Pahang Daily Online |
Posted: 28 Nov 2012 09:53 AM PST KUANTAN, 29 Nov - Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Dato' Hashim Abdul Wahab (foto) dikatakan antara nama baru yang bakal dicalonkan oleh BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Beliau yang juga bekas Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dikatakan bakal diletakkan di kerusi DUN Pulau Manis iaitu kerusi baru yang diwujudkan akibat persempadanan semula kawasan mengundi bagi Parlimen Pekan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi itu agak selesa bagi BN kerana terdapat ribuan undi pos tentera yang dikatakan sudah pasti akan berpihak kepada BN seperti kebiasaannya. Sebelum kewujudan DUN Pulau Manis, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak hampir tumbang di kerusi Parlimen Pekan apabila hanya mendapat kemenangan tipis sebanyak 241 undi pada Pilihanraya Umum Ke-10 tahun 1999 yang lalu. Ketika itu, dua kerusi DUN di Pekan iaitu DUN Chini dan DUN Kuala Pahang dimenangi oleh pembangkang dari PAS dan KeADILan. Kerusi DUN Pulau Manis yang baru diwujudkan bagi membantu kemenangan mutlak Najib sebelum ini pernah diwakili oleh Dato' Ariff Sabri Abd Aziz (Sakmongkol). Beliau kini telah mengisytiharkan dirinya bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai pari DAP awal tahun ini. Persoalannya, jika benar Dato' Hashim akan bertanding kali ini, maka apakah pemimpin UMNO yang lebih senior daripada beliau di situ boleh menerimanya?. DUN terbabit kini diwakili oleh Khairuddin Mahmud, dan jika ini berlaku maknanya beliau juga mungkin tidak dicalonkan pada PRU-13 nanti. Nasib yang sama seperti Dato' Ariff Sabri menjadi ADUN sepenggal. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya hal ini. Apakah BN boleh mempertahankan kerusi itu lagi atau mereka akan tumbang kali ini kerana ada dakwaan ramai anggota tentera kini sudah muak dengan janji-janji kerajaan UMNO BN terhadap kebajikan mereka. Undi mereka sekadar jadi pelengkap kejayaan BN, tetapi selepas itu nasib mereka dipinggirkan hinggalah pilihanraya yang berikutnya muncul semula. Inilah yang terjadi kepada mereka !!. [PDO pernah mendedahkan ura-ura mantan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Dato' Yahya Zainal Abidin bakal dicalonkan oleh UMNO untuk mewakili BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor, Parlimen Maran. Susulan pendedahan itu, kami telah dihujani dengan berbagai info bahawa sememangnya BN akan menggunakan pegawai kerajaan terutamanya yang berjawatan tinggi untuk menjadi calon bagi menarik undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Ini kerana jawatan Pegawai Kerajaan dari Institusi Pengajian Tinggi amat disegani dan disanjungi oleh masyarakat terutamanya orang Felda dan kampung-kampung Melayu. Maka itu, anda golongan terbabit dipilih sebagai calon maka sudah pasti ia dapat menarik kembali undi mereka yang banyak hilang pada PRU-12 lalu. Apapun, tindakan parti meletakkan orang diluar sebagai calon ini sudah pasti akan membuatkan calon-calon pilihan sedia ada marah dan undi protes pasti akan berlaku. Justeru, semua pihak perlulah berhati-hati membuat pilihan calon]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan