shalehudin |
- Video: Rafizi mengaku dia PENAT lawan Nazri
- Syabas PKR, yang lain bila lagi...
- BERTUAH kita pasai Mahathir masih hidup...
- Patut la Umno meluat sungguh kat Zunar... hehe...
- Hebat Madey neh, tak dak kuasa tapi lebih berkuasa
- Tak heran kalau Fathul Bari akan jadi penyokog PR pulak
- Tu diaa!! Punya meluat kat Anwar sampai terlupa nak hormat Azan
Video: Rafizi mengaku dia PENAT lawan Nazri Posted: 10 Nov 2012 07:04 AM PST |
Syabas PKR, yang lain bila lagi... Posted: 10 Nov 2012 04:17 AM PST KEADILAN lancar laman web khas untuk PRU 13 Wajah baru laman demirakyat.my telahpun dilancarkan. Laman ini akan berfungsi sebagai wadah utama Parti Keadilan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Parti ini telah melancarkan sebuah agenda internet yang komprehensif untuk memudahkan kami berkomunikasi dengan para pengundi dan menjana tenaga anda untuk membantu Keadilan dan Pakatan Rakyat mengharungi garisan penamat dalam perlumbaan kami untuk membentuk kerajaan di Putrajaya. Keadilan merupakan parti untuk semua yang memperjuangkan keadilan sosial buat seluruh rakyat Malaysia. Kami memandang Internet sebagai sebuah gelombang demokratisasi buat pelusuk dunia, dan media sosial sebagai enjin utamanya. Demirakyat.my akan membolehkan semua rakyat Malaysia memainkan peranan dalam usaha parti memenangi kerusi-kerusi merentasi persekutuan. Video berikut, yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerangkan pilihanraya utama yang akan datang pada dasarnya, dan mengapa perlunya tindakan oleh rakyat yang mahukan keadilan sosial. Laman ini akan menampilkan tiga ciri-ciri: sokongan, perkongsian dan sumbangan. SOKONGAN: Untuk membolehkan anda tahu lebih lanjut tentang usaha parti dalam menghadapi pilihanraya serta jentera pilihanraya di peringkat nasional dan kawasan. PERKONGSIAN: Untuk membolehkan netizen berkongsi mesej pilihanraya, ceramah, visual dan sebagainya, samada secara langsung ke komuniti anda atau ke komuniti virtual anda, seperti di Facebook dan Twitter. SUMBANGAN: Untuk membolehkan anda yang ingin membantu menyumbang untuk kempen Keadilan di peringkat persekutuan dan pada masa yang sama di peringkat negeri. Laman ini telah dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan baru untuk bayaran secara kad kredit atau menggunakan kaedah lain, bagi memastikan segala sumbangan anda dijana secara langsung kepada gerak kerja pilihanraya. Laman ini merupakan satu panggilan untuk kita semua bertindak, dan akan dikemaskini untuk menampilkan semua calon pilihanraya parti semakin dekat ke pilihanraya umum. NIK NAZMI Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat |
BERTUAH kita pasai Mahathir masih hidup... Posted: 10 Nov 2012 03:37 AM PST 10 kesilapan Tun Mahathir Berikut senarai 10 kesilapan yang telah dilakukan oleh mantan Piem Umno, Tun Mahathir yang tak akan dilupakan oleh Melayu sebagaimana yang ditulis oleh Nawawi Mohamad dan Wong Chun Mei dalam Malaysia Chronicle.
JOM ABU... Asal Bukan Umno... |
Patut la Umno meluat sungguh kat Zunar... hehe... Posted: 10 Nov 2012 12:11 AM PST |
Hebat Madey neh, tak dak kuasa tapi lebih berkuasa Posted: 09 Nov 2012 09:25 PM PST MAHATHIR marah wartawan bising anaknya dapat projek Petronas Jarang sekali kita melihat seorang pemimpin yang selama ini dianggap tenang, rupanya boleh mengamuk dalam sekelip mata! Itulah yang dibuktikan perdana menteri Malaysia keempat, Mahathir Mohamad yang jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu. Anak Mahathir - Mokhzani - merupakan naib pengerusi Sapura Kencana Petroleum Bhd! Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Mahathir berkata: "Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak. "Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini. "Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya. "Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik." SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun. Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu. Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'cetakan skrin' dari laman web menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta. |
Tak heran kalau Fathul Bari akan jadi penyokog PR pulak Posted: 09 Nov 2012 06:10 PM PST Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya. Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: "Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL". Oleh kerana Fathul Bari turut 'ditag' dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut. Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk. Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya. Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan. Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR! Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut: 1. Fathul bela CSL. 2. Kenyataan Karpal berbanding CSL. 3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal. 4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam. 5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO? 6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO. 7. Soal hudud dan perlaksanaannya. 8. Soal mendapatkan izin DAP. 9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO. Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau pun Facebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu. 1. FATHUL BELA CSL Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya 'ayat bunga-bunga' sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan. Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut "langkah mayat saya" sedangkan CSL hanya menolak 'hudud PAS' bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam. Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL. Hujjah 'hudud PAS' memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW). Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat'i yang telah ditetapkan Allah. Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total. Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini. Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya 'hudud PAS' tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini. Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL. Bersambung... WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Tu diaa!! Punya meluat kat Anwar sampai terlupa nak hormat Azan Posted: 09 Nov 2012 03:20 PM PST TAK HORMAT AZAN!!! 20 ahli Perkasa buat demo mencarut depan balai polis KERTEH 9 November: Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini. Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat. Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan jarak 50 meter. Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan. Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat. Jam 4.30 petang pula, Ketua Umum KEADILAN itu mengadakan ceramah dan bersantai di Syahbandar, Kuala Terengganu. Selepas solat dan tazkirah Maghrib di Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, Anwar dijadual berucap pada ceramah perdana di Markas KEADILAN, Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu. Beliau juga berceramah di ceramah di tapak pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam. Selain Anwar, antara penceramah lain yang dijangka berucap ialah Datuk Saifuddin Nasution; Azan Ismail; Dr Alias Abdul Razak; Rafizi Ramli; Abdul Rahman Yusof;, Mahyuddin Abdul Rashid dan Ng Chai Heng.- PASPB |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan