Rabu, 7 November 2012

shalehudin

shalehudin


Barack Obama catat sejarah... [BERGAMBAR]

Posted: 07 Nov 2012 11:00 AM PST

Barack Obama terlah berjaya untuk dipilih semula dalam pilihan raya jawatan Presiden Amerika.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menang dalam pilihan raya jawatan itu menewaskan pencabar dari Parti Republikan, Mitt Romney.

Obama mencatat sejarah sebagai calon Demokrat yang kedua selepas Bill Clinton berjaya mempertahankan jawatannya sejak era Perang Dunia Ke-2.

 

 
 
 
 
 

Beliau menewaskan calon dari Parti Republikan, Mitt Romney.


TERHOT: Ketua UMNO Di Sabah Murtad? Apa cerr...

Posted: 07 Nov 2012 08:10 AM PST




Pecah Berita! Ketua UMNO Murtad Di Sabah??

Kuala Lumpur - by @tiewnama

selama ini jika di sebut umno maka akan di ingat sebagai melayu, bila melayu akan di ingat sebagai islam, bila islam akan di ingat sebagai melayu kembali, itulah mentaliti sedari kecil yang telah di benamkan kedalam benak dan urat saraf anak muda melayu selama ini oleh sebuah kerajaan 'melayu' yang diberi gelaran oleh penjajah british iaitu umno baru.

umno adalah parti melayu terbesar dan terkuat dalam dunia penipuan dan penuh ke'islaman'. ketua bahagian umno yang beragama Kristian , ketua UMNO bahagian penampang, Datuk John Ambrose merupakan satu satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian yang sangat taat pada agamanya.

untuk menjadi pemimpin umno, seorang itu tidak semestinya melayu Islam, memadai jika mereka memegang status bumiputera, dan setelah di selidik oleh tim era pasca, terdapat lebih dari 400 ribu dari 3.3 juta warga kristian dalam parti umno selama ini, apakah mungkin suatu hari nanti umno akan dipimpin oleh bukan islam?

segalanya adalah kemungkinan, bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU? nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat umno kerana john ambrose ini bukan melayu tetapi tidak di ketahui bangsa apakah beliau, mungkin bangsa filipina agaknya.

jika dirujuk pada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) sebagai seorang yang beragama Islam sama ada ahlul sunnah wah jemaah, syiah, wahabi, salafi atau apa saja.

arakian mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. seorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka berada di Persekutuan atau di Singapura.

menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu. Bagaimana umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan menjadi pemimpin parti keris yang hampir menyembah bumi ini?

perkara beginilah yang sangat merunsingkan hasan ali mengenai status umno yang bakal di kristiankan, anda juga pasti tahu hasan ali pasti tidak akan dapat menerima hakikat ini kerana umum tahu hasan ali mengidamkan kerusi empuk menteri besar selangor.

by @tiewnama - Anak muda - apa pandangan dato hasan ali mengenai umno bakal di kristiankan?
Hasan ali - saya tak nak jawab, tanya ibrahim ali. kahkahkahkahkah


Ini buktinya Nurul bakal jadi Orang Kaya Baru...

Posted: 07 Nov 2012 07:15 AM PST



BERAPA JUTA AGAKNYA NURUL AKAN DI BAYAR GANTI RUGI OLEH UTUSAN

Inilah dia akhbar penjilat no satu Umno, Utusan Meloya kaki spin yang telah secara sengaja mengapi-apikan suasana dengan mengelirukan rakyat dari ucapan Nurul Izzah itu. Maklum la kan, PRU dah dekat dah neh...



INILAH MAKSUD NURUL YANG SEBENAR SEPERTI HURAIAN DR.MAZA TUH... AMACAM???


GAMBAR Perdana Menteri jadi imam solat...

Posted: 06 Nov 2012 11:46 PM PST


Terbaikkk!!!
Inilah bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7 jadi tok imam solat berjemaah...
Errr... Najib ada berani ka nak duk depan camnih...

Hehehe...


GAMBAR Nurul berpakaian paderi mula disebar...

Posted: 06 Nov 2012 07:33 PM PST

Tak kira la punya suka depa terutama sekali blog-blog pro Umno...

Hanya berbekalkan tajuk yang telah dispinkan oleh akhbar penjilat buntot Umno no satu, Utusan Meloya... maka berbondong-bondong sakan puak-puak macai Umno neh pakat hentam Nurul Izzah dalam posting mereka... Hinggakan kata-kata Berahim Ali pun dah dianggap keramat dan dijadikan tajuk utama...

Kahkahkah...

Bengong sungguh. Dan paling tak tahan tuh siap ngan tolong photoshop dan sebarkan muka Nurul Izzah berpakaian paderi wanita lagi... hadoiihh....

Tapi, aku tentunya lebih tertarik dengan singgungan Tok Guru Nik Aziz kepada laporan Utusan Malaysia mengenai kenyataan Nurul Izzah Anwar, berkaitan kebebasan beragama:
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat."


Gambar Aamir Khan bawa ibu tunai haji...

Posted: 06 Nov 2012 03:29 PM PST



Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain selamat kembali ke India pada Jumaat lalu selepas selesai mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita examiner.com kelmarin.


Aamir dan Zeenat dilihat tiba di sebuah lapangan terbang di sini bersama enam pengawal peribadi aktor itu.

Pelakon yang mempunyai ramai peminat itu pernah berjanji untuk membawa ibunya mengerjakan haji.

Mereka berangkat ke Mekah pada 19 Oktober lalu selepas selesai pelancaran lagu untuk filem terbaharunya, Talaash.

Ia merupakan ibadah haji yang pertama pelakon tersebut.

Aamir merupakan salah seorang pelakon paling popular Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots. – Agensi


Pemandu kereta jenazah maut kena petir

Posted: 06 Nov 2012 12:00 PM PST

Pemandu kereta jenazah maut dipanah petir

Seorang pemandu kereta jenazah mati dipanah petir di sebuah tanah perkuburan dekat Kota Kinabalu hari ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian itu berlaku semasa Daniel Rodie, 34, berlindung daripada hujan di sebuah pondok di Tanah Perkuburan Taman Century, Luyang.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 petang selepas mangsa selesai menghantar mayat untuk dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.
"Polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.25 petang," katanya dalam kenyataan.
Jauteh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. - Bernama


Tiada ulasan: