Jumaat, 30 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ulama Muda UMNO kata tiada Jihad di Palestine dan boikot barangan Yahudi kerja sia-sia (Video Inside)

Posted: 30 Nov 2012 05:04 AM PST


Aku huraikan dulu apa yang Ustaz Idris Sulaiman, Ulama Muda UMNO ini cuba sampaikan..

1. Tiada jihad di palestine sebab kekuatan tak balance. Kalau kita nak serang orang, kekuatan kita kena dua kali ganda dari orang yang kita ingin perangi.

2, Tidak guna berjihad sebab tiada persediaan dari segi ketenteraan, senjata, persediaan rohani [akidah] dan persediaan zahir.

3. Salah boikot perniagaan yahudi kerana barangan yang dijual itu halal, bukan haram.

4. Tidak salah menjalankan perniagaan dengan yahudi kerana Rasul Allah pun melakukan urusniaga dengan yahudi. Asalkan dalam perkara2 yang halal.

5. Boikot dilakukan secara tidak konsisten dan sekejap2. Tidak ada kesan.

6. Menganiaya orang2 islam yang berkerja di syarikat2 yahudi kerana menjejaskan pendapatan mereka.

7. Cadangan nak boikot barangan halal tidak kena dengan caranya. Itu namanya dia kebodohan. Sebab tak kena cara.

8. Cara yang terbaik untuk memerangi musuh2 islam ialah kena bersedia dengan segala dengan apa yang kita mampu.

9. Palestine kena keluar dari palestine sebab Rasulullah S.A.W. keluar dari Mekah.

10. Pandangan ini didokong oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani - ulama hadis zaman kini secara terus terang mengatakan bahawa umat palestine perlu keluar dari palestine untuk mengatur strategi.

11. Dan pandangan ini disokong dan diangkat oleh Ustaz Idris Sulaiman.

12. Orang2 yang menasihat orang2 palestine suruh berjihad dan dia duduk rumah goyang kaki sebenarnya bukan bagi nasihat sebaliknya merosakkan umat palestine. Asas kepada alasan ini ialah kata ustaz, umat palestine tak mampu berjihad. ~ Sos Cili

Ini videonya..

  

Ini komen Dr. Maza..

Harga Saham FGV jatuh sebab Pakatan Rakyat jahat kata Ahmad Maslan..

Posted: 30 Nov 2012 03:43 AM PST


Apa yang menyerlahkan kebodohan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga ketua penerangan UMNO ini ialah apabila beliau berkata laporan negative adalah punca harga saham FGV terus menjunam..

Ini kerana selain FGV, Lynas yang beroperasi di Gebeng juga mendapat laporan-laporan yang negative mengenai operasinya tetapi biarpun begitu Saham Lynas meningkat A5.5 sen atau 8.73 peratus kepada A68.5 sen.

Harga saham Lynas Corporation melonjak selepas syarikat itu menyatakan yang konsentrat bumi nadir telahpun tiba untuk pemprosesan di kilangnya di Gebeng, Kuantan.

Laporan berkaitan..

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh.

"Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga.

"...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini.

"Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung kemerosotan harga sahamyang dibangkitkan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.

Malaysiakini pada 12 November lalu melaporkan saham FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraian RM4.55 ke paras RM4.53.

Pada hari ini, harga saham berkenaan hari ini susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan untuk FGV.

Laporan Bernama hari ini memetik kenyataan seorang penganalisis yang berkata unjuran keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian.

Menurut penganalisis itu lagi, FGVH juga mungkin berhadapan dengan masalah pokok sawit tua - sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawitnya.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad ketika mengulas mengenai trend penurunan harga berkenaan pada pertengahan Oktober lalu berkata perkara itu hanyalah sementara kerana ia bergantung kepada harga pasaran komoditi sawit dunia.

Isa berkata situasi berkenaan "tidak membimbangkan" dan yakin harga saham tersebut akan meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna ~ Malaysiakini

PANAS!! Video Najib dan UMNO sokong regime zalim Bashar Al-Assad didedah!!

Posted: 30 Nov 2012 12:30 AM PST

 
17 November lalu, media-media yang ditunggang UMNO melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.

Dalam panggilan telefon selama 15 minit itu, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza.

Ternyata kini apa yang dilaporkan itu hanyalah propagnda murahan UMNO untuk menggilap imej Najib..

Ini kerana dalam satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah jelas dinyatakan pihak mana yang disokong oleh Kerajaan UMNO.

Dalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan, yg menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria.

Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir.

Majlis diadakan pada 27 november 2012, di dewan Abu Nagah, U. Mansoura, Mesir.

(Yang berucap dalam video ini ialah :ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM))

PKR bohong kononnya Kerajaan UMNO/BN terlibat lobi sokongan Israel yaa.. Ini dokumen apa?

Posted: 29 Nov 2012 04:30 PM PST


Tentu ramai yang dah lupa dengan laporan yang disiarkan oleh Bernama pada 31 Mac 2012 yang lalu dengan tajuk "MGA Kata PKR Salah Dakwa Kerajaan Terlibat Dapatkan Sokongan Israel Jadi Presiden IGU".

Kononnya Isu yang ditimbulkan oleh Parti Keadilan Rakyat yang menunjukkan penglibatan kerajaan mendapatkan sokongan Israel di dalam usaha Persatuan Gas Malaysia (MGA) menjadi presiden Kesatuan Gas Antarabangsa sebagai salah, mengelirukan dan malah tidak betul.

Ini kerana kononnya juga sejauh pengetahuan MGA, tiada calon dari Israel telah mendaftar bagi menghadiri Persidangan Gas Sedunia ke-25 yang dijadual diadakan selama lima hari bermula 4 Jun, 2012, kata persatuan itu.

Walaupun aku pernah menyiarkan bukti yang mengatakan MGA telah berbohong dalam hal ini dulu (lihat di SINI).. kali ini aku dah dibekalkan dengan lebih banyak dokumen oleh Koordinator Jingga 13, Cikgu Fariz Musa.

Ini adalah kenyataan dari MGA.. korang baca dulu sampai habis.. (sila klik pada semua image untuk paparan lebih jelas..)


Kesimpulan dari laporan oleh Bernama itu ialah  Parti Keadilan Rakyat bohong..

Bohong atau tidak? sila baca semua dokumen yang disiarkan bersama kenyataan media di bawah ini..

**************************************

Pada 29 Mac 2012, Parti Keadilan Rakyat telah membuat pendedahan dalam sidang akhbar di lobi Parlimen mengenai rayuan Malaysia melalui Persatuan Gas Malaysia (MGA) untuk mendapatkan sokongan dan bantuan Israel bagi membantu Malaysia memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (WGC) 2012 di Kuala Lumpur.

Petronas yang bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri telah mencalonkan Datuk Abdul Rahim Hj Hashim, iaitu Naib Presiden, Urusniaga Gas PETRONAS yang juga Presiden MGA sebagai Presiden IGU sessi 2009-2012 .

Surat pencalonan bertarikh 23 Februari 2005 kepada sekretariat IGU di Copenhagen, Denmark ditandatangan oleh Tan Sri Mohd Hassan Merican, Presiden PETRONAS ketika itu di mana Petronas juga telah memberi akujanji kepada badan IGU untuk membiayai segala perbelanjaan bagi menjayakan penganjuran Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur sekiranya Malaysia berjaya.


Petronas mengakui saingan sengit dari Rusia untuk memenangi pemilihan kerana pencalonan Russia telah mendapat sokongan secara bertulis terlebih awal dari Negara-negara blok Eropah seperti Denmark, Perancis, Norway, Germany dan Poland yang merupakan pendokong aktif dalam organisasi IGU sedangkan Malaysia mendapat sokongan dari Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Mesir.

Fokus kempen Malaysia hanya bertumpu kepada Negara blok Asia, Afrika dan Timur Tengah sahaja yang merangkumi lebih kurang 50 peratus daripada 66 perwakilan yang layak mengundi sekiranya mereka hadir di mesyuarat pemilihan.

Petronas di dalam surat ke Wisma Putra pada 22 Ogos 2005 mengakui persaingan untuk pemilihan Presiden IGU & WGC 2012 adalah sengit, dan meminta bantuan Wisma Putra melalui kedutaan mereka membantu dalam kempen ini khususnya negara (yang di kenalpasti oleh Petronas terlebih dahulu) dari blok Asia, Afrika dan Timur Tengah.


Petronas/MGA/Malaysia menghadapi saat getir apabila menjelang mesyuarat pemilihan dan pada saat akhir masih ramai peserta (yang di jangka menyokong Malaysia) tidak mendaftar untuk menghadiri mesyuarat pemilihan di Tianjin, China pada 16 Oktober 2005.

Berdasarkan situasi ini, pilihan yang ada ialah mendapatkan sokongan dan bantuan dari Israel yang di anggap penting bagi Malaysia/Petronas/MGA kerana mereka dapat mempengaruhi wakil dari blok Eropah melalui kedutaan mereka di kebanyakan negara berkenaan.

Kesempatan untuk meminta bantuan Israel di ambil oleh MGA dengan 'response' kepada surat bertarikh 20 Julai 2005 yang diterima dari Israel yang menyatakan sokongan kepada Malaysia dan ingin mengetahui samada delegasi dari Israel boleh menghadiri persidangan di Kuala Lumpur jika di anjurkan oleh IGU.


Kandungan surat ke Israel jelas menunjukan hasrat yang tersirat di dalam perenggan akhir surat berkenaan.

Datuk Rahim Hj. Hashim selaku Presiden MGA sendiri tidak menafikan, malah mengakui menandatangani/menghantar surat bertarikh 6 hb September 2005 ke Israel Institute of Petroleum and Gas, sebuah organisasi di Tel Aviv, Israel dengan hasrat meminta sokongan dan kerjasama Tel Aviv yang juga ahli Charter IGU (charter member) bagi menentukan kemenangan kepada beliau sebagai calon dari Malaysia di dalam persaingan sengit menentang Russia.

Beliau pernah menyatakan bahawa surat ini dibuat melalui MGA dimana Ahli-Ahli Majlis MGA (MGA Council Members) yang terdiri dari wakil korporat seperti Petronas, Shell, Esso, BP dan agensi kerajaan (GLCs) dan bertanggung jawab sepenuhnya.

Sebagai respon kepada pendedahan yang di buat oleh Parti Keadilan Rakyat, jurucakap MGA telah mengeluarkan kenyataan media pada 31 Mac 2012 dengan menafikan penglibatan kerajaan di dalam meraih bantuan Israel untuk menentukan kemenangan calon Malaysia dan hak penganjuran WGC 2012 dengan memberikan jawapan berdasarkan fakta yang mengelirukan dan sebaliknya menuduh pendedahan yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat sebagai 'salah, mengelirukan dan malah tidak betul'.

Jurucakap MGA hanya merujuk kepada sebahagian daripada isi kandungan surat berkenaan dan tidak keseluruhan isi kandungan surat tersebut.

Seterusnya MGA menegaskan bahawa wakil dari Israel tidak menghadiri mesyuarat Council di Tianjin, China pada bulan 16 Oktober 2005 dan tidak layak mengundi kerana undian melalui proksi tidak dibenarkan.

MGA juga berkata bahawa mereka 'telah mendapatkan nasihat dari Kementerian Luar dan telah diberitahu bahawa Malaysia akan membenarkan delegasi dari Israel, seperti juga delegasi dari negara lain untuk datang ke Malaysia bagi mengambil bahagian di dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa yang relevan'.

Didalam kenyataan media berkenaan MGA juga menegaskan bahawa " tiada ada calon dari Israel mendaftar " bagi menghadiri persidangan gas WGC 2012 yang di langsungkan di Kuala Lumpur bermula pada 4 hingga 8 Jun 2012 (sepertimana di lapurkan oleh Bernama online dan melalui beberapa akhbar termasuk Berita Minggu pada 1/4/2012).

Justeru , JINGGA 13 ingin mendedahkan bahawa MGA TELAH BERBOHONG dan ternyata delegasi dari Israel ada mendaftar dan telah pun menghadiri persidangan gas di Kuala Lumpur bermula pada 4 hingga 8 Jun 2012 dan mencabar Kerajaan/Petronas/MGA untuk mendedahkan maklumat sebenar senarai pendaftaran delegasi khususnya selepas 15 April 2012 (iaitu tarikh tutup pendaftaran yang di buat melalui bank transfer payment ) yang di kendalikan oleh urusetia pendaftaran WGC 2012 yang beralamat di PO Box 73 – C1084ZAA, Buenos Aires, Argentina. (Buenos Aires ialah tuan rumah WGC 2009).

Pendaftaran nama delegasi/pembayaran yang di buat secara bayaran pemindahan Bank (bank transfer payment) ini juga di paparkan didalam laman web dan seterusnya senarai nama-nama delegasi di 'upload' didalam laman web resmi WGC 2012 berdasarkan susunan organisasi dan negara dari mana bayaran pendaftaran di buat (bukan mengikut taraf warganegara seseorang delegasi).

Access kepada laman web dan penyemakan pendaftaran boleh juga di buat dengan menghubungi Maria Luz Varela, secretariat pendaftaran sepertimana nombor telefon, fax dan email yang boleh di rujuk dalam laman web WGC 2012 ketika itu.

Melalui pendaftaran dan pembayaran pemindahan bank (bank transfer payment) yang dibuat secara online menerusi WGC 2012 official website yang telah dibuat sebelum tarikh tutup pada 15 April 2012.

Setiap delegasi yang berdaftar dan yang telah membuat bayaran di kehendaki menghantar salinan dokumen pembayaran wang pendaftaran yang dibuat (bank transfer document) melalui fax atau email kepada secretariat pendaftaran di Buenos Aires.

Bayaran sebanyak US 3,200 adalah bagi menghadiri persidangan dan layak untuk mendapat kemudahan-kemudahan seperti menghadiri semua sessi persidangan, jamuan, lawatan-lawatan, pengankutan dan sebagainya.

Berdasarkan dokumen pendaftaran,Sekretariat WGC 2012 telah menyediakan senarai delegasi (delegate list) secara berkala mengikut susunan organisasi dan menyenaraikan negara berdasarkan dari Negara mana bayaran di buat dan bukannya taraf warga Negara seseorang delegasi. Maklumat mengenai senarai delegasi ini seterusnya di muat naik (upload) didalam laman resmi WGC 2012 yang boleh di access oleh umum.

Selepas tarikh tutup 'pendaftaran secara pindahan wang (bank transfer)', Sekretariat pendaftaran, telah menyenaraikan senarai delegasi yang akan menghadiri persidangan http://www.wgc2012.com/assets/pdf/3E00ZJ9XN.pdf (Pdf file; 104 muka surat).

Data dan maklumat yang 'last updated' pada hari Isnin 23 April 2012 itu mengandungi seramai 2,485 peserta/delagasi yang telah berdaftar untuk menghadiri persidangan dimana salah seorang delegasi (muka surat 52 ) ialah HANS PETER DOORNEWEERT , iaitu Commercial Manager, LNG Development dari Noble Energy , sebuah syarikat beroperasi di Israel.


Semakan yang di buat mendapati bahawa Noble Energy ( http://www.nobleenergyinc.com ), selain beroperasi di Amerika Syarikat juga sedang mengusahakan lapangan gas terbesar di Israel dan mempunyai pejabat di Tel Aviv, Israel.


Selepas pendaftaran (melalui pembayaran pemindahan bank) di tutup pada 15 April 2012. Secretariat WGC 2012 telah di pindahkan ke Kuala Lumpur, iaitu Tingkat 20, Tower 1, Etiqa Tower.

Segala dokumen pendaftaran dan senarai delegasi seterusnya di kendalikan dari Kuala Lumpur dan di dalam mengemaskini maklumat pendaftaran, MGA/secretariat telah membuat pindaan data delegasi dari Negara Israel bagi mengelakkan kecaman dari rakyat.


JINGGA 13 mendapati , pada 25 Mei 2012, Sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini dengan menukar data delegasi dari ISRAEL kepada dari Negara NETHERLAND. (mukasurat 69) . 


Ubahsuai ini di buat oleh MGA untuk tidak mahu memaparkan ada delegasi dari Israel selepas penafian bahawa tiada peserta dari Israel mendaftar untuk menghadiri persidangan WGC 2012 di Kuala Lumpur. http://www.wgc2012.com/assets/pdf/_3IE0Q4U7N.PDF. (Pdf file; 141 muka surat ).

Walaubagaimanapun ubahsuai yang dibuat ini tidak boleh mengelak daripada rakyat yang masih boleh access di internet melalui carian Google.

Pendaftaran oleh delegasi Israel ini adalah secara rasmi telah merintis / memberi laluan di masa hadapan mengenai hubungan dan penglibatan serta kehadiran delegasi dari Israel ke Malaysia sekiranya ada penganjuran persidangan-persidangan peringkat antarabangsa di sini.

JINGGA 13 menegaskan bahawa di dalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan mendapat hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference), PETRONAS/MGA dengan bantuan kerajaan telah membelakangkan kedaulatan negara dengan menjalin hubungan serta merayu bantuan kerjasama dan sokongan Israel bagi menentukan calon/wakil PETRONAS memenangi jawatan Presiden IGU sekaligus mendapat hak mutlak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference 2012) di Kuala Lumpur.

JINGGA 13 mencabar kerajaan untuk menyatakan secara terbuka pendirian kerajaan di dalam hubungan dan kerjasama dengan Israel yang sebelum ini di buat secara sembunyi/rahsia dan ingin mendapat kepastian bahawa kerajaan tidak akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel kerana sebelum ini kerajaan banyak menyembunyikan fakta mengenai hubungan dengan Israel termasuk yang terkini Felda yang menjual minyak sawit ke Israel yang telah menimbulkan kemarahan rakyat melalui tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat Felda.

Malah sebelum ini JINGGA 13 juga turut mendedahkan hubungan perdagangan eksport dan import melalui kemasukan kapal-kapal ZIM SHIPPING INTEGRATED LTD di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari 2012 menguatkan lagi hubungan 'intim' Malaysia – Isreal .

Justeru , JINGGA 13 meminta agar Kerajaan / Petronas/MGA menjelaskan beberapa perkara sepertimana berikut :

1. MENCABAR kerajaan/Petronas/MGA untuk memberitahu rakyat Malaysia apakah yang di maksudkan dengan .. 'we are counting on your support, once again to be present and to encourage other IGU member countries to make similar effort to be there and vote for Malaysia into the IGU Presidency for the triennium 2009-2012' didalam surat kepada Israel yang dinafikan mengenai dakwaan yang di buat.

2. MENDESAK Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad (Penasihat Petronas) menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel,"

3. MENDESAK Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian terhadap kehadiraan dan kemasukan delegasi Isreal ke Malaysia dan menyertai WGC 2012 , sedangkan menjadi dasar kepada Negara bahawa tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Isreal . Adakah Kementerian Dalam Negeri mengetahui akan kehadiran delegasi Isreal tersebut ?

4. MENDESAK Menteri Luar Negeri menjelaskan atas prinsip apakah iaitu berdasarkan kenyataan MGA "telah mendapatkan nasihat dari Kementerian Luar dan telah di beritahu bahawa Malaysia akan membenarkan delegasi dari Israel, seperti juga delegasi dari negara lain untuk datang ke Malaysia bagi mengambil bahagian di dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa yang relevan"?

5. MENDESAK supaya Pengerusi Petronas yang baru di lantik,Tan Sri Mohd Sidek Hassan (bekas KSN) untuk mengadakan siasatan dalaman secara telus dan memaklumkan kepada umum , demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas di dalam MGA dan WGC 2012 yang bertindak bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan zionis yang mana boleh menghakis kepercayaan kakitangan petronas secara keseluruhannya kepada pengurusan tertinggi petronas .

Ternyata sikap hipokrasi dan khianat Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA hingga sanggup 'sujud' kepada Zionis Isreal tanpa rasa malu dan bermaruah kepada seluruh rakyat Malaysia ,. Sedangkan rakyat Palastine terus dizalimi dan dibunuh tanpa perikemanusiaan dan Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA sanggup secara 'halus dan sulit' bersikap mengiktiraf kerajaan haram Isreal.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA 
Ketua Koordinator 
JINGGA 13 MALAYSIA

Tiada ulasan: