Selasa, 13 November 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


MB Pahang Sokong Jika Ahli UMNO Yang Jadi Calon Pada PRU-13 'Isyhtiharkan Aset' Dan Harta Mereka !

Posted: 12 Nov 2012 05:27 PM PST

BERA, 13 Nov - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata beliau menyokong jika anggota UMNO yang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 mengisytiharkan aset atau harta mereka. Katanya, ia adalah wajar supaya mereka 'bersih' daripada elemen prasangka sebelum layak dipilih mewakili parti dan mengelakkan seseorang itu hidup di luar kemampuan yang tidak seimbang dengan pendapatan.   "Kita memerlukan bakal calon yang berintegriti, bersih dan berwibawa kerana wakil yang ditonjolkan itu adalah mewakili sebuah parti yang hebat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tanah kepada 86 peneroka Felda Tementi di sini semalam.  Sabtu lepas, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan Khamis ini walaupun tidak semua dalam kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.  Manakala Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur hari ini mengenai cadangan itu berkata UMNO belum membincangkannya. Bernama

Tiada ulasan: