RAKYAT MARHAEN |
- Perutusan Maal Hijrah 1434 H
- Muktamar 58 : Tutup ruang pergeseran sesama sendiri
- Muktamar 58 : Minta hujah perwakilan matang, berfakta
- Muktamar 58 : Tuntut kaum hawa celik politik, peka hak
- Muktamar 58 : Isu cercaan terhadap Islam jadi tumpuan
- Perang Dingin : Muhyiddin Sedang Diintip Di Melbourne?
- Kelantan : Pas Sudah Ada 25 Kerusi Dalam Tangan
- PR terpaksa melalui kepayahan untuk membersihkan negara
- Hijrah: Berubah meletak kepimpinan negara
- 'Ada pihak cuba jatuhkan Nurul Izzah'
- Mahfuz: 'Saya sedia dikritik'
- Patutlah Umno selalu sesat barat dalam kerja buat politiknya, rupanya ini sebabnya!
- Kita bijak atau Menteri yang bodoh?
- Saham FVGH - KWSP Dan KWAP Spekulator Pasaran...!!
- Pembersihan RM275Juta Wang Haram Musa Aman dilaporkan di Switzerland
- BANGANG memang tercipta untuk Umno...!!!
- DEEPAVALI INSINCERITY: Najib’s 'nambikkai' focused on ballot box, his own survival
- AIYOH Najib, no need to fake it: A Chinese to be made Education minister ahead of GE13?
- Time for Indians to seek change
- Dewan Ulama: Pilihan raya sebahagian agenda Pas
- Punca Sebenar Penduduk Kampung Ugut Keluar Umno Terbongkar!
- Najib Ulangi Tawaran ‘Sibu’ Terhadap Isu Kondo Batu Caves
- 55 Tahun UMNO hamba abdikan Orang Melayu!
- Kajian menunjukkan peruntukan Perlembagaan mengenai hak Melayu, tanah, galakkan diskriminasi
- Muktamar: Medan jihad untuk menangkan Islam
Posted: 13 Nov 2012 06:51 PM PST | ||
Muktamar 58 : Tutup ruang pergeseran sesama sendiri Posted: 13 Nov 2012 06:47 PM PST PARA perwakilan dan ahli PAS digesa untuk tidak mencetuskan ruang yang boleh mengundang masalah dan menjejaskan sokongan rakyat kepada parti dalam muktamar nanti, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. "Jangan timbulkan masalah yang boleh merugikan parti atau pergeseran antara satu sama lain serta rakanrakan kita dalam Pakatan Rakyat," katanya. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga menyifatkan, pilihan raya umum kelak sebagai paling "genting" buat PAS khasnya serta Pakatan Rakyat umumnya selepas provokasi demi provokasi kaum dan agama yang dicanang Umno dan paling ketara MCA mutakhir ini. "Kita kini dalam fasa kritikal untuk berdepan PRU13. Ada harapan untuk kita menang sebenarnya bukan sekadar di negerinegeri bahkan tidak mustahil menerjah ke peringkat pusat," tambahnya. Bagaimanapun, Khalid mengingatkan, PAS tidak perlu melatah dengan beberapa isu yang sengaja digembar-gemburkan oleh media Umno-BN. | ||
Muktamar 58 : Minta hujah perwakilan matang, berfakta Posted: 13 Nov 2012 06:45 PM PST Dewan Pemuda PAS Pusat berharap para perwakilan bersiap sedia menghadapi Muktamar PAS ke-58 dan Muktamar Dewan Pemuda ke-53 dengan hujah lebih matang, berasaskan fakta dan angka serta mengemukakan saranan bernas perbaiki gerak kerja parti untuk hadapai PRU13. Ketua Penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor menegaskan, situasi ini berbeza dengan Umno yang menjadikan pentas Perhimpunan Umno untuk memuja dan memuji pemimpin. Sebaliknya kata beliau, pentas muktamar hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk mengkritik, muhasabah dan memberi teguran kepada Dewan Pemuda PAS agar prestasi bagi memicu kebangkitan anak muda di negara ini melonjak, bagi menolak rejim Umno-BN. "Pemuda PAS Pusat mengingatkan pemerhati dan perwakilan agar membuat persiapan mental dan fizikal untuk ke muktamar. "Dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada di kalangan perwakilan yang meninggal akibat kemalangan jalan raya kerana tak dapat rehat yang cukup," katanya. | ||
Muktamar 58 : Tuntut kaum hawa celik politik, peka hak Posted: 13 Nov 2012 06:44 PM PST GOLONGAN wanita diseru supaya menjadi lebih celik politik dan peka akan hak mereka, kata Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff.Ketika membuat gesaan itu, beliau berkata, PRU13 kelak menjadi medan untuk mengukur sejauh mana gerak kerja PAS seluruh kawasan dalam mendekati kaum hawa segenap peringkat usia. Beliau berharap dalam Muktamar PAS ke-58 ini, perwakilan Dewan Muslimat PAS kawasan-kawasan di seluruh negara mengambil peluang untuk memberi keyakinan kepada semua ahli dan jentera parti agar bekerja bersama-sama bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya nanti. "Kita patut menggunakan medan tersebut untuk memperbaiki kelemahan dan mengaktifkan gerak kerja kita terus bekerja sehingga kita mencapai kemenangan menuju pilihan raya," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. Dalam masa sama, golongan wanita juga diseru supaya peka akan isu semasa serta hak mereka dalam usaha melahirkan generasi yang berakhlak serta masyarakat adil dan sejahtera. "Muktamar kelak juga akan memberi tumpuan kepada aspek kebajikan wanita khususnya golongan suri rumah kerana hak mereka juga sentiasa dibela oleh PAS. Salah satunya ialah kita akan menerangkan Skim Caruman Wanita Nasional yang dianjurkan bersama dalam Majlis Wanita Pakatan Rakyat," ujarnya lagi. Muktamar Muslimat akan diadakan pada 14 November 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. | ||
Muktamar 58 : Isu cercaan terhadap Islam jadi tumpuan Posted: 13 Nov 2012 06:43 PM PST KETUA Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh berkata, muktamar kali ini dijangka akan membahaskan isu-isu cercaan Presiden MCA terhadap Islam dan hukum 'Hudud PAS' selain isu-isu teras yang lain. Beliau juga berharap Muktamar Ulama PAS akan dijadikan medan muhasabah secara membina untuk parti dan seluruh ahlinya kerana hari ini sudah terdapat tanda-tanda perjuangan PAS diterima oleh semua rakyat. "Muktamar kali ini menjurus ke arah kita mencapai kemenangan. Kita perlu memikirkan apakah pengisian apabila sudah kita menang nanti? Ini kerana PAS menang tidak seperti Umno yang gila memunggah kekayaan negara," katanya. Kemenangan PAS tegas beliau, mempunyai matlamat untuk mengharapkan keredaan Allah SWT dan keberkatan termasuk dalam melaksanakan segala matlamat parti untuk membentuk negara Islam. Katanya, kemenangan PAS untuk melaksanakan negara Islam yang mempunyai kebajikan dan bersikap tolak ansur dengan bukan Islam agar menjadi model kepada negaranegara lain. Muktamar Ulama akan diadakan pada 15 November 2012 jam 9:00 pagi di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan yang akan dirasmikan oleh ketuanya, Dato' Ustaz Harun Taib. | ||
Perang Dingin : Muhyiddin Sedang Diintip Di Melbourne? Posted: 13 Nov 2012 06:42 PM PST Ini maklumat yang baru diterima. Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan selama sembilan hari ke Melbourne, Australia bermula 10 November lalu rupanya sedang diintip beberapa pegawai yang diupah khas perdana menteri, Najib Altantuya. Menurut sumber, Muhyiddin yang menginap di sebuah hotel terkemuka (H****) di bandaraya itu diawasi pergerakkannya menerusi mikrofon tanpa wayar yang dipasang khas beberapa hari sebelum ketibaan Muhyiddin dan isterinya, Norainee Abdul Rahman. Lawatan selama SEMBILAN hari Muhyiddin ke luar negara dipercayai antara sebab utama mengapa Najib Altantuya terpaksa menggunakan khidmat sedemikian bagi mengatur gerak balas sekiranya timbalannya itu bercadang menggulingkan jawatannya selaku perdana menteri. Ini merupakan lawatan Muhyiddin yang paling lama ke luar negara semenjak menjadi manusia kedua paling berkuasa di Malaysia itu sejak April 2009. Muhyiddin yang turut menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi China Dunia (WCEF) sempena lawatannya ke negara kangaroo itu dikatakan membuat satu perancangan rapi bagaimana mahu menjatuhkan Najib Altantuya semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan diadakan dari 27 November hingga 1 Disember. | ||
Kelantan : Pas Sudah Ada 25 Kerusi Dalam Tangan Posted: 13 Nov 2012 06:39 PM PST Bila orang bertanya saya mengenai kedudukan dan peluang Pas di Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang saya menjawab begini; setakat hari ini Pas masih mampu membentuk kerajaan tetapi bukan dengan majoriti lebih 2/3 tetapi dengan majoriti tipis.
Di atas kertas bagi Pas mereka mempunyai 15 kerusi yang betul-betul sedap duduk. Ini berdasarkan kepada jumlah majoriti yang diperolehi dalam pilihan raya lalu. Kalau pun undi wakil-wakil berkenaan merosot hingga 20 persen mereka masih dapat mengawal kerusi mereka. Kerusi-kerusi itu ialah; Kelaboran (2,212), Pasir Pekan (4,516), Chempaka (4,249), Panchor (3,437), Tanjung Mas (6,112), Kota Lama (5,206), Bunut Payung (4,341), Pengkalan Pasir (2,348), Chetok (2,670), Meranti (3,135), Salor (3,232), Pasir Tumbuh (3,403), Demik (4,799), Tawang (3,278) dan Bukit Panau (4,148). Read More / Baca Lagi >> | ||
PR terpaksa melalui kepayahan untuk membersihkan negara Posted: 13 Nov 2012 06:37 PM PST Jika BN berjaya merampas kembali kerajaan Selangor dalam PRU ini, projek kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 29 tingkat di Batu Caves akan dibatalkan. Inilah janji Najib kepada kaum India semasa berucap di Batu Caves semalam. Pengumuman Najib ini dengan terang menunjukkan betapa selekehnya BN kerana memberikan janji pembatalan projek yang diluluskan oleh kerajaan BN sendiri pada tahun 2007 dahulu. Cara Najib berjanji itu seolah-olah ia merupakan satu 'deal' yang hebat sedangkan ia hanya membatalkan projek yang BN sendiri telah luluskan. Pembangunan projek itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan PR sekarang ini kerana Menteri Besar BN Mohd Khir Toyo lah yang meluluskan projek itu dahulu. Najib menjadikan kesalahan kerajaan BN dahulu untuk mendapatkan sokongan kaum India dalam pilihanraya yang akan datang ini. Sepatutnya Najib mesti memohon maaf kepada kaum India kerana kerajaan BN telah membuatkan kaum India naik radang dengan pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan Mohd Khir Toyo dahulu. | ||
Hijrah: Berubah meletak kepimpinan negara Posted: 13 Nov 2012 05:13 PM PST Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihan raya. Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititikberatkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara. Sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka dalam keadaan rasuah dan jenayahnya yang sangat parah. Ia telah merosakkan negara dan rakyat sehingga menjadikan negara dan rakyatnya mundur. Begitu juga dengan agihan ekonomi yang berlaku secara tidak adil. Yang kaya di kalangan kroni terus menerus menjadi kaya dan yang miskin terus miskin walaupun keras berusaha. Perkara ini tidak tepat dengan kehendak Islam. Oleh itu mengambil semangat hijrah, perlu untuk kita berubah dengan meletakkan kepimpinan negara kepada manusia yang amanah yang bukan sahaja mampu membangunkan negara, tetapi amanah dalam pemerintahan dan adil layanannya kepada rakyat. Di samping itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan terkeluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku di masa ini. Salam Maal Hijrah YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS | ||
'Ada pihak cuba jatuhkan Nurul Izzah' Posted: 13 Nov 2012 05:01 PM PST Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Nurul Izzah komited terhadap agama dan tidak akan membuat sesuatu kenyataan yang bertentangan syariat Islam. "Beliau pemimpin harapan, ia disukai semua kaum dan agama, malah keterampilan dirinya berpaksikan agama Islam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 13 Nov 2012 05:00 PM PST Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun bakal berhadapan dengan kritikan ahli lain, mereka akan menerima perkara tersebut secara terbuka dan telus. Beliau berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah mengenai perkara tersebut dan berharap ia dapat membantu parti itu pada masa hadapan. | ||
Patutlah Umno selalu sesat barat dalam kerja buat politiknya, rupanya ini sebabnya! Posted: 13 Nov 2012 04:57 PM PST Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa Umno tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politiknya. Katanya seperti dipetik Umno-Online: "Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam." Jika Umno benar-benar tidak pernah menggunakan panduan ayat-ayat al-Quran dalam kerja buat politiknya bagaimana Umno boleh menjadi betul mengikut landasan Islam? Malah sudah tentu juga asas dan tujuan parti Umno itu boleh menjadi salah kerana bercanggah dengan panduan yang wajib dikuti dan dipatuhi! Alahai lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran sebagai panduan? Bukankan al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam? Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno dalam kerja buat politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa membuat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara! Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" partinya lagi! Kesian! | ||
Kita bijak atau Menteri yang bodoh? Posted: 13 Nov 2012 04:52 PM PST Isu saman AES ini belum lagi reda ,cuma isunya agak HEBAT DITENGGELAMKAN OLEH MEDIA PERDANA untuk memberikan LALUAN MUDAH PADA ISU NURUL IZZAH . Jika kita lihat dan buat sedikit kajian, setiap kali ada isu kepentingan rakyat dan memihak pada rakyat, akan ada ISU ISU BARU yang sengaja DISENSASIKAN kerana mereka tahu kita mudah lupa. Berbalik pada AES yang didakwa BERTUJUAN UNTUK mengurangkan kadar kemalangan hinggakan kita pun pelik,statistik kemalangan semasa perayaan tidak lagi diberi PERHATIAN dalam media perdana SEPERTI SEBELUM NI ...Naik ke menurun ke macam saham FGV tuuu! Jika jumlah kemalangan meningkat .......INI AMAT BAHAYA UNTUK LAKSANAKAN SISTEM AES,jika menurun kadar kemalangan......takut STATISTIKNYA MENIPU ,maklumlah kalau Audit pun boleh ditipu apatah lagi jumlah kemalangan.....SIAPA TAHU DAN SIAPA SANGGUP NAK PERGI PERIKSA satu balai ke satu balai ? | ||
Saham FVGH - KWSP Dan KWAP Spekulator Pasaran...!! Posted: 13 Nov 2012 04:48 PM PST Salam. Saya mengunjungi laman Web Bursa Saham. Amat terkejut didapati KWSP dan KWAP menjadi spekulator dan support bagi menjaga nilai saham FVGH dipasaran terbuka. Saya mohon pihak tuan mengunjugi laman [sila_klik] dan lihatlah satu persatu diruangan view. saya juga mohon save dan print dokument sebelum dihilangkan. Sila ke http://feldaglobal.com/bursa_announce.php Sekian. Terimakasih Wasalam | ||
Pembersihan RM275Juta Wang Haram Musa Aman dilaporkan di Switzerland Posted: 13 Nov 2012 04:43 PM PST Banyak betul duit dia ni ya.. Baru-baru ni heboh pasal RM40Juta yang dikatakan sebagai sumbangan seorang Ahli Perniagaan buat diri dia kemudiannya bertukar menjadi sumbangan kepada UMNO Sabah, ini pula tentang RM275 Juta pulak.. Kes mengenai pengubahan wang haram ini juga melibatkan Musa Aman dan sekumpulan 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) telah memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan ketua menteri Sabah itu. Menurut Bruno Manser Fund (BMF), kes itu membabitkan dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira US$90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang didakwa sebagai penamanya. "Kes itu dibuka peguam negara Switzerland pada 29 Ogos susulan satu laporan jenayah oleh BMF," kata BMF dalam kenyataan mereka. Berikut adalah kenyataan Media BMF..Read More / Baca Lagi >> | ||
BANGANG memang tercipta untuk Umno...!!! Posted: 13 Nov 2012 04:41 PM PST JAWAPAN kepada Pemuda Umno Malaysia.. jangan jadi TOLOL sangat Pertama: Kerajaan diberi mandat oleh rakyat utk memerintah Malaysia, maka sekolah, hospital, jalan raya, etc adalah tanggujawab kerajaan... sekiranya pembangkang memerintah maka menjadi tanggujawab pembangkang juga utk menyediakan semua infrastruktur tersebut. JELAS. Kedua: Kerajaan dapat wang dari cukai rakyat dan pelaburan mengg unakan harta negara, hatta pembangkang sekali pon ... terpaksa membayar cukai, jadi dari rakyat untuk rakyat bukan dari kerajaan untuk rakyat. Kerajaan hanya mentadbir dan menguruskan wang rakyat tersebut. JELAS. Ketiga: Rakyat tidak mempersoalkan semua infrastruktur tersebut, terima kasih kerajaan Malaysia cuma jangan ingat itu wang kerajaan. JELAS. Keempat : Cuba bayangkan KERAjaan XXX yang memerintah MALAYsia dari tahun 1957. Semua sekolah, hospital, jalan raya etc pun dibuat oleh kerajaan XXX cuma prestasi pentadbiran KERAjaan XXX semakin lama semakin merosot sehingga berlakunya salah urus tadbir negara yg kronik sedang negara Malaysia kaya raya aman dan makmur. Penyakit ini bermula dari satu pemimpin dan terus berjangkit ke pemimpin seterusnya dan menjangkit kepada pemimpin yg sekarang ni dan penyakit itu ber++ teruk.Para pemimpin KERAjaan XXX mengamalkan rasuah, kronizem, pembaziran, skandal etc. p/s: KERAjaan XXX & KERAJAAN YYY bukan nama sebenar. JELAS. Kelima: Ingat bukan UMNO aje yang menjaga hak istimewa orang melayu. JELAS! (..) | ||
DEEPAVALI INSINCERITY: Najib’s 'nambikkai' focused on ballot box, his own survival Posted: 13 Nov 2012 04:34 PM PST Prime Minister Najib Razak, in his Deepavali Day message, has again asked the Indian Nation in Malaysia – a people without territory in the Diaspora – to place Nambikkai (trust) in him. If he wants to be given the benefit of the doubt, there's little indication that he deserves it. This should not be about a man, a personality cult, but a system. Leaders come and go, but a system lives on, a people live on. Indians, others as well, cannot continue to be held to ransom by whoever occupies the Prime Minister's chair. Instead, they need to see concrete action on the ground to dismantle the apartheid-like structure that Umno has foisted on Malaysia. Indians in particular are victims of this structure of evil which is a manifestation of racism – feelings of inferiority – prejudice (being against something for no rhyme or reason) and opportunism (the ruling class monopolizing all opportunities). Deepavali is a Time to Focus on Victory over Evil, Light over Darkness. And Evil, keeping the Nazi holocaust in mind, is best defined as the lack of empathy. | ||
AIYOH Najib, no need to fake it: A Chinese to be made Education minister ahead of GE13? Posted: 13 Nov 2012 04:25 PM PST A new twist to Chinese education minister gimmick? NOW, did I read it right? One million copies of Malay Mail (MM) to be distributed free nationwide? (see article below) With the seniors leaving MM, I doubt it is still on. Perhaps it will be a million copies of New Straits Times, instead. I wonder if the the trio were the "brains" behind the gimmick hatched and are now being rewarded for "brilliance" (below is what No News Is Bad News published on Oct 26, 2012). The half-baked "advisers" of Prime Minister Najib Abdul Razak must be thinking the NST would be a better vehicle to sell the gimmick to Malaysians in the next general election. Ohh! Those overpaid nut heads! Chinese education minister gimmick hatched to win votes? THE latest political gossip in town is that Prime Minister Najib Abdul Razak has hatched a plan to win back the hearts and minds of the Malaysian Chinese electorate. The talk goes like this: Najib has instructed his office to place an order for a million copies of a newspaper for Nov 28, 2012, to be distributed nationwide. It seems, Najib would use the newspaper for a propaganda announcement that he would be appointing a Chinese to be education minister. Details are unclear whether he would do this in a snap Cabinet reshuffle or after the 13th General Election. This means the next general election is unlikely to be held in November but, earliest, December. | ||
Time for Indians to seek change Posted: 13 Nov 2012 04:22 PM PST After 55 years of BN rule, do the Indian community want more of the same? The Chinese have made up their mind to vote for Pakatan Rakyat while PAS is gaining ground among the Malays. The urban folks in Sabah and Sarawak will support the opposition and now all that is left is the Indian vote. Some reports have put the Indian vote as 50:50 while other reports have put it as 54% in favour of Barisan Nasional. Whatever it is, it is still not solid. It seems that the Indians are still in two minds whether or not to give their vote to Pakatan. "The Indians must realise that MIC is already irrelevant. Otherwise, why is [Prime Minister] Najib [Tun Razak] instructing Nazri to talk to Hindraf in regard to obtaining Indian support? MIC must preserve its dignity by leaving BN," said M Manogaran, DAP's Teluk Intan MP. Manogaran said that it is surely a great blow to MIC when Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz has been given the task to negotiate with Hindraf instead of MIC leaders. "BN must be really desperate enough to woo Hindraf now," added Manogaran. It must be said, however, that Indians gained more recognition from Pakatan than from BN. Consider this list of DAP's Indian MPs and state assemblymen: Read More / Baca Lagi >> | ||
Dewan Ulama: Pilihan raya sebahagian agenda Pas Posted: 13 Nov 2012 04:21 PM PST SEMPENA Muktamar Tahunan Pas Ke-58, Sinar Harian Online berpeluang menemu bual Setiausaha Dewan Ulamanya, Dr. Khairuddin A. Razali yang mengupas pelbagai aspek - peranan dan signifikan sayap ini, cabaran Pilihan Raya Umum ke-13, kepentingan muktamar kali dan isu-isu semasa kerjasama dalam Pakatan Rakyat serta perjuangan melaksanakan hukum hudud. Ikuti temu bual menerusi e-mel Dr Khairuddin bersama G Manimaran dan Salmiah Druhamad Drahsin. SINAR HARIAN ONLINE: Dewan Ulama sekali lagi mengadakan muktamar tahunan. Dari sudut pandangan Dr, sejauh mana peranan dan signifikan sayap ini dalam arus perjuangan Pas? DR KHAIRUDDIN: Sebelum dibincang peranan dan signifikan perlu difahami apakah yang dimaksudkan dengan Ulama dalam Islam. Ulama adalah satu istilah merujuk kepada mereka yang mempunyai dua ciri. Pertama; kemampuan ilmu yang tinggi tentang selok belok agama Islam dengan kemampuan merujuk kepada sumber-sumber utama Islam iaitu al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Kedua; mempunyai sifat ketaqwaan yang tinggi dengan takut kepada ALLAH dan meletakkan pertimbangan dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam semua ucapan dan tindakan serta berakhlak mulia. | ||
Punca Sebenar Penduduk Kampung Ugut Keluar Umno Terbongkar! Posted: 13 Nov 2012 04:19 PM PST Semalam, heboh disiarkan tentang sekumpulan penduduk yang menyokong Umno mengugut untuk keluar dari parti itu tetapi masih menjadi persoalan mengapa mereka sanggup bertindak demikian. Hari ini, segala spekulasi tersebut terjawab! Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, mengancam akan berbuat demikian berikutan parti yang kunun memperjuangkan nasib orang Melayu itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka. Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah. | ||
Najib Ulangi Tawaran ‘Sibu’ Terhadap Isu Kondo Batu Caves Posted: 13 Nov 2012 04:18 PM PST SHAH ALAM 14 NOV : Datuk Seri Najib Razak dilihat sekali lagi mengulangi tawaran 'Sibu' apabila menyatakan akan membatalkan pembinaan projek kondo 29 tingkat di Batu Caves jika rakyat memilih Umno-BN dalam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang. Exco Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Perdana Menter tidak seharusnya membuat kenyataan sedemikian kerana jika projek itu tidak boleh diteruskan maka ia harus dibatalkan tanpa perlu membuat sebarang tawaran. Katanya, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah siap sedia membatalkan projek itu pada bila-bila masa selepas kajian dan siasatan dilaksanakan. "Najib tidak boleh ada sikap 'You Help Me, I Help U' dan membuat satu 'deal' dengan rakyat, ini tidak boleh. "Kalau projek itu tidak betul, menang ke kalah ke perlu batalkan," katanya kepada TVSelangor. Read More / Baca Lagi >> | ||
55 Tahun UMNO hamba abdikan Orang Melayu! Posted: 13 Nov 2012 04:18 PM PST Walaupun memerintah 55 tahun dan memiliki segala sumber media dan menguasai jentera kerajaan, UMNO berkelakuan seperti sudah tewas. Kita tidak pernah dengar jentera UMNO mengoyakkan poster lawan, atau mencuri kain pemidang parti lawan. Kita tidak pernah dengar UMNO melontar batu, membaling cat, mengungut, menyekat pergerakan parti lawan. Ini semua petanda2 orang yang sudah pun tewas sebelum masuh gelanggang. Jika saya mereka, baik berdiam diri supaya orang tidak sakit hati dan kemudian akan melakukan pembalasan kepada kamu. Dan penyakit ini kian merebak zaman Najib Razak jadi Presiden UMNO membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai punca mahu memuliakan UMNO. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kajian menunjukkan peruntukan Perlembagaan mengenai hak Melayu, tanah, galakkan diskriminasi Posted: 13 Nov 2012 04:13 PM PST KUALA LUMPUR, 14 Nov — Malaysia perlu memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik, menurut kajian yang berpangkalan di United Kingdom mengenai diskriminasi dan kesaksamaan di negara ini. Read More / Baca Lagi >>Kajian empat bahagian, yang dijalankan bersama oleh organisasi amal antarabangsa Equal Rights Trust (ERT) dan kumpulan hak asasi manusia Malaysia Tenaganita, berkata kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif. Sebaliknya, peruntukan "melanggar piawaian undang-undang antarabangsa", kata kajian tersebut dalam ringkasan eksekutif "Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia" kajian yang diterbitkan di laman web ERT pada lewat hari Isnin. "Langkah-langkah tindakan positif di bawah peruntukan ini tidak terhad kepada masa atau mempunyai fungsi terhad. | ||
Muktamar: Medan jihad untuk menangkan Islam Posted: 13 Nov 2012 04:08 PM PST KUALA LUMPUR: Para pendukung PAS diseru menjadikan Muktamar Tahunan PAS ke-58 sebagai medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana muktamar kali ini merupakan ijtimak terakhir parti sebelum menghadapi PRU13. "Jadikan ia medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia," ujarnya. Beliau menegaskan, PAS yakin perwakilan akan menggunakan kesempatan ini untuk saling mengukuhkan gerak kerja, mengemaskan jentera dan meningkatkan pengorbanan seluruh ahli. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan