Khamis, 8 November 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


ROCK YOU LIKE A HURRICANE...SHAM KAMIKAZE TURUN PERAK..

Posted: 07 Nov 2012 06:03 PM PST


           Sham Kamikazi seorang guitarist dan pencipta lagu terkenal tanah air dijangkakan akan mengadakan ceramah dan bersantai bersama peminat.Pada 9 hb November 2012.Beliau akan berada di Surau Bandar U Seri Iskandar untuk bersolat Maghrib.Pada pukul 9.30 beliau akan memberikan ceramah dan bersantai di Kampong Layang - Layang Kiri.Jom kita beramai ramai kesana.TBO akan membuat liputan berita..sila lah kesana...sana..sana...

Msinc- Sokong artis masuk Pakatan Rakyat.

Putar belit kenyataan Izzah, media Umno Dpersoalkan – Pengerusi Shura

Posted: 07 Nov 2012 04:28 PM PST


Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya.

Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir.

"Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka.

"Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama," katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama.

"Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar belit. Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak betul kerana isunya sekarang kebebasan agama.

"Murtad isu lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi kenapa media kaitkan isu ini pula," jelas beliau.

Abdul Ghani berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu membela agama, tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan rakyat.

"Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk burukkan Pakatan Rakyat," ujarnya.


http://www.keadilandaily.com/?p=39061

Nurul Izzah mahu saman,Asri bela Nurul Izzah..TBO Sokong..

Posted: 06 Nov 2012 04:21 PM PST

Tuesday, 06 November 2012 admin-s
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.43871.1335611924!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
(Sinar Harian) - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.
"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

"(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

"Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.

Nurul Izzah menerusi blog beliau, www.nurulizzah.com berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan lanjut yang diterima beliau ekoran kenyataannya di dalam forum "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.

"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

"Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."

"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," tulis beliau lagi.

Ekoran kenyataannya Nurul Izzah turut dikecam oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang yang menganggap beliau sebagai menggadai agama.

Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan seorang Islam seperti Nurul Izzah, sebaliknya beliau perlu mempertahankannya.

Asri bela Nurul Izzah

KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membela Nurul Izzah Anwar kerana berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama. Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.
"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.
"Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut.
"Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya dipetik dariSinar Harian Online.

Tok Sidang Mula Gelabah..Ada Yang Nak Tojon Tingkap...

Posted: 01 Nov 2012 06:30 AM PDT


                    Apabila banyak ramalan ramalan yang menyatakan bahawa Negeri Perak bakal ditawan kembali oleh Pakatan rakyat. Ianya telah melahirkan suatu kebimbangan yang tinggi dikalangan ketua-ketua kampung. Dilaporkan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Perak akan memenangi enam kerusi lebih dari BN bagi DUN. Selepas PRU 13,suatu perubahan sosio-politik besar besaran akan berlaku bila Pakatan Rakyat memerintah.Secara beransur ansur orang melayu yang dulu nya penyokong tegar Umno akan menyertai Pakatan Rakyat.Daerah Perak Tengah akan menjadi kubu kuat untuk PR.Pada PRU 14,PR tidak menghadapi masalah untuk menang di Perak,ini adalah keranasebab umno akan menjadi paling lemah sekali dalam sejarah partai tersebut Faktor kelemahan tersebut ialah masalah kewangan.Ini adalah kerana Umno telah hilang sumbangan sumbangan yang terpunca dari pemberian projek kepada kroni.Ini menjadikan sumber kewangan Umno menjadi minimum.Akibatnya segala aktiviti partai tersebut akan lumpuh.Umno mungkin akan memaksa ahli membayar sendiri yuran mereka.Kenaikan yuran ahli juga akan dipertimbangkan.Ahli umno yang selama ini digerakkan dengan kuasa wang tak boleh buat kerja.Akhirnya Umno akan dibiar usang oleh pengikut pengikut sendiri.Begitulah nasib yang akan menimpa parti yang dulunya dikatakan gemilang dan terbilang itu.

                      Berdasarkan pengalaman,ramalan dan pendapat pendapat,beberapa tok sidang di dalam DUN Bota sudah mula pasang angan-angan untuk melompat masuk Pakatan Rakyat sekira nya Perak ditawan.Antara sebab sebabnya,ada dikalangan mereka masih tidak puas lagi menjadi tok sidang. Sesetengahnya beranggapan bahawa tidak ada apa yang merugikan jika masuk Pakatan,orang Islam dan Melayu juga.Ada yang merasakan usia dia pun sudah tua,ada pencen pula. Jadi terus lajak sahaja kehadapan lagi pun masa dalam umno pun dia dapat banyak tanah.Jadi mereka hendak habiskan sisa hidup mereka kejalan yang menuju kebenaran dan keadilan.Ada yang merasa bersalah keatas perlakuan mereka yang menindas dan memberikan tekanan kepada orang PAS dan PKR.Sampai ketika manusia akan berubah apabila cahaya menyinari jalan yang gulap gulita.

Msinc Tbo-Berharap, apabila PR memerintah negeri, semua jawatan tok sidang akan dipertandingkan..jadi sapa sapa yang rasa berkelayaklan bolehlah bertanding..terbuka pada semua orang kg,..tak kira parti..kalau org umno pun yang disukai oleh org kg utk jadi tok sidang,ianya akan terima.PR tak mau jawatan tok sidang dimonopoli oleh parti pemerintah sahaja...apa apa pun kepada semua kawan kawan seperjuangan..teman berharap dapatlah semuanya membantu calon calon kita dalam PRU 13 nanti..Tingkatkan usaha anda,gerakkan jentera pilihan raya dengan penuh bijaksana.Kalau ada nak iklankan aktiviti atau ceramah boleh hantar ke email saya diatas. msinccom@yahoo.com

Tiada ulasan: