Muslimeen United |
- Johor bakal tumbang - Veteran UMNO
- Veteran UMNO Dilarang Mati Dulu, Saluran Satu Penentu Hidup Mati UMNO (?)
- Talian hayat terakhir buat DS Najib
- Perbezaan ''roadblock'' di Malaysia dan Negara Luar
- TGNA: Izzah Tidak Bernasib Baik Kerana Dia Pembangkang
- SAKSIKAN!! Rosmah Mansor Buat Kerja Gila Di Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei!
Johor bakal tumbang - Veteran UMNO Posted: 11 Nov 2012 02:42 AM PST Rupanya, bukan setakat pemimpin Umno kanan yang terasa bahang kekalahan, malah orang Umno pencen yang pernah makan gaji dengan kerajaan pun sudah mula serabut kepala. Buktinya, semasa Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, pemangku pengerusinya, Mohd Zahid Sirat mengakui, ahli Umno mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Mohd Zahid berkata lagi, ini kerana pilihanraya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga masa depan Barisan Nasional (BN). Tambahnya lagi, "Pakatan Rakyat yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan negara ini. Ugutnya lagi, "Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi (Melayu) selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan yang bermula semalam. Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BN. "Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya. Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan. "Orang Melayu mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya. Seramai 545 anggota veteran Umno seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini. Perdana menteri, Najib Altantuya juga tidak menolak kenyataan pahit sambil mengugut bahawa Umno dan BN tidak akan kembali berkuasa buat selama-lamanya sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Ditambah lagi dengan statistik bahawa Pakatan Rakyat kini sudah berjaya memperolehi 128 kerusi parlimen sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh dua bulan setakat 30 September lalu. Veteran Umno dari Johor yang ditemui turut melahirkan rasa cemas dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Pakatan Rakyat kini bukan setakat berjaya menembusi kubu kuat Umno di negeri itu, malah sambutan hebat turut diterima dari warga peneroka Felda yang selama ini menjadi antara simpanan tetap Umno dan BN setiap kali pilihanraya diadakan. Ujarnya lagi, generasi kedua dan ketiga Felda yang terdedah dengan sumber maklumat alternatif menerusi internet dan laman sosial turut menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Umno di kalangan mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun. Mendedahkan satu maklumat sulit yang diperolehinya, dia mengakui beberapa kerusi parlimen BN di Johor seperti Kluang, Simpang Renggam, Segamat dan Labis sudah tidak selamat ekoran kaum bukan Melayu kini secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka merupakan ahli parti komponen BN, terutamanya MCA dan MIC. Tambahnya lagi, sekiranya fenomena ini berterusan, ramalan menteri besar, Ghani Othman bahawa 15 daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu bakal ditawan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan. Inilah yang membimbangkan veteran Umno tersebut yang enggan disiarkan namanya atas faktor keselamatan selepas persidangan tamat kira-kira jam 2.30 petang tadi. bakal menteri besar Johor jika PR menang. terbaik uoll's!! Beliau secara terbuka meminta veteran Umno supaya turun membantu pemimpin pelapis peringkat pergerakan pemuda dan puteri dari segi pengalaman dan sokongan moral bagi mengekang pengaruh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya "berbahaya bagi masa depan orang Melayu". ~jalanpulang |
Veteran UMNO Dilarang Mati Dulu, Saluran Satu Penentu Hidup Mati UMNO (?) Posted: 11 Nov 2012 02:40 AM PST Veteran Umno digesa bersedia bantu parti menangi PRU 13 KUALA TERENGGANU — Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu. "Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini. "Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sini hari ini. Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan Barisan Nasional. "Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya. Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan. "Melayu dan bumiputera mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya. Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan pelbagai gejala negatif termasuk tindakan cuba menodai kesucian agama Islam oleh pihak tertentu. Sebanyak 545 anggota Veteran Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini. — Bernama |
Talian hayat terakhir buat DS Najib Posted: 10 Nov 2012 02:55 PM PST "Kita dapat baca di media-media beberapa akhir ini, DS Najib mula mengorak langkah menjadi muslim sejati dan baik. Ini adalah kerana beliau mula nampak bahawa peluang beliau untuk menang juga amat bergantung pada undi Melayu Muslim. Walaupun masih banyak Melayu (bukan Muslim sejati) di 1Malaysia ini, tetapi diakhir-akhir ini, isu Melayu dan Islam nampaknya amat penting untuk mendapat undi Melayu. Walaupun sebahagian pengundi adalah Melayu (bukan Muslim sejati), tetapi apabila sensitiviti agama dimainkan, ianya memberi kesan yang amat kepada 'rating' beliau. Kerana bagi Melayu kebanyakkan, Islam dan Melayu itu 'peha kiri dan peha kanan'. Kalau mana-mana satu dicubit, pasti terasa sakitnya. Diakhir-akhir ini, UMNO dan BN suka mainkan isu agama islma dan melayu untuk meraih simpati. Dengan kaum Cina beliau kempen 'anti hudu PAS', dengan kaum Melayu beliau ketengahkan betapa pentingnya UMNO untuk Islam. Kita lihat DS Najib mulai menjadi 'alim'. Mulai ke masjid-masjid atau ke surau-surau untuk bersama mengerjakan sholat jemaah (walaupun secara publisiti), mula mempertahankan kepentingan 'akidah Islam'. Mula mempertahankan kepentingan sekolah-sekolah pondok'. Dan jangan terkejut, sekiranya beliau terpaksa menggunakan talian hayat terakhir beliau melalui anak dan isteri beliau. Beliau tahu, ramai dalam UMNO sukakan beliau, cuma mereka tak sukakan Rosmah. Maka talian hayat terakhir beliau mungkin Rosmah akan mula memakai HIJAB dan beliau mengumumkan untuk menghantar anak lelaki kesayangan beliau yang begitu popular itu ke sekolah Pondok (yang beliau akan bina dan rasmikan) bagi mempelajari Islam. Saya yakin, sekiranya beliau lakukan tersebut. "Rating" beliau akan meningkat mencanak-canak dan akan merungsingkan TPM kita pula. Kita tunggu dan lihat. Wallah hualam. "Berikanlah hidayah Mu ke atas pemimpin-pemimpin kami, dan kami". TRANUNGKITE |
Perbezaan ''roadblock'' di Malaysia dan Negara Luar Posted: 10 Nov 2012 02:49 PM PST Banyak pengguna jalan raya di Highway tidak puas hati dengan sistem roadblock di Malaysia. Ini kerana tiga laluan dijadikan satu laluan menjadikan jalan sesak dan akan melambatkan pengguna Lebuh raya untuk sampai ke destinasi. Mungkin ini adalah cara terbaik untuk PDRM membuat sekatan Jalanraya demi kebaikan bersama. Sila lihat gambar perbezaan Sekatan Lebuhraya di Luar Negara dan di Malaysia. |
TGNA: Izzah Tidak Bernasib Baik Kerana Dia Pembangkang Posted: 10 Nov 2012 02:45 PM PST TG Nik Aziz pertahan Nurul Izzah Kota Bharu - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan. Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk. "Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi 'gege gegok' (diperbesarkan)," katanya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan di sini, semalam. Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan katanya, tidak semestinya apa dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. "Izzah lain surat khabar lain.... yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia," katanya kepada media semalam. Nik Aziz berkata, berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah. "Saya pembangkang dan saya juga dituduh sebagai bapa kafir, sedangkan saya ini pejuang Islam," katanya. -SH |
SAKSIKAN!! Rosmah Mansor Buat Kerja Gila Di Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei! Posted: 10 Nov 2012 02:41 PM PST Setelah tidak hadir dalam majlis yang sama malam semalam yang dikhaskan kepada para kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Rosmah yang tidak mengikuti Najib malam tadi, rupanya kehadirannya malam ini memang sangat memalukan. Mana tidaknya, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya! Sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka. Walaupun Rosmah merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dia tidak sepatutnya membelakangkan majlis perkahwinan yang diadakan selama dua hari berturut-turut itu. Majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini disiarkan secara langsung menerusi NTV7 selama sejam bermula 8.30 malam tadi. Hadirin yang melihat Rosmah duduk di antara kedua pengantin kemudian dilihat saling berbisik sesama mereka dipercayai mempersoalkan kedudukan kerusi Rosmah yang dianggap janggal selain tidak mematuhi protokol walau yang hadir adalah perdana menteri sekalipun. Pun begitu, sekiranya Chong Wei sendiri secara peribadi menjemput Rosmah hadir sebenarnya tidak salah tetapi yang menjadi persoalan tidakkah ia menimbulkan rasa pelik kepada penonton yang mengikuti majlis tersebut di kaca televisyen? Buktinya, seorang pengguna akaun Facebook, Wu Loong Teo yang memberi komen di laman sosial itu milik DAP Cheras, bertanyakan kepada anak lelakinya siapa dan siapa yang berkahwin, dan jawapannya sungguh mengejutkan! Anaknya menjawab "Lee Chong Wei DAN Rosmah"! (buktinya, klik pada pautan DI SINI). Seterusnya sila sambung bacaan anda di sini ( Jalan Pulang ) |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan