Khamis, 29 November 2012

Merah Hitam

Merah Hitam


Bagaimana keadaan di Makkah?

Posted: 28 Nov 2012 06:34 AM PST

Pada hari Sabtu 6 Oktober 2012, selepas Zohor, semua jemaah haji dari KT42 bertolak ke Makkah. Kami menaiki bas.Barang2 kami di letakkan diatas bumbung bas. Aku melihat sendiri beg2 itu di campakkan dan di tangkap dengan begitu "expert' oleh para petugas Muassasah, iaitu pengurus tempatan@ dari Arab Saudi  yang akan mengendalikan pergerakan kami di Makkah di sepanjang musim haji ini. Patutlah beg besar@ beg bagasi ku rosak teruk, "ganas" juga mereka ni buat kerja....Walau apa pun yang terjadi, kami tak berani nak komen apa pun...sabar je.....

Dari Madinah , bas berhenti di Bir Ali dan kami menunaikan Solat 2 rakaat di sebuah masjid di situ. Kami sebenarnya telah niat berihram sejak keluar dari hotel  di Madinah lah lagi dan di sini, semua jemaah haji di peringatkan oleh petugas Tabung Haji supaya tidak lupa berniat ihram untuk melakukan umrah wajib ketika tiba di Makkah 7-8 jam kemudiannya.

Tepat  jam 10 malam, bas tiba di hadapan hotel kami iaitu Rawdhat As Shooroq....kedudukan hotel ini , yang kami panggil Maktab, memang agak tersorok....al Hamdulillah selamat tiba di sana dan kami segera bergerak ke bilik yang di sediakan. Di hotel ini, aku mendapat dua orang "room mate" yang baru ,tapi kehilangan Ti, kerana namanya terletak di bilik lain. Setelah meletakkan beg galas di bilik, aku mendapat sms dari suami supaya menanti beliau di lobby maktab.....

Ketika dalam ihram, kaum wanita tidak menghadapi sebarang masaalah kerana kami hanya perlu menutup aurat sepertimana bisa...namun yang agak kelihatan janggal ialah orang lelaki kerana mereka hanya memakai dua helai tuala besar untuk menutupi tubuh.Ada beberapa pantang larang yang wajib di patuhi ketika dalam ihram dan semua pantang larang itu tamat sebaik saja selesai tawaf, saie dan bertahlul.....

"Kita akan ke Masjidil Haram sebentar lagi untuk tawaf, saie  dan tahlul@ (bercukur atau memotong beberapa helai rambut)...." kata  Dr K, seorang pensyarah@ustaz dari sebuah universiti ternama di M'sia, rakan sebilik suamiku.Hatiku berdebar-debar kerana sebentar lagi, aku akan dapat melihat kaabah dari dekat!!!

"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...." doa ku.

Jika di Madinah, hotel kami jauhnya cuma 50 meter dari Masjid, tapi di Makkah, jarak hotel ke Masjidil Haram ialah 900meter.....jauh tu!! Jam 11 malam waktu Makkah, kami  lima pasangan bergerak ke Masjid. Kami berjalan melalu bawah jejantas, menyeberangi jalan  yang agak sibuk dan terus bergerak ke arah Masjid. Kasut Croc yang ku pakai, walaupun amat lembut tidak dapat menampung kesakitan  kakiku sebaik saja tiba di hadapan masjid. Buat pertama kalinya aku merasa agak dukacita kerana hayalan ku untuk melihat Masjidil Haram yang asli, telah musnah. Kini, petanda masjid ialah sebuah jam besar empat segi yang di bina diatas sebuah hotel lima bintang!!

"Kita  turun tawaf di Pintu King Abd Aziz  nanti selepas saie dan  tahlul, kalau terpisah.... kita jumpa di hadapan kedai Bin Dawood.." demikian jelasnya arahan dari Ustaz. Kami semua mencatat sesuatu dan segera menuruti Ustaz dr K  turun ke dataran Kaabah. Pertama kali melihat Kaabah dari dekat membuatkan hatiku sayu... keliling kaabah penuh dengan jentera krane yang besar dan tinggi. Sekeliling Kaabah sedang dalam pembinaan. Patutlah kami para jemaah haji di wajibkan menutup muka samada menggunakan "surgical mask " atau berniqab.Keadaannya seolah-olah Kaabah berada di tengah-tengah hotel yang mengelilingi Masjidil Haram ini!!


Debu? Aku tidak berani nak komplen atau komen apa-apa. Segala perasaan negatif di hati, di buang jauh-jauh....kerna di tanah haram ini, walau ada sedikit pun perasaan yang tidak enak, biasanya Allah akan tunjukkan ketika itu juga secara tunai!!

Sebaik turun di dataran Kaabah, kami segera menuju ke arah Hajar Aswad yang di tanda dengan sebuah lampu hijau dan memulakan tawaf. Ibadah Tawaf  ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula dari Hajar Aswad  dan berakhir di Rukun Yamani. Pergerakan ini di mulai dengan doa  dan istilam, kemudian berdoa disepanjang pusingan pertama, di akhri dengan doa "Robbana atina fid dunya hasanah..."..ketika tiba di Rukun Yamani sebelum memulakan pusingan selanjutnya...Untuk tawaf yang pertama ini, kami mengikuti segala pergerakan Ustaz . Hampir kebas tangan ku memegang talipinggang suami kerana khuatir aku tertinggal di belakang. Kebetulan ketika itu keadaan tidak terlalu sesak, jadi kami berjaya menyempurnakan tawaf dalam masa yang tidak terlalu lama. Selepas itu kami beredar ke arah Safa dan Marwah untuk melakukan saie.....


Jika tawaf, kami mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, ibadah saie pula kami lakukan dengan berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali dan  jaraknya dalam 4.3 km....Aktiviti  tawaf dan saie di lakukan dengan berkaki ayam. Ibadah saie di lakukan sempena kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim Alaihissalam yang di perintahkan supaya mencari air dengan berjalan@ berlari anak antara dua bukit iaitu Safa dan Marwah..Pastinya perjalanan Hajar ketika itu amat payah ,dengan cuaca panas dan jalan yang berbatu batan dan tidak rata...Semuanya dilakukan hanya kerana pmenuruti perintah Allah SWT!

.Ya, amat jauh bezanya dengan ibadah yang kita lakukan pada hari ini dimana para jemaah haji berjalan diatas lantai tile yang di kiri kanannya terdapat deretan tong berisi air zam-zam "cold" dan persekitaran yang ada aircond......Disebalik semua kemudahan itu, aku masih merasakan "penatnya" sebaik saja selesai melakukan dua ibdah penting tersebut.

Sebaik saja selesai bertahlul iaitu dengan memotong beberapa helai rambut, maknanya kami sudah selesai melengkapkan  umrah wajib dan selepas ini, kami sudah bebas dari pantang larang ihram....Sebelum pulang ke hotel, aku dan suami sempat bergambar di hadapan Kaabah ........................bersambung.








Ketika

Tiada ulasan: