WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
DEMONTRASI BANTAH ROGOL WANITA INDON YANG AKU TIDAK SETUJU Posted: 13 Nov 2012 01:14 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS APABILA diberitakan sekumpulan rakyat Indonesia membuat demontrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia kerana isu seorang wanita rakyatnya dikatakan dirogol oleh tiga orang Polis Malaysia di dalam balai, aku samasekali tidak menyokong tindakan demontrasi itu. Bukan bermakna aku menyokong wanita itu dirogol atau membela ketiga-tiga anggota Polis yang dituduh merogol wanita Indonesia tersebut, tetapi aku merasakan tindakan demontrasi itu tidak wajar memandangkan pihak Polis negara ini telah pun bertindak segera dengan menahan reman ketiga-tiga anggota Polis yang disyaki tersebut dan dikatakan akan dibawa ke muka pengadilan di dalam masa terdekat ini. Sehubungan itu, mengapa perlu tindakan demontrasi? Tidakkah mereka sedar bahawa di negara ini terlalu ramai rakyat Indonesia yang mencari makan di sini, dan bukan sedikit dari kalangan rakyat mereka yang melakukan jenayah termasuk merogol wanita rakyat di negara ini. Rakyat Malaysia tidak pernah mengadakan demontrasi di kedutaan Indonesia hanya kerana wanita negara ini dirogol oleh rakyat negara mereka. Bahkan, bukan sedikit rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia hanya kerana ingin melakukan jenayah. Tidak sedikit juga yang datang ke Malaysia hanya untuk melarikan anak-anak gadis negara ini. Banyak perkara yang aku tidak setuju dengan Polis negara ini tetapi di dalam isu anggota-anggota Polis yang disyaki merogol wanita Indonesia itu, aku anggap tindakan pihak Polis setakat ini boleh diterima. Tindakan rakyat mereka yang mengadakan demontrasi hanya kerana seorang wanita mereka dirogol tidak boleh memadamkan banyak lagi kes wanita kita juga dirogol oleh pendatang Indon ini. Mereka jangan fikir hanya maruah wanita mereka sahaja yang perlu dibela sedangkan di dalam beberapa kes banyak anak gadis bahkan isteri orang rakyat negara ini juga telah dirogol oleh pendatang-pendatang Indon ini. Sehubungan itu, demontrasi yang mereka adakan itu hanya untuk menutup kesalahan banyak kes rakyat mereka yang menjadi penjenayah di negara ini. Cuma, aku harapkan pihak berkuasa dapat menyiasat kes rogol tersebut dengan profesional dan ambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang terlibat./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan