Addin |
- Bukti Bergambar.. Umno BN Bakal Bungkus Di Selangor
- Putar Belit Kenyataan Nurul Izzah, Media Umno Gila - Pengerusi Shura
- 433 Pengundi Ghaib Dari Daftar Pemilih SPR
- Gambar Perdana Menteri Jadi Imam Solat
- Video Kenyataan Kontroversi Nurul Izzah Tersebar..
- Kantoi!! The Sun Dedah Kohilan Dan 3 Ahli MIC Sokong Projek Kondo Batu Caves
- Tanda-Tanda Awal Prof. Aziz Bari Bakal Tawan Kerusi Sabak Bernam
- Keputusan Terkini Pilihanraya Presiden AS
- Panas!! Sebenarnya Projek IC Di Stadium KLFA Operasi 24 Jam Sehingga 9 Nov?
Bukti Bergambar.. Umno BN Bakal Bungkus Di Selangor Posted: 07 Nov 2012 08:11 AM PST SELAYANG - Antara petanda sesebuah parti itu akan kalah adalah apabila syiarnya tidak ada atau kawasan kuatnya sudah berjaya ditembusi. Atau, kawasan yang selama ini tidak ada pihak yang berani kacau sudah berubah haluan. Itulah yang berlaku di sebuah flat di Selayang, Selangor. Selama ini, hanya bendera BN dan Umno sahaja berani diletakkan, namun kini flat ini penuh dengan bendera PKR yang akan menentang BN di kawasan ini. Penghuni flat tersebut sudah tidak gentar dan cuak menunjukkan parti mana meraka sokong secara terbuka. Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Dulu kalau dirumah pangsa @ flat, rata-rata hanya bendera Umno/BN saja yang berkibar, namun kini, ianya sudah jauh berubah. Rakyat sudah maukan perubahan kerajaan berlaku dalam negara ini. Adakah ini salah satu punca, Datuk Seri Najib Razak masih keberatan untuk membubarkan parlimen? Sudah diketahui umum, dulu kebanyakkan penghuni rumah pangsa @ Flat adalah penyokong kuat Umno/BN namun kedudukkan itu sudah berubah. ~harakahdaily |
Putar Belit Kenyataan Nurul Izzah, Media Umno Gila - Pengerusi Shura Posted: 07 Nov 2012 06:37 AM PST Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya. Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir. "Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka. "Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama," katanya ketika dihubungi. Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama. "Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar belit. Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak betul kerana isunya sekarang kebebasan agama. "Murtad isu lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi kenapa media kaitkan isu ini pula," jelas beliau. Abdul Ghani berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu membela agama, tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan rakyat. "Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk burukkan Pakatan Rakyat," ujarnya. ~kd |
433 Pengundi Ghaib Dari Daftar Pemilih SPR Posted: 07 Nov 2012 06:12 AM PST KUALA LUMPUR - KEADILAN hari ini membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun. Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR. "RDPT merupakan 'audit trail' di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh 'tally' jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini. "Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian. SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu," kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali. Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT. "Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut. "Terdapat 40,000 nama di seluruh negara. Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan. "Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini," katanya dipetik Media Selangorku. Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan. "Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama. "Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos," sambungnya. Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan. Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. ~kd |
Gambar Perdana Menteri Jadi Imam Solat Posted: 07 Nov 2012 05:51 AM PST |
Video Kenyataan Kontroversi Nurul Izzah Tersebar.. Posted: 06 Nov 2012 11:17 PM PST Ini video nya. Video yang dikatakan Nurul Izzah sokong murtad. Dan sokong LGBT. Aku dah tengok 3 kali. In order untuk mendapatkan kenyataan yang betul dan memahami apa sebenarnya yang Nurul Izzah cuba gambarkan. Aku tak nampak apa2 kenyataan yang Nurul Izzah cakapkan tue salah. Apa yang salah bila nurul izzah cakap bahawa sesiapa pun berhak menyuarakan apa2 yang dia rasa seiringan dengan peraturan dalam perlembagaan negara? Apa yang salahnya bila nurul izzah cakap bahawa islam bukan agama yang suka mencerobohi privacy orang? Apa yang salahnya bila nurul izzah cakap bahawa sesiapa pun berhak mempercayai dan mengamalkan apa2 kepercayaan yang mereka yakini? Semua ini sesuai dan bahkan tertakluk dalam perlembagaan. Apa yang nurul izzah sampaikan itu sebenarnya seiringan dengan apa yang terdapat dalam undang2 negara. Nurul Izzah tidak bercakap luar context or mencabar apa2 undang2 dan perlembagaan. Jika sesiapa tidak boleh menerima kenyataan nurul izzah maka kepada perlembagaan la dia ubah. Bukan pemikiran nurul izzah mahupun pemikiran aku. Kerana kami bercakap apa yang wujud dalam perlembagaan negara. Lihat video di SINI. ~asd |
Kantoi!! The Sun Dedah Kohilan Dan 3 Ahli MIC Sokong Projek Kondo Batu Caves Posted: 06 Nov 2012 10:38 PM PST PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC. Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007. Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini. MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu. Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu. Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya. Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat. ~mpr |
Tanda-Tanda Awal Prof. Aziz Bari Bakal Tawan Kerusi Sabak Bernam Posted: 06 Nov 2012 10:00 PM PST SABAK BERNAM - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari mampu tumbangkan BN di Sabak Bernam pada pilihan raya umum (PRU) nanti sekaligus membela rakyat kawasan itu. "Saya yakin, Aziz Bari dari kalangan orang yang baik, bijak dan mampu menjadi Ahli Parlimen yang baik di Dewan Rakyat dan kepada rakyat di sini," katanya di hadapan lebih 2,000 penyokong yang setia menunggu dalam hujan lebat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, di sini, malam tadi. Turut menyatakan sokongan, Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin. "Aziz merupakan pakar perlembagaan, sanggup melepaskan jawatan profesionalnya demi bersama-sama rakyat, menentang penindasan dan ketidakadilan," katanya. Ahli Parlimen Sabak Bernam sebelum ini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Bakri dari Barisan Nasional. Pada Oktober lalu, Abdul Rahman dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 kerana didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas. Aziz pula merupakan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee. Anak jati Sabak Bernam itu adalah ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi. Pada 19 Oktober tahun lalu, Aziz menerima surat tunjuk sebab oleh unit undang-undang universiti itu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). ~kd |
Keputusan Terkini Pilihanraya Presiden AS Posted: 06 Nov 2012 07:18 PM PST Setakat jam 9 malam tadi waktu Timur (EST) (9 pagi waktu Malaysia), keputusan terkini adalah seperti berikut: 1) Vermont 2) Colorado 3) Kansas 4) Indiana 5) North Dakota 6) Montana 7) Oaklahoma 8) Tennessee 9) Alabama 10) Louisiana 11) Mississippi 12) Minnesota Mitt Romeny (Republikan) menang di: 1) Oregon 2) New York 3) Texas 4) Arizona 5) Nevada 6) Wyoming 7) Arkansas 8) Illinois 9) Kentucky 10) New Hampshire 11) Pennsylvania Lima negeri lain termasuk negeri penting, California masih berstatus "terlalu rapat" atau "too close to call" dan dijangka keputusannya akan diketahui dalam tempoh sejam. Obama memperolehi undi popular sebanyak 7,529,074 undi atau 47 peratus manakala Romney pula memperolehi 8,261,202 undi atau 52 peratus. Dari segi undi kolej (EC) pula, Obama memperolehi 84 berbanding Romney 82. Sejumlah 270 EC diperlukan untuk memerintah Rumah Putih. Lagi keputusan lanjut menyusul. |
Panas!! Sebenarnya Projek IC Di Stadium KLFA Operasi 24 Jam Sehingga 9 Nov? Posted: 06 Nov 2012 06:09 PM PST Apa yang terdesak sangat sampai buka operasi 24jam? Mendaftarkan PATI atau projek memberi IC? menurut penama bernama Muhammad Bin Kamarulaziziz, mereka membuka operasi selama 24 jam mendaftar PATI iaitu pelarian UNHCR yang meragukan.. Kedapatan PATI yang bukan dari UNHCR iaitu Burma yang datang secara haram,Kemudian di beri kad UNHCR dan apa proses seterusnya? adakah mereka di beri IC seperti Burma2 yang dah dapat IC? Adakah korang percaya 100% aktiviti ini BERSIH dari sebarang aktiviti yang meragukan? apa kata letak 20 orang PR sebagai pemerhati? ada berani?Program habis pada 9 Hb nih.. So masih ada masa untuk pemimpin2 PR hantar wakil untuk memantaw sebarang aktiviti mereka !!! Boleh buat seperti yang di cadangkan? aktivis bersih yang siap buat demo besar besar ni ada tak nak highligt isu nih? bukankah ni masanya untuk korang serbu ? Baca isu sebelumnya di [sini]. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan