya menonton tempoh hari berpendapat wajar ditangguh kerana ada beberapa babak yang didapati berat sebelah dalam adegan tertentu misalnya pembunuhan. Ada kepala tergolek dipancung. Kedua, misalnya kencing di tiang bendera. "Ini semua tidak mencerminkan sebenar babak sejarah.

Ramai pihak kemuka pandangan dan kabinet setuju ditangguhkan dahulu (tayangan)," katanya lagi. Selain itu, ketika ditanya sama ada filem itu akan dibuat semula kerana terdapat adegan tidak wajar itu, Rais berkata mesyuarat penilaian antara pengarah dan FINAS perlu dibuat memandangkan filem itu dibuat menggunakan duit kerajaan. "Saya tak fikir begitu (dibuat semula). Saya fikir akan diadakan mesyuarat penilaian antara pengarah dan FINAS sebab filem ini filem FINAS dan kerajaan belanja duit. Ini bukan filem terbitan swasta," katanya lagi. ~mkini


Iklan



Beranikah Najib Bertanding Di Permatang Pauh, Ajak Debat Pun Pengecut Pahit..

Posted: 08 Nov 2012 05:04 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pemimpin Umno dinasihati tidak cuba menentukan kerusi Parlimen mana bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Datuk Seri Najib Razak sendiri takut menyahut cabaran debat, apatah lagi bertanding di kerusi Parlimen lain.Sebagai Perdana Menteri, Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad, berkata Najib yang sepatutnya berani bertanding mana-mana kerusi sebagai bukti dasar dan 'transformasi' yang beliau canang, diterima ramai.

"Pemimpin Umno patut malu atas keengganan Najib berdebat  isu negara. Perbahasan Bajet 2013 di Parlimen pun Najib gagal hadir."Ia contoh Najib lemah, tidak fokus dan tidak punya keupayaan memimpin di saat ekonomi tidak stabil dan hutang negara mencecah ratusan bilion ringgit," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Saifuddin berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang mencadangkan  Ketua Umum KEADILAN itu bertanding di Parlimen Pekan.Setiusaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor itu turut menyifatkan cabaran itu bertujuan mengalih pandangan umum terhadap skandal penyelewengan pemimpin Umno yang didedah Pakatan Rakyat.

"Umno bankrap isu untuk dimainkan, terlalu banyak isu dasar yang diabai pemerintah sekarang dan terus menjerumuskan Malaysia ke arah kehancuran," katanya. ~kd



Iklan



Makam Nabi Dan Masjid Nabawi Akan Di Hancurkan Oleh Kerajaan Arab Saudi

Posted: 08 Nov 2012 03:04 AM PST

Pintu Makam Nabi
Makam Nabi Muhammad di Masjidil Nabawi, Madinah rencananya akan dihancurkan oleh pemerintah Kerajaan Arab Saudi, seperti dipetik daripada laman Fars News Agency, pada Isnin (29/10) lalu.

Pemerintah Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan tempat-tempat bersejarah Islam, termasuk Masjidil Nabawi menggunakan buldoser, termasuk di dalamnya adalah 3 masjid tertua di dunia.

Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mengembangkan projek pembesaran bernilai berbillion ringgit. Projek penghancuran Masjid Nabawi dijangka akan dimulakan pada bulan depan selepas musim Haji berakhir.

Di lokasi bersejarah tersebut, kerajaan Arab Saudi akan membangun kompleks terbesar di dunia yang mampu menampung 1.6 juta orang pada satu-satu masa. Raja Arab Saudi Raja Abdullah yang enggan mengekalkan warisan arkeologi paling suci bagi dunia Islam tersebut sudah mendorong kemarahan umat Islam.

Pengembangan Masjidil Nabawi ini akan dimulakan dibahagian barat masjid. Di bahagian ini, terdapat makam dua Khalifah yang juga merupakan sahabat Nabi, iaitu Khalifah Umar dan Khalifah Abu Bakar.

Pada tahun 2007, Kementerian Urusan Islam Kerajaan Arab Saudi menerbitkan risalah mengenai rencana penghancuran Masjidil Nabawi yang disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al-Sheikh.

Risalah tersebut menyiarkan rancangan penghancuran kubah masjid dan meratakan makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdulaziz al-Sheikh.

Masjid Nabawi
"Diamnya kaum Muslimin atas penghancuran Makkah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan terbesar," kata Irfan al-Alawi dari Yayasan Pemeliharaan Warisan Islam. Irfan al-Alawi sudah menghabiskan 10 tahun terakhir ini meneliti rancangan penghancuran Masjid Nabawi.


Sumber ~ Fars News Agency



Iklan



Speaker Dewan Rakyat Mengamuk..

Posted: 08 Nov 2012 12:11 AM PST


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan merupakan ahli parlimen.

Larangan lisan itu berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.

Beliau tidak berpuas hati dengan beberapa sidang media yang diadakan di situ antaranya pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz ada hubungkait dengan jutawan balak Michael Chia.

Pandikar turut menunjukkan gambar sidang media tersebut yang sepatutnya tidak diadakan di situ.

Menurutnya lagi, walaupun parlimen adalah kawasan larangan untuk orang awam tetapi budaya rakyat Malaysia yang meraikan tetamu menyebabkan pihaknya tidak begitu tegas memantau mereka yang mengadakan sidang media sebelum ini.

Katanya, amalan itu akan menjejaskan nama baik parlimen Malaysia jika ia diteruskan.

"Jika mereka datang, guna kemudahan itu, ia tidak dibenarkan sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Bagaimanapun Pandikar berkata orang luar yang hadir ke Parlimen dengan ditemani ahli parlimen masih dibenarkan mengadakan sidang media dengan syarat ia tidak diadakan di sudut itu.

"Kalau nak buat sidang akhbar boleh tapi berdirilah di penjuru yang tidak nampak perkara itu," katanya. ~mkini

Addin:

Speaker mengamuk kerana boss kena hentam dengan Pakatan Rakyat..




Iklan



Video Propaganda Gila Umno Fitnah Anwar Gay Tersebar..

Posted: 07 Nov 2012 10:41 PM PST


Jika Selasa yang lalu satu videoclip propaganda bodoh UMNO yang mendakwa Jika Pakatan Rakyat berkuasa dan mengambil alih negara kita MEREKA akan menjahanamkan Malaysia dalam masa 100 hari pertama pentabiran.

Ini pula adalah satu lagi video propaganda bodoh UMNO/BN dimana dalam video ini hero videoclip propaganda bodoh ini telah menuduh DS Anwar Ibrahim sebagai seorang 'Gay'.

"Tok Guru Nik Aziz dianggap sebagai seorang ulama, akan tetapi bagaimana beliau boleh terpengaruh dengan Anwar Gay, yang sanggup membenarkan para pengikutnya untuk memijak bendera kebangaan kita, iaitu bendera Malaysia"..

Lihat video di SINI.



Iklan



Najib Bakal Lari Lintang Pukang Dalam Parlimen 22 Nov Ni..

Posted: 07 Nov 2012 09:50 PM PST

KUALA LUMPUR - Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.

Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.

"Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.

"Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa," jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.

Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti. ~kd


Iklan



Rupanya Video Propaganda Bodoh Umno Sanjung Tugu Penjajah..

Posted: 07 Nov 2012 06:30 PM PST



Semalam MiLo SuaM ada menyiarkan sebuah video propaganda memburukkan Pakatan Rakyat. Pelakon di dalam video itu membayangkan kononnya negara yang telah dimajukan oleh Barisan Nasional selama 55 tahun akan jahanam dalam masa 100 hari pertama jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia klik sini [Video propaganda].

Cuba anda perhatikan latar belakang video tersebut baik-baik. Apakah monumen yang tersergam gagah di belakang pelakon tersebut? Bagi yang tidak tahu, ia adalah Tugu Peringatan. Terletak berhampiran dengan Tugu Negara di Kuala Lumpur.

Buat pengetahuan anda semua, itulah tugu yang selama ini memesongkan sejarah Malaysia. Itulah juga tugu yang selama ini digunakan oleh penjajah British untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dan juga memperbodohkan askar-askar Melayu setiap kali menjelang Hari Pahlawan.


Cuba lihat tulisan nama-nama pahlawan yang gugur terpahat pada Tugu Peringatan ini. Tiada satu pun nama orang Melayu, namun setiap kali Hari Pahlawan askar-askar Melayu akan berhimpun depan Tugu Peringatan ini kononnya untuk memperingati pejuang-pejuang yang telah terkorban klik sini [Tugu Peringatan].

Tarikh 1914 dan 1918 merupakan tarikh Perang Dunia Pertama, yang langsung tiada kaitan dengan Tanah Melayu. Apa rasionalnya rakyat Malaysia disuruh memperingati askar-askar British yang gugur pada Perang Dunia Pertama?


Lima puluh tahun lalu British menggunakan Tugu Negara ini untuk memperbodohkan orang Melayu supaya percaya bahawa askar British adalah pejuang Tanah Melayu.

Tahun ini, 2012 Umno melalui video ini menggunakan Tugu Negara untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan propaganda Pakatan Rakyat akan jahanamkan negara kah kah kah... ~milosuam




Iklan



Penjelasan UNHCR Berkenaan Aktiviti Warga Asing Di Stadium KLFA

Posted: 07 Nov 2012 04:43 PM PST


Segalanya bermula bila sorang pengguna Facebook,Shirley Gabriella mendedahkan, beliau terkejut apabila menyaksikan pada pukul 6:45am jumaat lalu ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium) untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Bagaimanapun menurut pihak UNHCR , mereka kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar.. Ini terjemahan kenyataan itu...

Kenyataan dari UNHCR Berkaitan Aktiviti di Stadium KLFA
7 Nov 2012

Pihak UNHCR kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar di Stadium KLFA di Cheras.

Pemohon suaka yang belum berdaftar itu terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar Muslim, dan Myanmar Tamil dari Myanmar.

Ini adalah sebahagian daripada proses berterusan pihak UNHCR untuk mengumpul maklumat tentang pemohon suaka yang tidak lagi berdaftar di Malaysia.

Pengumpulan data akan membantu pihak UNHCR dalam perancangan program masa hadapan, termasuk program pendaftaran di masa hadapan.

Bagi tujuan perancangan, UNHCR perlu tahu siapakah pemohon suaka yang belum berdaftar di negara ini, dan aktiviti pengumpulan data sebegini membantu kami mendapatkan maklumat ini.

Pihak UNHCR telah melakukan aktiviti ini buat komuniti Myanmar yang lain tahun lepas, dan kami telah merancang untuk melakukan aktiviti ini untuk tiga komuniti yang tersebut di atas, pada tahun ini.

Boleh percayake?.. Kalau Media luar negarapun boleh dibayar berpuluh juta RM untuk mereka cerita yang baik bagi memulihkan imej Najib.. pegawai-pegawai UNHCR ni... apalah sangat ...

cuba baca apa yang terpapar dalam printscreen di bawah berkenaan Pelarian Burma di Langkawi..


Ini pula perbualan King Jason dengan Dato Ahmad Kuah..



Lagi pendedahan mengenai Pelarian Burma di Langkawi yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh UMNO/BN sila baca di sini ( King Jason )


~asd




Iklan



Tiada ulasan: