Addin |
- Pelakon Anne Ngasri Bertunang Dengan Setiausaha Kerja Pemuda Umno
- 'Polis Hantu' Dalam PDRM
- Gambar Sambutan 'Dingin' Masyarakat India Terhadap Anwar
- Pencuri Tertidur Ketika Mencuri Di Tangkap
- Video Mursyidul Am TIBAI Tuduh Nurul Izzah Lebih Hina Dari Pelacur Tersebar..
- Rupanya Sebab Ni Najib Hendak Bertemu HINDRAF
- Ulama Dunia Yakin Anwar Bakal PM Malaysia
- Gambar Ali Rustam Di 'Agung'kan Rakyat Melaka Tersebar..
Pelakon Anne Ngasri Bertunang Dengan Setiausaha Kerja Pemuda Umno Posted: 11 Nov 2012 08:32 AM PST Menurut laporan Berita Harian, hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda yang identiti'nya masih di"rahsiakan. "Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja, cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang," ujar Anne Ngasri."Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah," tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. "Dia betul betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama sama" "Dia bukan suami orang dan paling penting keluarga merestui hubungan ini," ujar beliau lagi. Bagaimanapun menurut laman beutifulnara.com individu yang dimaksudkan ialah Mohd Sumali Reduan (kiri sekali dalam gambar di ats) Setiausaha Kerja Pemuda UMNO. Tahniahlah ya..... semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. ~asd |
Posted: 11 Nov 2012 05:44 AM PST KULIM - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia. Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas. Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi. Dia terkejut dan kecewa apabila permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi. Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980. Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara. "Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya. Dia mendakwa surat daripada Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit Aman. "Sudah lima kali saya memohon kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini, wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat dengan PDRM dibekukan," katanya. Dia bercadang membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia. "Saya akan saman pihak terlibat. Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak menyertai PDRM. "Kalau saya tidak layak, bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya. ~sinar Addin : Bukannya pengundi hantu je ada.. polis hantu pun ade.. kredibiliti JPN terus di persoal.. |
Gambar Sambutan 'Dingin' Masyarakat India Terhadap Anwar Posted: 11 Nov 2012 05:16 AM PST Nampaknya, impian perdana menteri, Najib Altantuya untuk memperoleh kembali sokongan masyarakat India terutamanya di Selangor semakin kelam. Ini dibuktikan dengan sambutan meriah luar biasa yang diterima ahli parlimen Permatang Pauh ini oleh masyarakat India di saat Najib Altantuya menyatakan hasrat mahu bersemuka dengan Hindraf yang menjadi jurucakap kaum itu sejak pilihanraya umum ke-12 lalu. Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Klang disambut ribuan masyarakat India yang sudah menunggu kehadiran bakal perdana menteri Malaysia itu seawal jam 3 petang semalam.Anwar yang tiba kira-kira jam 445 petang semalam itu disambut ahli parlimen Klang, Charles Santiago, Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu dan pemimpin masyarakat tempatan. Sambutan luar biasa yang ditunjukkan kaum ketiga terbesar di negara ini jelas membuktikan bahawa rakyat Selangor terutamanya masyarakat India masih bersama Pakatan Rakyat.Anwar dalam ucapannya menegaskan Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini sekiranya berjaya memerintah Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Kehadiran Anwar diserikan lagi dengan pertunjukan tarian kaum India dan persembahan kebudayaan pelbagai kaum di kawasan yang lebih dikenali dengan jolokan "Little India" itu.Perayaan Deepavali akan disambut pada Selasa ini. ~jalanpulang |
Pencuri Tertidur Ketika Mencuri Di Tangkap Posted: 10 Nov 2012 11:00 PM PST KUCHING - Seorang pencuri yang mengantuk dan akhirnya tertidur telah ditangkap selepas memecah masuk ke dalam pejabat di Matang semalam. Pemuda berusia 35 tahun yang berasal dari Petra Jaya itu dipercayai telah memanjat di belakang bangunan dan masuk melalui tingkap ke sebuah pejabat di tingkat pertama pusat komersial itu pada waktu malam. Selepas mencuri beberapa komputer riba dan beberapa barangan lain di dalam beg yang dibawanya bersama, tanpa diketahui apakah sebabnya pencuri itu kemudiannya pergi ke salah sebuah meja dan tertidur di situ sepanjang malam. Suspek ditemui sekitar jam 8:00 pagi oleh salah seorang pekerja yang tiba ke pejabat dan segera menghubungi polis apabila melihat pencuri itu masih tertidur di atas meja. Pegawai peronda polis tiba dalam masa beberapa minit kemudian dan menahan suspek. Suspek akan ditahan di lokap sementara menunggu siasatan lanjut. ~bernama |
Video Mursyidul Am TIBAI Tuduh Nurul Izzah Lebih Hina Dari Pelacur Tersebar.. Posted: 10 Nov 2012 10:00 PM PST Dengan mempamirkan wajah seumpama Gorilla yang sedang marah Zahid Md. Arip yang juga Mursyidul Am TIBAI melontarkan tuduhan bahawa Nurul Izzah itu lebih hina dari pelacur di Chow Kit Road. Ini kerana menurut Zahid, pelacur hanya melacurkan dirinya tetapi Nurul Izzah melacurkan agama dan bangsanya demi politik. Semuanya ini hanya kerana Zahid Mat Arip sendiri hanya mempercayai apa yang dilaporkan oleh Utusan sahaja demi mencari sesuap nasi beliau sanggup menghina bangsanya sendiri sebegitu hina. Sepatutnya beliau menjelaskan kepada semua apa yang salah dengan kenyataan Nurul Izzah itu, bukannya menyerang peribadi Nurul Izzah dalam hal ini.. Ini apa yang Nurul ucapkan.. Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."Ini terjemahannya... Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih." Kenapa Zahid Mat Arip tak boleh memperjelaskan apa yang salah dari kenyataan Nurul Izzah di atas sebaliknya menyerang peribadi beliau seperti dalam video di bawah.. ~asd |
Rupanya Sebab Ni Najib Hendak Bertemu HINDRAF Posted: 10 Nov 2012 08:44 PM PST KUALA LUMPUR - Hasrat Perdana Menteri untuk bertemu badan bukan kerajaan (NGO), Hindraf kerana tergugat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemu kumpulan itu, awal bulan lalu. Bekas pemimpin Hindraf, S Jayathas berkata, tindakan itu membuktikan Datuk Seri Najib Razak bimbang terhadap sokongan rakyat India yang dilihat semakin condong ke arah Pakatan Rakyat. "Najib begitu takut kehilangan pengundi India sekarang, lebih-lebih lagi bila melihat Anwar sudah bertemu Hindraf," katanya ketika dihubungi. Beliau yang baru menyertai KEADILAN Oktober lalu turut menasihati pemimpin Hindraf agar tidak perlu membuang masa bertemu Najib kerana terbukti selama ini kerajaan tidak pernah ambil peduli kesulitan yang dihadapi kaum India. "Barisan Nasional sudah perintah 50 tahun, apa isu kaum India yang mereka selesaikan? Tak berbaloi untuk Hindraf bertemu Najib, sebab beliau tak mampu selesaikan apa-apa pun," katanya. Pada 2 November lalu, delegasi Hindraf diketuai pengerusi pergerakan itu, P Waythamoorthy bertemu Anwar bersama pemimpin KEADILAN lain termasuk Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa. Pertemuan itu bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India, sebelum Najib mengumumkan menghantar jemputan untuk bertemu. ~kd |
Ulama Dunia Yakin Anwar Bakal PM Malaysia Posted: 10 Nov 2012 08:23 PM PST SEBERANG TAKIR - Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Doa itu tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul 'Khaulah Sha'ab' yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat). "Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar. "Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab. "Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang," katanya disambut laungan takbir lebih 5,000 rakyat di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, keyakinan Yusof al-Qaradawi itu kerana sedar kepincangan di negara ini sehingga rakyat hidup terseksa di bawah pentadbiran Umno BN. "Tapi tak semena-mena sekarang ini berlaku fenomena yang disebut Yusuf al-Qaradawi 'khaulah sha'ab' (kebangkitan rakyat). "Ada ustaz-ustaz Umno cakap, kalau tunjuk perasaan, bantah kerajaan – ini tidak betul. Ini ustaz 'wa ampu sana wa ampu sini'. "Sedangkan, Yusof al-Qaradawi kata, tanggungjawab kita tuntut perubahan, perubahan demi negara kita, bukan pemberontakan. Bukan bunuh orang. "Hentikan kezaliman, hentikan pemimpin yang kaut kekayaan, bebaskan rakyat daripada kemiskinan, hapuskan rasuah," katanya, menambah sejarah membuktikan negara yang mengabai tuntutan agama, pasti tersungkur. ~kd |
Gambar Ali Rustam Di 'Agung'kan Rakyat Melaka Tersebar.. Posted: 10 Nov 2012 07:03 PM PST Gambar banner ni Addin ambil ketika berada di Jalan Bendahara, Banda Hilir petang semalam. Banner ni menarik perhatian Addin, satu lagi perang saraf yang di jalankan oleh BN Melaka. Untuk makluman ko orang 5 DUN di Melaka di kuasai oleh DAP dan termasuklah kawasan ni. Kawasan yang di kuasai oleh DAP adalah kawasan bandar dan majoriti masyarakat Cina. Addin bukan prejudis.. harap-harap banner ni memang di naikkan oleh pemilik-pemilik lot Wisma Bendahara yang di robohkan bagi projek pembangunan. Bagi Addin perkara terbaik untuk mengucapkan terima kasih pada seseorang adalah bertemu dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Bukan seperti, ini dengan menaikkan banner. Mungkin banner ini bertujuan untuk membersihkan imej Ali Rustam yang terpalit dengan pelbagai masalah kebelakangan ini. Perkahwinan mega anaknya yang mengundang kecaman pelbagai pihak dan laporan audit negara yang menunjukkan hutang negeri Melaka meningkat sehingga RM 865.9 juta adalah isu terbaru Ali Rustam. Mungkin ramai yang beranggapan Melaka adalah kubu kuat BN. Itu mungkin dulu-dulu tapi sekarang rakyat semakin celik, mungkin PR tidak menang tapi boleh mengurangkan kerusi BN Melaka di samping merampas Putrajaya dari BN. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan