Jumaat, 30 November 2012

Addin

Addin


Muhyiddin Sabotaj Najib?

Posted: 30 Nov 2012 09:20 AM PST

KUALA LUMPUR - Dunia ternanti-nanti untuk melihat adakah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari pelbagai tuduhan Deepak Jaikishan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Muhyiddin akan menyampaikan ucapan sebagai Timbalan Presiden dalam perhimpunan agung Umno.

"Rakyat malah seluruh dunia ternanti-nanti untuk melihat adakah Muhyiddin akan membela Najib dari semua serangan termasuk pelbagai tuduhan Deepak," katanya.

Jika Muhyiddin bermurah hati dan sudi membela Najib, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat ingin melihat pula sejauh manakah pembelaan itu.

"Bukan sahaja rakyat dan dunia ingin melihat sejauh manakah Muhyiddin bersungguh-sungguh membela Najib, mereka juga ingin melihat apakah yang tersirat dalam pembelaannya itu.

"Rakyat tidak bodoh, mereka boleh membaca apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Kata-kata yang positif dengan mudah dapat dibaca maksud yang negatif yang tersirat di sebalik kata-kata itu," kata Mahfuz.


Aksi Muhyiddin akan dinilai adakah benar dakwaannya bahawa beliau adalah timbalan yang setia kepada Najib, katanya lagi.

"Bagaimana Muhyiddin hendak memperlihatkan beliau adalah seorang yang setia kepada Najib, amat menarik untuk melihat bagaimana beliau memainkan peranannya terutama melalui ucapannya dalam perhimpunan agung Umno yang kini sedamng berlangsung.

"Atau, adakah Muhyiddin buat tak tahu sahaja dan membiarkan Najib menggelepar seorang diri menghadapi pelbagai serangan ke atasnya?

"Sama-samalah kita nantikan adegan yang ingin dilihat oleh semua orang itu," katanya.Mahfuz juga menyatakan kehairanannya mengapa Najib terus membisu ketika Deepak bertalu-talu menuduhnya dengan pelbagai tuduhan.

"Jika Najib tidak nafikan tuduhan Deepak, rakyat pasti akan menerima apa sahaja yang dinyatakan oleh Deepak sebagai benar.

"Najib perlu nafi dengan meyakinkan, jika tidak orang terus tidak percaya memandangkan Najib sendiri yang berkali-kali menyebabkan dirinya langsung tidak boleh dipercayai," kata Mahfuz.

Dalam apa yang dilihat antara serangan paling tepat kepada Najib, antara lain Deepak mendedahkan bahawa akuan bersumpah kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu. ~kd



Iklan C(ii)



Najib Bakal Tersentap Baca Berita Ni..

Posted: 30 Nov 2012 08:40 AM PST

KUALA LUMPUR 30 November: Hakim Mahkamah Perancis mengesahkan sepina untuk saksi kedua kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene akan dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi, kata Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Menurutnya, kemungkinan besar sepina tersebut akan dikeluarkan sama ada kepada Razak Baginda atau Perdana Menteri, selepas sepina pertama kepada Jasbir Singh Chal Jun lalu. Jasbir merupakan individu yang dikatakan berperanan penting dalam pembelian kapal selam itu.

"Nama saksi hanya akan diumum selepas (sepina) keluar. Tetapi pada masa sama, kita tahu ada tiga saksi yang diutamakan iaitu Jasbir, Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau menjelaskan demikian pada majlis pelancaran buku kartun terbaru kartunis Zunar bertajuk 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Nama lain yang turut disenarai Suaram sebagai saksi utama kes ini adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev dan ahli korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Peguam Scorpene, Apoline Cagnat dalam taklimatnya di Singapura Selasa lalu turut menyatakan Najib dan Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina.

Beliau yang merupakan rakan sejawat William Bourdon memberi taklimat berhubung kes ini kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan pengamal media selepas dihalang berbuat demikian di Parlimen Malaysia. ~kd




Iklan C(ii)



Video Mat Sabu Sokong Rejim Zalim Basyar Al-Assad Tersebar

Posted: 30 Nov 2012 05:00 AM PST

Satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah.

Dalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan. Ianya menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria.

Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir

Majlis tersebut diadakan pada 27 november 2012, di dewan Abu Nagah, U. Mansoura, Mesir.

(Yang berucap dalam video ini ialah : ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM)




Addin :

Umno tuduh Mat Sabu sokong Basyar dan Syiah tetapi sebenarnya Najib yang sokong .. kan dah kantoi..



Iklan C(ii)



Lagi Pendedahan Felda Jual Minyak Sawit Ke Israel

Posted: 30 Nov 2012 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR 30 November: Satu lagi 'bom besar' berkaitan penjualan minyak sawit ke Israel oleh Felda akan didedahkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat esok, kata Mazlan Aliman."Saya akan dedahkan satu lagi maklumat berhubung penjualan minyak sawit Malaysia ke Israel esok, dalam himpunan di Johor," kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu.

Beliau turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mempertimbang untuk saman Suara Keadilan dan Harakah.Maslan berkata, kedua-dua akhbar tersebut memaparkan kenyataan Mazlan berhubung isu penjualan minyak sawit kepada Israel.

Selasa lalu, Suara Keadilan pada muka depannya melaporkan, Felda menjual lebih 100 tan minyak sawit untuk sebulan, malah nilai import dari Israel berjumlah RM2 bilion pada 2010 dan 2011.Sementara laporan Harakah pula bertarikh 26 November."Itu hak dia untuk saman. Apa yang saya nyatakan itu adalah benar.

Saya ambil kira semua dokumen dan fakta. Saya tak takut berhadapan perkara ini," tegas Mazlan ketika dihubungi."Saya ada banyak lagi maklumat untuk didedahkan, terpulang pada dia untuk saman, tapi ingat, setiap pendedahan akan bawa kesan yang lebih teruk kepada Umno," katanya.

Mazlan sebelum ini mendedahkan penjualan sejumlah besar minyak sawit kepada Israel sejak tahun 2010.Mazlan turut mendedahkan invois jualan minyak sawit mentah kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel berpengkalan di Singapura. ~kd



Iklan C(ii)




Naib Ketua Wanita Umno Sertai PKR

Posted: 30 Nov 2012 12:41 AM PST


PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna. "Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.

"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.

Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.

"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.

"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.

Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.

"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.

"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung," katanya yang telah meletak jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.

AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.

"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal. "Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis," katanya lagi.

Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat. ~paspb




Iklan C(ii)




Pendedahan Deepak, Heret Najib Ke Mahkamah

Posted: 29 Nov 2012 11:14 PM PST

KUALA LUMPUR 30 November: Datuk Seri Najib Razak perlu diheret ke mahkamah berikutan pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mendakwa Perdana Menteri terlibat rasuah dalam satu projek kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.

Mengikut Malaysiakini, Deepak mendakwa, beliau membayar keluarga Najib sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, pendedahan Deepak semasa perhimpunan Umno berlangsung sangat tepat kerana memberi tamparan hebat kepada Najib selaku Pengerusi Umno.

"Pendedahan ini tepat pada masanya, dalam keadaan Umno sedang bersidang, pendedahan ini menuntut perwakilan Umno untuk menilai kredibiliti dan maruah pemimpin mereka."Najib secara terangan-terangan mengikut dakwaan Deepak terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya kepada Keadilan Daily.Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

Berdasarkan satu perjanjian penswastaan pada 2005, syarikat itu ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan."Pendedahan ini amat serius yang menuntut kepada siasatan terhadap pembunuhan Altantuya (Shaariibuu), perlu dibuka semula.

Siasatan perlu dilakukan secara telus dan tidak ada mana-mana pihak yang dapat perlindungan undang-undang."Paling penting keupayaan melihat pendakwaan ini secara telus dan jangan cuba tutup kelemahan yang dilakukan mereka," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak. ~kd





Iklan C(ii)




Najib Gelabah.. Hakim Perancis Datang M'sia Jika Kerajaan Enggan Kerjasama

Posted: 29 Nov 2012 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR 30 November: Hakim Mahkamah Perancis akan ke sini jika tidak mendapat sebarang kerjasama dari kerajaan Malaysia dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah Scorpene.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, saksi boleh disepina dan dikenakan waran tangkap jika mereka gagal mengikut perintah mahkamah.

"Perbicaraan tersebut akan dijalankan di sini oleh hakim Perancis berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan. "Itu antara pilihan yang mereka (saksi) ada," katanya ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, Mahkamah Perancis memandang serius kes tersebut dan tidak akan mengenepikan bukti-bukti berkaitan.

Beliau mengambil contoh kes rasuah melibatkan anak kepada Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Nguema Obiang Mangue yang dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Perancis kerana gagal hadir perbicaraan.

"Jelas, mahkamah tidak akan segan silu untuk keluar waran tangkap jika mereka terbabit tidak mematuhi arahan," kata Tian.

"Walaupun kerajaan Malaysia berusaha untuk sembunyi kes ini, kes tetap tidak akan ditutup," tegasnya. Hakim Penyiasat Perancis yang terlibat dalam kes ini adalah Roger Le Roire dan Serge Tounaire.

Dalam taklimat oleh peguam Apoline Cagnat di Singapura, Selasa lalu, beliau menjelaskan Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina.

Beliau menegaskan, tiada sesiapa memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan, termasuk Perdana Menteri.

Saksi lain yang turut disenarai Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk disepina adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev; penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Apoline turut menyatakan, rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis. ~kd



Iklan C(ii)




Exco Pemuda Umno Ni Cakap 'Allah Pilih Umno Untuk Diberi Kuasa Dan Amanah' Tapi Lihat Gambar Ni

Posted: 29 Nov 2012 07:52 PM PST


"Allah pilih UMNO untuk diberi kuasa dan amanah"- Dato Seri Reezal Merican Naina Merican- Ketua penerangan pemuda Umno- PAU 2012,- @PWTC- 29 Nov 2012.



Iklan C(ii)




Rupanya Ada Parti Politik Tawar Musa Hassan..

Posted: 29 Nov 2012 04:48 PM PST

SHAH ALAM - Tan Sri Musa Hassan mendedahkan beliau pernah ditawarkan menyertai parti politik selepas bersara daripada jawatan Ketua Polis Negara dua tahun lalu.

Tanpa menyebut apakah Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang membuat tawaran tersebut, beliau berkata, politik bukan jiwanya.Katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik, tetapi akan terus lantang untuk menyumbang memperbaiki sistem pentadbiran negara.

"Saya hanya menegur apa yang tidak kena dengan tindakan kerajaan, termasuklah masalah yang dihadapi polis.

"Apa yang saya tegur ini betul. Saya tegur pasal ada yang tidak betul pada sistem (sedia ada), ada campur tangan pihak tertentu dalam pentadbiran polis. Ini tidak betul," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Sinar Harian, semalam.

Musa menafikan spekulasi yang ditimbulkan akhir-akhir ini yang seolah-olah memperlihatkan beliau sebagai menongkah arus dan berminat menceburi politik.

Katanya, kelantangan bersuara akhir-akhir ini bukan bermakna beliau mahu menceburi bidang politik, tetapi untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat.

"Jika saya menyertai politik, saya akan terikat dengan kenyataan yang ditetapkan mana-mana parti."Jadi sukar bagi saya untuk bercakap mengenai keadaan sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia," katanya lagi.

Ditanya adakah kelantangannya di akhir-akhirnya menunjukkan beliau gila kuasa, beliau berkata: "Saya tak gila kuasa. Saya dah tak ada kuasa pun (sudah pencen).""Saya hanya bercakap benda yang berlaku dan perlu diperbetulkan," katanya. ~sinar




Iklan C(ii)




'Pastikan Ini Perhimpunan Terakhir Umno' - Saifuddin Nasution

Posted: 29 Nov 2012 03:37 PM PST

KUALA LUMPUR 29 November: Ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.

"Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Najib pagi tadi menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan perwakilan Umno.

"Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno," kata Saifuddin ketika dihubungi.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, kenyataan Najib membayangkan betapa takutnya jika beliau dan Umno kalah dalam pilihan raya nanti.

Malah ia juga tanda perhimpunan itu adalah yang terakhir untuk Umno sebagai kerajaan, kata Saifuddin.

"Umno sudah selesa memegang kuasa selama 55 tahun. Sekarang mereka tahu mereka bakal kehilangannya. Sebab itu mereka jadikan perhimpunan ini sebagai tempat untuk caci, maki Pakatan Rakyat," katanya.

"Ucapan Najib dan pimpinan Umno langsung tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama.

"Perwakilan pula dengan membuta tuli ikut sama dengan ucapan tak berfaedah. Itulah Umno…," kata Saifuddin. ~kd



Iklan C(ii)




Tiada ulasan: