Khamis, 22 November 2012

KRAI Utara

KRAI Utara


Hot! Kes pemerkosaan amah: kedutaan indonesia sedia siasat menteri rais yatim

Posted: 22 Nov 2012 04:32 AM PST

AMPANG 22 November: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim.“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.

Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNO

Posted: 21 Nov 2012 09:54 PM PST

Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNODewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan sikap UMNO Kelantan yang bersikap berat sebelah atau double standard di dalam isu dakwaan kononnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menuduh UMNO sebagai murtad. Ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh UMNO Pengkalan Chepa ke atas Nik Aziz pada 20 November 2012 seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian 21 November 2012.Bagi pihak DPPNK, UMNO sengaja ingin mengambil kesempatan dalam isu ini dengan mengelirukan fakta yang sebenar di mana kenyataan sebenar YAB Tuan Guru bukannya mendakwa UMNO sebagai murtad tetapi hanya sekadar menjelaskan batas iman dan kufur. Tidak terdapat kenyataan secara jelas bahawa UMNO Murtad yang didakwa disebut oleh beliau. Bahkan paling penting, beliau sendiri menafikan mendakwa UMNO sebagai murtad. Dalam hal ini, UMNO Kelantan khususnya bersikap double standard apabila diam seribu bahasa dalam isu tuduhan yang dilemparkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor terhadap YAB Tuan Guru yang disifatkan sebagai Father Of Kafir atau bapa kafir. Tuduhan ini disiarkan oleh akhbar News Straits Times beberapa bulan lepas. Di manakalah ulama-ulama muda UMNO pada masa itu dan di manakah pula mufti yang hari ini kuat menghentam YAB Tuan Guru? Kenyataan Father of Kafir itu sehingga kini masih belum dinafikan oleh Rahim Noor dan YAB Tuan Guru telah memfailkan saman di mahkamah.Demikian juga dalam isu tuduhan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat yang di berlaku di Terengganu di mana diadakan satu seminar khas oleh Badan Perhubungan UMNO Terengganu dengan membawa tajuk ini. Tidakkah ini juga merupakan tuduhan yang berat iaitu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat? Adakah tuduhan sebegini 'halal' di sisi Mufti yang pro UMNO?Justeru kerana itu, DPPNK menyifatkan langkah UMNO Kelantan membuat laporan polis ke atas YAB Menteri Besar Kelantan hanyalah merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat semata-mata. Di luar sana, betapa rakyat ditindas dan dinafikan haknya oleh UMNO dan Barisan Nasional. Di Kelantan, royalti minyak dinafikan dan yang terbaru, pemasangan kamera had laju (AES) yang dipersetui oleh ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang tentunya bakal membebankan rakyat. Salam hormat,ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN,Ketua,Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK)Bertarikh : 7 Muharram 1434 H bersamaan 21 November 2012M

Tiada ulasan: