Selasa, 20 November 2012

shalehudin

shalehudin


Gaza: Lebih 100 maut serangan Israel

Posted: 20 Nov 2012 11:00 AM PST

Anggota bomba Palestin berusaha memadam api selepas serangan udara Israel di Gaza City, baru- baru ini. - Foto ihsan Reuters

GAZA CITY - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh di Semenanjung Gaza selepas enam hari Israel menyerang dan meneruskan pengeboman dengan alasan serangan dilakukan untuk menghentikan serangan roket ke Israel.

Kematian semalam termasuk melibatkan komander kumpulan militan Jihad Islam.

Lebih 100 roket dilancarkan ke Israel semalam tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan selain tiga kematian melibatkan penduduk Israel minggu lepas.

Kabinet Israel mengadakan perbincangan berhubung syor gencatan senjata dibawa Mesir.

Bagaimanapun, pelan Mesir masih lagi tidak diketahui tetapi kedua-dua Hamas dan Israel sudah membentangkan usul mereka.

Israel menggesa sebarang serangan dari Hamas dihentikan manakala Hamas pula menuntut supaya sekatan ke atas Gaza dihentikan.

Mesir telah menerajui usaha dalam perjanjian damai ini dan menurut pegawai Mesir, beliau berharap dapat membuat pengumuman hari ini.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon juga telah tiba di Kaherah bagi mengadakan rundingan berhubung gencatan senjata ke atas Israel dan bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Menurut satu kenyataan dari White House, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut berkata semalam kepada rakan sejawatannya dari Mesir, Mohamed Mursi dan Netanyahu bagi membincangkan satu cara bagi merungkaikan krisis di Gaza.

Obama turut melahirkan rasa kesal atas kematian penduduk awam Palestin yang ramai terkorban dan juga kematian penduduk Israel gara-gara serangan yang tidak berhenti sejak enam hari lalu.


Mampuih Israel kali neh, baca apa kata Turki...

Posted: 20 Nov 2012 08:41 AM PST

Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University sebentar tadi.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Sama-sama kita doakan agar pemimpin dunia Islam bersatu menyelesaikan Isu Palestine, Syria, Rohingya dengan lebih konkrit dan bertindak seperti yang diperkatakan.

Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai kaki berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah..

Terjemahan ucapan Erdogan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Ungkapan emas NAZI yang telah terbukti...

Posted: 19 Nov 2012 11:33 PM PST

Kata-kata emas dari seorang yang pernah dikatakan kejam oleh puak-puak Yahudi...


Kini terbukti apa yang dikata NAZI...


Ustaz Azhar Idrus pun hangpa TIBAI jugak ka....

Posted: 19 Nov 2012 08:41 PM PST

Jawapan Ust Azhar Idrus tentang fitnah beliau makan di McD oleh Pencacai UMNO

Blog: ASD
Tertanya-tanya juga aku kenapa agaknya Ustaz Azhar Idrus seorang Ustaz yang disukai oleh kebanyakkan anak muda yang berugama Islam tidak disukai oleh Blogger UMNO..

Sedangkan beliau cuma menerangkan apa yang sepatutnya beliau sebagai seorang Ustaz sampaikan dalam setiap program yang melibatkannya...

Terbaru, sekali lagi beliau dijadikan sasaran serangan oleh blogger-blogger UMNO... ada yang menuduh Ustaz ini adalah seorang munafik kerana dalam setiap ceramah beliau menggesa orang ramai memboikot barangan dari Israel tapi beliau dan keluarganya sendiri makan di McD

Berikut adalah antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Ustaz Azhar Idrus:-
Tika semua orang berdukacita dengan kesengsaraan rakyat Palestin yang dihujani dengan peluru tiap hari, Azhar Idrus sudah lama memulakan 'boycott' terhadap produk Israel ini iaitu McDonald. 
Munafiq kah Azhar Idrus melarang umat Islam untuk membeli produk Israel ini tapi tidak mengapa bagi dia dan keluarganya. Tiap hari berceramah mengutuk tindakan Israel tanpa menyedari diri sendiri tetap menyokong produk keluaran Israel sejak dari dulu lagi.
Benarkah tuduhan oleh Blogger UMNO itu atau ianya sekadar satu lagi fitnah mereka terhadap Ustaz Azhar Idrus??

Berikut adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus sendiri....



Kesian, video ust Ameno Kantoi ngan Dr Asri

Posted: 19 Nov 2012 06:38 PM PST

Video Ustaz UMNO dikantoikan oleh Dr. Maza dalam isu Doa TG Nik Aziz..


Kesian kat Ustaz UMNO ni.. berapi-api dia mempertikaikan doa TG Nik Aziz tapi mudah saja dipatahkan oleh Dr. Maza…


Apa Hujah Dr MAZA dan Ustaz Nik Amar menjawab persoalan Ust Afandi (UMNO) berikut:

Soalan 1. Pernahkah Nabi s.a.w. berdoa musnah/bala kepada sesama Islam? Hatta kepada Abdullah bin Ubay, pernahkah Nabi s.a.w. doakan bala' kepadanya?

Soalan 2. Ketika Nabi Musa a.s. diarahkan oleh Allah bertemu dengan Firaun, bersama Nabi Harun a.s. diminta supaya pergi berdakwah kepadanya dengan cara yang baik.

Saksikan!! - ASD



LAWAK: Mimpi ke neraka...

Posted: 19 Nov 2012 04:52 PM PST

Seorang PENJAHAT ditembak polis dan koma. Kemudian dia bermimpi dibawa malaikat ke NERAKA... Tapi dia terkejut kerana di NERAKA orang berdisco, minum arak, judi, banyak pula artis-artis cantik dan lain-lain...

Dia cepat-cepat ingin masuk, tapi ditahan oleh IBLIS penjaga pintu: "Tunggu dulu! Waktumu belum tiba... Kembalilah ke dunia, buatlah yang LEBIH JAHAT lagi maka kau pasti akan MASUK NERAKA...!

"Akhirnya dia sedar dari koma dan dia berbuat LEBIH JAHAT lalu akhirnya ditembak mati. IBLIS dengan segera menghantarnya ke NERAKA...

Tapi dia terkejut kerana di dalam NERAKA banyak api, bau hamis darah, banyak binatang berbisa dan banyak teriakan meminta pertolongan....

Bingung dan ketakutan PENJAHAT itu berkata: "Aikkk... Waktu yang lalu NERAKA tidak begini...?

"IBLIS tersenyum dan berkata: "Oh, Waktu itu promosi bro ... :D

- KSULAMA


Tiada ulasan: