Addin |
- Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei Jadi 'Hura Hara' Kerana Rosmah Mansor.. Saksikanlah!!
- Rakyat Melaka Benar-Benar Sanjung Ali Rustam.. Gambar Sebagai Bukti
- Veteran Umno Johor Mengakui Umno Semakin NAZAK..
- Gaji Dan Elaun Agong, PM, Sultan, Menteri?
- Apa!! Imam-Imam Di bawa Ke Singapura Untuk Di Dakyah Oleh Umno?
- Kreatif!! SAMM Lancar Wayang Pacak Untuk Sebar Maklumat
- Anugerah Skrin 2012 : Ustaz Azhar Idrus Belasah Rosyam Noor
Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei Jadi 'Hura Hara' Kerana Rosmah Mansor.. Saksikanlah!! Posted: 10 Nov 2012 09:38 AM PST Kehadiran isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei sebentar tadi benar-benar mengejutkan! Setelah tidak hadir dalam majlis yang sama malam semalam yang dikhaskan kepada para kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Rosmah yang tidak mengikuti Najib Altantuya malam tadi, rupanya kehadirannya malam ini memang sangat memalukan. Mana tidaknya, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya! Sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka. Walaupun Rosmah merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dia tidak sepatutnya membelakangkan majlis perkahwinan yang diadakan selama dua hari berturut-turut itu. Majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini disiarkan secara langsung menerusi NTV7 selama sejam bermula 8.30 malam tadi. Hadirin yang melihat Rosmah duduk di antara kedua pengantin kemudian dilihat saling berbisik sesama mereka dipercayai mempersoalkan kedudukan kerusi Rosmah yang dianggap janggal selain tidak mematuhi protokol walau yang hadir adalah perdana menteri sekalipun. Pun begitu, sekiranya Chong Wei sendiri secara peribadi menjemput Rosmah hadir sebenarnya tidak salah tetapi yang menjadi persoalan tidakkah ia menimbulkan rasa pelik kepada penonton yang mengikuti majlis tersebut di kaca televisyen? Buktinya, seorang pengguna akaun Facebook, Wu Loong Teo yang memberi komen di laman sosial itu milik DAP Cheras, bertanyakan kepada anak lelakinya siapa dan siapa yang berkahwin, dan jawapannya sungguh mengejutkan! Anaknya menjawab "Lee Chong Wei DAN Rosmah"! (buktinya, klik pada pautan DI SINI). Sekali lagi, Rosmah membuktikan kepada dunia bahawa kata-kata bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebenarnya benar belaka. MALAYSIA BOLEH! ~jalanpulang |
Rakyat Melaka Benar-Benar Sanjung Ali Rustam.. Gambar Sebagai Bukti Posted: 10 Nov 2012 06:45 AM PST Gambar banner ni Addin ambil ketika berada di Jalan Bendahara, Banda Hilir petang tadi. Banner ni menarik perhatian Addin, satu lagi perang saraf yang di jalankan oleh BN Melaka. Addin bukan prejudis.. harap-harap banner ni memang di naikkan oleh pemilik-pemilik lot Wisma Bendahara yang di robohkan bagi projek pembangunan. Mungkin banner ini bertujuan untuk membersihkan imej Ali Rustam yang terpalit dengan pelbagai masalah kebelakangan ini. Perkahwinan mega anaknya yang mengundang kecaman pelbagai pihak dan laporan audit negara yang menunjukkan hutang negeri Melaka meningkat sehingga RM 865.9 juta adalah isu terbaru Ali Rustam. Mungkin ramai yang beranggapan Melaka adalah kubu kuat BN. Itu mungkin dulu-dulu tapi sekarang rakyat semakin celik, mungkin PR tidak menang tapi boleh mengurangkan kerusi BN Melaka di samping merampas Putrajaya dari BN. |
Veteran Umno Johor Mengakui Umno Semakin NAZAK.. Posted: 10 Nov 2012 06:00 AM PST Rupanya, bukan setakat pemimpin Umno kanan yang terasa bahang kekalahan, malah orang Umno pencen yang pernah makan gaji dengan kerajaan pun sudah mula serabut kepala. Buktinya, semasa Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, pemangku pengerusinya, Mohd Zahid Sirat mengakui, ahli Umno mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Mohd Zahid berkata lagi, ini kerana pilihanraya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga masa depan Barisan Nasional (BN). Tambahnya lagi, "Pakatan Rakyat yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan negara ini. Ugutnya lagi, "Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi (Melayu) selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan yang bermula semalam. Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BN. "Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya. Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan. "Orang Melayu mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya. Seramai 545 anggota veteran Umno seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini. Perdana menteri, Najib Altantuya juga tidak menolak kenyataan pahit sambil mengugut bahawa Umno dan BN tidak akan kembali berkuasa buat selama-lamanya sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Ditambah lagi dengan statistik bahawa Pakatan Rakyat kini sudah berjaya memperolehi 128 kerusi parlimen sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh dua bulan setakat 30 September lalu. Veteran Umno dari Johor yang ditemui turut melahirkan rasa cemas dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Pakatan Rakyat kini bukan setakat berjaya menembusi kubu kuat Umno di negeri itu, malah sambutan hebat turut diterima dari warga peneroka Felda yang selama ini menjadi antara simpanan tetap Umno dan BN setiap kali pilihanraya diadakan. Ujarnya lagi, generasi kedua dan ketiga Felda yang terdedah dengan sumber maklumat alternatif menerusi internet dan laman sosial turut menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Umno di kalangan mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun. Mendedahkan satu maklumat sulit yang diperolehinya, dia mengakui beberapa kerusi parlimen BN di Johor seperti Kluang, Simpang Renggam, Segamat dan Labis sudah tidak selamat ekoran kaum bukan Melayu kini secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka merupakan ahli parti komponen BN, terutamanya MCA dan MIC. Tambahnya lagi, sekiranya fenomena ini berterusan, ramalan menteri besar, Ghani Othman bahawa 15 daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu bakal ditawan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan. Inilah yang membimbangkan veteran Umno tersebut yang enggan disiarkan namanya atas faktor keselamatan selepas persidangan tamat kira-kira jam 2.30 petang tadi. Beliau secara terbuka meminta veteran Umno supaya turun membantu pemimpin pelapis peringkat pergerakan pemuda dan puteri dari segi pengalaman dan sokongan moral bagi mengekang pengaruh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya "berbahaya bagi masa depan orang Melayu". ~jalanpulang |
Gaji Dan Elaun Agong, PM, Sultan, Menteri? Posted: 10 Nov 2012 04:27 AM PST Sebelum ni ramai yang tanya pasal allowances ni semua termasuk allowances untuk kerabat. Aku pun tak boleh bagi info yang lengkap. But now aku dah dapat info yang lengkap untuk share dengan you all. So, mari kita lihat berapa banyak Malaysia habis kan duit untuk bagi pada orang orang ni semua. Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong. Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing. 1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000). 2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000) 3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000) So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 . Elaun untuk Permaisuri Agong ialah 1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan). 2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan). Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400. Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut 1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100 2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880 Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong. 1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan. 2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan. Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup? Pencen khas untuk balu Agong Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). So, ini lah yang Siti Aishah dapat. 1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan. 2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car. 3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000. Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah) Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya. 1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan. 2. Elaun keraian Sultan = RM15,480 So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080. Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah 1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan 2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan. Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600. Elaun lain lain untuk kerabat ialah Raja Muda - RM13,000 Raja Puan Muda - RM5,200 Tunku Bendahara - RM4,000 Bini Tunku Bendahara - RM1,250 Tunku Temenggung - RM3,500 Isteri Tunku Temenggung - RM900 Tunku Laksamana - RM3,000 Isteri Tunku Laksamana - RM600 Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar. Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan. Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 .... Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut, Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan. Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40 Ahli Dewan Negara - RM6,508.59 Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79 So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah = RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79 = RM56,753.84. Ini formula untuk calculate pencen bekas MP. Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat. Gratuity: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan). Addin : Ada sesiapa yang boleh sahkan maklumat ni? |
Apa!! Imam-Imam Di bawa Ke Singapura Untuk Di Dakyah Oleh Umno? Posted: 09 Nov 2012 11:00 PM PST Felda telah menganjurkan Persidangan Pemantapan Institusi Masjid di Tanah Rancangan Felda dengan tema ' Pemodelan Semula Institusi Masjid'. Ia diadakan di Hotel Flamingo, Ampang dari 4-6 sept yang lalu. Peserta yang terlibat terdiri dari wakil-wakil jawatankuasa Masjid, pegawai agama Felda dan para imam seluruh Felda. Objektifnya ialah untuk menjadi sesi sumbang saran bagi mengkaji dan menilai peranan sebenar masjid, langkah-langkah menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti dan pemerkasaan tadbir urus masjid. Persidangan ini membabitkan pembentangan 6 kertas kerja dari tokoh-tokoh undangan. Ia sangat baik ke arah transformasi institusi masjid sebagai pusat aktiviti kehidupan yang syumul. Namun, apa yang mencurigakan ialah kertas kerja 1 yang dibentangkan oleh Tuan Hj Husaini Ibrahim, Dekan Halehwal Pelajar, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak. Kertaskerja bertajuk 'Ancaman terhadap Kelangsungan Agama Islam & orang melayu di Malaysia'. Sangat rasis dan ulasan yang tidak amanah. Dipaparkan peristiwa 13 mei 1969, analisis pilihanraya dan kedudukan melayu. Dinukilkan persoalan kemana arah agama Islam dan generasi melayu. Rumusannya, konon melayu akan lingkup di tangan Pakatan Rakyat. Susulan dari persidangan tersebut, secara berpakej, imam-imam Felda dihantar ke Singapura. Lawatan sambil belajar katanya. Imam-imam dibawa dengan bas dan ditaklimatkan di Masjid Kg Melayu Majidee Johor Bharu sebelum masuk ke Singapura. Menginap beberapa hari, di bawa ke Masjid Sultan dan beberapa tempat lain. Apa yang menimbulkan tandatanya, kebaikan dari urustadbir masjid di Singapura tidak ditonjolkan sangat. Tapi propaganda halusnya ialah azan dalam masjid (corong speaker tidak boleh ke luar masjid), tahrim sebelum subuh tiada, melayu kononnya didiskriminasi. Akan diperbesarkan isunya, melayu ke mana jika Pakatan Rakyat menang. Contohnya nasib melayu Singapura. Inilah jarum jahat kerajaan Barisan Nasional. Maklumat ini diberikan oleh beberapa orang pegawai Felda dan imam yang terlibat kepada saya. Saya akan dedah berapa kos untuk persidangan ini dan lawatan imam-imam ke Singapura. Ini projek pertama Faizoull Ahmad, Pengarah Besar Felda. Baru sahaja menjadi Pengarah Besar tetapi memperlihatkan tindakan yang amat tidak cerdik. Bazirkan duit peneroka untuk propaganda palsu. Isu pemantapan institusi masjid tenggelam dek jarum halus strategi menakutkan orang melayu jika Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Sumber : FB Mazlan Aliman |
Kreatif!! SAMM Lancar Wayang Pacak Untuk Sebar Maklumat Posted: 09 Nov 2012 10:03 PM PST SABAK BERNAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor melancarkan siri Jelajah Anak Muda Selangorku khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini. Penyelaras SAMM Selangor, Azhar Achil berkata, siri jelajah ini dengan kerjasama TVSelangor bertujuan menyampaikan maklumat dan dasar Kerajaan Negeri secara terus melalui pengedaran risalah mengenai skim dan program supaya rakyat mengetahuinya secara lebih jelas. Katanya, tumpuan utama siri jelajah ini adalah kepada masyarakat luar bandar kerana masih kekurangan akses kepada saluran media alternatif bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Siri jelajah ini memberikan naskhah dan risalah mengenai skim bantuan air percuma, penjelasan mengenai hutang Talam, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), serta pengedaran akhbar Selangor Kini kepada penduduk yang datang ke tapak pasar malam ini," katanya ketika di temui di lokasi pertama siri jelajah di tapak Pasar Malam Sabak Bernam petang semalam. Azhar berkata, SAMM Selangor turut menggunakan pendekatan menggunakan 'Wayang Pacak' iaitu tayangan video mengenai iklan mengenai program serta skim yang dianjurkan selama empat tahun pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR). Seterusnya, siri jelajah ini akan ke tapak pasar malam di Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang, Sungai Panjang dan Bestari Jaya. Turut hadir ketika melancarkan siri pertama jelajah ini adalah Professor Dr. Aziz Bari yang merupakan calon bagi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya akan datang. Dr Aziz Bari berkata, siri jelajah ini merupakan salah satu kaedah yang ada memandangkan maklumat-maklumat penting kerajaan negeri masih ada yang tidak diketahui oleh rakyat khususnya yang kekurangan kepada akses internet. "Kekangan media massa yang dimanipulasikan oleh Kerajaan Umno-BN menyukarkan rakyat mendapatkan maklumat sebenar mengenai perancangan yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan rakyat. "Pengedaran risalah dan maklumat ini dapat memberitahu rakyat bagaimana wang Kerajaan Negeri diuruskan supaya kekayaan negeri dapat dikembalikan kepada rakyat untuk dinikmati," katanya ketika memberikan ucapan melancarkan siri jelajah itu. ~selangorku |
Anugerah Skrin 2012 : Ustaz Azhar Idrus Belasah Rosyam Noor Posted: 09 Nov 2012 08:43 PM PST |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan