shalehudin |
- Video Muhyiddin kantoi sampai sekarang tak berjawab
- Warga emas mengamuk dalam ceramah Azmin Ali
- KESIAN, Utusan tak bekap dia langsung... kahkahkah
- Sedap betoi artikel neh... [WAJIB BACA]
- Pi berambus tubuh parti baru la woiii...
- PENJELASAN : Kenapa Iklan Deepavali Petronas dianggap menghina kaum India
- WAJIB BACA: PELIK betoi cerita kat Kulim neh...
- Lawak Ahad: Lawan Arus...
- Ulasan TGNA mengenai isu Nurul Izzah
Video Muhyiddin kantoi sampai sekarang tak berjawab Posted: 11 Nov 2012 10:02 AM PST Lihat saja video neh... TPM Muhyiddin yang telah kantoi, mengusung beg besar dan berat sewaktu sebuah pilihanraya kecil... Sehingga ke hari ni, TPM telah gagal untuk menerangkan pada rakyat apa sebenarnya kandungan beg tersebut? Dan kat bawah ni pulak adalah pengakuan dari bekas menteri Umno yang dah lompat kapai mengenai duit rasuah yang dipanggil "BOM"... [BACA] BEKAS Menteri Kabinet Persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai 'bom'. Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi. "Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan," kata bekas Menteri Penerangan dan Pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini. "Ia secara terang-terangan untuk membeli undi," kata Abdul Kadir, istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah 'bom', namun secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu. Islam lebih berdaulat tanpa Umno... Muslim lebih bahagia tanpa Umno... ABU... |
Warga emas mengamuk dalam ceramah Azmin Ali Posted: 11 Nov 2012 07:08 AM PST Mampuslah Umno Batu Pahat kali neh, saksikan warga emas neh dah mengamuk... kahkahkah... |
KESIAN, Utusan tak bekap dia langsung... kahkahkah Posted: 11 Nov 2012 04:55 AM PST Nazri Kini Beban Terbaru Barisan Nasional! Tertekan dengan pendedahan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang berjaya membuktikan kaitan antara dirinya dan anaknya dengan jutawan balak dari Sabah, Michael Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz kini merupakan beban terbaru Umno dan Barisan Nasional (BN). Bukan setakat Pakatan Rakyat menempelaknya, malah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) juga membidas tindakan Nazri yang disifatkannya sebagai tidak profesional. Nazri kini diasak bertubi-tubi berhubung dakwaan menerima habuan RM3 juta dari Chia dan anaknya, Mohamed Nedim menggunakan sebuah kereta mewah Hummer bernilai RM1.4 juta milik Chia tanpa alasan munasabah. Berikutan pendedahan Rafizi, dia sendiri akan terbang ke Hong Kong minggu depan bagi mendapatkan maklumat sebenar sama ada dakwaan Nazri bahawa agensi anti rasuah negara itu, Independent Commision Against Corruption (ICAC) sudah menutup kes Chia menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam matawang dolar Singapura yang dikatakan milik Umno Sabah, benar-benar dilaksanakan. Ahli parlimen Padang Rengas itu kini didesak supaya bercuti dari tugasnya sementara menunggu hasil siasatan ICAC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah Rafizi membuat laporan rasmi kepada suruhanjaya itu Rabu lalu di Putrajaya. Dan hasilnya, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia semalam tidak membenarkan mana-mana pihak luar selain dari ahli parlimen dari menggunakan ruang sidang media di bangunan parlimen kununnya ia adalah hak eksklusif buat ahli parlimen dan bukannya pihak yang tidak bertanggungjawab. Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula mendedahkan dalam satu mesej di Twitter semalam bahawa keputusan Pandikar sebenarnya bertitik tolak dari sebuah memorandum yang ditandatangani beberapa media pro-Umno mendesak Pandikar supaya menghalang pemimpin Pakatan Rakyat bukan berstatus ahli parlimen dari terus menggunakan ruang tersebut. Dipercayai, Nazri adalah dalang di sebalik penyerahan memorandum tersebut yang diterima Pandikar pada Selasa lalu. Bagaimanapun, Nazri tidak mahu mengulas keputusan Pandikar dan tidak pula memberi sebarang komen berhubung penglibatan anaknya dan habuan untuk dirinya, sehingga hari ini. Rafizi pula dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman blognya, rafiziramli.com menempelak tindakan Nazri mempergunakan Pandikar menghalang sidang media dari terus dibuat bagi mendedahkan lagi siri penglibatannya dalam skandal yang memalukan Malaysia itu. Difahamkan, kedudukan Nazri akan diputuskan perdana menteri, Najib Altantuya dalam beberapa hari lagi setelah selesai mesyuarat Majlis Raja-Raja yang mula bersidang semalam di Kuala Lumpur. Persoalannya, apakah Nazri kini bakal disingkirkan dari mempertahankan kerusi Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang kerana dakwaan Rafizi sungguh kuat hinggakan media pencacai Umno seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian langsung tidak mempertahankannya? Apakah Nazri kini satu lagi 'kambing hitam' buat menjadi korban BN di saat parti yang memerintah Malaysia itu kini semakin hilang sokongan dari akar umbinya sendiri di seluruh negara? Seluruh persoalan ini menuntut jawapan segera dari Nazri dan tidak mustahil, penyelesaian terhadap skandal terbaru ini mirip skandal bekas menteri wanita, Shahrizat Jalil yang tidak menyambung khidmat senator pada 8 April lalu. Rafizi kini dianggap sebagai 'giant killer' sekiranya berjaya mengheret Nazri ke muka pengadilan dan seterusnya dihumban ke kancah hina lagi mengaibkan seperti mana yang 'dinikmati' Shahrizat sekarang! |
Sedap betoi artikel neh... [WAJIB BACA] Posted: 10 Nov 2012 11:43 PM PST Kenapa perlu pikulkan beban dosa BN kepada Pakatan? Oleh Ahmad Lutfi Othman Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November, di Seremban Jaya membawa mesej jelas; momentum tsunami perubahan kini berada di jajaran yang cukup melegakan. Hujan lebat langsung tidak menjejaskan penyertaan proaktif penduduk Negeri Sembilan dan masyarakat sekitar, seterusnya menunjukkan sokongan padu kepada kempen "Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia" Hampir 30,000 menjadi saksi kesepaduan tiga parti -- PAS, KeADILan dan DAP -- untuk menggembleng hasrat dan aspirasi rakyat, bagi melakukan perubahan besar dan cukup bererti dalam PRU13 nanti. Keserasian yang dibina secara formal sejak 1998, walaupun pada satu ketika ada pasang surutnya, ternyata kini sukar untuk dirobek. Dan himpunan itu seperti mahu menzahirkan, bahawa apa pun rintangan menghalang, ia tidak seharusnya membantut usaha lebih murni, bagi menyelamatkan tanahair tercinta daripada mangsa kerakusan pemimpin BN. Ketua Pemuda DAP, yang juga Ketua Pembangkang di Dun Negeri Sembilan, Anthony Loke, dalam pidatonya pada majlis berkenaan, yang disorak tepukan bergemuruh, mengungkapkan: "Jika agama Buddha dihina, saya yakin pemimpin PAS akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin KeADILan akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya." Saya kira angan-angan pemimpin Umno untuk mengadu-domba pemimpin PAS dan DAP, seterusnya menimbulkan rasa curiga, apatah lagi menyemai bibit sengketa, di kalangan penyokong kedua-dua parti, semakin berderai dengan komitmen bersama yang ditunjukkan pada malam Ahad itu. Bukan sahaja terjalin persefahaman yang baik di kalangan pemimpin atasan, malahan kerjasama padu di peringkat akar umbi. Di kala majoriti masyarakat bertambah yakin dengan keupayaan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan, masih timbul kecelaruan pemikiran dan usaha terancang memomokkan bahawa kepentingan Melayu akan terabai di bawah kerajaan baru nanti, manakala kebejatan pemerintah akan disalin-ganti oleh penguasa yang baru. Dakwa kelompok ini, apa guna kerajaan bertukar jika reformasi menyeluruh gagal dilaksanakan. Strategis Umno masih menggunakan pendekatan lapuk, yang diwariskan Biro Tata Negara dan jentera kempen turun-temurunnya, iaitu untuk merenggangkan (atau sekurang-kurangnya meragukan) orang Melayu dengan Pakatan. Pelbagai fantasi dan falasi direka, semata-mata untuk menimbulkan kegelisahan tidak berasas. Sesungguhnya tiada lagi aset kekuatan BN untuk melobi sokongan rakyat, selain melancarkan dakyah dan perang saraf bagi memburukkan oposisi. Sudah pasti kaedah itu tidak lagi berkesan seperti dahulu, namun saya bimbang masih ada -- termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan menempati kelas menengah -- yang terus terpedaya, sehingga ragu-ragu untuk melakukan perubahan walaupun menyedari elit politik Umno-BN berlaku curang, mengkhianati amanah rakyat dan memperdagangkan sokongan awam. Saya tertarik dengan tulisan Nurul Izzah Anwar bahawa tiang teras kenegaraan seperti Perlembagaan teras demokrasi, institusi Raja-Raja Melayu, Islam Agama Persekutuan, Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputara tetap akan terpelihara dan terjamin walaupun berlaku perubahan di Putrajaya. Namun masih ada juga yang curiga, mampukah Pakatan yang berkuasa nanti dapat membanteras rasuah dan segala penyelewengan, selain memulihkan demokrasi, membela kebajikan rakyat, merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan pengagihan khazanah negara lebih adil? Tiada siapa dapat memberi jaminan seratus peratus bahawa, misalnya korupsi yang sudah membarah dan mengakar dalam setiap sektor kehidupan, sejak dibudayakan elit Umno lima dekad lalu, dapat dihapuskan segera sebaik pemerintahan bertukar tangan. Begitu juga dengan pelbagai skandal, kecurangan dan ketirisan yang lain? Dalam tempoh singkat, ia amat menuntut dan menagih keazaman politik yang begitu tinggi, serta terpaksa menempuh cabaran dalaman dan luaran yang cukup sengit. Dr Siddiq Fadzil mengungkapkan fenomena itu dengan baik sekali: "Untuk mengamankan dirinya daripada gugatan, seorang pemimpin korup biasanya akan berusaha agar orang lain juga jadi korup. Apabila semuanya sama-sama korup, maka tidak siapa pun yang akan berani menuding orang lain sebagai korup. Dalam kaitan ini, Ajib Rosidi menyebut bahawa dosa Soeharto sebenarnya tidak hanya melaksanakan korupsi tetapi lebih daripada itu beliau telah membudayakan korupsi dengan membuka ruang agar mereka yang di kelilingnya juga melakukan perbuatan sama. Dengan demikian lahirlah budaya "korupsi secara berjemaah". Saya sendiri menaruh sedikit syak tentang kemampuan Pakatan merealisasikan janji-janjinya menyelamatkan negara daripada seribu satu penyakit kronik itu. Soalnya, apakah dengan kecurigaan itu membuatkan kita perlu membeku di takuk lama dan membiarkan kemungkaran BN berleluasa? Tentulah tidak! Kerajaan BN yang memerintah hampir 60 tahun itu, sehingga telah "sempurna" segala kebobrokan dan kejahatannya, wajib ditukar. Hal itu tiada kompromi lagi. Peluang mesti diberikan agar Pakatan -- bersama-sama gerakan rakyat -- menerajui perubahan dan melakukan proses reformasi ke akar umbi. Saya dapat memahami, sebahagian kita, yang sudah muak dan jelak dengan jenayah BN mengkhinati amanah kepimpinan ini, mudah pesimis dan seakan-akan menyerah kalah. Pada mereka, sesiapa saja yang menang dalam pilihan raya dan kemudiannya berkuasa, akan melupakan segala janji manis serta kembali kepada tabiat buruk penguasa rakus, seperti rasuah, curang, boros, membazir, pentingkan kroni dan suku-sakat, ego-takbur .... Ya, setiap manusia terdedah kepada kelemahan dan kesilapan, terutama mereka yang berada di singgahsana kuasa, termasuk saf kepemimpinan PAS, DAP dan KeADILan. Prinsip perjuangan yang suci tidak semestinya dapat menahan kerakusan dan membentengi ketamakan. Tidak mengapa jika anda rasa perlu terus mencurigai penguasa baru nanti. Namun, jalan penyelesaiannya mesti ada dan ini telahpun ditawarkan oleh Pakatan. Justeru, siapa pun yang bertakhta, kuasa mesti disekat dan dipisah-pisahkan. Pemerintah tiada lagi kuasa mutlak, dan harus ada faktor semak dan imbang, serta pemantauan langsung rakyat, di samping pemantapan institusi strategik seperti Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Audit Negara, badan kehakiman dan jaminan media yang independen. Lord Acton pernah mengingatkan: "Power tends to corrupts and absolute power corrupts absolutely." Montesquiue turut merumuskan: "Apabila seseorang memiliki kuasa yang kuat, maka kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa adalah tinggi. Dengan itu, kuasa mesti dipisah-pisahkan." Secara umumnya, mana-mana kerajaan yang baru dipilih, bukan sahaja cuba sedaya mungkin mengotakan janjinya, setidaknya bagi menunjukkan kelainan daripada regim terdahulu, malah sukar untuk sewenangnya menyalahgunakan kuasa. Umno yang berkuasa sejak 55 tahun merdeka, begitu arif dengan kelemahan sistem dan ketempangan penguatkuasaan, sehingga dapat (mahir dan cekap) berkomplot untuk "merampok" kekayaan negara dan melakukan siri pengkhianatan. Rakyat selama ini hanya dirujuk dan diusung bagaikan raja pada hari mengundi; selepas itu ditinggalkan dan diremehkan. Pakatan menjanjikan tiada lagi gejala elit politik menguasai dan menentukan segalanya buat rakyat. Negara harus dibangunkan dan dikendalikan bersama. Masyarakat sivil akan berkembang. Partisipasi politik bertambah rancak, melibatkan segenap lapisan masyarakat. Kuasa akan dikawal dari dua arah. Pertama, dari atas, ketundukan dan pengabdian kepada Allah. Kedua, dari bawah, pemantauan berterusan rakyat. Proses pembodohan massa akan dihentikan, sebaliknya berlaku pemerdayaan umat. Rakyat akan dimerdekakan dan seterusnya berlaku proses pencerahan. Cengkaman berbentuk akta drakonian dibatalkan, budaya takut dipecahkan. Aliran maklumat bebas untuk dikongsi. Ilmu dan ilmuwan akan dimartabatkan. Selagi kedaulatan rakyat diiktiraf, suara ramai didengar, rintihan golongan minoriti dipandang berat, institusi syura diimplementasikan, ilmu dan kebenaran dihormati, saya percaya sebagai permulaannya ia sudah memadai. Satu lagi aspek yang saya lihat cukup istimewa ialah sikap penyokong Pakatan. Mereka sukar untuk digula-gulakan atau dijadikan seperti "lembu kenyang". Latihan perkaderan dan pendedahan selama ini meletakkan mereka begitu sensitif dengan tunas-tunas penyelewengan, salahguna kuasa dan korupsi yang mungkin dilakukan pemimpin Pakatan. Selain berdirinya institusi penguatkuasa yang kompeten, cekap dan berintegriti, rakyat juga akan bertindak untuk menolak penguasa curang. Lazimnya, mana-mana penguasa tidak akan bersedia secara sukarela untuk dibatasi kuasa dan pengaruh mereka. Rakyat mesti bangun menuntut dan memperjuangkan hak mereka, serta berperanan proaktif untuk merombak sistem dan struktur pemerintahan. Oleh itu, proses reformasi tidak boleh ditangguh sebaik Pakatan berkuasa. Dan ia mesti digerakkan bersama; jangan memberi cek kosong kepada orang politik, apatah lagi kelompok teratas. Saya cukup yakin, berdasarkan pengalaman tokoh-tokoh utama Pakatan, jiwa besar pemimpinnya, prinsip perjuangan yang teguh, kebijaksanaan membaca realiti, kewarasan berdepan provokasi, insya-Allah negara ini akan melangkah ke era yang lebih baik selepas berlaku perubahan besar dalam PRU13 nanti. Ia Rakyat yang berdaulat akan terus memastikan tiada lagi pengkhianatan terhadap mandat majoriti, dan mereka nescaya segera bangkit memperbetulkan kepincangan sebelum tradisi hodoh BN yang dikuburkan itu tidak mampu bangkit lagi! |
Pi berambus tubuh parti baru la woiii... Posted: 10 Nov 2012 08:50 PM PST Woiitt!!! Kalau dah rasa korang terer sangat, pi la tubuh parti baru... Kalau dah rasa korang dapat 70% sokongan rakyat, buat la satu wadah baru... Tentang Pas secara berdepan, bukan main tikam belakang camnie... Biar rakyat yang tentukan... Amacam, ada berani???
KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 peratus rakyat Selangor bersetuju supaya Umno dan PAS bergabung bagi tujuan mempertahankan agama Islam dan kepentingan Melayu. Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha, kajian yang dijalankan sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu dua parti itu mengenepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga. "Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam," katanya dalam sidang media selepas mengadakan wacana 'Mengembalikan PAS ke Landasan Asal' pagi tadi di Hotel Vistana di sini hari ini.Wacana tersebut menurut Norman dianjurkan atas inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian. Katanya, peserta wacana itu terdiri daripada pemimpin dan penyokong akar umbi yang mahu memberikan pandangan serta luahan tentang kecelaruan hala tuju parti yang semakin tersasar daripada perjuangan asal. Resolusi wacana Wacana tersebut juga berjaya mencapai 11 resolusi yang mengandungi desakan supaya parti dan pemimpin PAS kembali kepada landasan Islam yang sebenar. "Mungkin kita akan ajukan resolusi ini kepada pemimpin tertinggi dalam masa tersekat. "Harapan kami supaya mereka (pemimpin PAS) agak terbuka menerima pandangan peringkat akar umbi yang sebenarnya sudah lama disuarakan," katanya.Sebelas resolusi tersebut adalah: 1. PAS mesti mengembalikan kepimpinan ulama untuk meneraju PAS di semua peringkat. 2. PAS mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam. 3. Agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik. 4. Setiap ahli PAS yang diberi peluang memegang jawatan dalam parti hendaklah terlebih dahulu diberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud. 5. Pemimpin PAS mesti mencerminkan sifat tawadhu' dan menghormati pandangan dan cadangan ahli di peringkat akar umbi. 6. PAS harus menimbangkan dengan serius ruang kerjasama sesama Islam dan Melayu termasuk dengan Umno. 7. Dalam sistem tahaluf siyasi, PAS mesti menjadi parti peneraju bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR. 8. Pemimpin PAS tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa yang sama menghina pimpinan sesama Islam. 9. PAS mesti segera mengkaji hubungannya dengan PKR dan DAP dan sekiranya perlu mengadakan Muktamar Khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju PAS untuk menegakkan Islam dan melaksnakan hudud. 10. Hubungan pemimpin dan pengikut mestilah berdasarkan kepada kedua-dua prinsip al wala' wa al barra' (prinsip kesetiaan terhadap pemimpin dalam Islam). 11. Wacana yang diadakan hari ini hendaklah diadakan di peringkat negeri bagi memberi peluang kepada ahli dan penyokong di peringkat akar umbi menyertai wacana sebegini. |
PENJELASAN : Kenapa Iklan Deepavali Petronas dianggap menghina kaum India Posted: 10 Nov 2012 08:00 PM PST Ramai bertanya apa yang berlaku sebenarnya.... Berikut adalah penjelasan dari seorang rakan berbangsa India berkenaan video tersebut. Kenapa video ini mendapat dislike dari kaum india secara majoritinya.. baca penjelasan di bawah, |
WAJIB BACA: PELIK betoi cerita kat Kulim neh... Posted: 10 Nov 2012 05:23 PM PST Surat yang dikeluarkan oleh Bukit Aman KULIM - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia. Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas. Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi. Dia terkejut dan kecewa apabila permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi. Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980. Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara. "Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya.Dia mendakwa surat daripada Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit Aman. "Sudah lima kali saya memohon kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini, wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat dengan PDRM dibekukan," katanya.Dia bercadang membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia. "Saya akan saman pihak terlibat. Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak menyertai PDRM. "Kalau saya tidak layak, bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya. |
Posted: 10 Nov 2012 04:35 PM PST LAWAN ARUS Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya. Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!". "Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!" - Biaqpila |
Ulasan TGNA mengenai isu Nurul Izzah Posted: 10 Nov 2012 03:23 PM PST ********************************** Fitnah Akidah : Nik Aziz pertahan Nurul Izzah KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan. Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk. "Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi 'gege gegok' (diperbesarkan)," katanya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan di sini, semalam.Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan katanya, tidak semestinya apa dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. "Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia," katanya kepada media semalam.Nik Aziz berkata, berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah. "Saya pembangkang dan saya juga dituduh sebagai bapa kafir, sedangkan saya ini pejuang Islam," katanya. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan