Addin |
- Pencacai Umno Tuduh Penyokong PAS Buat Kerja Bodoh Ni.. Saksikanlah!!
- Rupanya Sebab Ni Ketua Pemuda Umno Letak Jawatan..
- Kenapa Bekas Pegawai Polis, Naib Canselor UiTM Bertemu Tuan Guru Nik Aziz?
Pencacai Umno Tuduh Penyokong PAS Buat Kerja Bodoh Ni.. Saksikanlah!! Posted: 16 Nov 2012 08:32 AM PST Percayakah anda jika dikatakan vandalisma yang dilakukan terhadap sebuah perhentian bas di Jalan Rahang, Aku tak pernah jumpa lagilah penyokong PAS buat kerja bodoh macam ni.. Pencacai UMNO tu adalah.. Seremban ini adalah kerja penyokong PAS? Malangnya jika anda mempercayainya.. ini kerana umum mengetahui bahawa selama ini vandalisma yang berbaur politik ini biasanya dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO.Contohnya baling cat ke arah bas, mengoyak poster, membakar bendera, menganggu ceramah-ceramah yang diadakan oleh pihak lawan, melastik pendengar ceramah malah cuba menumbuk penceramah ini semua dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO dengan upah RM30.Mereka melakukan semua vandalisma ini kerana merasakan diri mereka dilindungi oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa sendiri atau dalam lain ayat mereka dikecualikan dari undang-undang. Menariknya dalam hal vandalisma yang dilakukan terhadap pondok menunggu bas ini, pencacai UMNO mendakwa ianya adalah kerja-kerja penyokong PAS.Ini sebahagian dari kata-katanya..Kalau guru kencing berdiri apatah lagi murid-muridnya. Kelakuan juak-juak PAS melakukan vandalisme di sekitar Jalan Rahang, Seremban amat tidak boleh diterima akal. Nampak gayanya perangai syaitan yang diperolehi dari rakan-rakan di dalam PGayR mula dipraktikkan. Budaya samseng dan merosakkan harta awam sudah menjadi darah daging golongan Anwarisme dan juak-juak PGayR. Perlukah juak-juak PAS menjadikannya sebagai ikutan? Aku tak pernah jumpa lagilah penyokong PAS buat kerja bodoh macam ni.. Pencacai UMNO tu adalah.. Lihat gambar-gambar lain di SINI. ~asd |
Rupanya Sebab Ni Ketua Pemuda Umno Letak Jawatan.. Posted: 16 Nov 2012 03:50 AM PST Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya. Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini. Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam. "Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook ~ Sinar Harian |
Kenapa Bekas Pegawai Polis, Naib Canselor UiTM Bertemu Tuan Guru Nik Aziz? Posted: 15 Nov 2012 07:24 PM PST Dua atau tiga minggu lepas Mursyidul Am Pas yang juga MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dikunjungi bekas salah seorang pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di pejabat MB itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu.Bersama pegawai tinggi polis dalam kunjungan itu ialah bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah dan seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan.Difahamkan kunjungan mereka itu ada hubung kait dengan isu perpaduan Melayu yang kini 'gila-gila' diperkatakan oleh Umno. Beberapa hari sebelum kunjungan itu berlangsung satu wacana mengenai perpaduan Melayu di rumah veteran Umno Kuala Lumpur. Besar kemungkinan mereka diberi mandat oleh wacana berkenaan untuk menemui Nik Aziz.Apakah kunjungan itu untuk mempelawa Pas agar bersama Umno dalam pilihan raya akan datang? Sehingga ini pejabat MB atau pihak Pas Kelantan tidak mengeluar apa-apa kenyataan berhubung kunjungan berkenaan? Difahamkan MB itu bersedia membincang masalah perpaduan Melayu kerana isu itu juga menjadi tanggungjawab Pas tetapi bagaimana pun mahu Islam sebagai teras perbincangan.Sempena muktamar ini elok juga kalau Nik Aziz menjelaskan kepada umum berhubung kunjungan berkenaan? ~ mso |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan