Khamis, 22 November 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: PRU13, Bekas Orang Kuat Fuziah Salleh Bakal Menentangnya "Tiga Penjuru" Di Parlimen Kuantan !!

Posted: 22 Nov 2012 01:55 AM PST

KUANTAN, 22 Nov - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) dijangka akan berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru di parlimen itu pada pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Ini berikutan, salah seorang bekas "orang kuat" beliau di PKR Cabang Kuantan menyatakan hasratnya untuk bertanding melawan Fuziah. Ini bermakna, Naib Presiden PKR itu bakal bertarung tiga penjuru di parlimen itu kali ini. Jika ini berlaku, Fuziah bakal berhadapan dengan laluan cukup sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut. Menurut sumber, individu terbabit antara salah seorang pengerak awal KeADILan di Negeri Pahang dan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Timbalan Ketua KeADILan Negeri Pahang (kini AMK). Malah beliau juga pernah menjadi Naib Ketua KeADILan Bahagian (kini Cabang) Kuantan. Hasrat beliau itu dinyatakan dalam satu "pertemuan sulit" dengan krew PDO di Hotel Concorde, Kuala Lumpur baru-baru ini. Difahamkan juga beliau mendapat sokongan penuh termasuk dari segi kewangan daripada beberapa orang ahli-ahli perniagaan (korporat) "orang Pahang" di ibu negara. "Antara faktor utama saya menawarkan diri kerana ingin memberi peluang kepada rakyat Kuantan membuat pilihan yang terbaik bagi mewakili mereka di parlimen pada kali ini. Kita tidak mahu seorang wakil rakyat yang hanya menjaga kaum-kaum tertentu sahaja dipilih menjadi wakil rakyat. Amalan ini banyak dilakukan oleh Fuziah sejak beberapa tahun lalu. Beliau lebih gemar menjaga kelompok bukan Melayu demi meneruskan survival politik beliau selama ini. Amalan ini tidak baik untuk rakyat dan beliau wajar diturunkan secara terhormat pada PRU13 ini", kata beliau. "Kemenangan beliau pada PRU12 adalah nasib semata-mata.... sebahagian besar penyokong dan petugas-petugas pada masa tempoh kempen pilihanraya adalah orang-orang PAS... sebelum PRU12 ahli-ahli jawatankuasa sebahagian besarnya adalah orang-orang Melayu. Hanya ada tiga orang sahaja Cina tetapi selepas beliau menang .. AJK berbangsa Melayu ramai dianaktirikan .. malah ramai orang-orang kanan beliau sendiri dipinggirkan hingga terpaksa membawa diri...  Jelas dapat dilihat beliau begitu akur dan patuh kepada orang bukan Melayu dalam setiap gerak kerjanya. Kemuncaknya, semasa pemilihan parti 2010 lalu Fuziah yang dipengaruhi oleh pihak terbabit telah menyekat (pancas) semua calon-calon Melayu yang mahu bertanding jawatan penting parti di cabang Kuantan. Antaranya Ketua Cabang, Timbalan Ketua, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda... semuanya dimenangi tanpa bertanding akibat permainan kotor Fuziah dan "cai-cainya" yang bukan Melayu. Lebih teruk lagi beliau mengaku bahawa dia terpaksa akur dengan "cai-cai" yang ditentukan oleh pihak terbabit. Hanya jawatan Naib Ketua sahaja yang ditandingi ketika itu. Fuziah tidak wajar bersikap demikian jika beliau sayangkan bangsa Melayu. Dia rela diperalatkan oleh pihak berkenaan yang mempunyai agenda tersembunyi dengan menjadikan beliau sebagai alat politik masing-masing", tambahnya.


Difahamkan rakyat Parlimen Kuantan yang mengundi beliau pada PRU12 lalu juga amat kecewa dengan sikap Fuziah. "Orang ramai terutamanya para pengundi di Parlimen Kuantan merayu Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar calon lain terutamanya anak jati Kuantan yang lebih berjiwa rakyat dan senang didampingi setiap masa... bukan seperti Fuziah yang hanya menjadi wakil rakyat hujung minggu.. lebih banyak masa dihabiskan di Bangi dari Kuantan. Segala gerak kerja beliau diserahkan kepada Pegawai Khas beliau yang bukan Melayu di sini. Ini menyebabkan, banyak program yang dijalankan lebih menjurus ke arah kaum bukan Melayu semata-mata. Ramai yang sedar semua ini, tapi mereka bagi ruang kepada Fuziah untuk kembali ke pangkal jalan.. namun kini sudah terlambat.. dan riwayat politik Fuziah di Kuantan bakal terkubur pada PRU-13 ini nanti. Sebab itulah saya menawarkan diri untuk menentang beliau pada kali ini. Saya akur untuk menarik diri sekiranya Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Parlimen Kuantan, namun jika Fuziah (PKR) hasrat ini bakal diteruskan tanpa sebarang prejudis.. lawan tetap lawan. Saya harap rakyat bijak membuat keputusan mereka kali ini dan saya sendiri amat rapat dengan pengundi di Kuantan sejak sekian lama .. baik orang UMNO, PAS, PKR dan sebagainya", tambah beliau mengakhiri kenyataannya tersebut.

[Sebenarnya Fuziah Salleh tidak mempunyai kekuatan di cabang Kuantan. Beliau hanyalah beretorik semata-mata dan rasa selesa dengan isu Lynas yang diperjuangkan. Namun kini, selepas Lynas dibenarkan beroperasi oleh mahkamah maka Fuziah dilihat gagal sebenarnya. Kekuatan beliau hanyalah terletak kepada beberapa kerat individu yang selama ini dilihat menjadi "funder" kepadanya dalam setiap gerak kerja dan aktiviti rakyat di Parlimen Kuantan. Fuziah begitu mempercayai pihak terbabit dan hanya balik seminggu sekali untuk menunjukkan mukanya. Ramai yang sudah tahu, AJK Cabang Kuantan yang berbangsa Melayu semakin menjauhkan diri dari beliau termasuk Naib Ketuanya yang menghantar surat perletakkan jawatan baru-baru ini. Biarpun ia dinafikan selepas didesak oleh Fuziah namun "pekong sudah terbuka". Paling mengejutkan terdapat dakwaan, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuantan yang dipengerusikan oleh Fuziah baru-baru ini penuh dengan "ahli hantu" yang tidak berdaftar (tidak sah). Ia jelas menyalahi undang-undang parti. Orang kanan beliau terpaksa mencari ahli-ahli baru untuk hadir bagi mencukupkan jumlah kehadiran MATC yang disyaratkan. Amat memalukan bila mana Fuziah selaku Naib Presiden dan mantan Ketua Wanita berbuat demikian kerana kurangnya sokongan ahli Melayu di cabang sendiri. Kini, masanya untuk berubah sudah tiba dan rakyat Kuantan tidak perlu lagi diperbodohkan oleh seorang wakil rakyat yang "cakap tak serupa bikin". Nasib Fuziah bertambah parah bila mana terdapat khabar angin BN juga akan  meletakkan calon Melayu dari UMNO di Parlimen Kuantan pada PRU-13 ini nanti. Jika ini berlaku maka harapan Fuziah kembali ke parlimen sebagai wakil rakyat pasti tidak kesampaian. Apapun, ia terletak ditangan rakyat untuk tentukannya].

Tiada ulasan: