Selasa, 13 November 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PAIP GAGAGAL LAKSANA TANGGUNGJAWAB KEPADA PENDUDUK PAHANG

Posted: 13 Nov 2012 06:14 PM PST


Masalah Bekalan Air Bersih Semakin Meruncing di PAHANG

 

MASAALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PAHANG MASIH DI TAKOK LAMA

Apabila pihak kami membuat aduan di Jabatan Bekalan Air Pahang ( JBA) pihak berkenaan memberitahu bahawa paip air tidak boleh dibuka besar, ini kerana paip yg disalurkan dari pam utama  berkarat dan tidak di ganti dari dahulu. Masalah ini amat membimbangkan kami kerana selama ini kami terpaksa bercatu air pabila ada majlis atau hari raya.Demikian keluh senahagian besar penduduk di kawasan Lanchang apabila satu tinjauan di buat.Bukan sahaja di kawasan Lanchang, malahan hampIr sebahagian besar daerah di Pahang sedang mengalami krisi bekalan air yang seringkali terganggu.Dalam sebulan hampir 5 ke 10 hari akan terputus bekalan air, malahan lebih dari sepuluh hari pun pernah berlaku.Demikian jelas Pak Jabit seorang penduduk Lanchang yang ditemui di rumah jiran beliau yang baru menerima bekala air dari lori yang menghantar bekalan air kerumahnya kerana majlis kenduri yang akan berlangsung.

Jika ada majlis-majlis kenduri atau hari raya masalah ini akan berlaku kerana tekanan air rendah, amat sukar untuk peneroka yang tinggal di kawasan tinggi (Bukit) untuk mendapatkan bekalan air secukupnya.Namun bukan sahaja di kawasan tinggi, kawasan rata dan tanah rendah pun mengalami air yang sama kerana sepatutnya pihak berkuasa ir Pahang yang telah di swastakan (PAIP), sejak setahun lepas membaiki keadaan, namun sebaliknya berlaku.

Masalah ini perlu diberi perhatian oleh pihak PAIP  Pahang ( Pekan) dengan serius.Masalah ini telah banyak kali adukan ke pihak PUSPEL JBA yang kini dikenali dengan PAIP setelah di swastakan setahun lalu.Apabila ditanya kepada penduduk kenapa tidak dilakukan aduan atau bantuan, kebanyakkannya menjelaskan bahawa PAIP seringkali melepaskan kepada cawangan-cawangan dibawahnya,  tetapi jawapan yang diberi seperti mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengatasiny malahan seolah-olah wujudnya birokrasi didalam urusan menyelesaikan masaalah bekalan air kepada penduduk di negeri Pahang ini.

Selain itu di kawasan PM sendiri , bagi penduduk  yang menetap di Tanjung Agas dan sekitar telah lama mengalami masalah tekanan air yang sangat rendah. Bagi  yang menetap di Taman Tanjung Agas Rosa telah menghadapi masalah ini lebih dari seminggu dalma sebulan . Tekanan air yang ada tidak dapat sampai ke dalam rumah, apa yang penduduk terpaksa lakukan adalah memasang kepala paip berhampiran meter, dengan cara ini sahajalah mereka mendapat bekalan air.


Sekiranya mahu mencuci pinggan mangkuk di singki perlulah membasuhnya pukul 3 pagi kerana hanya waktu pagi buta inilah tekanan air dapat sampai ke dalam rumah, itupun sangat perlahan.
Sementara itu, satu tinjauan rambang yang dilakukan di Lanchang dan Bera mendapati masaalah yang berlaku tetap sama.Di Lanchang ketika wartawan suara keadilan tiba disebuah keluarga yang akan mengadakan kenduri, mendapati air tidak ada sejak Isnin lepas sehingga khamis dan pihak PAIP hanya menghantar pada hari Jumaat.

Begitu juga di Bera dimana tinjauan dan aduan yang diterima di Kampung Bukit  Gemuruh, juga menghadapi masalah sejak 10 tahun dahulu.Malahan jika kesedihan ini di ikuti, kita akan dapati penduduk terpaksa mandi di parit dan juga di telaga yang di korek di dalam hutan kelapa sawit.Keadaan ini lebih teruk jika dibandingkan dengan pendatang.

Sepatutnya  PAIP  Pahang dapat memberi jawapan khusus, contohnya bekalan akan dipulihkan pada waktu tertentu bagi membuktikan komitmen mereka dan bukan membiarkan rakyat tertanya-tanya tanpa jawapan seperti sekarang. Paling mengejutkan apabila ada pihak yang menghubungi talian hotline PAIP Pahang 09-5739999, mereka pula diarahkan berhubung terus dengan Jurutera Daerah (JD) sendiri, atas alasan pegawai terbabit tidak menjawab bilakah bekalan air dapat dipulihkan. Ini bermakna, masalah yang melanda ini tidak mempunya "dateline" dan rakyat perlu menunggu dan terus menunggu.

Apa sekali pun jawapan dan gangguan yang dialami, PAIP atau pihak berkuasa air Pahang amatlah ketinggalan dari segi membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk.Jika di Paualau Pinang sejak tahun 70an , rakyat telah mendapat bekalan air bersih, Pahang ketinggalan begitu jauh , dan ini harus diambil iktibar oleh kerajaan pimpinan Adnan Yaakob bahawa, pahang tidak perlu lah tergesa-gesa untuk membekalkan air ke selangor, sebaliknya menggunakan kemudahan sungai yang ada bagi merawat air dan membekalkan keperluan air bersih terhadap penduduknya.

UBAH SEKARANG

Posted: 13 Nov 2012 05:53 PM PST


Issshhhh...AWAT LAGU NI???

Posted: 12 Nov 2012 11:46 PM PST

Saiz Teks: A A A

Abai keselamatan penduduk, satu kampung mahu keluar Umno


JOHOR BHARU 13 November: Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong di sini, mengancam untuk keluar Umno berikutan parti itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.
"Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.
"Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.

Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.
"Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu  kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39395

Posted: 12 Nov 2012 11:44 PM PST

Saiz Teks: A A A

Hari Deepavali: Lawan kejahatan untuk peroleh keadilan – Anwar

(Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 18 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kaum India yang rata-ratanya penganut Hindu menjadikan sambutan Hari Deepavali sebagai panduan melawan kejahatan demi mendapatkan keadilan.

Beliau menyifatkan menentang kejahatan sebagai langkah pertama untuk mendapatkan keadilan sebelum mencapai kemenangan yang disimbolik melalui perayaan pesta cahaya.
"Tentang masalah bahasa mereka, kelayakan kewarganegaraan dinafikan, tahap kemiskinan dan permasalahan sosial dan ekonomi yang harus ditangani dengan baik.
"Sejarah sambutan ini punya kaitan kehebatan perlawanan antara yang membawa semangat kebaikan dan perubahan menumpaskan kejahatan.

"Kita harap mesej ini boleh memberi jaminan keadilan kepada semua  khususnya kepada masyarakat India," katanya pada perutusan Hari Deepavali, hari ini.
"Hari Deepavali ini, saya menyerukan kita dapat raikan bersama menghormati budaya yang disambut oleh rakan-rakan masyarakat India terutama beragama Hindu," katanya.

Ketua Pembangkang itu juga menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menghormati budaya semua kaum.
"Kita sambut dengan penuh cahaya dan tentunya dengan pakaian baru, dan mudah-mudahan ada petanda yang baik dan selamat," katanya.

Tiada ulasan: