Jumaat, 30 November 2012

shalehudin

shalehudin


PRIA Ameno yang terpopular di Indonesia...

Posted: 30 Nov 2012 10:30 AM PST

Kes menteri rogol amah dilapor ke SPRM

KUALA LUMPUR 28 November: Kes pemerkosaan bekas pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan yang akan dibuat dalam masa terdekat itu termasuk rasuah dan ugutan bagi menutup kes tersebut.
"Sehingga kini kita masih menunggu perkembangan dari pihak Kedutaan Besar Indonesia. Jika tidak ada sebarang reaksi untuk memulakan siasatan, kita akan ke SPRM untuk membuat laporan selanjutnya Disember ini.
"Jingga 13 merasakan kes ini perlu disiasat kerana ia melibatkan kepimpinan tertinggi negara," katanya ketika dihubungi.
22 November lalu, Jingga 13 menyerahkan laporan permohonan penyiasatan kes itu dan tindakan undang-undang kepada Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Ampang.

Laporan itu diterima kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk pihak berkuasa Indonesia membuka siasatan.

Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar mengesahkan perkara itu.

Menurut Fariz, pihaknya mengesyaki ugutan terhadap Robengah hingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga terancam.
"Robengah sendiri menyatakan beliau diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau daripada membicarakan perkara ini," tegas Fariz.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa bekas majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.- KD


Ini buktinya orang dalam Umno sendiri nak jatuhkan Najib...

Posted: 30 Nov 2012 06:25 AM PST

KUALA LUMPUR 29 November: KEADILAN percaya kenyataan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan berhubung peranannya dalam akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) didorong oleh tekanan pihak Umno yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak menolak kemungkinan kempen memburukkan imej Najib itu sengaja diatur sempena Perhimpunan Agung Umno.
"Kemungkinan besar (ia berlaku) memandangkan wawancara dibuat ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Lagipun Deepak sejak dahulu bukanlah bersama kita," katanya ketika dihubungi.
Menurut Shamsul, ia dikuatkan lagi apabila Presiden Umno ketika taklimatnya dalam perhimpunan itu meminta ahli Umno bersatu dan tidak mengkhianati parti.
"Ini menunjukkan wujud perpecahan dan perebutan kuasa dalam Umno," katanya.
Deepak yang juga kawan baik Rosmah Mansor dalam wawancara Malaysiakini menyatakan kekesalannya ekoran terlibat dalam mengaturkan akuan bersumpah (SD) kedua Bala.

Antara lain, Deepak mendedahkan, SD kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Bala, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaaribuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Memetik wawancara sama, Deepak turut mengaku membayar sejumlah wang kepada keluarga Najib pada 2007 agar Najib, Menteri Pertahanan ketika itu campur tangan bagi membolehkan beliau mengambil bahagian dalam satu projek kementerian itu.

Mengulas kenyataan tersebut, Shamsul menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas dan menilai pendedahan Deepak dengan bertanggungjawab.
"Polis perlu ambil sikap tegas. Panggil Deepak ambil keterangan beliau dan minta maklumat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang buat siasatan sebelum ini," kata Shamsul.
12 April 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan SPRM mengambil keterangan Deepak dan adik Najib, Datuk Nazim Razak berkenaan akuan bersumpah Bala itu.

Bala sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai 2009 muncul di ibu pejabat KEADILAN dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Najib (waktu itu Timbalan Perdana Menteri) dengan Altantuya.

Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara bersama keluarga.

Beliau juga pernah mendakwa keluarga Perdana Menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Bala mendakwa bahawa Deepak memainkan peranan dalam menggesa penyiasat persendirian itu supaya menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri.

Malah beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim bagi menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.- KD


Jasa Ameno? Nah amek kaw...

Posted: 30 Nov 2012 02:57 AM PST



UMNO YANG KARAM !......

Kenanglah jasa Umno bersama keburukannya,,,

Dalam suasana PRU yang semakin dekat , pagi tadi Rabu 28/11/2012 RTM ada menyiarkan wawancara khas dengan seorang veteran Umno dari Pahang (bekas menteri) berhubung dengan perlunya orang Melayu bersatu dan menyokong kembali Umno. Jangan begitu mudah melupakan Umno,, hargailah jasa Umno,,,, katanya.

Seruan begini biasa sangat kita dengar dari mulut-mulut pemimpin Umno khasnya mereka yang masih belum sedar betapa banyaknya kedurjanaan yang telah dilakukan Umno terhadap orang Melayu . Mereka tak jemu-jemu meminta orang Melayu supaya berterima kasih dan menghargai jasa Umno kepada orang Melayu selama ini. Memang benar dan tidak dinafikan parti Umno ada berjasa kepada orang Melayu, tetapi pemimpin Umno juga wajib mengakui semasa mereka memerintah mereka terlalu banyak menyalahgunakan kuasa. Kuasa diguna sewenang-wenangnya!

Ini adalah diantara keburukan dan kecurangan pemimpin Umno selama 55 tahun memerinyah. Mereka terus ghairah dalam penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Mereka begitu mesra dengan budaya rasuah. Mereka bersikap tamak dan rakus,, dan akhirnya mereka berlumba-lumba mengumpul kekayaan untuk diri dan kroni, tanpa mengira halal haram. Ada yang sanggup menggadai hak keistimewaan dan kepentingan bangsa Melayu termasuk menghakis tanah rezab Melayu dan mengikis saham yang diperuntukkan kepada Melayu & bumiputra. Dan menambah buruknya lagi Umno ini,,, agama Islam mereka peralat untuk kepentingan parti dan dalam masa yang sama ada hukum-hakam Islam yang mereka perlekeh,,, jauh sekali untuk memertabatkannya. Secara amnya,, itulah intipati keburukan parti Umno.

Justeru soal terima kasih dan menghargai jasa Umno bukanlah isu. Memang wajar pun orang Melayu berterima kasih, tetapi setelah melihat seribu satu macam penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah wajarkah orang Melayu menyokong dan memilih Umno sekali lagi? Di kesempatan terbaik dan adanya pilihan terbaik ketika ini, jangan salahkan orang Melayu kalau mereka menyokong Pakatan Rakyat. Orang-orang Umno juga seharus sudah insaf. Larilah meninggalkan Umno. Melayu tak akan mati tanpa Umno !!

Oleh : rahimothman


Masyaallah!! Tak baik dok biaq depa nganga lama2... kahkahkah...

Posted: 30 Nov 2012 01:37 AM PST

Desak Tangkap Hishamuddin Hussein

Oleh MSO

Pendedahan bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.

Pendedahan itu tidak boleh dianggap satu pengkhiantan tetapi maklumat yang wajar didedahkan kerana persidangan Umno yang dalam rangka memperkuatkan partinya untuk menang patut menanganinya bagi menjaga maruah dai air muka kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin kanan mereka.

Sekiranya dakwaan Musa itu benar, perbuatan Hihamuddin itu sesuatu yang mencemarkan integriti kerajaan UBN dan menjatuhkan maruah kerajaan itu dimuka dunia. Hishamuddin ialah salah seoran naib presidedn Umno dan sepupu kepada Najib Razak.

Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petalin Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya campur tangan berberntuk arahan dibuat oleh Hihsmuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada Hishamuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya. Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontreks sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.

Sangat elok kalau para perwakilan Umno membangkitkan soal tindakan Hishmuddin itu kerana ia jelas melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan Akta Polis. Sepatutnya Ngo seperti Perkasa(m), Jaringan Melayu dan sebagainya membuat laporan polis dan kepada SPRM apa yang berlaku itu.

Perwakilan Umno yang mengakui partinya sebagai sebuah parti yang telus, berjuang untuk bangsa dan negara tidak boleh mendiamkan perkara ini. Ahli Umno jangan berani dan tahu menunding jari kepada pihak lain saja tetapi hendaklah berani mengambil tindakan sama kepada pemimpin dan ahlinya sendiri.

Kalaupun tidak ada yang berani untuk mendesak Hishmuddin ditangkap tetapi kenalah ada seorang dua yang mendesak ditubuhkan jawatankuasa siasatan khas mengenai dakwaan Musa Hassan itu. Adalah malang lagi kalau campur tangan dimaksukan Musa itu melibatkan soal keselamatan negara misalnya seperti melindung penjenayah negara,

Dalam pada itu Musa Hassan hendaknya tidak setakat memberi maklumat itu, sebaliknya perlu mendedahkan seberapa banyak kesalahan, kes-kes kacau ganggu polis di raja semasa beliau menjadi ketuanya. Hanya mendedahkan itu untuk menjustifikasikan kenapa beliau tidak disambung kontres kurang menyengat.

Pendedahan Musa itu juga sesuatu yang mengejutkan dan membuka isu baru dalam pasukan polis di raja Malayisa yang sering dilemparkan sebagai komponen BN yang ke, 17 selepas SPR (15) dan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN 16).


Speaker dewan TIBAI sapa pulak dah neh... hehe...

Posted: 29 Nov 2012 11:41 PM PST

Monyet jatuh masih dipanggil monyet, tapi menteri jatuh…

KUALA LUMPUR: Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) yang bermula 24 Sept lalu telah melabuhkan tirainya dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar).

Beliau dengan nada lembut, menceritakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau menjadi Speaker Dewan Rakyat.
"Semasa upacara angkat sumpah, saya ada tegur seorang ahli parlimen yang tidak angkat tangan. Waktu itu saya tidak tahu bahawa beliau tidak boleh angkat tangan.
"Saya mohon maaf kepada Bukit Gelugor, lewat itu baru saya tahu beliau tidak boleh angkat tangan," katanya sambil memandang ke kerusi Bukit Gelugor.
Beliau juga berkongsi cerita yang pernah diceritakan oleh salah seorang ahli parlimen bahawa hidup seorang ahli politik lebih teruk dari monyet.
"MP itu beritahu saya, kalau monyet jatuh dari setinggi mana pun, di bumi mana pun ia masih dipanggil monyet.
"Tetapi bila seorang menteri jatuh dari kegemilangannya, tidak lagi dipanggil menteri dan YB lagi.
"Jadi fikir-fikirkanlah. Saya pun tidak tahu saya akan jadi pengerusi mesyuarat ini lagi selepas ini," ujarnya.
Di akhir ucapannya itu, Pandikar Amin sempat berseloroh apabila menyifatkan ahli parlimen yang berucap 'berapi-api' untuk meminta dicalonkan semula dalam PRU nanti.
"Sewaktu berbahas ada yang berapi-api ini mungkin minta untuk dicalonkan balik," katanya diikuti ketawa para ahli parlimen.
Namun, beliau berharap ahli parlimen yang sedia ada ini menjadikan pengalaman persidangan parlimen ke-12 sebagai panduan dan tidak lupa untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli parlimen baru yang dilantik selepas ini.

Turut memberi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pandikar Amin Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli bagi mewakili Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron dan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.- Harakahdaily


Ca kencing dalam termpurung, tengok muka sendiri... AMACAM?

Posted: 29 Nov 2012 08:02 PM PST

SIAPA RAHIM THAMBY CHIK NAK TEGUR PAS?

Siapa tidak kenal Rahim Thamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno. Semua orang tahu latarbelakang beliau.

Tiba-tiba semalam tanpa rasa malu dan segan 'Mamat' hendak memberi nasihat kepada Pas. Cermin diri dululah wahai Rahim. Bila pula engkau jadi alim dan lebai ini. Semua orang tahu siapa engkau sebenarnya.

Semalam 'Mamat' ini mencabar Pas supaya menukar perlembagaan parti itu berikutan tindakan sesetengah pimpinan dan ahli parti yang mendoakan kehancuran Umno, baru-baru ini.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, itu menyifatkan parti itu tidak faham sejarah negara apabila tergamak melabelkan kehancuran Umno yang juga saudara seislam.
"Jika satu masa dulu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri dapat melihat dengan jelas Pas ikhlas memperjuangkan negara serta kepimpinan Islam, namun kebelakangan ini perjuangan asas itu sudah hilang.
"Sekarang ini timbul pula isu berdoa untuk menghancurkan orang Islam Umno, sedangkan mereka ini tidak faham sejarah negara. Jika dilihat kembali sejarah, 55 tahun dulu perjuangan agama ini sudah diasaskan oleh Umno," katanya di Kuala Terengganu.
Jangan hendak tunjuk hebatlah wahai Rahim, selesaikan dahulu isu-isu lama dan isu kontroversi lain yang masih terpalit di badan engko tu.

Beliau turut menyifatkan Pas sebagai robot di dalam pakatan pembangkang, yang mana kewujudan parti terbabit hanya dipergunakan oleh parti pembangkang lain bagi kepentingan masing-masing.


Gambar Ust Reezal Merican dikelilingi bidadari tersebar

Posted: 29 Nov 2012 06:57 PM PST

Woww!!
UMNO chosen by god...

Fuyoo!!

"Allah pilih UMNO untuk diberi kuasa dan amanah"
- Dato Seri Reezal Merican Naina Merican
- Ketua penerangan pemuda Umno
- PAU 2012,
- @PWTC
- 29 Nov 2012


Tu diaa!! Transformasi Najib, baru kami tau... kahkahkah...

Posted: 29 Nov 2012 03:36 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis memperkenalkan buku hasil karyanya yang memperincikan kewajaran setiap transformasi yang dilaksana kerajaan.



Buku setebal 249 muka surat itu yang bertajuk 'Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITMB).

Buku itu yang disunting oleh Prof Datuk Khairil Annas Jusoh dan Datuk Mazri Muhammad dijual pada harga RM32 di Semenanjung dan RM37 di Sabah dan Sarawak kini boleh didapati di pasaran. - BERNAMA



Najib memperkenalkan buku tulisannya 'Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat' kepada para hadirin sejurus keluar dari Dewan Merdeka selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis. - foto The Star


Tiada ulasan: